Tuesday, March 15, 2011

An Interview With Azharuddin

  ASSALAMUALAIKUM

Kali ni, rancangan “With Arepseman” menjelajah pulang ke tempat asal sekolah, Nogori Sembilan untuk menemubual salah seorang tokoh negeri itu yang bernama Azharuddin Md Azmi. Sebenarnya, agak susah gua nak dapatkan figura kacak ini disebabkan kekangan masa beliau yang agak sibuk, jadi kesempatan menemubual beliau gua gunakan sebaiknya. Sebelum itu, sedikit profil diri tentang saudara azharuddin.


Nama : Muhammad Azharuddin bin Md Azmi
Nama panggilan : Azhar
Hobi : Mengumpul setem, bermain boling
Cita-cita : Peguam bagi Jabatan Pos Malaysia
Kenangan manis di sekolah : Pergi latihan menembak Kadet Polis

Jom dengar ape yang gua tanye azharuddin dan jawapan2 beliau.

Gua : Assalamualaikum Azharuddin.

Azhar : Limaza? Hehe. Waalaikumussalam. Kaifa haluk?

Gua : (nak test arab gua ke ni) Eh sehat2.. Hmm, anda ada masa terluang?

Azhar : Hehe. Mata? (mata ini perlu dipronounce dalam arab)

Gua : Ada atau tidak? Ade sket interview daripada produksi Lauk Pauk Kehidupan.

Azhar : La ke? (la perlu dipronounce dalam loghat kedah) Ohh ade2, 15 minit.

Gua : Bagus. Tapi sebelum itu ingat, gua mahukan jawapan2 yang bernas, tapi bersahaja dan lucu serta kelakar.

Azhar : Alaaaaa. Xleh berbahasa baku ke..

Gua : Gua x cakap pun xleh. Erkk.

Azhar : Oklah. Lu nak tanye pe kat gua? Jap. Soalan jangan melibatkan personal k.

Gua : (Ranggi gak mamat nih. Gua lu gua lu) Baiklah. Lu mesti selalu pergi ke dewan seri bestari kan. Berdasarkan pandangan peribadi, apakah peristiwa atau kejadian yang paling menusuk sanubari lu yang berlaku di situ. Habaq mai sket..

Azhar : (mengangkat tangan untuk menjawab soalan) Hari guru Xtrovert 2009! Sebab, gua yang hias sakan malam tuh. Khususnya tang yang tengah2 tu. Sampai ke pagi esok tanpa tidur.. hehe.

Gua : Okay2. Bertenang. Lu hias dengan sape lagi?

Azhar : Project manager hiasan dewan malam tuh, saudara Haniff Ismail. Hmm ade Mustakim Mazlan dan Aiman Shah.

Gua : Woah. Ade pape perkara menarik yang berlaku malam tu? Yang mungkin ramai orang x mengetahui, hanya dikongsi antara ada semua saje? Ceritakan.. Perselisihan pendapat mungkin?

Azhar : Hahahaha. Tidak ada perselisihan pendapat atau pertikaman lidah. Sebab waktu itu, yang ada hanya pedang mainan dan parang sahaja. Pisau x ada. Jadi x boleh bertikam lidah laa. Problem yang timbul? Hmm xde la sangat..

Gua : (gua terbau lawak jenakan versi bahauddin, namun disimpan dalam hati) Ohh. Haniff Ismail. Lame kite x dengar nama tu. Ceritakan sedikit kebolehan beliau menghias dewan. Idea2 beliau..

Azhar : Ohh beliau agak hebat! Bantal2 budak form 1 jadi mangsa, dijadikan tebing jalan. Kesian diorang. Lagi, lakaran beliau bersama jurutera Shaarie. Unta..

Gua : Ohh, itu merupakan masterpiece beliau. Okay, next question. Semasa majlis berlangsung, Sir Azizi ade membuat kemasukan secara surprise, lewat sedikit daripada guru2 lain sambil membiarkan dirinya diselimuti tisu. Dan beliau menggongcangkan hiasan a.k.a pondok yang ada buat di tengah2 dewan. Hampir nak patah. Apekah perasaaan ketika itu?

Azhar : Hahaha. Cuak tahap Hokage. Tapi yang lebih mencemaskan, ialah ketika geng2 pahlawan padang pasir bertembung dan membuat kacau di tengah2 dewan. Perghhh lagi cuak. Afiq ialah pahlawan padang pasir itu. Beliau ganas. Namun kata Cikgu Normah, beliau seorang yang baik sebenarnya di kelas. Sentiasa bertafakur. Hehe. Namun papepun, mungkin beliau sahaja yang layak digelar pahlawan padang pasir. Penuh ilmu di dada. X gentar sebarang cabaran. Hehe.

Gua : Bagaimana dengan hiasan dewan? Mendapat pujian?

Azhar : Emm mengikut responden yang ditemui oleh wartawan Aiman bersama TVnya, ramai yang memuji hiasan dewan lawa.

Gua : Syufuk selaku master, ade memuji?

Azhar : Disebabkan hiasan dewan di bawah tanggungjawab Haniff Ismail, maka mungkin beliau ade memuji kepada Haniff. Kerana Syufuk terlalu sibuk melayan guru2 dan pelajar2 lain. Haha. Maklumlah, orang kaya berturban merah. Eh maaf, ade keje. Terpaksa bergegas ke serata dunia ni untuk mempromosi setem dan filateli. Saya pergi dulu. Takut tertinggal flight.

Gua : Ohh terima kasih atas kesudian anda. Semoga berjaya dalam hidup. Babai.

Next episode : Fazreen Izuan. Gempak beb!

5 comments:

nuasya said...

-.-

Ariff Ashman said...

reaksi tuh mcm untuk lawak azhar je..

Anonymous said...

jahat gile knekn azha..haha

faeez said...

perh

meoralfarid said...

wahh.. cam bes je smbutan smap.. smpt staun je kt sane..