Monday, June 27, 2011

Play Sports

 ASSALAMUALAIKUM

Kalau gua cakap pasal faedah bersukan ataupun exercise/play sports, memang confirm2 lu orang akan dapat jawab dengan senang. Selain daripada lu orang sendiri yang merasai faedah bersukan itu, ianya juga merupakan soalan yang sering keluar dalam karangan2 Bahasa Melayu atau English time sekolah. Jadi, walaupun x pernah bersukan pun, lu orang akan dapat jawab dengan senang soalan pasal faedah2 nih. Klise sangat.. menyihatkan badan, mengeratkan silaturrahim, membantu melancarkan pengaliran darah, membolehkan lu orang memakai fesyen2 sukan yang terbaru seperti seluar trek sekolah yang bergoyang-goyang dan banyak lagi.. perghh senang.

Bersukan memang menyihatkan, tapi tahukah lu orang bahawa menonton orang bersukan lagi menyihatkan? Perghh gua cakap, dia punya benefits jauh lebih hebat daripada yang tengah bersukan. Benefits ialah faedah dalam Bahasa Melayu, bukan ape gua takut Dodol Utopia ataupun Naim Khazali x faham gua cakap English. Ohh, English ialah Bahasa Inggeris. Lu orang kene alert. orang yang bersukan benefits nya banyak terarah kepada menyihatkan badan.. serta semua isi2 penting seperti yang ditulis oleh Man Jeddah, pelajar tahun 6 dalam karangan “faedah bersukan”, namun faedah orang menonton sukan lebih terbaikk habaq hang. Meh gua story satu-satu, mengikut kategori, iaitu kesihatan, kesenian dan kebudayaan, semangat patriotism, dan lain-lain.

First, kesihatan. Gua ambil contoh orang yang pergi stadium tengok bola. Jarang gua jumpa orang yang tengok bola bila keluar dari stadium x berpeluh sekali. Jarang jugak gua jumpa orang yang bila habis tengok bola bila keluar dari stadium berpeluh lagi hebat daripada player bola. Jadi pandai2 lah lu orang ambil in the middle between that tentang tahap peluh yang dikeluarkan. Perghhh bila peluh keluar, menyihatkan ape? Setakat gua belajar PJK kat sekolah dulu, yang gua faham, asal peluh keluar je kira menyihatkan lah tu ye dok. Kalau x pergi stadium pun xpe, duduk rumah tengok final badminton yang ada player Malaysia.. perghh, berpeluh jugak. Tapi kalau lu tengok Golf Channel di rumah dengan air-cond dipasang sepoi-sepoi bahasa.. berpeluh, gua x pasti.

Part kesenian dan kebudayaan yang gua suka nih. Kalau lu orang pergi stadium, tengok bola ke badminton ke takraw ke, benda yang paling best ialah follow nyanyian2 daripada fans yang datang. Perghh feeling dia, lagi style daripada tengok konsert baq hang. Nyanyian2 pulak memang sedap, tambah2 lagi backup singer iaitu fans semua nyanyi style menjerit. Perghh kalau Paul Moss datang tengok bola pun beliau nyanyi macam ni, pitching lari pun xde hal. Lagi satu, setakat nyanyi je buat ape. Berjoget tu penting. Giler kesenian dan kebudayaan lah gua cakap. Yang paling style, lu orang x perlu nak berlatih depan youtube nak follow2 kareografi sambil jerit2 5,6 7,8! before datang ke stadium macam lu orang buat before pergi konsert k-pop, tapi lu orang boleh follow tarian2 dengan senang je time tengah tengok bola tuh. Simple serta penuh kesenian dan kebudayaan.

Lagi satu, tengok sports akan menaikkan semangat patritosme. X perlu susah2 habis duit belanja datang tengok tugu negara dengan tujuan untuk membangkitkan semangat patriotism, setakat beli tiket masuk stadium dah cukup. Dah lebih menyeronokkan. Bendera Malaysia merata-rata, Melayu Cina India merata-rata serta macam2 lagi merata-rata. Ahh macam2 lagi. Gua xtau nak cakap macam mana.

Jom. Hari Rabu nih, Malaysia lawan Taiwan kat Bukit Jalil. Lepastu macam2 lagi ada, lawan Arsenal la, Liverpool la, Chelsea la.. macam2. Apa kata jom gi stadium. Die punye feeling memang terbaikk. Lagi terbaik gua rasa daripada join demonstarasi. X, bukan gua cakap demonstrasi itu x baik ke ape, tapi gi stadium tengok bola lagi baik. Ahhh kalau nak join demonstrasi pun gua xde hal, asalkan lu orang gi stadium. Ape? Lu orang takut gi stadium nanti lapar laa ape la. Ceyt, kuaci kat stadium giler sedap. Campur2 dengan air mineral. Perghhh rase die..

Banyak betul gua cakap English campur2 BM dalam nih. Rasa macam BBNU pulak. Perghh feeling die.. 

Wednesday, June 22, 2011

my first time

ASSALAMUALAIKUM

Gua dibesarkan dengan menonton kartun usop sontorian sebelum solat maghrib, makan makanan kampung seperti nasi goreng kampung, dan main tangkap ikan di parit2, bukan laut dalam seperti GP joran metro…jadi secara logik akal manusia normal, gua memang budak kampung…tak perlu gua tukar nama kepada manap mahupun ali untuk menunjukkan yg gua ni brader kampung...oleh hal yg sedemikian, gua jarang didedahkan dgn aktiviti2 kebandaran macam window shopping, jogging setiap petang di taman bersama anjing, mahupun bermain Daytona usa di arked….dan yg paling mustahak, gua kurang diperkenalkan dengan makanan2 fast food yg hanya boleh didapati di kawasan pesat membangun…kfc, pizza hut, mcd, tu semua gua jarang jumpe…jangan kate nak jumpe makanan die, mainan percuma happy meal tu pun gua dapat tatap dalam iklan tv sahaja…tu pun kadang2 iklannye taknak keluar kat tv rumah gua…kampung katenye…cilake
Memandangkan gua jarang makan2 kat kfc,pizza hut mahupun mcd ni, maka gua takde kemahiran yg mantap untuk berhadapan dengan kedai2 sebegini…gua tak akan tau ape nak buat…adekah gua perlu carik meja kosong, duduk dan tunggu org amik order? Kalau kat mcd, bolehke gua order burger big mac special macam selalu gua buat dekat kedai burger cik bob? Kat pizza hut tu sop boleh gua tuang suke hati tak? Soalan2 rupe macamni selalu buat gua seakan fobia untuk dekat dgn kedai2 begini rupa…kadang2 terbawak2 ke mimpi…gua runsing…takkan gua yg semaskulin arepseman nak mengalah dengan hal tadika2 camni? Jadi, gua ingin mula belajar “how to deal with kfc”..apsal kfc? Pasal kfc adalah tempat yg selalu family gua pergi,bungkus….pizza hut jarang, manakala mcd ketika itu gua rasa adalah benda mustahil kerana ade satu burger legend depan pasaraya Billion tgh up mase tu…
Oleh yg demikian, gua mula ikut2 bile abg atau bapak gua pergi kfc…gua nak tgk camne proses aqad jualbeli berlangsung….bile gua follow bapak gua, beliau ade cara tersendiri yg sememangnya style…ini gua panggil style redah...order dgn menunjuk menu yg ade kat atas kaunter, dan mengiyakan hampir semua yg ditanya oleh awek kaunter…gua rasekan cara ini mudah bagi ‘green horn’ mcm gua….bile follow abg gua plak, lain carenye….cara beliau lebih style dan teratur…macam selame ni kfc tu beliau yg asaskan…order tak pakai tunjuk, tapi cakap ape yg nak….soalan yg ditanye awek kaunter ade yg dibalas dgn jawapan ye,taknak,takpe dan lain2 jawapan yg berkait….nampak lebih pro…gua kagum sendiri di tepi kaunter
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah… dan pokok tanpa buah boleh bergoyang kerana angin yang goncang seperti kata meet uncle hussen....suatu hari gua dan mak gua keluar ke Bandar….bank cimb nak bayar loan juta2 kat mak gua…lepas gembira2 tengok duit banyak, gua ajak makan kfc…ye la, duit banyak makan kat kfc la, ape klas makan kat rumah…sesampainye kat kfc,kitorang carik tempat duduk dulu…mase tu pagi dan byk tmpat kosong..jadik gua rasa harini gua nak makan pindah2 tempat….tiba2 mak gua cakap,”dah dodol, pergi order sane”…gua tersentak…gu tengok depan, ade mak gua…kiri akak gua…kanan, makcik tukang mop yg secare tiba2 bertentang mate dgn gua…ayam tambatan hal order2 kfc macam bapak dan abang gua takde….ini hal berat…tapi nampaknya inilah masanya gua amalkan ilmu yg gua dah cilok sedikit sebanyak…
Gua berjalan kemas ke kaunter….takde sorang pon yg tgh order…ini merencatkan gua untuk membuat sedikit persediaan…namun begitu, demi nampak maskulin gua gagahi juga…”selamat datang.makan bungkus?”, awek sweet soal gua pantas…gua senyum nipis, dan menjawab ‘makan’…ahh, soalan2 camni takkan gua tak boleh jawab…..konfiden gua mula naik…gua rase gua boleh handle benda ni dgn steady macm gua selalu beli gam sagu dekat koperasi sekolah….gua mule tengok menu…otak gua berfikir ligat, ape makanan yg logic untuk mengenyangkan 3 org pelanggan…lepas berfikir lebih kurang, gua pilih satu combo set…gua tak igt apebende yg gua pilih, ni hal 20-30 tahun dulu…..pastu awek tu senyum lagi sekali…dan bertanya,”nak tambah fries?”…ahh, apebende ni…gua tak reti jawab soalan2 camni…tapi gua cube control jiwa…mengikot petua sesetengah org, kalau tak berapa paham ape bende yg budak kaunter tanyekan, cume iyakan sahaje seperti dgn menjawab “ok, boleh, nak” dan lain2 yg positif…dalam keadaan gabra, gua jawab “ok”…dan awek tadi menekan2 keyboard die…wahh, berjaya…lepastu die tanye plak “air pepsi ke?”...gua jawab “nak”…awek kaunter membuat muke sedikit pelik, namun masih lagi menekan2 keyboard beliau….walaupun moral gua sedikit jatuh akibat awek tadi buat muke, gua masih yakin gua dapat handle aktiviti makan kfc harini….dan gua telah harungi beberapa lagi soalan lain yg ada hubungan dengan membeli ayam kfc….siap semua makanan yg diorder atas dulang, gua angkat dan berjalan perlahan ke arah meja..gua perasan awek tadi ade cakap sesuatu dgn member die lantas tergelak kecil….gua duduk dan memandang ayam kfc dengan pandangan paling sepi pernah gua buat…memang sepi
*********************
Lepas awek tu tanye pasal air pepsi, die tanye gua “nak ayam OR ke spicy”….gua gelabah tak tau….OR tu jadah ape? Spicy tu apebende plak….dgn gelabah2,maka gua ikot petua yg ada dan jawab “ok”....awek tu tersenyum sinis dan menjawab kembali “OK”.....memandangkan OK dekat dgn OR, gua dpt ayam OR haritu….


p/s: kat meja,akak gua tanye apsal tak amek spicy….mase tu baru gua dapat tangkap apebende OR dgn spicy ni…gua jawab kat akak gua dgn steady, “spicy pedas…makan pedas2 nanti kene apendiks” sambil menyambong layan kepak ayam

Monday, June 20, 2011

warkah untuk papa.

ASSALAMUALAIKUM
papa, apa khabar agaknya di sana? harap badanmu masih sihat dan berisi seperti dahulu...jikalau kurus, risau aku di sini akan mungkinnya papa diserang penyakit anorexia..
Papa,mungkin agak terlambat untuk aku kenali engkau….hanya ketika aku berumur13, baru engkau hadir dalam hidupku, walaupun ada rakan-rakanku yang sudah mengenali papa masing2 sejak mereka kecil lagi…namun begitu, aku tidak pernah marah akan dirimu..mungkin engkau ada sesuatu yang perlu dilakukan hingga menghalang kita berjumpa sebelum ini, atau memang salah diriku sendiri kita lambat bertemu...pertemuan aku dan engkau juga tidak diduga, dirancang mahupun dibuat event facebook…semuanya adalah ketentuan Ilahi…
Papa, pertama kali aku melihat engkau, semacam ada satu perasaan yang sukar disebut dalam hatiku….bukan perasaan tersentuh, sayang, apalagi benci…ahh, puas aku menyelak helai dari helai kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-5, namun masih lagi aku tidak jumpa perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan tersebut…
Papa, maafkan aku…semasa bersekolah,aku hanya mampu berjumpamu 2 kali sahaja setiap bulan…kadang2 jika aku terlalu penat, terpaksa aku batalkan niat untuk berjumpa dgnmu..namun setiap kali kita berjumpa, tidak aku nafikan sememangnya akan terasa kemanisan pertemuan itu...
Oleh itu, walaupun mungkin terlambat sedikit daripada yg lain dalam berjumpa denganmu, aku masih sempat mencuri sedikit ruang masa pada hari ini untuk bersua lantas mengucapkan...
*
*
*
*
*
*
“happy fathers day, Papa Roti"
p/s: harga papa roti sekarang rm2.00...gua rase mahal

Saturday, June 18, 2011

ini baru true malaysian

ASSALAMUALAIKUM

“Dodol, belikan sabun mandi…dah 2minggu sabun habis…kau tu pun bukan reti nak gune duit elaun kpt buat beli sabun due tige buku”…gua tersedar dari membaca status2 awek2 sweet…dah 2 minggu sabun habis…gua benda sabun-menyabun ni tak berapa kisah..kulit gua takat bakteria mudah2 takde hal nak tepis kiri kanan…bapak gua menghulur 6ringgit sambil berpesan “baki pulang”…baki pulang ni merupakan satu hal penting…kalau tak diingatkan, baki drpd rm50 buat beli benang kaler hitam satu gulung pun silap2 tak dipulangkan...ahh haram
Honda c70 gua start dengan selamba…tak hidup..gua toleh kiri kanan takot ada awek2 kampong nampak..gua start lg skali, kalini dgn bergaya…cilake, masih tak hidup…gua tarik nafas panjang2, mula dgn Bismillah…steady gua hentak satu kali starter…vroom, Honda petak gua mengaum bunyik Kawasaki ninja…Alhamdulillah…tak sia2 gua masuk smap
Gua bawak motor habis laju…traffic light gua langgar, kucing gua langgar, lembu tido tengah jalan gua langgar….Cuma awek sweet main badminton tgh jalan gua elak slow2…nampaknya trick ngurat awek camni menjadik…gua baru dapat 2 friend request dgn msg “kitorg yg main badminton tadi”….dipenddekkan cerita, gua sampai kedai dgn selamat….lame jugak gua pusing keliling kedai carik sabun mandi…haram susah…gua saspek dulu toke kedai ni pemenang kejohanan treasure hunt…ahh,gua taknak mengalah…gua tak mintak klu kat mane sabun….steady baby mata melilau sane sini..akhirnya gua jumpe…memang perangai agak gampang kalau letak sabun mandi sebelah sos tomato Kimball.
Harga sabun rm5.40…sungguh hebat bapak gua menganggar2 harga runcit sekarang ni…tengah gua selok2 kocek nak bayar, tibe2 ade satu brader berkepak potong line…gua rasa die mungkin abang long kampong gua ni…badan berkepak, kepala botak, pakai short ragbi paras separuh peha…tak syak lagi, mmg abg long..mungkin kalau ayahanda mangkat, die yg naik…gua tunduk biarkan beliau bayar dulu…nasib baik bekepak…kalau budak2 sekolah rendah, silap2 boleh angin ahmar gua hentak dada budak tu dgn buku lali kalau dah pandai potong2 barisan ni…
‘winston light satu…hah, lagi satu macam biase ok’…ahh sudah..gua konfius dgn ape yg brader tu cakapkan dgn toke kedai…ape bende yg macam biase tu? Gua mule saspek brader ni makan dadah…tengok dari badan, tak mustahil dadah jadik lauk makan nasi beliau….gua buat2 normal, taknak terlalu menonjol…takot gua ditangkap jadik tebusan bawak ke Filipina…kalau bawak ke paris, gua takde hal…
Lepas habis bayar, gua teros ke motor…gua nampak brader tu masih belom blah, dudok atas moto beliau…gua berjalan perlahan2…nampak satu kotak Winston dalam bakul moto…gua jeling2 lagi dalam bakul moto tu, cube2 nak pastikan ape bende barang ‘macam biase’ tersebut…puas gua jeling dalam2 bakol moto tu…memang takde benda lain dah..memang sah itu la barang yg brader tu beli..gua tak tau plak kedai2 runcit camni ade jual…aiskrim mesia perisa jagung.
p/s: gua dah lame tak makan aiskrim mesia ni....perisa paling ummphh dulu gua rase asam boi...perghhh..kalah cornetto love or perhaps tomok

Friday, June 17, 2011

dirty job with mike rowe

ASSALAMUALAIKUM

bajak adalah satu benda retro, bergantung pada cara bagaimana brader2 melihatnya….boleh jadi ada brader yang memandang bajak sebagai satu kenderaan yang berpotensi untuk dijadikan kenderaan utama menggantikan kereta2 sport mereka…ada juga yang melihat bajak hanya sebagai satu objek besi picisan yang asyik bermain di tempat2 kotor….tak kurang juga ada ahli2 seni memberi bajak satu definisi yang abstrak hingga hanya mereka sahaja yang faham, seperti meng-similekan bajak umpama pokok yang lemah gemalai dipukul angin…ahh cilake, memang hanya mereka sahaja yang paham..
masa kecik area tadika sampai darjah 4, bajak ada satu daya tarikan sendiri, ataupun kalau naim cakap,”somekind of attraction”….sebenarnya benda yang keje korek mengorek mahupun buat jalan ni ada macam2…ada name jcb, backhoe dan lain2…tapi gua lebih gemar dgn nama bajak…gua mengandaikan nama bajak adalah satu nama yg holistic merangkumi semua kenderaan yang berkait
bila ade “scene” bajak(gua harap lu org paham apa yg dikatakan scene bajak),hampir semua golongan masyarakt pakat berkumpol…kalau kat sekolah rendah, ayat2 macam “jom petang ni main kat umah aku plak, ade bajak tgh korek lobang sampah ” akan selalu diucapkan dgn penuh bangga tatkala ada projek korek mengorek di belakang rumah…scene bajak ni ada dua feel…feel pertama masa tengok keje korek mengorek tu sendiri….gua tak tau camne nak huraikan dgn mendalam supaya mane2 mamat yang tak pernah layan bajak boleh paham apa yg gua maksudkan…tapi bila tengok bajak tu korek tanah sana, angkut bawak tanah ke sini, memang akan ada semacam satu perasaan yang style…lebih style dari perasaan menang pilihanraya umum…bila tengok brader yang bawak bajak tu, lg lain macam style dia…kolaborasi mata yang sentiasa menoleh kebelakang, kaki kiri mengawal clutch dgn lembut, kaki kanan mengenjut minyak sesedap mungkin, tangan kiri mengawal penukaran gear yang sesuai dan akhir sekali tangan kanan mengatur kawalan “pencedok dan pengorek” bajak…bile tengok bajak buat kerja, semua orang akan terpaku akan keindahannya….motor yang lalu akan berhenti parking tepi, tangan menongkat dagu pada meter moto, layan tengok bajak…kereta yang lalu akan slow down tukar gear satu, bagi paling berat supaya sempat tengok bajak korek tanah satu due trip…org yg berjalan kaki pegi kedai akan patah balik rumah amek motor, landing macam org bawak motor tengok bajak,kembali semula ke rumah apabila scene bajak tamat dan kembali berjalan kaki ke kedai…ahhh, bila gua igt2 balek, gua boleh tengok keadaan yang harmoni dan gembira keliling scene bajak…
tadi gua cakap bila layan bajak ni ade due jenis feel….feel kedua ni terang2 gua cakap, Cuma budak2 je yang dapat rasa…orang tua? Brader lepas spm? Mamat balik cuti summer oversea? Takde yang akan dapat rasa…yang gua maksudkan ni adalah feel main bajak tu sendiri…lepas pakcik bajak setel keje, budak2 mula amik tempat masing2…gua dulu tak terkecuali…biasenye bajak akan tersadai kat satu2 tempat selagi keje die tak siap…jadik kalau keje bajak tu makan 4-5 hari, maka 4-5 hari la gua dan kutu2 lain berpeluang main bajak sampai muntah2….mule la sume berebot nak amek port seat…biasanya hal2 camni gua champion…sume budak jatuh lumpuh bila gua pukol gune senjata batang ubi kayu…bile dapat dudok kat seat, rase sendiri pegang joystick control cangkol bajak tu, amek feel tekan2 minyak bajak, perghhhh, memang boleh bawak gadoh kadang2 taknak turon punye pasal… tapi biasanya budak2 bertolak ansur…tak pernah lagi gua jumpe perangai macam giant doraemon, semua nak kat die…benda2 camni kan boleh bergilir…kalau yg sorang tu dudok kat seat, yg laen dudok la dekat cangkol bajak tu, yang lain lagi main la dekat tayar…kalau ade yg perempuan , bolehla mula berjinak2 sebagai autogirl bajak…ahh, zaman budak2…takde masalah lah…
*
*
*
tapi harini budak2 penah tengok ke join ke scene2 bajak ni?bajak pon tak tau... Bajak hitam pon entah2 tak tau….ahh, lu org pon gua rase ade yg tak tau bajak hitam tu mende....kene stadi balek beb

p/s: bajak hitam memang tak ade kene mengena dgn bajak yg mengorek tanah...walau sedikit pon

Thursday, June 9, 2011

A Biography of Syazwi Aiman ; The Athlete and Malay Debater

 ASSALAMUALAIKUM

*penulis merupakan satu-satunya wartawan yang diberi kebenaran untuk menemuramah beliau dengan detail. Sebelum ni kalau sesiapa temuramah beliau, jawapan beliau amat tak detail. Example : Majalah Ilham ruangan olahragawan. Tengok jawapan yang diberikan ; tak detail langsung. Tengok gambar pun tau x ikhlas nak bergambar..

Syazwi Aiman baru pulang dari tandas De’Mall Café bersebelahan Berjaya Megamall, Kuantan Bandar Palma, Pahang Darul Makmur. Ahhh x sah hidup beliau kalau x ke tandas dulu bila sampai kedai makan. Pernah sekali jadik macam ni kat warung tepi jalan sebelah UiTM Kuantan, tempat belajarnya Bakhtiar a.k.a Ayul. Begitu juga di Café De’ Lelapan bersebelahan East Coast Mall, Kuantan Bandar Palma, Pahang Darul Makmur.

“kahkahkah. Aku pun xtau apsal aku masuk debate! Ahaha menang pulak tuh!”

********

Syazwi Aiman memang famous kat sekolah bila masuk bab memerlukan kepantasan. 100m, 200m, dan yang sama waktu dengannya itu x perlu lah gua cerita lebih2 lagi. Kepantasan menyiapkan homework, kepantasan turun ke musolla selepas mendengar azan, kepantasan turun perhimpunan pagi, dan kepantasan turun training bola dan ragbi x dapat lah pulak gua pastikan macam mana. Harap-harap sama pantas laa dengan 100m tadi. Niat sebenar gua, gua xnak cerita pun pasal kehebatan beliau berlari, tapi disebabkan nih biography Syazwi Aiman, maka kena la story sikit2.

Sebelum Hari Sukan 2009, iaitu time form 5, Syazwi Aiman disahkan tidak dapat berlari dengan tenang untuk Hari Sukan nanti disebabkan keadaan kaki beliau yang tercedera dan masih belum berpijak di bumi nyata. Namun, hero pada masa itu, Ahmad Syafiq merangkap Ketua Rumah Ali berkeras menyuruh beliau berlari disebabkan beliau adalah harapan pingat emas. Lagipun, Ahmad Syafiq time tu baru dilantik jadi ketua rumah, jadi xnak la nak start kepimpinan beliau dengan kekalahan teruk Rumah Ali. Kalau Syazwi Aiman lari, confirm2 la ada pingat emas, jadi kepimpinan beliau x dilihat begitu teruk sangat lah. Kalau orang tanye kenapa Rumah Ali x menang Hari Sukan pulak, beliau boleh jawab beliau ialah key factor kejayaan Syazwi Aiman, tambah2 lagi beliau nak kene uruskan hal-hal dobi sekolah, mana ada masa untuk rumah sukan.

(Exco Dobi merupakan pengawas paling digeruni di sekolah, budak x berani lawan, dan boleh basuh baju bila-bila guna washing machine tanpa perlu beratur)

Nak dijadikan cerita pulak, Syazwi Aiman jadik ketua platun untuk perbarisan Rumah Ali. Dengan kaki terhincut, sesuaii sangat lah tu. Lagipun jarang dapat tengok team perbarisan yang platun berjalan dengan seragam dan padu, tapi ketua platun terhincut memberi command. Memang rare kate orang putih. Gua pun x tahu kenapa Rumah Ali pilih beliau. Mati2 gua ingat itu adalah prank semata-mata.

A day before Hari Sukan, Syazwi Aiman dah bagitahu awal2 kat ketuanya yang beliau memang x boleh berlari, jadi kene siapkan replacement secepat mungkin. Replacement mestilah seorang yang berkemampuan memberi emas jugak. Beliau xleh berlari je, ketua platun boleh. Jadi time Hari Sukan, dengan mindset hanya sebagai ketua platun, beliau turun ke padang dan menjalankan tugasnya..

Time2 tengah baik punye berkawad dengan hincut2, menjerit bagi command, tabik ke kanan kearah audiens, tup tap Syazwi Aiman ternampak mama die kat area2 tetamu. Gua maksudkan di sini mama beliau yang sebenar, bukan mama yang baru masuk TV untuk penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi tuh. Air mata beliau hampir menitik ketika memberi command. Mama beliau kata x jadi datang, macam mane boleh ada pulak nihh. Terharu sebentar. Secara tiba-tiba semangat beliau datang..

Kaki yang terhincut digagahkan juga. Dan macam lu orang boleh jangka, hincut x hincut, emas jugak 200m. 100m gua x pasti beliau emas ke x, maksud gua gua x pasti beliau masuk ke x sebab beliau x ceritakan. Beliau cerita 200m je sebab beliau nak story pasal runner-up untuk 200m tuh iaitu Ahmad Syafiq sendiri, Ketua Rumah Ali merangkap exco Dobi. Terdapat dua pengajaran daripada cerita ini, Syazwi Aiman is a family-oriented man. Demi keluarga, beliau gagahkan juga. Sifat dan pengorbanan yang mulia seperti Syazwi Aiman inilah yang sudah terhakis dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Kedua, sifat gigih yang ditonjolkan oleh Ahmad Syafiq. Setelah beliau diberi warning oleh Syazwi Aiman untuk mencari replacement yang setaraf, beliau x dapat mencari orang lain yang layak melainkan diri beliau sendiri. Jadi, beliau gigih berusaha bersendirian, antaranya melarikan diri daripada ambush warden secara tiba-tiba time prep atau perhimpunan pagi sebagai sebagai satu metodologi untuk berjaya dalam pecut 200m. Akhirnya, usaha beliau membuahkan hasil.

Satu perkara yang Syazwi Aiman a.k.a Awi sendiri masih tergelak sampai sekarang bila teringat ialah join tournament debate sekolah. Time gua bukak story ni, gua kene tunggu beliau take time untuk gelak dulu baru beliau boleh start story. Gua, beliau dan Azri Syafiq yang kebetulan lalu di situ makin bertambah gelak bila dengar nama Danial Qawiem disebut sebagai salah seorang dalam pasukan emas debate Syazwi Aiman. Gelak makin kuat bila dengar yang Syazwi Aiman pernah sekali dapat BEST SPEAKER dalam tournament, dan dapat time Azri Syafiq pulak jadi hakim. Memang dirancang betol. Gelak makin lama makin nyaring bila dengar Syazwi Aiman tersipu-sipu malu masa first time die debate sebab Fatin Humaira a.k.a Odeng selaku hakim x habis jeling2 beliau. Kahkahkah. Family-oriented man betol.

Hebat x hebat nye trio emas Syazwi Aiman, Danial Qawiem dan Fazreen Izuan nih, diorang dapat masuk final. Gua bukan nak kate diorang dapat laluan mudah ke xde fight ke standard tournament rendah ke sebagai alasan sebab yang masuk tournament nih semua power2 beb. Lu orang bayangkanlah salah satu team semi-finalist yang masuk. Khairul Nidzam sang semot, Faeez Halim pengerusi Koop dengan Amir Amali yang petah bercakap. Speechless gua bila gua tahu team legend ni masuk. Hebat gile!! Lagi2 Amir Amali tuh. Ada jugak team Nizamuddin, Khairulnaim ngan Ahmad Syafiq. Khairulnaim beb!! Petah gila tuhhh!!! Cuma orang mungkin kata standard tournament ni rendah sikit daripada tournament debate English sebab Syed Afiful a.k.a Poi memilih untuk join tournament English rather than BM. Gua x pasti la tuh.

Hebat x hebat nye lagi diorang, final dilangsungkan di Dewan Seri Bestari. Satu sekolah datang beb nak tengok. Tu yang jadi isu time Syazwi Aiman berbahas, pasukan P.A dewan dimarah kerana menyediakan mic yang menggigil. Gua musykil macam mane mic yang menggigil. Lawan pasukan emas pada final ini ialah adik2 tingkatan satu iaitu Amirul As-Shadeq, Danial Azmi dan sorang lagi iaitu adik kepada Dodol Utopia gua rase. Team ni lah yang mengalahkan team Amir Amali time semi-final. Gua dengar cerita, kemenangan tu dirancang bagi membolehkan bukan satu batch yang sama lawan time final. Gua pun x pasti lah. Yelahhh kalau ikutkan, sape boleh lawan hujah2 Khairul Nidzam dan bidasan mantap Faeez Halim. Satu benda yang lu orang x tahu, Fazreen Izuan ada mengucapkan kata-kata seperti ini sebelum pertandingan :

“kalau korang x bagi kitorang menang, malam ni jumpa kat bilik”.

Kahkahkah. Gua xtau la sama ada itu factor kejayaan mereka atau persembahan mantap mereka, gua x pasti. Seperkara lagi yang Syazwi Aiman x puas hati, MC pada malam itu mengumumkan bahawa kemenangan pasukan beliau ialah 3-2, iaitu 3 hakim menyokong dan 2 membantah. Syazwi Aiman smells something fishy sebab beliau rasa dengan kepetahan beliau bercakap pada malam tu, x mungkin lah menang tipis je. Setelah beliau selidik2, beliau mendapati bahawa pasukannya menang 5-0, satu kemenangan yang beliau rasakan memang patut, tambah2 lagi hakim malam tu salah seorangnya Azri Syafiq. Kahkahkah. Muncul lagi nama mamat nihhh.

Lepas saja kemenangan versatile beliau dalam debate, macam2 job yang x berkaitan dengan sukan dan kepantasan muncul. Antaranya, MC pertandingan nasheed yang mana Persembahan Terbaik untuk pertandingan itu ialah kumpulan 5 anak muda yang menyanyikan lagu ‘Sebuah Pertemuan’, yang mana salah seorang anak muda itu ialah orang yang sama yang kalah kepada team form 1 time semi final debate tuh, MC program untuk Hari Guru serta merakam video clip untuk lagu “lilin seorang guru”.

Gua rasa setakat ni je. Gua harap Syazwi Aiman berpuas hati dengan penulisan gua. Gua harap info2 yang beliau bagi semua dah ditulis. Kepada yang x larat nak baca sampai habis, rugi. Sebab biography seperti ini jarang2 dibuat. Kiranya Syazwi Aiman dah ada taraf2 Tun Dr. Mahathir dah. Salam. 

Thursday, June 2, 2011

Poi di Hari Guru

 ASSALAMUALAIKUM

Persembahan paling versatile. Konsep persembahan serta apa saja yang berkaitan dengan persembahan difikirkan malam sebelum Hari Guru. Reherseal antara tukang baca sajak dengan pelakon dibuat di tempat berasingan. Reherseal pelakon dibuat di tempat Haneef Ismail, Aiman Shah dan rakan-rakan sedang menyiapkan hiasan dewan. Reherseal tukang baca sajak entah kat mana beliau buat. Hebat x hebat...

Para pelakon dipilih dan menjalani casting 5 minit sebelum reherseal dibuat. Pelakon menjiwai watak dengan berkesan. Begitu juga dengan tukang baca sajak. Segala apa yang berada berdekatan dengan tempat reherseal terus dicapai untuk menjadi prop, dan seterusnya terus menjadi prop rasmi di atas pentas keesokan harinya. 

Pelakon utama dan paling mendapat tempat semestinya Poi. Poi ialah singkatan untuk Prince of Illusion, Prince of Intelligence dan banyaaaaak lagi.

Enjoy show hebat bertaraf Istana Budaya ini.