Wednesday, March 2, 2011

An Interview With Afiq Syahmi

 ASSALAMUALAIKUM

Seperti yang dijanjikan, rancangan gua,”With Arepseman”, kembali dalam episode kedua. Kali ni, gua akan menemubual tetamu paling kacak abad ini serta merupakan antara individu paling berpengaruh dalam kepimpinan PRS sekolah. Individu yang gua maksudkan ialah Afiq Syahmi, seorang jejaka berasal dari Pahang. Sebelum gua teruskan, mari gua tonjolkan sedikit profil peribadi beliau.

Nama : Afiq Syahmi bin Ali Basar
Nama panggilan : Ruhul Jadid
Tarikh lahir : 21 may 1992
Hobi : menampar
Cita-cita : cikgu PJ


(gambar cover page x dapat disiapkan kerana afiq syahmi x berpuas hati dengan photoshoot dan kemudahan jurusolek yang disediakan)


Sekarang, moh kite ikuti sesi temubual gua dengan jejaka metroseksual ini. Poh paleh weh!

Gua : Assalamualaikum saudara afiq. Sehat?

Afiq : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya sehat2 sentiasa. Terima kasih.

Gua : Jadi boleh gua teruskan dengan temubual gua pada hari ni?

Afiq : Ohh silekan. Saya memang banyak masa hari ni. (sambil membetulkan kedudukan vest purple PRS beliau)

Gua : Cantik vest itu. Free ke? Ohh ok2. Berbalik kepada topic. Gua akan tanya lu soalan sama seperti gua tanye saudara naufal dalam edisi pertama. Ok, dengar baik2 dan jawab dengan spontan dan bernas. Lu mesti selalu pergi ke dewan seri bestari untuk menghadiri pelbagai occasion yang dijalankan di situ bukan. Jadi selaku seorang yang patriotik kepada sekolah, apekah peristiwa yang paling memberi kesan kepada sanubari anda ketika berada di situ?

Afiq : (mengangkat tangan tinggi2 untuk menjawab soalan) Aku angkat sumpah jadi PRS!! Bermakna sungguh. Erkkk, tapi betul ke kat situ??

Gua : Ceritakan sikit perasaan ketika itu..

Afiq : Ohh, sungguh riak dan takbur sekali. (sambil menepuk2 habuk di vest PRS beliau). Walaupun time tu melempang budak sampai pekak, masih diambil sebagai prs. Ujub sungguh diri ini.

Gua : huh..

Afiq : Ok. Trimas. (bersiap-siap untuk menghadiri meeting PRS)

Gua : Ade lagi laa. Bagaimana sambutan peminat terhadap jawatan anda sebagai PRS?

Afiq : Weh, aku nak g tandas ni. Nanti lu intebiu balek. Babai2. Ahahaha




Seminggu kemudian...



Gua : Lu nak jawab soalan gua x nii?

Afiq : Ohh, x abes lagi ke soalan hari tu?

Gua : X. tergantung lagi. Ok, soalan seterusnya. Apakah perasaan anda terhadap pemimpin PRS anda ?

Afiq : Menjengkelkan. (muke konfiden sambil gelak setan)

Gua : Saya x faham kenapa. Elaborate sket..

Afiq : Sebab x hensem.

Gua : Erkk. Okay2. Ape jawatan anda dalam PRS? Anda rase anda layak ke?

Afiq : Exco lawatan. Ohhh semestinya lah layak!!! Sebab time aku la lawatan x menjadi. Ahahahaha

Gua : (join gelak) Okay2. Sekarang lu story kat gua, macammane lu boleh dilantik menjadi PRS. Rasuah ke hape?

Afiq : Ntah. Time gua kat koop, ade 2 orang datang membawa utusan. 2 makhluk tu tanye camni “Afiq, ko nak jadik PRS lagi x?” Gua konfiden la jawab xnak. Merajuk konon. Ahahaha. Lepas kene pujuk kene pujuk, gua terpaksa mengaku yang khidmat gua masih diperlukan. Ahahahaha. (gelak kuangajo)

Gua : memang gua nampak khidmat lu diperlukan. Okay, ape je keje ko sepanjang jadik PRS. Macam x pernah nampak wat pape pon?

Afiq : Kate exco. Orang bawah aku la buat keje. Aku bagi arahan je. (gelak setan .. lagi)

Gua : Huh. Sekarang masuk soalan peribadi sket. Sape paling lu x puas hati dalam batch?

Afiq : Anop la!! Merampas kerusi gua.

Gua : Lu memang idam sangat2 ke kerusi presiden tuh?

Afiq : Gua rase cume gua je sesuai kat kerusi tuh. Gua kan GIPANG sket. Xkan xtau. Ahahaha

Gua : Bagaiman dengan J? Lu xde niat nak jadik kapten hoki?

Afiq : Oooo. Tidak. Gua x sehebat die. Gua macam kalah larian je. Ahaha. Die sangat pantas, ko pon kalah gua rase. Ahaha.

Gua : Ceyt. Lu jangan main2 ngan larian gua. Gua dapat tempat ke-14 merentas desa time form 3 lu tau x. Ahahaha. Okay2, last question daripada gua. Antara lu ngan saudara bahauddin, sape lagi klako?

Afiq : (menggigil) Ni soklan maut ni, gua x berani jawab sebenarnya. Tapi sebab ketabahan hati, dan semangat kental, gua jawab la. Gua rase bahau la. Sebab time bahau buat joke, sume mesti terdiam. Ni membuktikan bahau sangat klako. Ahahaha.

Gua : Ahahaha. Antara joke bahau paling klako?

Afiq : Ntah la x ingat. Banyak sangat.

Gua : Okay2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Babai.

Afiq : (memandang jam di tangan) Gua dah lewat nak mesyuarat biro lawatan PRS nih. Babai.

Afiq syahmi kelihatan tergesa-gesa keluar, sehingga tertanggal vest PRS beliau dan menampakkan kesulurahan baju merah pasukan hoki smapl yang tertera namanya di belakang yang sedang dipakainya..


Next edition : intebiu with azharuddin. (pakar politik dunia)

2 comments:

Anonymous said...

haha..mcm2 la korng nie..

najmuddin said...

tak leh blahh...HAHAHAHA