Saturday, March 19, 2011

Dunia Terang Menjadi Gelita, Cahaya Indah Tiada Bergema

assalamualaikum


Mari ringkaskan dunia kita sekarang :
- Jepun dilanda gempa bumi yang kuat, berukuran 8.9 skala ritcher yang mengakibatkan kejadian tsunami yang hebat hingga menyebabkan sebahagian bandar2 kecil di Jepun lumpuh. Kejadian ini dikatakan antara yang terburuk yang dialami Jepun selepas Perang Dunia Kedua iaitu peristiwa Hiroshima dan Nagasaki. Tsunami ini juga menyebabkan kebocoran loji nuclear dan mengakibatkan kebocoran kecil sehingga menyebabkan penyebaran bahan radiasi.
- Mesir baru sahaja berjaya meruntuhkan tampuk pemerintahan pemimpin mereka, Hosni Mubarak melalui pemberontakan rakyat. Hosni Mubarak sudah memerintah selama lebih 30 tahun, satu jangka masa yang boleh dianggap lama ditambah lagi dengan corak pemerintahan kuku besi, rasuah dan penyelewengan. Kebangkitan rakyat ini juga telah mengakibatkan pertempuran2 yang hebat antara kumpulan anti-kerajaan dan pro-Mubarak, hingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
- Libya cuba mengikut jejak Mesir, dengan sekarang rakyatnya sedang bangkit untuk cuba meruntuhkan rejim pimpinan Muammar Gadaffi yang telah memerintah sejak tahun 1969. Namun, pertempuran di Libya dikatakan lebih hebat dan lebih kejam kerana Muammar Gadaffi mengarahkan tentera2 nya untuk menembak mati sahaja sesiapa yang menentangnya, termasuklah menggunakan kumpulan penembak tepat. Kejam…
- Bahrain juga dalam proses yang sama. Rakyat mereka sedang bangkit dan menganjurkan tunjuk perasaan dalam usaha untuk menjatuhkan rejim pemerintahan, menuntut balas dalam kematian beberapa orang penunjuk perasaan serta menuntut system raja berpelambagaan diwujudkan. Polis Bahrain dikatakan mempunyai sifat yang lebih kejam daripada polis atau tentera Israel, dengan pernah menembak tepat di kepala dalam jarak yang terlampau dekat seperti dalam video yang tersebar di youtube.

- Yemen juga dalam situasi sama, pemberontakan rakyat yang membawa kepada kematian yang sehingga saat ini berjumlah 41 orang serta banyak lagi kecederaan. Penunjuk perasaan bertempur dalam usaha untuk menjatuhkan pemimpin mereka, Ali Abdullah Saleh yang sudah memerintah selama 32 tahun.
Dunia sudah tidak aman..
Apa2 pun, banyakkan lah bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada..
Dan janganlah bersifat angkuh, kerana angkuh Allah s.w.t jauh lebih hebat..

1 comment:

Anonymous said...

polis bahrain mmg patut bertindak sedemikian sbb yg buat kacau is SYIAH laktatullah 'alaihim n kerajaan bahrain merupakan kerajaan ahlus sunnah......