Sunday, December 18, 2011

go-go mocha


ASSALAMUALAIKUM

“Lu tunggu sana, kejap lagi aku sampai”, send!...aku merenung berapa ketika ke skrin henpon nokia yang memang sedia maklum sangat power…”sent to ayob”…aku menghembus nafas lega…maksudnya baki kredit henpon aku masih ada walaupun dekat dua minggu tak topap…”naim, ayob ajak lepak seksyen 2, ok?” Tanya gua padu ke muka naim sambil tangan menguis2 sambal nasik lemak yang aku perasan makin hari makin cair dia punya viscosity…kadang2 bila fikir balik, ni lah perangai orang kita kalau berniaga…tak pernah nak buat penambahbaikan…makin ke arah celaka ada…naim tak berfikir panjang…dia terus angguk tanda setuju….”ok, lame gak aku tak pekena milo legend”….aku mengiyakan sahaja…apa benda yang aku iyakan, aku sendiri tak tahu…nak kata milo seksyen 2 tu legend, bagi aku masih belum sampai lagi tahap yang betul2 aku boleh panggil legend…kalau nak dapat nama legend dalam hal2 membancuh milo ni, baik pergi bertalaqi dengan pakcik2 milo van…

Siap menghabiskan sisa2 nasi lemak yang ada, aku dan naim mula membuka langkah masing2 ke foodcourt sekyen 2…bagi yang tak tahu, ataupun  pura2 menjadi kura2 dalam perahu, seksyen 2 dan kolej jati tidaklah jauh mana…gunakanlah mana2 perumpamaan dulu kala seperti sepelaung, setanak nasi, sekangkang kera, a throw stone away dan apa saja, semua itu boleh menggambarkan dengan tepat tentang dekat jauh jarak antara dua tempat ini....keadaan di foodcourt ni macam2…bagi aku, tidak perlulah handsome mahupun bersolek bagai untuk lepak2 di sini..ianya lebih kepada tempat makan student2…pakaian seperti t-shirt dan kain pelikat dah cukup pergi sebenarnya…

Berbalik kepada cerita mesej yang aku terima dari ayob, beliau ajak aku dan naim lepak2 makan dekat seksyen 2…siapa ayob? Ahh, mungkin ada yang lebih kenal beliau dengan nama ucop…rasanya aku pernah cerita pasal kutu seorang ni masa entry ketua rumah 4 tahun lepas…sampai di fooodcourt, aku taknampak kelibat dia…hal begini aku memang dah jangka, Cuma kadang2 aku sendiri saja buat2 tak jangka…tunggu beberapa ketika, barulah muncul kelibat ayob ni…pergi isik minyak motor katanya...

Duduk di meja sebelah gerai sate, tapi tak beli walau sebatang pun buat aku, naim dan ayob rasa serba salah…sebenarnya tentang ayob dan naim tu, aku tak berapa yakin diorang ada rasa bersalah macam aku atau tidak…bukan apa, aku Cuma rasa tak praktikal untuk membeli sate yang harga sampai 70sen secocok….kalau aku seorang penagih, lebih baik aku simpan duit guna buat beli ganja tiga-empat tiub…pesanan ayob sampai ke meja…nasi goreng student dan air sirap…aku dan naim hanya minum milo gelas besar saja…bercerita tentang milo yang aku order,  aku boleh katakan ia hanya pada tahap so-so sahaja…belum layak lagi untuk digelar legend....wait for it……dary

Sambil makan, cerita mula dibuka…dari sekecil2 cerita macam “kolej kau hujan tak? Kolej aku selalu hujan time2 petang” hinggalah ke seberat-berat cerita yang aku pun malas nak bukak tajuk dia dalam entry ini…kalau aku sebut, risau ada yang mula naik angin tak tentu hala…sambil2 bercerita, ayob kadang2 bercerita kisah2 dulu di sekolah….hari itu aku rasa banyak nama nopal yang naik…dia cerita, aku ketawa, tak kering gusi, jatuh kerusi…cerita perihal bagaimana satu ketika dahulu, dia dan nopal pernah bukak satu perniagaan roti aiskrim yang kalau diorang berenti belajar dan terus buka bisnes masa tu juga, aku suspek mesti diorang sedang bersenang lenang makan duit jual roti aiskrim…. Dan lain2 dari itu, cerita macam bila final, berapa paper, pelik kenapa aku hanya ada dua paper final sahaja turut dijadikkan topik bualan….malam makin larut, air milo makin surut…..aku, naim dan ayob mula beransur ke kolej masing2…sebelum pulang, aku sempat menoleh ke kiri dan kanan…

Sambil berjalan pulang, jiwa aku masih lagi sedih dengan apa yang berlaku…tak ada orang ke yang nak beli sate pakcik tu? Student macam aku ni bukannya praktikal sangat makan sate2 ni….aku harap pakcik tu boleh mula fikir2 untuk bukak perniagaan baru…roti aiskrim mungkin.

Saturday, December 17, 2011

Muazzin


Gua sedang tekun di meja study gua. Presentation board perlu dihantar lagi beberapa hari. Board a1 terbentang luas di atas meja, dengan lagi 2 keping menunggu giliran untuk dijamah.

Sedang gua khusyuk menyiapkan, azan Maghrib berkumandang dari surau Mahallah sebelah. Sudah kebiasaan, pantulan bunyi ke arah bilik gua hanya mampu menerima azan surau dari Mahallah lain, bukan daripada Mahallah gua sendiri.

Tapi kali ni lain macam..

Sedap sungguh azan kali ni. Ditambah lagi dengan gua yang sedang khusyuk menyiapkan kerja, maka makin bersemangatlah gua menghadap board tu. Rasa macam diseru semangat gua untuk siapkan..

Berdasarkan pendengaran dan pemerhatian gua, gua yakin kali ni muazzin baru. Lain sket pitching dia dengan yang biasa gua dengar..

Muazzin sudah sampai ke laungan Haiyya ala Solah. Sedap. Laungan kali kedua lebih nyaring , suara semakin tinggi…

Semakin tinggiiii…

Tinggiiiii…..








Pecah.

****

Gua terbayang tawa-tawa kecil budak-budak di sekolah dulu.

Ahhh, sukar untuk gua katakan. Kalau dalam situasi ni di sekolah, mahu terus pencen jadi muazzin. Kena bahan sampai habis sekolah pun boleh jadik jugak.

Nasib baik sekarang gua bercakap dalam konteks universiti, dengan jumlah pelajar yang terlampau ramai untuk saling mengenali satu sama lain serta kehadiran untuk berjemaah di musolla tidak diwajibkan. Lega sikit muazzin tu.

Thursday, December 15, 2011

TRAVELOG HAJI CABARAN MELAYARI SUNNAH *part 1*


بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum,

Gua diberi tugasan untuk menceritakan tentang plan telaga biroo untuk meng'create slot 'Mohon Nahu Bersama BH' di TVALHIJRAH. Tapi gua rase tajuk tu kurang bermanfaat untuk tontonan umum. So gua tukar tugasan gua jadi Travelog Haji gua. =D

kalau lu orang tanye orang2 msia yg pergi haji terutama di usia muda, gua jamin 75% akan tau buku kat atas ni. kalau lu org mampu beli gua alu-alukan. bukan sbb gua dpt komisyen, tp mmg buku tu boleh menusuk hati kalo bace kisah cmane sorg yg x smayang lansung boleh qiam tiap hari lepas dia balek haji (mate bengakak gua x pasti...=P), boleh khatam Quran n terjemahan skali dlm masa 8 hari di madinah n mcm2 lg..

tp cite gua mungkin x sehebat prof kamil tp gua akan cube buat dy selebat mungkin....
7 zulhijjah

gua bertolak lps zohor dari madinah ke mekah naek bas. bertalbiah sekuat hati sbb diceritakan sahabat hilang suara dlm beberapa batu lps btolak nk menunaikan haji....

gua sampai mekah lps isya' dan terus ke Kaabah ntuk menunaikan tawaf qudum (selamat datang)....


*ni ustazah maryam pesan gua test PSI korg...=P...keh44

selesai gua tawaf qudum gua sambung sa'i rukun / sa'i haji





selesai sa'i gua terus ke mina sbb penempatan gua di mina.

8 zulhijjah

sarapan pagi ni lah 1st time gua gelak sejak pasang niat ihram haji gua. sbb pade mulenye gua telah berniat untuk menjadi seorang yg sangat serius. tp disebabkan mamat uni gua dari eropah (kalo x silap) terbatal niat gua untuk menjadi seorang yg serius. nak dijadikan cerite pagi 1st day di mina tu makanan untuk sarapan sampai lambat. so budak2 uni gua yg macam yakjuj makjuj kelaparan pun tibai la biskut2 n teh pelbagai jenama di kaunter snek kt khemah gua tu. mamat eropah ni pun bancuh teh lipton, tibai biskut n tibai satu bundle teh jename rabea'



gua ingat mamat ni nak buat kenduri ngn member2 dy, tgk2 dy dudok ngn member dy sorg bdekatan ngn geng2 gua breakfast ngn geng2 kemboja sebelah gua. gua da musykil da mamat ni. gua da dpt rase aura2 org yg x reti nk beza biskut ngn teh. gua pun amek langkah bijak demi menjaga keseriusan gua menunaikan haji gua blah. tp intai2 gak aksi budak tu. mamat tu dgn perlahannye bukak bungkusan teh tu, tgk2 teh kat dalam. dy dgn muke slambe dy letak teh kt tepi n makan biskut len yg dy amek td sambil buat2 x prasan budak kemboja sebelah gua td yg da terkekek2 x tahan dgn keBENGAPan aksi td......gua pun x tahan terbahak2 jugak kt tepi tu...kah44

ni la salah satu bnde yg gua sebut kt jemaah2 haji malaysia jgn pelik ngn perangai2 jemaah2 haji terutamanya dari ngare lain. sbb ALLAH ciptakan pelbagai kaum dan kelompok untuk saling berkenalan.lgpun gua rse dorg pun rse bnde yg same kot bile tgk jmaah hj dr msia... so, gua pesan kat lu org lain kali jgn gelakkan org walaupun dy x reti nk bezakan teh ngn biskut OK??....

bersambung.......