Wednesday, May 30, 2012

tidak pernah bosan

ASSALAMUALAIKUM



Hachiko, seekor anjing yang mega setia.fullstop.

Cuma itu ringkasan cerita yang mampu gua buat lepas beberapa minit gua tamat menonton cerita tentang hachiko.

Semua orang tau tentang cerita hachiko ni, baik dari pembacaan, ataupun movie, atau lebih power dua2 sekali…mungkin kalau malo, dia ada tambahan pengalaman iaitu ke shibuya tengok statue hachiko depan mata…gua cakap mungkin.

Kemudian, mungkin ramai yang mula berharap, memasang angan-angan untuk ada pasangan hidup, suami, isteri, kawan, ataupun binatang peliharaan sendiri yang sehebat, se-setia, sepower hachiko.

Tapi…….banyak yang terlepas pandang. Mereka terlalu banyak mengharap untuk punya teman sesempurna itu…..namun lupa akan Prof. Hidesaburo Ueno. Orang  yang bertanggungjawab mencurah kasih sayang kepada hachiko….

“The greatest love story of all time”….ini yang mampu gua katakan tentang kisah hachiko…ya, ia hanya anjing..tapi, cinta dan kesetiaanya, lebih dari manusia.

“Never mind, said Hachiko each day. Here I wait, for my friend who’s late. I will stay, just to walk beside you for one more day.” 
― Jess C. Scott, Skins, Animal Stories 

 *banyak yang mengatakan ini lebih kepada kisah kesetiaan...tapi gua lebih bersetuju tentang kasih sayang...kesetiaan setinggi ini takkan lahir dari kasih sayang taraf cerita drama-drama melayu

Sunday, May 27, 2012

pagi hari ahad

ASSALAMUALAIKUM

   “awak ni,asyik rokok rokok rokok… mulut tu tak pernah tak keluar asap. Baik saya kapel dengan naga kalau camni”..ujar si awek dengan nada serius tapi wajah bergurau, satu kombinasi perasaan yang jarang2 ada dalam masyarakat masa kini…”haa, pergilah sana kapel dengan naga…saya pun dah lama tak tengok naga depan mata”balas si pakwe dengan nada serius ,juga dengan wajah yang serius…seolah-olah percaya bahawa naga itu benar wujud di zoo taiping…awek kelihatan mengalah sambil menghirup nipis jus peria yang baru sampai..

   Itu merupakan antara drama pagi di kedai mamak yang jarang aku lihat pada pagi hujung minggu di s.alam…pagi ini tak macam pagi-pagi biasa, yang mana selalunya orang-orang tua siram pokok bunga, yang dewasa kehulu hilir berkempen pilihanraya, yang muda tengok video debat ptptn, dan yang power pulak baru nak tidur lepas main dota…pagi kalini terasa sangat sunyi, macam harini adalah hari maulidurrasul dan semua orang tengah berkumpul kat padang awam nak berarak..Cuma borak awek dan pakwe tadi tentang kewujudan naga dan adakah naga sejenis reptilian sedikit menghiburkan pagi ini.

   “mamak, kasi bubur ayam satu”..aku order pada bangla yang suka benar bila dipanggil dengan gelaran mamak…dia terdiam sambil merenung aku beberapa saat..”maggi goreng ayam?” mamak tu mengajukan soalan kembali kepada aku…aku berdehem beberapa kali bagi memastikan takde kahak yang menghalang tekak dalam melontarkan suara yang bernas dan tuturkata yang teratur…”bukan2…saya nak bubur ayam…takpun bubur nasi pun bolehlah”…aku bercakap sambil tangan menggaya-gayakan sesuatu dengan harapan akan dapat mencetus sesuatu gambaran dalam kepala otak bangla tadi…”nasi lemak?”…perasaan aku mula jadi tak tentu arah…dicampur dengan perut lapar dan angin yang bertiup lemah, darah muda rasa nak bergaduh tu memang power dari keadaan2 biasa…aku ulang lagi sekali dan berharap bangla tu akan paham..kalau tak pun, biarlah dia buat2 paham demi menjaga hati pelanggan ini…”anne, saya nak bubur….u bagi apa jenis bubur pun saya tak kisah..tapi saya nak bubur…paham?”….aku menunggu respon dari dia…”roti telur?” Tanya beliau selamba…aku tanpa buang masa terus pegang tengkuk bangla tersebut dan radak dengan lima batang garfu yang ada atas meja…lepas yakin semua darah dah mengalir keluar dari badan…aku berjalan pulang ke rumah dan sambung basuh pinggan dan cuci bilik air macam hari-hari biasa aku buat…

Begitulah kisah pagi hari ahad aku hari ini….

Friday, May 25, 2012

R E J A B ~

assalamualaikum......

selamat beribadah dalam bulan2 yang mendatang...=)

saya rasa terpanggil apabila ada post sebelum ini memetik nama saya untuk program mentor-mentee dalam slot bahasa arab.....YESS!!!....dan beliau sendiri telah mengakui bahawa ada seorang lagi yang lebih layak dan lebih berpengalaman untuk mengendalikan slot ini seterusnya menjadi pengarah kepada program mentor-mentee ini....ohh encik dodol~

ok, berubah kepada mood serius....
saudara yg log in as persatuan penulis muda extrovert 23/5/2012,
saya sgt bersetuju dengan program-program sebegini. sirih pulang ke gagang, kacang ingat semula kulitnya...

jadi saya seru kepada mana-mana individu, ataupun menerusi NGO-NGO yang bernaung di bawah Ex-trovert seperti 'laukpaukkehidupan' atau 'telaga bir0o' atau persatuan mahasiswa UMP, UiTM dan sebagainya, ataupun atas nama Ex-trovert sendiri untuk merangka program2 seperti ini.


                (alhamdulillah gua telah meletak jawatan secara rasminya slps last payyperrr iespiyiem)

YA.untuk program2 MEGA memerlukan satu perancangan yang MEGA....sebagai latihan, lawat lah ahli2 Labu itu untuk memerhatikan keadaannya sekarang...=D...apa yang boleh kita bantu dari segi sahsiah atau akademik....ataupun mereka semua menantikan joke2 daripada beberapa abang2 koop yg lama....semua ini untuk merangka modul projek MEGA yang dicadangkan oleh saudara penulis muda....




(antara abang2 koop yang 'kelakar'...=P)


kadang2, lawatan kita yang jarang2 ke sekolah lah yang menjadi sumbangan daripada kita...ingat, mungkin kita anggap ini kecil, tapi guru-guru di sana sangat menghargai kata-kata 'hikmat' (walaupun kadang2 x sngaje pon keluar) daripada mulut kita untuk adik2 yang masih belum main mercun lagi malam2 terakhir spm di sana....=D

akhir kata,

majulah extrovert, jom kita menyumbang....=)

p/s : dalam tempoh 9 hingga 14 Julai gua bercadang hendak ke SMAP...sesiapa yang ingin turut serta mohon tetapkan tarikh antara yg gua hadkan...mungkin kite boleh plan benda2 kecil seperti forum yg dikendalikan arepseman dengan panelis2 jemputan seperti nopal(BI), naim(BM), dodol(spt diatas) walaupun seringkas waktu antara maghrib dan isyak d musolla al-mustaqim...=P


(abang2 panelis yang gua cadangkan)

Wednesday, May 23, 2012

Program Mentor Mentee


Gua ada terbaca dekat page fb yang junior kitorang semua merangkap pelajar tingkatan 5 memerlukan khidmat kitorang untuk satu aktiviti kat sekolah. Gua nampak Manap a.k.a abang koop kepada junior-junior sekalian seperti menyuarakan soalan dan minat terhadap aktiviti tersebut. Bagus. Inilah satu perkara yang sihat yang dapat dilihat khususnya daripada saudara Manap yang sememangnya baik dengan junior-junior, terutama ketika mereka membeli barang koop. Dan tidak lupa juga, terutama jika mereka perempuan.

j

Untuk penialaian secara am, gua telah dapat mengkhususkan beberapa individu-individu tertentu yang mungkin patut terlibat dalam aktiviti tersebut, walaupun gua pun xtau apa sebenarnya aktiviti tersebut.

j

Jika program itu ialah program mentor mentee, orang yang paling penyayang yang patut dibawa ke dalam program itu ialah tak lain dan tak bukan saudara Khairulnaim Khazali. Beliau sememangnya terkenal dengan sifat kebapaan yang tinggi, serta pandai melukis ultraman serta adiwira-adiwira yang lain. Beliau juga hebat dalam mereka emoticon-emoticon yang baru, bagi mengekspresikan kegirangan beliau dalam sesuatu perkara.

j

Seterusnya bagi program bahasa, dan jika bercakap tentang bahasa arab, sudah pasti kita akan meletakkan saudara Zubair kerana beliau sedang belajar di Madinah. Namun, gua dan  seantero ahli batch yang lain percaya bahawa saudara Zubair pasti akan bersikap rendah diri, dan menganggap seorang lagi ini lebih layak untuk membawa jawatan itu. Dan orang yang saudara Zubair maksudkan itu sememangnya kita sudah kenali dengan kehebatan beliau berbahasa arab, berhujah dengan baik serta pernah menjadi mentor untuk bahasa arab tinggi. Saudara Zubair juga pernah memujuk rakannya itu untuk membuka segmen bahasa arab di negara kita atas permintaan ramai pihak yang mahukan ilmunya. Dan untuk hal ini, gua harap komen daripada saudara Dodol secepat mungkin.

j

Bagi bercakap soal haiwan pula, walaupun gua hampir seratus peratus percaya bahawa hal-hal berkaitan haiwan tak mungkin langsung akan dibincangkan dalam program junior tingkatan 5 itu, gua dapat menganalisa beberapa calon yang sesuai. Beliau juga baru pulang ke Malaysia untuk bercuti setelah berkelana di Amerika Syarikat. Seekor kuda yang hebat Matematik. Oh lupa, beliau boleh bercakap soal matematik, bukan equestrian sahaja. Untuk hal ini, mohon saudara Poi komen.

j

Sekian. Gua harap aktiviti itu bakal berjaya. Dan sekali lagi gua tegaskan, gua xtau apa aktiviti kat sekolah tu.

Meja dan kerusi


Bacalah dengan mata yang bergenang, jiwa yang sayu, dan tangan di tetikus..



Pasif. Senyap tatkala yang lain berkata. Pendam tatkala yang lain meluah. Yang difikir lain, yang terjadi sebaliknya. Hidup dalam bayangan, yang tak pasti mana impiannya.

Hati cuba berkata mahu, tapi kudrat tidak mampu melunas kehendak. Minda diracun, bukan salah manusia, tapi salah kata jiwa.

Jalan banyak cabang. Yang sukar juga mahu dipilih. Yang tiada passion kata orang putih. Mereka putih, tapi berjemur. Kita sudah begini, mahu pula seperti kapas.

Lori bawak balak. Memperlahankan trafik sehala. Peperiksaan sudah dekat. Sebab itu signifikannya. Peperiksaan memerlukan kertas, kertas memerlukan kayu.

Sekian daripada saya. Syafiq Aiman di dalam rumah. Merenung sayu salji yang turun di Gurun, Kedah.

Monday, May 7, 2012

kegilaan

ASSALAMUALAIKUM


apakah yang sedang dilakukan oleh suara2 di dalam audio clip di atas? teka betul aku belanja teh 3 layer