Sunday, December 18, 2011

go-go mocha


ASSALAMUALAIKUM

“Lu tunggu sana, kejap lagi aku sampai”, send!...aku merenung berapa ketika ke skrin henpon nokia yang memang sedia maklum sangat power…”sent to ayob”…aku menghembus nafas lega…maksudnya baki kredit henpon aku masih ada walaupun dekat dua minggu tak topap…”naim, ayob ajak lepak seksyen 2, ok?” Tanya gua padu ke muka naim sambil tangan menguis2 sambal nasik lemak yang aku perasan makin hari makin cair dia punya viscosity…kadang2 bila fikir balik, ni lah perangai orang kita kalau berniaga…tak pernah nak buat penambahbaikan…makin ke arah celaka ada…naim tak berfikir panjang…dia terus angguk tanda setuju….”ok, lame gak aku tak pekena milo legend”….aku mengiyakan sahaja…apa benda yang aku iyakan, aku sendiri tak tahu…nak kata milo seksyen 2 tu legend, bagi aku masih belum sampai lagi tahap yang betul2 aku boleh panggil legend…kalau nak dapat nama legend dalam hal2 membancuh milo ni, baik pergi bertalaqi dengan pakcik2 milo van…

Siap menghabiskan sisa2 nasi lemak yang ada, aku dan naim mula membuka langkah masing2 ke foodcourt sekyen 2…bagi yang tak tahu, ataupun  pura2 menjadi kura2 dalam perahu, seksyen 2 dan kolej jati tidaklah jauh mana…gunakanlah mana2 perumpamaan dulu kala seperti sepelaung, setanak nasi, sekangkang kera, a throw stone away dan apa saja, semua itu boleh menggambarkan dengan tepat tentang dekat jauh jarak antara dua tempat ini....keadaan di foodcourt ni macam2…bagi aku, tidak perlulah handsome mahupun bersolek bagai untuk lepak2 di sini..ianya lebih kepada tempat makan student2…pakaian seperti t-shirt dan kain pelikat dah cukup pergi sebenarnya…

Berbalik kepada cerita mesej yang aku terima dari ayob, beliau ajak aku dan naim lepak2 makan dekat seksyen 2…siapa ayob? Ahh, mungkin ada yang lebih kenal beliau dengan nama ucop…rasanya aku pernah cerita pasal kutu seorang ni masa entry ketua rumah 4 tahun lepas…sampai di fooodcourt, aku taknampak kelibat dia…hal begini aku memang dah jangka, Cuma kadang2 aku sendiri saja buat2 tak jangka…tunggu beberapa ketika, barulah muncul kelibat ayob ni…pergi isik minyak motor katanya...

Duduk di meja sebelah gerai sate, tapi tak beli walau sebatang pun buat aku, naim dan ayob rasa serba salah…sebenarnya tentang ayob dan naim tu, aku tak berapa yakin diorang ada rasa bersalah macam aku atau tidak…bukan apa, aku Cuma rasa tak praktikal untuk membeli sate yang harga sampai 70sen secocok….kalau aku seorang penagih, lebih baik aku simpan duit guna buat beli ganja tiga-empat tiub…pesanan ayob sampai ke meja…nasi goreng student dan air sirap…aku dan naim hanya minum milo gelas besar saja…bercerita tentang milo yang aku order,  aku boleh katakan ia hanya pada tahap so-so sahaja…belum layak lagi untuk digelar legend....wait for it……dary

Sambil makan, cerita mula dibuka…dari sekecil2 cerita macam “kolej kau hujan tak? Kolej aku selalu hujan time2 petang” hinggalah ke seberat-berat cerita yang aku pun malas nak bukak tajuk dia dalam entry ini…kalau aku sebut, risau ada yang mula naik angin tak tentu hala…sambil2 bercerita, ayob kadang2 bercerita kisah2 dulu di sekolah….hari itu aku rasa banyak nama nopal yang naik…dia cerita, aku ketawa, tak kering gusi, jatuh kerusi…cerita perihal bagaimana satu ketika dahulu, dia dan nopal pernah bukak satu perniagaan roti aiskrim yang kalau diorang berenti belajar dan terus buka bisnes masa tu juga, aku suspek mesti diorang sedang bersenang lenang makan duit jual roti aiskrim…. Dan lain2 dari itu, cerita macam bila final, berapa paper, pelik kenapa aku hanya ada dua paper final sahaja turut dijadikkan topik bualan….malam makin larut, air milo makin surut…..aku, naim dan ayob mula beransur ke kolej masing2…sebelum pulang, aku sempat menoleh ke kiri dan kanan…

Sambil berjalan pulang, jiwa aku masih lagi sedih dengan apa yang berlaku…tak ada orang ke yang nak beli sate pakcik tu? Student macam aku ni bukannya praktikal sangat makan sate2 ni….aku harap pakcik tu boleh mula fikir2 untuk bukak perniagaan baru…roti aiskrim mungkin.

Saturday, December 17, 2011

Muazzin


Gua sedang tekun di meja study gua. Presentation board perlu dihantar lagi beberapa hari. Board a1 terbentang luas di atas meja, dengan lagi 2 keping menunggu giliran untuk dijamah.

Sedang gua khusyuk menyiapkan, azan Maghrib berkumandang dari surau Mahallah sebelah. Sudah kebiasaan, pantulan bunyi ke arah bilik gua hanya mampu menerima azan surau dari Mahallah lain, bukan daripada Mahallah gua sendiri.

Tapi kali ni lain macam..

Sedap sungguh azan kali ni. Ditambah lagi dengan gua yang sedang khusyuk menyiapkan kerja, maka makin bersemangatlah gua menghadap board tu. Rasa macam diseru semangat gua untuk siapkan..

Berdasarkan pendengaran dan pemerhatian gua, gua yakin kali ni muazzin baru. Lain sket pitching dia dengan yang biasa gua dengar..

Muazzin sudah sampai ke laungan Haiyya ala Solah. Sedap. Laungan kali kedua lebih nyaring , suara semakin tinggi…

Semakin tinggiiii…

Tinggiiiii…..








Pecah.

****

Gua terbayang tawa-tawa kecil budak-budak di sekolah dulu.

Ahhh, sukar untuk gua katakan. Kalau dalam situasi ni di sekolah, mahu terus pencen jadi muazzin. Kena bahan sampai habis sekolah pun boleh jadik jugak.

Nasib baik sekarang gua bercakap dalam konteks universiti, dengan jumlah pelajar yang terlampau ramai untuk saling mengenali satu sama lain serta kehadiran untuk berjemaah di musolla tidak diwajibkan. Lega sikit muazzin tu.

Thursday, December 15, 2011

TRAVELOG HAJI CABARAN MELAYARI SUNNAH *part 1*


بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum,

Gua diberi tugasan untuk menceritakan tentang plan telaga biroo untuk meng'create slot 'Mohon Nahu Bersama BH' di TVALHIJRAH. Tapi gua rase tajuk tu kurang bermanfaat untuk tontonan umum. So gua tukar tugasan gua jadi Travelog Haji gua. =D

kalau lu orang tanye orang2 msia yg pergi haji terutama di usia muda, gua jamin 75% akan tau buku kat atas ni. kalau lu org mampu beli gua alu-alukan. bukan sbb gua dpt komisyen, tp mmg buku tu boleh menusuk hati kalo bace kisah cmane sorg yg x smayang lansung boleh qiam tiap hari lepas dia balek haji (mate bengakak gua x pasti...=P), boleh khatam Quran n terjemahan skali dlm masa 8 hari di madinah n mcm2 lg..

tp cite gua mungkin x sehebat prof kamil tp gua akan cube buat dy selebat mungkin....
7 zulhijjah

gua bertolak lps zohor dari madinah ke mekah naek bas. bertalbiah sekuat hati sbb diceritakan sahabat hilang suara dlm beberapa batu lps btolak nk menunaikan haji....

gua sampai mekah lps isya' dan terus ke Kaabah ntuk menunaikan tawaf qudum (selamat datang)....


*ni ustazah maryam pesan gua test PSI korg...=P...keh44

selesai gua tawaf qudum gua sambung sa'i rukun / sa'i haji





selesai sa'i gua terus ke mina sbb penempatan gua di mina.

8 zulhijjah

sarapan pagi ni lah 1st time gua gelak sejak pasang niat ihram haji gua. sbb pade mulenye gua telah berniat untuk menjadi seorang yg sangat serius. tp disebabkan mamat uni gua dari eropah (kalo x silap) terbatal niat gua untuk menjadi seorang yg serius. nak dijadikan cerite pagi 1st day di mina tu makanan untuk sarapan sampai lambat. so budak2 uni gua yg macam yakjuj makjuj kelaparan pun tibai la biskut2 n teh pelbagai jenama di kaunter snek kt khemah gua tu. mamat eropah ni pun bancuh teh lipton, tibai biskut n tibai satu bundle teh jename rabea'



gua ingat mamat ni nak buat kenduri ngn member2 dy, tgk2 dy dudok ngn member dy sorg bdekatan ngn geng2 gua breakfast ngn geng2 kemboja sebelah gua. gua da musykil da mamat ni. gua da dpt rase aura2 org yg x reti nk beza biskut ngn teh. gua pun amek langkah bijak demi menjaga keseriusan gua menunaikan haji gua blah. tp intai2 gak aksi budak tu. mamat tu dgn perlahannye bukak bungkusan teh tu, tgk2 teh kat dalam. dy dgn muke slambe dy letak teh kt tepi n makan biskut len yg dy amek td sambil buat2 x prasan budak kemboja sebelah gua td yg da terkekek2 x tahan dgn keBENGAPan aksi td......gua pun x tahan terbahak2 jugak kt tepi tu...kah44

ni la salah satu bnde yg gua sebut kt jemaah2 haji malaysia jgn pelik ngn perangai2 jemaah2 haji terutamanya dari ngare lain. sbb ALLAH ciptakan pelbagai kaum dan kelompok untuk saling berkenalan.lgpun gua rse dorg pun rse bnde yg same kot bile tgk jmaah hj dr msia... so, gua pesan kat lu org lain kali jgn gelakkan org walaupun dy x reti nk bezakan teh ngn biskut OK??....

bersambung.......

Saturday, November 26, 2011

KOSMO! Sabtu 26 November 2011


Sedutan tajuk utama akhbar hari ini, yang telah disetankan. Sekian.

SUAMI ISTERI PEMILIK MAKMAL DADAH

Rahsia sepasang suami isteri kelihatan yang kelihatan bertenaga sepanjang masa akhirnya terbongkar apabila pihak persatuan ubat-ubatan tradisional mendapati bahawa rumah yang didiami oleh pasangan itu dijadikan makmal memproses dadah. Rumah itu, yang merupakan rumah teres setingkat, bersebelahan rumah Pak Hussain yang meniaga cendol di kawasan perumahan itu telah diserbu oleh pihak persatuan tepat jam 3 petang semalam walaupun pihak persatuan telah sampai ke lokasi awal 2 jam. Hal ini kerana pukul 3 petang ialah waktu paling afdhal untuk menyerbu lokasi, memandangkan ketika itu Pak Abu tiada di rumah kerana meniaga cendol. Pak Abu ketika ditemui berkata, “Mengapa perlu memanggil saya dengan nama Pak Abu sedangkan saya Pak Hussain?” Ketika diajukan lagi soalan oleh wartawan, Pak Hussain menjawab lagi dengan nada spontan, “Kesedapan cendol saya tiada kena mengena dengan dadah! Saya tidak pernah berniat untuk mencampurkan ke dalamnya langsung!” Pasangan suami isteri itu kini ditangkap sementara menunggu pihak polis menjalankan siasatan terhadap rumah itu.

ROLLER COSTER RM5 JUTA MELAKA TERSADAI

Rakyat Melaka perlu mulai bimbang kerana projek untuk membina roller coster masih terbengkalai sehingga kini dan entah bila akan disiapkan. Menurut seorang rakyat Melaka yang ditemui, beliau amat kesal kerana projek pembinaan itu masih tidak disiapkan. Beliau yang sudah menjangkau umur 75 tahun amat berharap dapat berpeluang menaiki roller coster itu, bagi menggantikan hobinya masa kini iaitu bermain roller blade bersebelahan tapak pembinaan roller coster itu. Sehingga kini, beliau telah menyimpan lebih 4 pasang roller blade, dengan yang paling berharga ialah roller blade berjenama Solo Tride HD yang ditandatangani pasukan renang berirama Malaysia.

TREN ELEKTRIK KTMB TERKANDAS 10 JAM DI IPOH

Perit! Itulah luahan rasa segelintir penumpang apabila terkandas di stesen keretapi selama 10 jam akibat kerosakan teknikal yang berlaku. Beberapa orang penumpang ketika ditemubual melahirkan rasa musykil dengan kesilapan teknikal ini. Antara yang ditemui ialah Pak Hussain penjual cendol serta seorang warga emas yang menyangkut roller blade di lehernya. Mengikut rakan kepada warga emas itu, mereka sepatutnya menyertai kejohan dunia di Syria lagi 3 hari dan kelewatan yang berlaku menyebabkan mereka terlepas penerbangan ke sana. Sementara itu, pihak berkuasa masih gagal menjelaskan mengapa kelewatan itu berlaku. Ada yang mengatakan ini berpunca daripada sikap segelintir pelajar yang mahu ‘fly’ lalu menggunakan laluan keretapi sebagai tempat terbaik untuk mengelak dikesan warden lalu menyebabkan perjalanan keretapi tertangguh.

Friday, November 25, 2011

minda kelas ke-3

ASSALAMUALAIKUM

4-5 hari lepas, mata aku bengkak....hal bengkak mata ni kalau kena memang tak senang nak buat semua benda...dari benda paling aku malas nak buat macam main game, sampailah ke benda paling aku rajin buat macam solat di awal waktu, semuanya serba tak menjadi....sepanjang aku sakit mata, macam2 perangai kepale otak orang yang aku jumpe...antaranya:

"weyh puk...asal mate kau? kau usha blonde semalam tu lame sangat ni..."

"walao puk, cd blue mane kau study ni?real punye bengkak mate ni..."

"kawasan abang mana lu dah langgar ni mat?"

*********************

aku cuma boleh menggeleng kepala dua tiga kali tanda sedih...tak terpikir ke diorang yang mata aku ni bengkak pasal qiam?

p/s: qiam malam ni mungkin aku doakan agar budak2 ni bawak2 berubah perangai jadik baik siket..tak dapat baik macam aku, baik siket macam naim pon dah boleh dah aku rase..

Friday, November 11, 2011

Selamat menjawab peperiksaan


Apa khabar semua!

Perghh gua dah hampir meninggalkan bidang penulisan dan blogging ni dah kalau tak sedara Dodol suruh gua buat entry khas ni. Maksud gua saudara Dodol. Dah lama sangat rasanya tak menghadap tempat draft entry nih. Ni semua penangan T-Square dan drafting table serta butter paper dan board bersaiz a2 dan a1. Tak dilupakan juga model2 serta peralatan yang digunakan untuk membuat model.

Sukar jugak rupanya nak menjadi berjaya seperti Ted Mosby dalam How I Met Your Mother, ataupun kalau nak lebih Islamik sikit seperti Adam dan Nur dalam Nur Kasih. Ataupun kalau nak lebih fofular seperti Azhar Sulaiman. Tapi itu semua akan ku tempuh, sambil berterusan berada di blog nih.

Mana boleh bagi Dodol conquer semua beb..

Ok, SPM pun nak dekat. Gua yakin di saat lu orang membaca nih, SPM mungkin dah start. Melainkan lu orang jenis bukak blog nih hari-hari walaupun jarang ada pengisiannya, mungkin lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start. Ataupun mungkin juga lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start jika lu orang merupakan pengguna Facebook tegar, yakni lu orang akan perasan entry baru telah diupdate di page Facebook blog nih.

Perghh! Blog nih ada page FB!!!

Sedangkan awek2 Pavi yang lu orang tak berapa nak kenal pun ada page sendiri, takkan pulak blog yang bermanfaat lagi munasabah ini tiada pula. Hadoii ibarat menarik bulu ketiak menggunakan gigi betul kamu semua..
Sementara itu gua tak pasti pulak benar atau tidak penulisan gua pasal SPM nih sebab gua amat yakin, budak-budak SPM yang mempunyai kesedaran tinggi tak sempat nak bukak2 blog nih di saat SPM nih, jadi apa guna gua menulis memberi nasihat. Masalahnya sekarang, kenapa pulak gua yang nak memberi nasihat. Ini sangat musykil.. Lagi satu, pembaca-pembaca blog ni semuanya mempunyai kesedaran tinggi, jadi bila semua nak study untuk SPM, sapa nak baca! Mengapa pula Dodol mahupun Cukpor ataupun Nopal perlu membaca tentang SPM, lebih-lebih lagi tentang tips2 menjawab soalan Sejarah. Perlukah mereka mempraktikkan tabiat manusia pada tamadun Indus dengan soalan Calculus mereka?

Jadi bersempena dengan entry khas sempena SPM ini, gua dan rakan-rakan gua serta rakan kepada rakan gua ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon-calon SPM. Ingat, perkara pertama apabila mendapat kertas soalan ialah semak dan baca nota kaki. Itu sangatlah penting. Dan bagi mereka yang mempunyai Iphone dan sebagainya, ingatlah bahawa menggunakan applications ketika di tandas untuk menjawab soalan sangatlah tidak disukai ramai, kecuali jika anda menggunakan apps GPS untuk mengetahui tempat duduk sebenar anda ketika di dalam dewan peperiksaan. Itu tidak mengapa.

Seperkara lagi, hayati dan selamilah waktu SPM dengan jiwa yang tulus dan suci murni, kerana itulah waktu-waktu terakhir anda di sekolah, melainkan selepas itu anda kembali sekali lagi menjadi guru. Waktu-waktu persekolahan memang menusuk jiwa dan sanubari anda.

Sekian. Hayatilah poster yang gua snap daripada dinding bilik member gua ini. Babai.


Saturday, November 5, 2011

raya rare

ASSALAMUALAIKUM

orang kulit putih pernah berkata,
"actions speaks louder than words"

orang kulit putih juga pernah sembang,
"a picture is worth a thousand words"

kalau macamtu, biarlah video ini yang berbicara



a video is worth a life..or maybe 2,or 3..or maybe more
dodolutopia 05-09

-bukan senang nak bersiap2 pakai baju raya, pakai samping, sembur perfume dengan member2 di pagi raya

-bukan senang nak berjalan ke surau dengan member2 di pagi raya

-bukan senang nak bertakbir raya dengan member yang memakai topi bruno mars

-bukan senang nak bergambar lepas sembahyang raya dengan member2

-bukan senang nak makan lemang, ketupat, rendang dan lauk2 raya dengan member2

-bukan senang nak ambil gambar kat belakang koop, atau mungkin tepi kantin dengan awek sendiri, skandal, ataupun mungkin awek member2

senang kata, semua benda tak senang...hanya yang betul2 beruntung dapat rasa beraya dengan kawan2,tak kesah samada dengan member xtrovert,member matrik, member degree, mahupun imaginary friend anda...oleh itu,hargailah rakan2 anda yang dahulu, dan kini...yang akan datang itu tidak pasti

selamat hari raya aidiladha






-saya newb-

Saturday, October 22, 2011

3-4 hari kebelakangan

ASSALAMUALAIKUM




isnin.,2.30 pagi.
kaki aku memijak rumput basah di hadapan dewan seri bestari....masa itu padang kosong..aku pula berpakaian seluar track dengan baju sukan milik nizam yang memang aku kenal sangat kesan koyak kat bahagian bawah ketiak kanan...aku cuba merapat2kan bahagian koyak itu supaya tak berapa nampak, namun gagal...terus aku mencangkung sendiri sambil mata merenung kosong ke setiap pelosok padang...
tidak lama selepas itu, beberapa kutu form5 seperti nizam, botak dan adib mula berlari turun dari tangga...juga berpakaian sukan..bola bergolek2 menuruni longkang sebelah tangga, dan terus digelecek ke padang oleh adib, cuba meniru2 gaya mario balotelli..nizam membongkok perlahan2 melewati palang besi yang menutup laluan masuk ke padang...beberapa saat selepas itu pula, segerombolan pelajar form5 turun, sangat ramai...lebih ramai dari bilangan pelajar yang turun subuh pagi tadi...boleh aku katakan bahawa hampir kesemua form5 kini berada di padang, membentuk satu bulatan sambil menghulurkan sebelah kaki...aku berlari-lari anak untuk menyertai mereka.......


rabu, 1.25 pagi.
malam itu hangat...lebih hangat dari pelukan seorang pelacur muda...aku dan macha sedang berjalan2 ke arah stesen minyak petronas...jarak antara hideout dan petronas tidaklah jauh sangat...lebih kurang minum satu kotak air milo sahaja...di tepi2 jalan menghala ke petronas, terlalu banyak anjing yang berkeliaran tanpa tuannya...samaada ia sengaja bersiar2 mengambil angin malam, ataupun virus "buang anak" yang biasanya hanya dilakukan oleh manusia kini sudah menjangkit kepada anjing...maaf anjing, kerana sikap buruk manusia, engkau terjebak sama...
dalam perjalanan, macha cuba memecah sepi dgn membuka topik2 buat borak seperti "boleh jawab test aritu?","ko perasan tak aku makin gelap?" dan gelak2 ringan yang aku sendiri tak tahu sebab musababnya...aku hanya menjawab separuh mahu sahaja kerana fikiran aku lebih menerawang berfikir samada aku dah log out ke belom akaun dekat hideout tadi..setibanya di petronas, aku terus menerpa masuk ke kedai mesra, buat2 buka peti sejuk jual air...tiada yang menambat selera...tekak aku lebih dahagakan sirap limau ketika itu..setelah macha membayar roti gardenia coklat dan air tin labu kundur, aku mula mengatur langkah ke pintu keluar...tidak semena-mena, langkah aku terhenti...aku terpandang sebuah Myvi oren....


khamis, 4.00 pagi.
"Dang!!"..aku menghempas kalkulator ke lantai...equation yang aku isi panjang berjela di dalam kalkulator tidak bermakna sedikitpun jika jawapan yang diberi adalah math error...aku mendengus putus asa...aku mula melihat sekeliling kelas, siddiq sedang menyalin laju segala macam nota yang diberi oleh Sir Mok...di meja depan,tangan ahmad juga kelihatan seperti sedang menyalin sesuatu...ahh, baru aku perasan yang dia sedang menyiapkan kerja PQS yang ustazah nak semak hari ini..aku alihkan pemerhatian aku ke bahagian budak2 perempuan pula...ada yang sedang menyalin nota...dan ada juga tengah berborak2 ringan...shida aku lihat tangan dan mulutnya bergerak secara penuh synchronize...tangan menyalin manakala mulutnya berborak2 dengan rakan meja sebelahnya sambil kadang2 diselangi ketawa kecil..
"patel, mega ade kat kau?"aku bertanya kepada patel...patel menyelok tangannya ke laci meja dan menyerahkan paper mega kepada ebau....ebau terjaga dari tidur yang tidak berapa lena, menyampaikan suratkhabar kepadaku dan kembali tidur...aku menghamparkan paper di atas meja, menutupi segala alat tulis, buku teks add math dan buku kotak2 kecil, dan mula membelek dari belakang...sambil2 membaca paper, aku kadang2 action memberi perhatian dalam kelas...sedang membaca2 gosip artis yang aku sendiri tak tahu bilakah penghujungnya, aku terpandang satu iklan kecil di bahagian bawah paper tertulis "transformer" this Saturday...aku memanggil perlahan "cakpor!!"..cakpor berpaling kebelakang sambil membuat muka semut..."transformer sabtu ni...jom?"cakpor buat2 gaya berfikir yang bagi aku sememangnya rare...setelah beberapa ketika, dia mengangkat thumbs up tanda setuju...aku mula menutup paper mega...kepala otak aku sudah mula terbayang gsc..add math ketika itu dalam mata aku kelihatan seperti badan optimus prime yang dicerai-ceraikan sahaja...


sabtu, 4.40 pagi.
rooney berlari dengan laju dari belah kanan padang...melepasi defense kiri manchester city dan makin mara, dari kanan cuba masuk ke bahagian kotak penalti...tiba2 lescott dilihat bergerak dgn sangat laju...jin ifrit mana yang sudah merasuknya pon tidak dapat diketahui...kalau rooney tidak pass atau cross bola itu dgn cepat, memang confirm lescott akn dapat clear...rooney tidak perasan akan kewujudan lescott..aku sudah mula risau...lescott pula semakin laju seperti kini ada dua pulak jin ifrit dalam badannya....lescott slide, kini hanya masa sahaja yang menentukan...lescott sedikit terlambat...rooney sempat melakukan cross leret kedalam kotak penalti, melepasi hanya beberapa jengkal dari hujung but lescott...nani menyambung leretan rooney dan melalukan bola melepasi kaki penjaga gawang city..untuk game ini,  man utd menang 3-1...


*semoga nani boleh gol macam apa yang aku nampak dalam mimpi pagi tadi





Sunday, October 16, 2011

i'm lovin it

ASSALAMUALAIKUM

gua sebelum2 ni cuma ada 4 tempat common sahaja untuk tengok bola....rumah atok gua, mamak, dan bilik tv di asrama lelaki smapl....ok, memang gua mentionkan 3 tempat sahaja...maaf sebab kata ada 4 tadi...taknak maafkan? pergi mati....

namun sejak kebelakangan ini, setelah menjadi abang2 degree, gua mula berkenal2 dengan satu lagi port layan bola dan rilek2 iaitu mcdonald...sebelum2 ini gua ingat mcd hanya ada 2 fungsi sahaja...tempat bawak awek duduk2 makan aiskrim sambil borak hal kene sex harrasment dgn brader kat pejabat, dan ........ahh gile gua lupa lagi satu ni ape? naim punya pasal la ni ajak gua borak pasal awek kat ceramah time2 gua tengah up entry...ahh, abaikan yg lagi satu ni..skarang ni tengah nak cerita pasal kaitan mcd dan bola...

gua baru tau yg mcd merupakan tempat tengok bola hanya ketika gua masok uitm s.alam...nak kata gua noob? sekali lagi pergi mati.....tapi layan bola kat mcd ni tak berapa sedap sebenarnya, walaupun fillet-o-fish memang sedap..hal paling utama pasal makanan dia mega mahal...ni gua malas nak ulas...bapak sape keje perdana menteri je yg akan cakap mcd ni murah...seterusnya, kapasiti untuk tempat duduk depan tv adalah terhad...sape lambat, memang terpaksa balik tengok kat bilik sahaja guna broadband...bagi yg spirit kuat siket, mungkin boleh tahan berdiri...tapi paling2 kuat berdiri pon, habis first half kompem balik sambil memaki2....

dan sebab utama kenapa gua cakap layan bola kat mcd ni tak berapa sedap adalah pasal bilangan penonton...tak pasti adakah sebab gua pergi tgk dgn naim, maka orang jadik tak ramai, ataupun memang dari dahulukala tak ramai tgk kat mcd...bila tak ramai, aura dan derasan adrenalin akan kurang...jadik kalau man.utd skor, lagi2 skor banyak gol, gua rasa makin malas nak bersorak...ini merupakan satu perangai tidak sihat dan melanggar adab...tapi biasanya gua sorak juga tak kisah kiri kanan....tapi igt, gua bukannya cakap brader2 yg layan bola kat mcd ni tak bersemangat waja, cuma bilangan  yg layan kat mcd ni tak ramai...jadik main point dia disini adalah layan bola kat mcd tak berapa sedap pasal penonton tak berapa ramai sangat...sekian...

*tapi ramai tak ramai pon, bila chicarito skor tiba2 gua rasa ramai audience...gila2
**you will never dive alone
***mohon tenang

Saturday, October 15, 2011

letter after T

ASSALAMUALAIKUM


gua lihat pergerakan blog ini semakin perlahan...bila sebut perlahan, memang buat gua teringat dekat teka-teki tentang kenapa siput babi jalan perlahan....ahh, teka-teki tu memang yg paling gampang pernah gua jumpa setakat ni...


berbalik kepada pergerakan blog yg gua baru nak cerita sebentar tadi....banyak faktor yg menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah ini...namun bajet 2012 memang langsung tidak berkait rapat, apatah lagi kekalahan kelantan kepada terengganu menerusi agregat yg gua pon tak tahu berapa...salah satu faktor penyebab yang paling true sekali adalah masuknya para penulis ke alam universiti yg lebih true dari tahun2 dulu...terutamanya kepada gua dan arepseman yg baru nak merasa jadik budak degree...lepas ni baru sedap nak borak2 dengan brader2 sambil pekena shisha dua tiga pam..."lu blajar mane?"..boleh gua hentak padu2 "gua degree kat U bla3"....perghhh, canggih2


ini tahun, gua jadik susah nak update blog pasal tangan kiri kanan gua sibok main milling...arepseman pulak gua saspek sangat busy dengan gunting, gam, kadbod dan segala macam bahan yang memang gua sekali tengok pon dah tahu bukan jiwa gua...almaklum, pendidikan seni gua paling2 champion hanyalah C+....ada sekali dapat B, tapi check2 balik ada salah tanda....jadik gua tak rasa nak bangga dengan B yg begitu rupa..nampak sgt antiklimaks..tapi bangunan yg beliau dan member2 beliau buat memang canggih..serius...kalau nak cerita pasal zoobear plak, ahh....dia memang dari tahun2 dulu sibok...tambah2 skarang ni gua dengar dia tgh handle banyak page anti tahajud cinta...dengar2 laa...


lain2 penulis seperti yg dari USA,Korea,Moroco gua tak berapa dapat info...paling2 jauh yg gua tahu pon dari USA...itu pun tak berapa clear info yg gua dapat....tampal kertas tulis fifa12 atas dahi...apa gua nak interprate data macam tu? serius gua fail....


dan antara founder blog ini iaitu malomilo, gua dengar sudah mula berada pada tahun 2....bukan calang2 orang boleh masuk ke tahun 2...ahh,tapi ape benda yg gua nak sembangkan pasal kutu sorang ni...memang dari sekolah lagi, memang bukan calang2 orangnya...gua sembang lebih2 pasal dia kang, nampak sangat gua ni noob tak sehebat beliau...maka sebagai seorang yg tak pernah mahu kalah, gua taknak cerita pasal mamat ni lebih2....


lu orang nampak kan betapa seboknya para penulis blog ni sekarang? ni baru siket yg gua letak...kalau gua listkan satu2, gua risau yg membaca nanti taknak masuk universiti kerana risau akan menjadi seorang yg busy....oleh itu, lu orang kene paham kenapa takde entry2 gembira, sedih, hipokrit, lame di-post....sebok2
tapi kalau masok cuti sem, mungkin lah akan ada entry2 rabak dari para2 penulis yg bercuti masa tu...mungkin...


**esok man. utd menang 0-14 sambil relax2 sahaja

Saturday, September 17, 2011

bukan gaya brader milennium

Sesi 1.
1.bangun dari tidur.
2.tekan butang "ON" pada komputer
3.ambil wudhu' dan sembahyang subuh dengan laju...risau habis waktu
4.habis sembahyang, komputer dah sedap siap...duduk selesa2, bukak facebook/twitter....
5.tengok berapa notification ada kat facebook...kalau banyak, maka semak setiap notification yg ada dengan gembira..komen mana2 yg perlu...kalau takde, baca satu2 cerita yg ada kat newsfeed
6.twitter pulak, tengok mention....kalau2 ada yg tag time2 tgh tido...dah habis tengok, baca timeline satu2....habis semua, tengok topik trending mana yg best buat baca ringan2..
7.dah habis semua ni, sleepkan komputer, dan kembali ke katil untuk sleep juga


Sesi 2.
1.bangun dari tidor, lebih kurang pukol 10-11 pagi macamtu....
2.bukak balik facebook dan twitter...ulang rutin lebih kurang macam no 5 dan 6 dalam sesi 1 tadi...
3.selesai semua, pergi dapur bukak tudung saji tengok sarapan ape ade...dah tgk, cubit rasa siket...pastu pergi ambil tuala dan mandi
4.mandi sesedap rasa...
5.pakai baju, turun ke dapur balik, dan makan sarapan secara true...lahap apa yg ada
6.dudok kembali sekali lagi depan komputer..mengadap facebook dan twitter...selama mungkin


Sesi 3.
1.tengah sedap retweet2 cerita menarik pasal korea dan gosip artis malaysia couple dgn artis hollywood, mak panggil turun tolong masak
2."kejap" dikatakan kepada mak....pasal timeline tgh laju...taknak ketinggalan kononnya
3.mak panggil lagi sekali suruh tlg masak...diri mula rasa bengang kepada mak.."tak reti sabar sikit ke?"bentak dalam hati
4."bengang betol la...asyik orang je kene tolong...yg lain2 tu relax je...ni yg tak suke mak aku ni"...butang TWEET ditekan...
5.melangkah keluar bilik...cuba buat macam biasa2 sahaja...namun gagal...mulut muncung seperti itik dan hempas menghempas semasa menolong memasak gagal percubaannya menyembunyikan rasa marah
6.siap masak, terus laju2 masok ke bilik...tengok kembali twitter dan facebook...mana2 cerita yg ketinggalan...


dan perjalanan hidup sebegini diulang.....sampai bila, gua pun taktau...


p/s: ni bukan cara gua....lagi2 part rebel tak tentu hala dekat facebook/twitter...pantang moyang gua hang tuah buat perangai camtu

Friday, September 16, 2011

lets play cricket?

ASSALAMUALAIKUM



aritu gua jalan2 bukak semua blog yg gua igt....dari sembang kencang, sampailah ke blog unclecamwhore....tapi bila gua bukak blog laukpauk ni, gua perasan satu benda


bunyik cengkerik dia bukan main kuat....kuat dia sampai member gua yg tengah buat calculus boleh terkejot, teros pergi main game....hebat2

Friday, August 26, 2011

Diari Ramadhan Afiq : pak azim dan pelikat lilit

26 Ramadhan.


dari sekecil2 perkataan kasar seperti tahi ayam, kepada setinggi2 maqam carutan seperti *$@#!&, semua aku dah habis hamburkan betul2 depan tv bravia HD '32 aku bilamana muka pak azim dan ustaz sauki muncul....perangai serupa gambang...skarang ni sape nak tanggung dosa carut2 aku tadi? pak azim nak tanggung? sauki nak bagi berkat kat aku? kau tunggu episod jumaat depan....aku tendang tv aku depan2 kau...baru kau tau...harom


p/s: diari aku lari dari prinsip asal...takdehal...ni semua demi perjuangan citra dan cinta solah seri....


p/s: hebat betol erma fatima bermain dgn perasaan aku...sebelum ni cuma cerita jimmy neutron je yg betol2 true  boleh buat macamni 

Thursday, August 25, 2011

Diari Ramadhan Afiq : terawih oh terawih

25 Ramadhan.


masa awal2 bulan pose aritu, spirit terawih masing2 jangan cakap....kalau takat 20 rakaat 3 witir tu, boleh selesai sekali nafas je nak cerita dia punya semangat.....habis selawat, terus bangun takde tunggu2 imam habis baca Al-Fatihah...memang cantik..jemaah pon kemas...takde lompang2 sana sini...tapi bila dah masok hari2 akhir ni, benda dah boleh diduga...nak aku cerita jugak? tak payah....


bila dah hujung2 bulan Ramadhan, aku teringat cerita satu petang masa aku lepak2 dengan kawan2 lama kat kampung...masa tu belom cecah 5 hari puasa lg...kitorang duduk bawah pokok rambutan sambil main uno...bila difikirkan balik, terasa bangang juga masa tu, satu tangan pegang kad, satu tangan halau kerengga...tapi taktau apesal kebangangan tu diteruskan juga...demi menghilangkan rasa gatal dan sakit hati digigit kerengga, aku bukak satu topik buat borak2 sambil main kad...aku igt lagi masa tu kawan aku si Abu baru kena ambil dua kad pasal tinggal satu kad tapi tak cakap uno...nak menangis pon ada aku tgk dia...ok, kembali kepada perbualan aku tadi, berikut adalah antara dialog yg aku rase macam ada berlangsung masa tu :


aku : Abu, toksah la buat muka sedih...ambek 2 kad je...aku kena +12 takdehal? ni aku nak tanya, semalam ko takde kat masjid terawih sekali apsal? training cakap uno?rugi ko weh, moreh bukan main sedap...aku taktau pulak bubur lambuk semalam kalau simpan dalam peti sejuk boleh jadik sedap macamtu...


Abu :(sambil mengesat air mata)...aku pegi terawih la smalam...tapi bukan kat masjid sini la...aku follow ayah aku pergi kat masjid bandar...perghhh aku nak cakap kat kau...imam dia bukan calang2...aku yg sebelum ni terawih 4 rakaat je campur witir entah kemana-mana, semalam boleh plak buat 20 rakaat 3 witir...memang tak rasa beb...ko nak tau, imam die budak tahfiz tau...masjid situ upah datang dari indonesia...baca dia jgn cakap la, sedap ya ampunnn...sedar2 je aku dah ada dalam kereta nak balik rumah, nak cerita die punya tak sedar dah habis semayang...fuhhh


Aku : oooo....baguslah...(sambil mengangguk-angguk sedikit tanda kagum)


Ali : aku dari 1 Ramadhan aritu memang terawih kat masjid kg sebelah...imam situ boleh tahan jugak...maklumlah, die tu kan budak yg dpt no.3 dalam imam muda haritu....tak laju sgt, tak slow sangat....satu hari tu koman2 boleh setel 1 juzu' gak la...tu aku bersemangat tu


Aku : hurmmm, bagus2....patotlah ko pn aku dah lame x nmpk gak..ko plak Ahmad, ade nak cerita terawih ko?


Ahmad : aku baru nak suruh kau tanye tentang terawih aku...bagus2...aku terawih kat surau al-taqwa.


Aku : surau Al-Taqwa? kat mane tu? pondok al-taqwa tempat sauki mengajo tu aku tau la


Ahmad : ade lah....sebelum simpang masok kampung budiman tu, betol2 depan kedai makan pak wahid yg kantoi jual makanan kat org tak puasa tige taon lepas...kan surau tu...situ jemaah die ramai...pandai susun saf plak tu...tambah2 imam die pon boleh pegi jauh...almaklum, imam terawih tu pernah pergi audition masa IM 1 dulu....kira ada nama jugak la kan....kalau takat 16 rakaat tu mmg steady je la....dah masok 18 tu aku semput siket...tapi masih carry on...semangat beb...ko plak afiq, terawih sini ok?


Aku :sini ok je...imam kasbon lead macam biasa la...kadang2 kalau dah penat sket, dia ganti dgn imam alim...tapi aku buat lapan je la....dengar2 kau org cerita ni, rasa macam nak buat 20 plak


Abu : haaa..macamtu la bagus....lain kali kalau ko nak ikot aku pegi masjid bandar, roger siap2...tapi bawk duit lebih siket la, pasal lepas terawih aku biasenye pegi main daytona 3-4 round dulu...




haaaa...tu semua cerita masa awal2 Ramadhan...sekarang ape cerita? aritu aku kol Abu suruh standby kalbait lepas terawih nak buat main meriam, dia kata dia tak pegi terawih, tengah nak menghabiskan anime yakitate japan yg aku baru transfer kat laptop die aritu....bila aku kol Ali plak, pon sama tak pegi terawih dah....alasan, berbuka banyak sgt tadi....kononnya nasi kerabu yg mak jah jual tu ada letak dadah..tu yg dia tak boleh berenti makan....bila aku kol Ahmad plak, lagi haram....dia pergi terawih sekali tu je yg masa dia cerita kat aku...pastu mmg tak penah pegi lg


hah.....imam hafiz dari indonesia ko tu dah balik kampong ke? budak no.3 imam muda tu mana pegi? yg pernah audition IM 1 tu ape macam pulak? kamon la...ini semua tentang keinginan...kalau rajin, dengan mana2 imam pon boleh sbnarnya...kalau takat nak sembang, baik kau sembang sama itu shark...bingit serupa itu anjing




p/s: perghhh....ada macam aura membuas kan diary aku harini?...gile lah...tak sangka aku boleh buas2

Monday, August 22, 2011

Diari Ramadhan Afiq : seri solah so sweet

22 Ramadhan.


jumaat lepas aku terlepas tengok cerita tahajjud cinta....jiwa memang rebel tak tentu hala....tidur tak lena, mimpi tak kluar gambar, sahur tak minum....memang gila dibuatnya...tambah2 pulak aku tak dapat nak cover dekat tonton.com memandangkan aku lepak rumah atok aku untuk beberapa hari...


harini aku dapat juga akhirnya bukak tonton.com tengok tahajud cinta episod yg aku tertinggal haritu....internet harini tak buat banyak perangai, takde disconnect2 setiap 5 minit macam hari2 biasa...computer pon senang pulak nak on...segalanya berjalan dengan lancar harini...ahh, pening aku memikirkan sebab musababnya...cuma satu yang slek, buffer masih lambat macam biasa...hal ni aku mengalah, mana mungkin duduk mesia mengharapkan tenet selaju libya....


lepas dekat2 setengah jam, aku habis layan tahajud cinta....


naqrom sauki...aku dah habis tersengih2 tengok seri dgn solah ber-sweet2......walaupun ni cuma drama, feeling dia memang mashuk...ni lah penangan drama melayu...kalau watak jahat, akan dibenci sedalam2nya....kalau watak tgh sweet bercinta, sama2 ikut tersengih sambil cover2 tonggak cawan yg dah kosong airnya....tak macam drama orang putih....balik2 bercium...ape gile aku nak tersengih tengok orang bercium? kantoi pervert...


ape2hal minggu depan aku kena tgk tahajud cinta kat tv....terawih kena setel kat masjid sini, pasal imam sini dia punya pergi macam evo....pukul 9.05  8rakaat rilek2 je setel...tengok kat tonton ni tak syok betol...takde iklan nak bagi aku rehat2kan minda


p/s : ape? ko tak tgk tahajud cinta? gile pe?


Wednesday, August 17, 2011

Diari Ramadhan Afiq : soal hati


17 Ramadhan.

Pernah buat survey di tempat2 awam? Bagi yg pernah, aku suspek jawapan yg diberikan mesti seakan-akan semuanya…kalau soalan yg ditanya adalah tentang pengertian Ramadhan bagi anda, jawapan2 yg klise bermain di mulut2 awam adalah, Ramadhan merupakan masa untuk merubah diri kea rah lebih baik, masa untuk mempertingkat amal jariah, Bulan yg lebih baik dari seribu bulan, dan jawapan2 yg lebih kurang macam contoh2 tadi…kalau survey dijalankan di dalam sogo, setiap satu jawapan2 yg aku tulis tadi akan diulang2 sebanyak 100 kali oleh 100 individu berlainan…itu jawapan di mulut, aku lebih suka untuk mendengar jawapan dari hati…

Baru2 ini aku ada menjalankan survey yg dipanggil “Apa kata hati anda? Jangan tipu, ini bulan Ramadhan” dgn membawakan topik ‘Erti Ramadhan Bagi Anda’….berikut merupakan antara jawapan2 yg aku terima dari responden2….

-as a wife, saya kene bersedia la bangun awal tiap pagi masak sahur sedap2…takkan hari2 nak goreng nugget ayamas je…ngantok la macamni asyik saya je masak sahur…huwaaaa*yawn ngantok pagi tadi tak hilang lagi

-aku nak kena masok kedai mamak ikut pintu belakang pulak la lepasni

-duit aku habis….mane pegi? Tanye bini aku yg tgh shopping tu…dah, kau jgn tanya aku macam2 sgt…marah ni marah

-boleh la I berbuke sekali dgn bf i…awww, sonoknye, tak salah kan berbuke sekali?

-cam biasa saya memang berniaga bazaar tiap Ramadhan…tahun ni igt nak naikkan harga air saya seposen…maklumlah, harga beras kan dah naik seposen…ape aku kesah ade kaitan ke tak!!!

-saya perlu menyusun kembali jadual harian saya…maklumlah, takkan nak tengok porno siang2 kan…

-aaaa…esok bubur masjid kg. baru, lusa bubur masjid Bandar baru, tulat bubur masjid india….aaaaaa

-budak kampong sebelah dah masok hutan carik buluh buat meriam…budak2 kampong aku dari seminggu lepas carik buluh smpai harini tak keluar2….tu lah, masok hutan bawak radar mutiara naga sape suroh…

-kain baju raya taun lepas belah parat betis, taon ni igt nak buat parat peha plak…test power pak imam siket..kikiki

-nak kena geledah2 balik stor kat rumah nampak gayanya…maklumlah, carik songkok raye taon lepas…songkok saya memang beli ntok pakai masa raya je…habis raya simpan masok kotak

-doktor baru je sahkan saya ada gastric….sedih saya tak dapat berpuasa bersama

-walaupun nama kerja saya kerani, tapi kerja yg saya buat angkat2 batu dan membancuh simen…maka saya dibolehkan untuk berbuka kalau tak larat

-Ramadhan bererti tak lame lagi nak raya..

Ini merupakan sedikit jawapan yg aku dapat dari survey yg telah aku jalankan di bazaar stadium melawati dan laluan pejalan kaki ktm seremban-terminal 1…sebenarnya ramai lagi individu yg telah aku ajukan soalan, tetapi ramai yg tidak mahu menjawab dengan alasan mereka menghidap sakit ulu hati…kementerian kesihatan Malaysia sila take note dgn keadaan ini…


p/s: aku harap jawapan2 macamni akan berkurangan dalam jiwa orang Islam zaman sekarang..lagi2 yg porno tu…harom betol

Saturday, August 13, 2011

Diari Prince Poi : Bakal ke Iowa, USA


Prince Poi.

Nama yang sudah tidak asing lagi.

Beliau akan blah dari Malaysia, bila-bila masa sahaja daripada saat entry ini dipost dengan padu.

Baiklah, ini ialah entry intebiu gua ngan beliau. Sebenarnya gua dah borak-borak kosong ngan beliau 2-3 kali dah dalam minggu nih, dengan yang terbaru dekat Deen's Food Corner, berdekatan Surau An-Nur, berhampiran kawasan perumahan beliau di Greenwood, Gombak.

Namun yang tu sekadar borak kosong, tidak rasmi. 

Intebiu ini lebih rasmi.

Lagi satu, borak-borak kosong gua di Deen's Food Corner tu lebih kepada pandangan Poi terhadap kereta Kancil beliau dan gelagat pemandu di Malaysia yang kadangkala annoying.

Sungguh x sesuai kalau gua post di sini.

Jadi, mari baca apa luahan isi hati Poi, beberapa ketika sebelum naik kapal terbang.

*****

Dah ready nak fly?

Hurm...
sebenar-benarnya...
belom ready sangat
ade la dalam 97% ready
esok baru tau da ready ke belom
sebab malam nih nk beli pensil tekan ngn ubat die sekali

Apa signifikan pensil tekan dengan ubat, dengan penerbangan anda?

Hurm..
saya pon kurang pasti
tapi orang2 di sana kata pensil tekan di sana kurang gelap
dan tiada lead 0.5
jadi kene la beli stok 4 tahun teros
ahahaa

Bawak brape beg? Bawak ape untuk persediaan ramadhan di sana? Kurma sekotak?

Hurm..
due beg dalam kargo
satu hand luggage
satu beg laptop
hurm..
terima kasih ingatkan saya untuk membawa kurma
saya belom beli lagi kurma sekotak
dekat rumah tinggal beberapa ketul sahaja

Memang saya tau orang perangai macam anda sering lupakan kurma.
Story sikit macammane perjalanan study anda di sana? Bape tahun? Belajar ape?

Mungkin kerana saya sibuk membawa serunding
hurm...
study actuarial science
4 taun sahaja
subjek2 yg ada termasoklah calculus
macroeconomics n microeconomics
finance
risk management
insurance
subjek2 tambahan seperti puzzle of geologic time

Jadi conclusionnya, sebaik sahaja anda pulang ke Malaysia, insurans budak2 xtrovert terletak di tangan anda?

Hurm...
saya akan mengira kadar premium yang perlu di bayar oleh orang2 yang ingin membeli insurans
supaya mereka akan mendapat keuntungan dan kepuasan yang maksimum apabila membeli insurans

Nampak sangat berwawasan.
Anda yakin kami semua yakin dengan anda?

Yakin lah dengan saya
kerana saya akan berusaha sedaya upaya untuk membuat kadar premium yang paling rendah tetapi kadar pulangan yang terbaik dan termantap

Bagaimana perasaan bakal beraya tanpa En. Syed Ghazi di sisi?

Hurm...
perasaan beraya berjauhan dengan orang2 yang tersayang
sudah semestinya terasa kekurangan di situ
tetapi pengorbanan harus dilakukan untuk kebahagiaan masa hadapan

Hmm nampak berkaliber.
Bakal pulang sekali sekala atau terus menerus 4 tahun di sana?

Itu bergantung kepada duit di dalam bank
sekiranya mencukupi
setiap tahun saya akan balik ke tanah air tercinta:)

Siapa yang cintakan anda?

Keluarga saya tentunya

Hmm siapa yang anda cintakan?

Saya cintakan diri saya sendiri
dan juga keluarga saya

Dengar cerita sedikit kontroversi melanda flight anda esok?
Dengar cerita anda fly secara foreveralone?

Hurm..
tidaklah alone
ade juga budak intec
tetapi yang akan fly ke drake universsity
yang dari uniten
ye
saya sorang sahaja
begitulah nampaknye

Sedih.
Saya menangis mendengarnya.
Macam mana perjalanan hidup di sana nanti masa mula2 sampai?

Hurm...
saya akan dijemput oleh senior intec
saya tumpang sahaja
dan plan seterusnya saya tidak tahu

Bagus. Nampak berwawasan.
Akhir sekali, adakah blog ni akan dapat sentuhan penulisan anda tentang diari ramadhan Iowa pada masa akan datang?

Hurm...
sekiranya berkesempatan
dan sekiranya terdapat kerajinan
saya akan mula menconteng2 serbe sedikit di blog ini

Baiklah. Kata2 akhir anda sebagai rakyat Malaysia.

Walau secantik mana pon negeri orang
Malaysia tetap negeri tercantik di hati

*******


Intebiu ini sungguh beremosi. Poi beberapa kali menyeka air matanya yang turun mencurah-curah di pipi.

Gua buat-buat x kesah.

Ada ke gila gua nak tolong lapkan?

Baiklah, semoga Poi berjaya dalam study beliau. Kami di sini akan mendoakan kesejahteraan beliau di sana. Semoga selamat sampai.

Ingat, insurans kami semua terletak di tangan anda wahai Poi. Sekian.



* Dodol nak insuranskan kereta NGV beliau dengan juta-juta ringgit. Begitu juga dengan besen merah untuk mebuat kuih tepung pelita yang dengar cerita bakal diinsurans dengan harga riban-riban.

Thursday, August 11, 2011

Diari Ramadhan Afiq : rebel kuih tepung pelita


11 Ramadhan.

Tiba-tiba petang2 macamni aku terasa nak cuba2 membuat kuih buat berbuka nanti….aku rasa perasaan tiba2 tu datang dari sahur aku pagi tadi yg sangat rare dari hari2 biasa, dan aku rasa juga rare dari manusia2 biasa… sahur makan kuih tepung pelita yang terlupa makan pasal simpan dalam peti sejuk…mak bapak aku tak ada kat rumah, balik ke kampung…tinggallah aku dengan abang aku sahaja...maka, bukan benda mustahil kalau tepung pelita itu sahaja yang kami ratah sebagai menu bersahur…kalau aku bangun pukul 4.30 pagi memasak nasi goreng dan buat air teh o panas untuk bersahur, itu baru mustahil.

Untuk membuat kuih yg bertahap tradisional, aku memerlukan tunjuk ajar dari orang yg mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya seratus tahun berniaga di bazaar Ramadhan…tapi aku dapati org seperti itu tidak wujud ….oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bertanya jiran aku yg pernah aku “mention” dalam entry sebelum ini sebagai penjual buah Melaka yg boleh bikin panas…tetapi nyata harini dia bikin aku panas sekali lagi…aku baru keluar dari pintu rumah nak ke rumah dia, dia dah menjerit siap2 “aku taknak ajar kau buat kuih tepung pelita”…nampaknya penangan buah Melaka yg aku bagi kelmarin memang kasi sennggaaattt sama itu orang…

Akhirnya aku buat keputusan untuk belajar dengan guru segala guru, Google.com….pukul 2.00 petang, aku mula bergerak ke kedai  carik bahan2 apa yg patot….mengikot resepi yg aku dapat dari google, untuk membuat kuih tepung pelita berkapasiti 12 cawan yg bersaiz sedang, aku memerlukan 1 cawan tepung beras ,1 cawan gula,5 cawan air,4 sudu besar tepung beras(ratakan),1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan,sedikit air pandan,sedikit kapur dan sedikit garam…bila aku tgk resepi ni, semua aku paham…senang…rasa2 lepas aku siap buat kuih ni, aku nak teros jumpa ketua kampong mintak satu tapak kat bazaar buat jual kuih tepung pelita…

Sesampainya kat rumah, aku terus bentang suratkhabar…campak dari jauh segala plastic yg ada barang2 buat kuih…org tua kata campak bahan buat kuih merupakan antara petua supaya kuih yg dimasak cepat naik…taknak buang masa, aku masok ke bilik dan menyalin baju yg lebih chef-like….tangan kanan aku memegang sudip, kiri pula memegang senduk, kedua2 tangan disilangkan membentuk gaya X di dada, dan aku senyum di hadapan webcam ….*klik!!... webcam laptop aku menjalankan tugas dengan baik…aku kembali meletakkan semula sudip dan senduk….org normal tidak menggunakan sudip ketika membuat kuih…

Aku mula membaca cara2 membuat sambil tangan aku mengeluarkan segala jenis barang dari plastic…aku musykil, kenapa senang sangat? Adakah memang betol2 senang ataupun aku ini sebenarnya mempunyai darah Jamie oliver?...aku buat endah tak endah….rasanya membuang masa untuk aku pergi mengkaji balik susur galur darah keturunan aku, walaupun kadang2 bila tengok rancangan naked chef, Jamie oliver ada cakap yg beliau ada saudara mara di Malaysia, johor untuk lebih spesifik….aku buat2 tak paham sahaja..

Untuk lebih memudahkan cara membuat kuih tepung pelita, aku akan menerangkan cara2nya dengan tidak menggunakan esei, tetapi dgn point2…lebih mudah difahami…berikut adalah cara2nya:

1.potong plastic pembungkus tepung menggunakan gunting….gunting sahaja, dan jgn guna gunting kertas buat origami…takot ada serbuk perada emas dalam tepung anda nanti

2.ambil 5-6 genggam tepung dan taburkannya mengikut arah putaran jam ke dalam besen berwarna merah. Kemudian, tambah bersama ke dalam besen itu air daun pandan dan air kapur barus dan kacau semua adunan sehingga sebati…kacau juga gunakan tangan, guna senduk itu noob.

3.ape? taktau bagaimana nak buat air daun pandan…mudah, lebih mudah dari menggoreng nugget…ambil  4 daun pandan, racik kesemuanya halus2….rendam dalam air bertapis reverse osmosis sahaja….kemudian, pindahkan ke dalam besen dgn menggunakan straw…

Amaran: jgn pindahkan air pandan tanpa menggunakan straw…pandan alergik kepada udara kotor

4. setelah penat mengadun sebatian tadi, basuh tangan dan pergi ke pokok kelapa jiran anda. Bawak galah dan terus jolok 3 biji buah kelapa tanpa sedikit pun jiran anda sedari…kemudian, balik ke rumah dan pegi kedai beli santan 2 ringgit…kelapa tadi aku ambil hanyalah untuk lepas geram

5. tuang santan yg anda beli sebanyak 2 ringgit tadi ke dalam besen berwarna biru pula…jangan tuang semua, tuang 1 ringgit sahaja…1 ringgit lagi boleh simpan buat kari esok pagi…lepas tu, masukkan 4 sudu tepung beras dan gaul semua sebatian dengan menggunakan tangan sekali lagi..

6. tuang adunan besen merah tadi ke dalam periuk memasak, hidupkan api dan masak adunan sambil tonton cerita cat and dog di tv9….sambil2 itu, jgn lupa kacau…kalini kacau guna senduk…sangat bebal org itu jika mengacau guna tangan juga..bagaimana nak tau adunan sudah masak? Lihat sekiranya adunan itu sudah berkilat…bling2

7.bila dah berkilat, senyum dengan gembira….ini kerana kuih anda hanya beberapa langkah lg akan siap…sekarang, masukkan adunan yg tlah masak tadi ke dalam acuan yg anda suka…kalau suka bentuk bintang, masuk dlm Tupperware bintang…kalau suka bentuk bulan, masuk dlm Tupperware bulan…kalau suka bentuk bulat, biarkan sahja dalam periuk tadi

8.sekarang lapisan berwarna hijau anda telahpun siap di dalam bekas…Cuma tinggal untuk lapisan putih sahaja..igt tak tadi ada adunan dlm besen biru? Ya, dalam tu ada santan campur tepung beras…masak campuran tu tadi di dalam periuk…dan juga jgn lupa kacau guna senduk…lebih bagus guna senduk kayu, nampak pro…

9. langkah yg terakhir, curahkan santan yg dah dimasak smpai pekat itu ke dalam acuan pertama tadi….biasanya, kuih tepung pelita ni ada dua lapisan..hijau dan putih…tetapi ini semua mengikut kreativiti anda sendiri…seperti aku, aku lebih suka buat 17 lapisan…ahh, hal lapis2 ni belakang cerita..yang penting cara pembuatan anda kena gayanya…

10.sekarang, sejukkan kuih anda…sejukkan ini juga mengikut kreativiti…boleh dgn letak dlm peti sejuk, letak depan kipas speed 3, memasak di kutub utara, dan macam2 lagi…aku lebih tradisional, tiup guna mulut…walaupun penat, cara ini lebih disyorkan…

Lepas beberapa jam, kuih tepung pelita sedia dimakan…tetapi sekiranya beberapa jam itu belum masok waktu berbuka, sedia dia masih belum berapa sedia…ahh, macam kalinga ayat aku…bila dah sejuk tegap kuih tepung pelita tadi, ambil kamera dan snap 3-4 keping buat upload di fb sambil cakap, “nyum2, tak sabarnya nak makan kuih yg I buat sendiri ni…awwww”….ni merupakan gambar kuih tepung pelita yg aku makan berbuka harini..





*************************





*last2 aku beli kat bazaar...kuih yg aku buat mane? dah habis bagi ayam makan


p/s: bukan salah aku kuih tak jadi...lgpon jamie oliver mane pernah buat kuih dalam rancangan die....