Wednesday, March 30, 2011

Gadoh

ASSALAMUALAIKUM


darah memercik hingga keluar dari layar...naseb baek gua mengelak siket, tak kena muka gua....padan muka orang belakang gua,kena darah yang terpercik tu....tak semena-mena, orang belakang gua marah....marah pasal gua mengelak gamaknya...kalau gua tak elak, takdelah darah tu kene kat seluar koldroi Levi's limited edition beliau tu katanya....padahal gua rase, darah tu buat seluar beliau tampak lebih ranggi dan selesa dipakai...mamat belakang gua tetap tak berpuas hati dgn alasan yg gua bagi...dia bingkas bangun, berdiri bagai pahlawan purba...si awek yg dari tadi sibuk mengunyah emping jagung mula memberi perhatian akan situasi yg kelihatan semakin meruncing...juga berlagak seperti anak2 gadis zaman purba,dia memaut erat akan lengan mamat tersebut seakan2 menghalang pergaduhan daripada berlaku...

tiba2, semakin banyak darah yg memercik keluar dari layar...dan kalini, makin ramai yg berdiri...kerana ada yg mengelak dan ada yg terkena...keadaan semakin tidak terkawal....jerit pekik, carutan, kata2 nista terus dihambur sana-sini....namun, masih lagi tiada yg mula bertempur...tapi aku tahu, keadaan seperti ini tidak akan tamat tanpa ada yg memulakan...2 saat nafas ditarik, sebagai langkah siap-siaga....hormon adrenalin gua kumpulkan di setiap penjuru otot...lantas dgn bersahaja, gua berdiri di atas kerusi....sambil menghalakan straw2 yg telah disambung panjang ke atas, gua menjerit"FOR THE KING!!!!"..seraya itu,bunyi deruan kaki yg beralaskan croc mahupun fipper gua dengar seakan2 deruan tapak kaki kuda yg ditunggangi kesatria....battle cry mereka hampir mengalahkan suara2 orc dan minotaur....maka bermulalah pertempuran paling epik...lebih epik dari hikayat merong mahawangsa

"Tamat..."....cerita member gua tentang pengalaman beliau menonton filem hikayat merong mahawangsa tempoh lalu...beliau sembang kat gua,segala apa yg dia cerita adalah benar, bukan fiksi2 picisan...lagi2 part pergaduhan dalam box masa tgh layan perang merong mahawangsa...macam gua nak percaya...tapi laen2 dari cite beliau ttg pergaduhan tu, sume gua percaya...cthnye, beliau cakap cerita merong mahawangsa tu merupakan filem yg berjaya. siket lagi nak kalahkan LOTR...berdasarkan feedback2 paper, gua percaya kata2 tersebut....lagi2 bila gua tanye pulak member gua iaitu rakan kongsi syarikat bas labu xpress, adib rhaais, ulasan yg diberikan lebih meyakinkan...cuma gua tak berminat ntok kongsi di sini kerana gusar anda tak paham apa yg dikatakan beliau..keh3

ya, gua agak menyesal bila buat keputusan ntok tak layan merong mahawangsa kat wayang...review2 paper, melodi, buletin utama, berita 7.45 awani ngan CIMB mmg buat gua terliur nak tgk...tapi aok nak kabo kat kome sume....jangan igt cerita2 legend sume ditayang kat wayang...gua ade layan satu cerita..gua tak tau die ni tahap movie ataupn cuma lvl vcd macam cerita2 zaman lagu hit siket teros nak buat cerita...tapi berdasarkan pemerhatian kritikal gua, jalan cerita dan idea mmg terbaek...tgk poster yg gua lukis ni



dont judge the book by its cover...walaupn poster mmg cun dan lawa, cerita die lapan belas kali lagi cun...yg gua maksodkan 18kali cun tu adalah jalan cerita die terutamanya...kalau part lakonan tu, ade gak kadang2 part yg boleh buat gua rase pelik...

cerita ni dah ade tahun 2009... gua tak tau kenapa tak tayang kat wayang....pasal mmg dibuat bukan ntok wayang, ataupn atas sebab isi cerita yg mega bahaya...tu gua tak tau...tapi awal2 gua cakap, gua rase kalau budak2 yg akal tak berapa nak lincah yg tgk cite ni, mmg boleh bawak gadoh macam taon 1969 dulu...cerita gadoh ni story pasal keadaan kat skolah yg ade due kaum majoriti, melayu ngan cina, pastu ade sorang budak india...budak melayu ngan cina mmg keje nak begadoh je...pantang bejumpe, mmg bergusti lengan, lagi2 bile berebot kueh karipap kat kantin time rehat....maka pehak sekolah mula memikirkan pelbagai cara ntok setel prob nih...ade yg cadangkan buat pertandingan konda kondi antara kaum, ade yg suroh buat final match macam dalam crow zero dan macam2 lagi...last2 ade satu cadangan yg diterima...ape cadangan tu? jeng jeng jeng...gua taknak kabo..lu tgk sendiri

cerita gadoh ni banyak memaparkan norma2 biasa dalam sekolah...cume gua sekolah agame, satu kaum, jadik takde plak gua nak bergaul2 ngan laen2 kaum ni...selaen tu, die gak tunjok perangai2 berokrasi dan masalah mental dan minda yg kadang2 dihadapi oleh sesetengah pihak atasan, dan dalam cite ni, diterjemahkan dalam bidang pendidikan...tapi igt, ia hanya diterjemahkan dalam satu bidang tu adalah ntok memudahkan aliran cerita...jgn tutop kotak minda anda ntok hanya melihat pada satu pintu itu sahaja....

ok,maka bila gua dah review camni, lu org kenelah mule carik2 link kat tenet nak donlot...walaupn cerita die takde darah banyak mane nak mercik2, tapi kalau nak buat berpiker sejenak, boleh tahan bagos gak...lagipun, hidop zaman sekarang ni dah lame sangat terapung2 dalam dimensi ilusi...bile tgk cerita camni, dapatlah teman turon balek berpijak di bumi yg nyata ni ye dop?bawah ni gua bagi quote yg gua igt smpai skarang...

"melayu bodoh, belaja x pndai pn boleh masok universiti...cina pengotor, makan babi"
-gadoh,2009-

p/s: entry ni hanyalah satu bentuk review filem...tiada niat menyakitkan hati mana2 pihak

Thursday, March 24, 2011

status beliau cakap, belasantahun

ASSALAMUALAIKUM


gua bukan awek2 ntok buat ucapan style:
"HepI BufDaY, GuD LArk AlwayZ yeW~"

gua juga bukan brader2 yg terlalu bz dan hanya mampu mengucapkan:
"HB"

tapi gua adalah golongan abang2 yg kool dan bersahaja yg wish birthday member dgn cara:


video

gua tak reti berkata2 sangat bila masok hal2 wish ni....jadik gua gunakan style subtitle...senang gua nak susun ayat ye dop?

untok kali ketiganya, gua ucapkan lagi sekali...selamat ulangtahun kelahiran....setel dah...ahahah

p/s: ariff ashman juga adalah arepseman...jgn kau org tak tahu pula....dan beliau juga adalah pioneer blog lauk pauk ni....sekali lagi jangan tak tahu pula...

p/s: tak reti gua nak buat video2 nih...igt sng2 je mcm matluthfi tu buat

Monday, March 21, 2011

belon panas takde, tgk motor saje



ASSALAMUALAIKUM


***tajuk tiada kaetan dgn penulisan di bawah...rileks

Hidup tak selalu macam yg kita nak...
.
.
masa kecik, gua kadang2 memberontak kalau gua tak dapat barang yg gua nak...
.
.
macam budak dalam gambar tu, gua cume menginterprasi ape yg mungkin tgh terdetik dalam benak paling hujung cerrebrum beliau...macamane gua boleh teke sebegitu rupe ape yg budak tu tgh fikir??
.
.
pasal gua pon pernah jadik budak kecik...pernah rasa nak satu benda, tapi takut nak cakap
.
.
masa gua ambil gambar budak tersebut, reaksi yg ditunjukkan...nampak sgt ade satu perasaan "Nak Main!!" dalam mata budak tu....
.
.
habistu, kenapa tak bagitau kat abah lu yg lu nak maen motor tu?
.
takot??
.
.
pernah kene pijak sampai hilang penglihatan ke bila lu mintak?
.
.
mungkin bukan pasal takot dimarah.....cuma takot dikecewakan...kan?
.
.
john mcmurry pernah berkata.."gua lebih rela pekak,daripada dengar kerja gua kene reject " sebab tu lah beliau sentiasa menyiapkan kerja beliau pada tahap ultra sempurna....dan smpai sekarang,beliau masih tidak pekak...
.
.
lets make this short and simple...mari buat ini pendek dan mudah...
.
bila lu orang nakkan sesuatu, pastikan diri lu dah berani untok dua benda....pertama,berani untok terima kenyataan yg benda tu bukan milik lu orang,lantas dikecewakan...kedua, berani untok menerima benda yg anda mahukan itu...
.
.
ya, menerima benda yg anda mahukan itu juga perlukan keberanian..supaya, apa yg anda terima, akan jadi sesuatu yg berharga....sepertimana berharganya benda itu apabila berada pada mereka yg tidak memperolehinya...
.
.
oleh itu....kepada semua calon spm2010 terutama calon2 dari smapl...., gua doakan agar lu orang semua akan mendapat keputusan yg cemerlang....buat pilihan yg terbaek untuk jalan lepas ni...dan gua ucapkan semoga selamat semuanya....ingat, bak kata awek2...ini baru sahaja permulaan segala-galanya...sekian.

hidup mungkin tak selalu macam yg kita nak....tapi sapa tahu,mungkin apa yg kita nak tu, boleh buat kita rasa untuk tidak terus hidup...

-vassili zaitsev-

p/s: org cakap zaman skarang,pilih kos tak boleh nak ikot minat dah....carik pada peluang pekerjaan...betol...tapi kalau dah mmg kau tak suke kerja tu, jangan jadik bebal teruskan jugak...silap2 tak sempat ke kerja, mase belajar lagi kau dah fail silap2...you're what you eat

capai konklusi....mencari problem statement baru

ASSALAMUALAIKUM

lets make this short and simple....
mari buat ini pendek dan mudah....

sedangkan hidup gua yg telah berdurasi 19 tahun pun gua tak berapa nak rasa,
sedangkan hidop gua 5 tahon dekat skolah paling legend dalam galaksi bimasakti pun rase macam sehela nafas lepas acara lari 100m,
.
.
.
.
.
inikan pulak asasi engineering gua yg cuma setahun....berapa punya laju masa zaman sekarang ni?
.
.
.
tapi berapa cepat pon awan mendung berarak, memori tetap ada...kan??

simpan memori baik2....letak tempat yg selamat...tapi tak perlu ikat ketat2..takot susah nak dibuka balik...-mike shinoda-


p/s: gua dah abes asasi...gua jadik ape lepas ni, tu gua tak tau..fuhh2

p/s: gua habes asasi, arepseman pula start shortsem....kalian semua doakan agar beliau dapat mulakan shortsem beliau dgn bergaya dan canggih...

Saturday, March 19, 2011

Dunia Terang Menjadi Gelita, Cahaya Indah Tiada Bergema

assalamualaikum


Mari ringkaskan dunia kita sekarang :
- Jepun dilanda gempa bumi yang kuat, berukuran 8.9 skala ritcher yang mengakibatkan kejadian tsunami yang hebat hingga menyebabkan sebahagian bandar2 kecil di Jepun lumpuh. Kejadian ini dikatakan antara yang terburuk yang dialami Jepun selepas Perang Dunia Kedua iaitu peristiwa Hiroshima dan Nagasaki. Tsunami ini juga menyebabkan kebocoran loji nuclear dan mengakibatkan kebocoran kecil sehingga menyebabkan penyebaran bahan radiasi.
- Mesir baru sahaja berjaya meruntuhkan tampuk pemerintahan pemimpin mereka, Hosni Mubarak melalui pemberontakan rakyat. Hosni Mubarak sudah memerintah selama lebih 30 tahun, satu jangka masa yang boleh dianggap lama ditambah lagi dengan corak pemerintahan kuku besi, rasuah dan penyelewengan. Kebangkitan rakyat ini juga telah mengakibatkan pertempuran2 yang hebat antara kumpulan anti-kerajaan dan pro-Mubarak, hingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
- Libya cuba mengikut jejak Mesir, dengan sekarang rakyatnya sedang bangkit untuk cuba meruntuhkan rejim pimpinan Muammar Gadaffi yang telah memerintah sejak tahun 1969. Namun, pertempuran di Libya dikatakan lebih hebat dan lebih kejam kerana Muammar Gadaffi mengarahkan tentera2 nya untuk menembak mati sahaja sesiapa yang menentangnya, termasuklah menggunakan kumpulan penembak tepat. Kejam…
- Bahrain juga dalam proses yang sama. Rakyat mereka sedang bangkit dan menganjurkan tunjuk perasaan dalam usaha untuk menjatuhkan rejim pemerintahan, menuntut balas dalam kematian beberapa orang penunjuk perasaan serta menuntut system raja berpelambagaan diwujudkan. Polis Bahrain dikatakan mempunyai sifat yang lebih kejam daripada polis atau tentera Israel, dengan pernah menembak tepat di kepala dalam jarak yang terlampau dekat seperti dalam video yang tersebar di youtube.

- Yemen juga dalam situasi sama, pemberontakan rakyat yang membawa kepada kematian yang sehingga saat ini berjumlah 41 orang serta banyak lagi kecederaan. Penunjuk perasaan bertempur dalam usaha untuk menjatuhkan pemimpin mereka, Ali Abdullah Saleh yang sudah memerintah selama 32 tahun.
Dunia sudah tidak aman..
Apa2 pun, banyakkan lah bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada..
Dan janganlah bersifat angkuh, kerana angkuh Allah s.w.t jauh lebih hebat..

Tuesday, March 15, 2011

An Interview With Azharuddin

  ASSALAMUALAIKUM

Kali ni, rancangan “With Arepseman” menjelajah pulang ke tempat asal sekolah, Nogori Sembilan untuk menemubual salah seorang tokoh negeri itu yang bernama Azharuddin Md Azmi. Sebenarnya, agak susah gua nak dapatkan figura kacak ini disebabkan kekangan masa beliau yang agak sibuk, jadi kesempatan menemubual beliau gua gunakan sebaiknya. Sebelum itu, sedikit profil diri tentang saudara azharuddin.


Nama : Muhammad Azharuddin bin Md Azmi
Nama panggilan : Azhar
Hobi : Mengumpul setem, bermain boling
Cita-cita : Peguam bagi Jabatan Pos Malaysia
Kenangan manis di sekolah : Pergi latihan menembak Kadet Polis

Jom dengar ape yang gua tanye azharuddin dan jawapan2 beliau.

Gua : Assalamualaikum Azharuddin.

Azhar : Limaza? Hehe. Waalaikumussalam. Kaifa haluk?

Gua : (nak test arab gua ke ni) Eh sehat2.. Hmm, anda ada masa terluang?

Azhar : Hehe. Mata? (mata ini perlu dipronounce dalam arab)

Gua : Ada atau tidak? Ade sket interview daripada produksi Lauk Pauk Kehidupan.

Azhar : La ke? (la perlu dipronounce dalam loghat kedah) Ohh ade2, 15 minit.

Gua : Bagus. Tapi sebelum itu ingat, gua mahukan jawapan2 yang bernas, tapi bersahaja dan lucu serta kelakar.

Azhar : Alaaaaa. Xleh berbahasa baku ke..

Gua : Gua x cakap pun xleh. Erkk.

Azhar : Oklah. Lu nak tanye pe kat gua? Jap. Soalan jangan melibatkan personal k.

Gua : (Ranggi gak mamat nih. Gua lu gua lu) Baiklah. Lu mesti selalu pergi ke dewan seri bestari kan. Berdasarkan pandangan peribadi, apakah peristiwa atau kejadian yang paling menusuk sanubari lu yang berlaku di situ. Habaq mai sket..

Azhar : (mengangkat tangan untuk menjawab soalan) Hari guru Xtrovert 2009! Sebab, gua yang hias sakan malam tuh. Khususnya tang yang tengah2 tu. Sampai ke pagi esok tanpa tidur.. hehe.

Gua : Okay2. Bertenang. Lu hias dengan sape lagi?

Azhar : Project manager hiasan dewan malam tuh, saudara Haniff Ismail. Hmm ade Mustakim Mazlan dan Aiman Shah.

Gua : Woah. Ade pape perkara menarik yang berlaku malam tu? Yang mungkin ramai orang x mengetahui, hanya dikongsi antara ada semua saje? Ceritakan.. Perselisihan pendapat mungkin?

Azhar : Hahahaha. Tidak ada perselisihan pendapat atau pertikaman lidah. Sebab waktu itu, yang ada hanya pedang mainan dan parang sahaja. Pisau x ada. Jadi x boleh bertikam lidah laa. Problem yang timbul? Hmm xde la sangat..

Gua : (gua terbau lawak jenakan versi bahauddin, namun disimpan dalam hati) Ohh. Haniff Ismail. Lame kite x dengar nama tu. Ceritakan sedikit kebolehan beliau menghias dewan. Idea2 beliau..

Azhar : Ohh beliau agak hebat! Bantal2 budak form 1 jadi mangsa, dijadikan tebing jalan. Kesian diorang. Lagi, lakaran beliau bersama jurutera Shaarie. Unta..

Gua : Ohh, itu merupakan masterpiece beliau. Okay, next question. Semasa majlis berlangsung, Sir Azizi ade membuat kemasukan secara surprise, lewat sedikit daripada guru2 lain sambil membiarkan dirinya diselimuti tisu. Dan beliau menggongcangkan hiasan a.k.a pondok yang ada buat di tengah2 dewan. Hampir nak patah. Apekah perasaaan ketika itu?

Azhar : Hahaha. Cuak tahap Hokage. Tapi yang lebih mencemaskan, ialah ketika geng2 pahlawan padang pasir bertembung dan membuat kacau di tengah2 dewan. Perghhh lagi cuak. Afiq ialah pahlawan padang pasir itu. Beliau ganas. Namun kata Cikgu Normah, beliau seorang yang baik sebenarnya di kelas. Sentiasa bertafakur. Hehe. Namun papepun, mungkin beliau sahaja yang layak digelar pahlawan padang pasir. Penuh ilmu di dada. X gentar sebarang cabaran. Hehe.

Gua : Bagaimana dengan hiasan dewan? Mendapat pujian?

Azhar : Emm mengikut responden yang ditemui oleh wartawan Aiman bersama TVnya, ramai yang memuji hiasan dewan lawa.

Gua : Syufuk selaku master, ade memuji?

Azhar : Disebabkan hiasan dewan di bawah tanggungjawab Haniff Ismail, maka mungkin beliau ade memuji kepada Haniff. Kerana Syufuk terlalu sibuk melayan guru2 dan pelajar2 lain. Haha. Maklumlah, orang kaya berturban merah. Eh maaf, ade keje. Terpaksa bergegas ke serata dunia ni untuk mempromosi setem dan filateli. Saya pergi dulu. Takut tertinggal flight.

Gua : Ohh terima kasih atas kesudian anda. Semoga berjaya dalam hidup. Babai.

Next episode : Fazreen Izuan. Gempak beb!

Monday, March 14, 2011

LEGEND yg gua jumpa d tanah haram......

Assalamualaikum

ni lah post 1st gua setelah gua meninggalkan malaysia tercinta selama 4 bulan....lame uhh....x saba nak balek jumpe supuk kesayangan gua ntok gua cium dahi d kpalanya sbagaimane gua tgk org2 yg rajin blaja ngn syeikh d masjid cium dahi syeikh dorg....ap2 pon i miss u supuk!!!......haha

gua skrg blaja d SEKOLAH MENENGAH ATAS UIM (المعهد الثنوي للجامعة الإسلامية بالمدينة) dgn budak2 arab sekitar nih ntok melengkapkan sijil spm gua kpd standard stam or stpm kate org sini......pape pun gua pasrah dgn kputusan org pjbt tu ltak gua kat skola ni......

yg gua nk cite ari ni ialah legend2 yg acap kali kite dengar d skolah2 skliling2 kota contohnya cikgu razak yg mucid sayangi, ckgu samad yg moji cintai dan rudy yg arep butuhi ketika prep malam......kat skola gua sini pun mngalami fenomena yg sama d mana ada guru2 n pekerja2 yg agak legend. walaupun baru 4 bulan gua kat sini dah cukup ntok gua identify keLEGENDan dy.....(maaf, gua belum sehebat muzak d AUS ntok menyebut LEGEND dengan nada yg betul)

raqam wahid : cikgu FARAID - faraid ni subjek math bg kitorg, kire2 harte ntok org mati...tau kan??....yg legend nye syeikh ni, kegarangan dy melampaui batas ust syafiq al-kelantani(bukan nama sebenar)....setiap kelas kompem mengamuk tanpe sebab...sampai tahap diceritakan dalam sirah riwayat kehidupan dy, bersanadkan senior gua tahun lps : budak2 arab yg nakal tahap babun g tutup pintu kelas, susun meja n kerusi kat pintu x nak bagi syeikh ni masok.....syeikh ketuk2 x dpt bukak n die pun panggil guru DISIPLIN ntok tolong dy....(pkerja ni akan gua cerita pasni sbb dy legend gak)

raqam ithnain : cikgu ENGLISH - syeikh sorang ni mmg TERBAIK......sentiasa berbangga dgn pronounciation ala2 american yg beliau dakwa.....tp akhir nya malaysian n philiphines students terpaksa menahan tertawa apabila beliau mem'pronounce' phrase "fall down" seakan2 "fool down" setelah mengeluarkan statement "saya berpengalaman hampir 30 tahun mengajar lughah injiliziyy".....

raqam thalathah : cikgu DISIPLIN - yg ni sbnanye bukan cikgu pun....tp diberi gelaran cikgu disiplin atas dasar mengawal disiplin pelajar setiap hari....sentiasa berdampingan dgn paip getah sakti sepanjang 0.45m yg bertindak sbg rotan....yg ni lah tolong ust faraid gua bukak pintu n sebat budak2 yg halang ust tu masok....tiap2 kali b4 solat zohor lak dy ad tugas khas ntok suruh budak berwudhu' dgn cpt, masok masjid dgn cepat n takbir dgn cepat....x susah, cume dgn perkataan "bi sur'ah ya ibni" n "kabbir ya ibni".....tp nada yg khas menyebabkan budak2 skolah ni terbayang akan paip getah sakti itu.....

raqam arba'ah wa ahiran : cikgu USUL fiqh - syeikh ahmad bin abdul rasyid ar-ruhayli.....yg ni mmg legend sbb keILMUANnya....grad kuliah syariah, diploma tinggi kuliah dakwah, masters kuliah hadis.....mule2 ngaja kat skolah bahasa arab untuk plajar2 yg baru blaja arab...pastu skrg naek pangkat ngaja kat skola gua pagi2 n kat kuliah syariah ptg2.....yg best nye ust ni dy suke tolong budak yg hampir kena buang skolah sbb byk x turun kelas....tu tanda dy sayang THOLIB AL-'ILMI.....tp sebab utama beliau terpilih sbg antara guru2 LEGEND ialah sbb memiliki 2 isteri....mmg idola gua....keh44

apa2 pun yg semua cikgu mmg bes n gua sayang......cuma kat sini gua mmg x kenal nama cikgu2 gua sbb budak arab sndiri pun bile gua tanye name ust tu dorg kate lupe la....x tau la....so, gua amek kesimpulan bahawa cikgu2 sini ikhlas mengajar bukan kerana nama.....tp gua bukan menggalakkan lu org supaya x kenal cikgu ye.....tau nama ckgu tu satu bnda yg sgt baik......

akhir kalam, M
wassalam~

Friday, March 11, 2011

jawab exam kene tenang dan matang....

ASSALAMUALAIKUM

jawab periksa boleh jadi satu benda yg membosankan...penyakit bosan mase jawab periksa pulak datang sebab due perangai...perangai tak boleh jawab haram satu soalan pun dgn yakin betol....lagi satu, perangai pandai berlebih dari soalan yg disoal dalam kertas jawapan...baru dapat kertas 30 minit, dah siap buat double line untok jawapan soalan terakhir....bosan tak bosannya nak tunggu lagi 2jam stgh...nak keluar awal, takot banyak yg tersilap pandang...maka teruslah si pandai itu bosan menunggu di dalam dewan peperiksaan.....*jangan jadik pandai sgt, nanti bosan dalam dewan periksa...jawab soalan tak mencabar katanya...

dari gua sekolah menengah sampailah gua nak abis asasi ni, ade beberapa perangai yg budak2 selalu buat time tengah periksa...masa sekolah rendah gua tak berapa nak pasti ade ke bende2 camni....ape gua belajar masa sekolah rendah dulu pn gua tak berapa nak igt...yg gua igt, mase skolah rendah dulu, gua pernah ade satu kotak pemadam rectangle yg ade gambar bendera segala negara yg gua pn tak pasti skarang ni negara tu mmg betol wujud ataupn cume manipulasi syarikat pemadam ah seng....

berbalik kepada perangai budak2 mase periksa...gua nampak ade tiga jenis perlakuan yg akan dilakukan oleh budak2 tak kisah lelaki mahupn wanita tatkala ada lecturer datang menghampiri mereka ketika peperiksaan..antaranya:

i)bile lecturer datang sebelah, terus laju2 gua selak kertas gua ke halaman jawapan yg paling gua yakin dapat full mark..buat2 menyemak jawapan sambil menekan2 kalkulator berulang kali, on off kalkulator sambil kadangkala menconteng sedikit kertas soalan ntok membuat semakan...bukan apa, gua taknak nanti dia sedih kalau gua nampak kat part yg gua tak boleh jawab...ape gua nak jawab kat wall post facebook gua nanti kalau die tanye kenapa gua tak boleh jawab??

ii)dengar je tapak kasut lecturer, gua teros siap2 bukak balik halaman formula....gua menenung lama formula tersebut,sambil mata pensil gua kadangkala menyentuh tiap2 huruf yg ada dalam formula tu....macam gua tunjuk alif ba ta guna lidi sate....ape pasal gua buat camni? gua tak tahu...

iii)gua mmg tak perasan bila mase ntah lecturer tu dah terpacak sebelah gua....gua mmg tak sempat nak praktikkan step i dan ii di atas....gua plak tgh jawab soalan tahap mega susah....jadi, apa yg gua mampu lakukan hanyalah menghentikan sebentar kira2....posisi tangan memegang pensil, juga postur badan terus statik buat beberapa ketika, hingga dah agak2 lecturer sebelah gua dah bosan tgk gua main cuit patong, gua mula bergerak sedikit2 menekan kalkulator...gua harap2 la yg lecturer tu fikir gua tgh memproses jawapan guna kaedah congak mokhdar ketika gua statik tadi....

setakat ni, dalam dewan peperiksaan gua kat smap mahupn UiTM ni, ni lah antara perangai2 yg gua nampak....cara yg gua selalu buat? gua selalu praktik no i....pasal gua rasa lebih yakin dgn jawapan tersebut...kalau salah, ade can la lecturer tu nak tegur siket ye dok?ahahaha...

p/s: kalau cikgu baharom yg lalu sebelah meja anda....jangan praktikkan walau satu pn perangai yg gua terangkan di atas tadi.....nasihat gua, teros bukak soalan yg korang tak dapat jawap, dan tanya dgn nada yg sopan dan bersahaja.."yg ni camne ye cikgu??"...jgn risau...lepas 1-2 minit, jawapan akan tiba dgn senang lenangnya....

p/s2:tak kenal cikgu baharom???? nak kenal lebih lanjut siapa beliau yg sunggoh legend itu??...kalau budak xtrovert yg tak kenal, mmg nak kene cubit pusat smpai berdarah la jawapnye...

***credit to jah atas peringatan nama cikgu baharom....jah korang tak perlu nak kenal sangat sapa dia ini...dia hanyalah pembawa watak melankolik....keh3

Tuesday, March 8, 2011

Malo Omr

 ASSALAMUALAIKUM

Bermulanya blog ini dahulu lahir daripada cetusan idea gua, lalu gua sampaikan kepada saudara Malo Omr untuk membantu gua merealisasikan projek mega ini yang menelan belanja juta2 habaq hang. Kirenye same la hal dengan Mark Zuckerberg mintak tolong ngan Eduardo Sarverin untuk merealisasikan projek mega Facebook beliau. Cuma yang bezanya, projek Facebook tu x berapa nak legend berbanding projek gua ngan Malo nih.
******
Tanggal 08 March 2011 merupakan sau detik bersejarah buat siapa2 yang menganggap ianya bersejarah. Pada tarikh ini, saudara Malo Omr iaitu jurutera terbaik pernah dilahirkan bagi kategori jurutera blog menyambut hari lahirnya yang ke-19, suatu pencapaian yang membanggakan seluruh rakyat Selangor amnya, terutama rawang dan kawasan2 sekitar stesen KTM di situ.
Tarikh lahir ini juga dianggap bersejarah bagi beliau, kerana inilah kali pertama beliau menatap kek hari lahir di Jordan, merangkap kali kedua beliau menatap kek hari jadi sepanjang hidupnya. Kali pertama, ialah sewaktu jamuan hari lahir bagi pelajar2 bulan mac di dewan makan sekolah yang dihadiri pengetua sekolah yang dicintai, Mama. Ahaha.. itu pun beliau x dapat makan kek itu.
Namun begitu, mesti ramai yang x perasan hari lahir Malo Omr kerana x terpampang di Facebook masing2. Sebenarnya, Malo Omr ade sejarah hitam dengan Mark Zuckerberg. Malo Omr dikatakan menjalankan operasi sulit untuk menembusi sistem firewall Facebook dengan bantuan musuh Mark Zuckerberg, adik-beradik Winklevoss. Sebab itu tarikh hari lahir beliau x terpampang..
Bersamaan dengan tarikh keputeraan nya yang ke 19, Malo Omr juga telah menampilkan sebuah kezutan untuk pengundi yang meng afundi beliau. Beliau dengan ini telah mengumumkan persaraan daripada arena kejuruteraan blogging, bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anime bidang kedoktoran yang sedang dipelajarinya.
Sesungguhnya, keadaan ini amat menyedihkan. Marilah kita sama2 berkabung dengan kekalahan Manchester united dua kali berturut-turut keputusan yang malo lakukan ini. Namun begitu, khidmat beliau akan sentiasa diperlukan bagi mengisi kerja-kerja part time di blog ini ketika beliau bercuti jika beliau x busy berjalan-jalan makan angin di negara orang.
Selamat berjaya menjadi doctor. Pesanan ikhlas daripada gua, syufuk, dan semua terutama POI yang menyebabkan kekalahan man utd.
p/s : projek bas 2 tingkat seremban-labu oleh gua, syufuk dan adob perlu lebih ramai rekrut. Jawatan Ketua Eksekutif Pemasaran masih kosong. Akram Che Sabri baru hantar resume, kelayakan beliau sedang dipertimbang untuk join projek mega nih. Tapi jangan risau, jawatan kosong untuk kebanyakan department masih kosong..

Monday, March 7, 2011

Peranan POI dalam sesebuah game

 ASSALAMUALAIKUM

Jangan risau kalian semua. Manchester United akan terus selamat di atas. Jangan risau juga kepada semua yang lain, kerana hampir kesemua penulis blog ini penyokong Manchester United. Jangan risau. Kami xkan menulis mengikut emosi. Jangan risau.
Cume, yang kalian perlu risaukan ialah penulis veteran blog ini iaitu saudara syed afiful a.k.a POI. Dia x sokong mana2 team, tapi kalau dia cakap dia sokong satu2 team itu untuk sesebuah match, maknanya team itu akan mengalami kekalahan yang pasti. Ini bukan sekadar cakap2 kosong, kerana gua dan beliau dah buat eksperimen ini sepanjang hidup beliau kat sekolah.
Bukti yang paling jelas dan paling up-to-date, beliau berdarah Perlis. Dan Perlis sekarang berada di tangga tercorot liga super tanpa sebarang kemenangan.
Dan gua percaya, time game Liverpool ngan Manchester United semalam, beliau ade terdetik untuk menyokong Man Utd. Percayalah kata2 gua…
Jadi, untuk mencapai kemenangan dalam bolasepak, bukan sahaja strategi, gaya permainan, kekuatan fizikal serta permainan taktikal perlu diberi keutamaan, pemikiran POI juga perlu dimanipulasi. Benar. Percayalah..
Dan gua berharap, beliau akan stop menyokong Manchester United…

Sunday, March 6, 2011

DM bukan sekadar tempat makan makaroni goreng

ASSALAMUALAIKUM

kalau lu org pernah bace entry temubual ngan naufal nashih, lu akan perasan naufal petik nama dewan seri bestari...dewan seri bestari merupakan salah satu tempat legend yg pernah wujud dan dibukak kat smapl....untuk entry kalini, gua nak sembang pasal satu lagi tempat legend yg gua pun malas nak kencang tentang berapa kali legend die punye kuat...walaupn dah dekat 30 tahon gak simen die kene tempek kat batu bata, masih steady....takat kene tiup angin monsun barat daya, die boleh kool2 je la lepaks....tempat ini gua ngan member2 seangkatan gua gelarkan DM, ataupn ayat mudah fahamnye, dewan makan...

dewan makan kat smap dulu mmg panggil dm je...tapi start bile ntah, dah ade nickname...jadik "dewan makan ain tasneem"...sape rekemen, gua tak pasti....adakah nickname tu ade kaetan ngan budak pompuan batch gua yg bernama tasneem aini, tu pn gua tak pasti...laen kali gua tanye2 kan ngan makcik sarah yg merupakan antara makcik dm paleng legend dalam dm itu sendiri....tapi walaupn dah ade nickname, budak2 skolah masik lg panggil DM....takde lagi gua dengar mase tu yg cakap "jom pegi DeMAI" tatkala nak begerak makan karipap kat dm....lagipun sebutan DeMAI tu sendiri dah bunyik jahat, seakan-akan mengajak fly pegi the mines.....

sekarang, gua nak terangkan ape yg legend sangat dgn dm kat smap nih....tak semua dm kat dunia boleh jadik legend macam kat smap.....pasal kat dm sekolah lain, biasanya cume menyediakan perkhidmatan masak jajan ntok budak2, ketuk besi leper menjadi tray, dan masak lauk legend2 mase hari jumaat...biase la tuh...bende camtu bukan kat sekolah lain je, kat smap juga sama....mmg nama yg diberi pn dewan makan, mmg tempat bagi budak2 makan la jawapnye...mmg tak relevan kalau name dewan makan, tapi jadik tempat bertukang siapkan projek kayu ntok KH form 3.....

tapi dm kat smap ade satu lagi function...tempat tayangan bola sepak satu ketika dahulu....mase zaman rumah kampung dah start pakai astro, pakcik tokey dm smap turut taknak ketinggalan dalam arus perdana...die cakap,"yg dahulu mesti didahulukan, yg kemudian mesti dikemudiankan", lantas terus membayar duet cengkeram pasang astro kat dm...gua masih tak berapa nak paham ape kaitan astro ngan ungkapan frasa pakcik tadi...sabor je lah....

bile budak2 dah tau dm ade astro...semua bersorak sorai bagai menyambut kepulangan parameswara dari pertandingan lumba tarik upih dengan kampung sebelah...bajet2 boleh la tgk epl tiap minggu...tapi semuanya kembali menjerit marah bagai penduduk melaka yg marah setelah mendapat tahu parameswara kalah dalam pertandingan tarik upih tersebut....ini kerana, pakcik tuh pasan astro bukannya pasal nak bagi budak ni tgk epl tiap minggu...sebenarnya pasal nak bagi macik dm layan bawang putih bawang merah mase lunch.....tapi mmg silap besar laa...pasal budak2 skolah memang tak berapa nak suka dgn org2 yg agak kedek nih....jawapnye, asal hujung minggu je, mmg ade gerakan bawah tanah yg bergerak di atas tanah menuju ke dm...

biasanya gerakan bawah tanah ni bergerak time2 game besar...macam manu lawan liverpool, liverpool lawan manu, dan the kop lawan red devils....kalau takat arsenal lawan wigan, mmg sume dah tau dah yg kompem2 seri punye...dan gerakan ni juga hanya digunakan bila game lewat malam....benda paling penting ntok gerakan ni adalah remote astro yg aerodynamic...kalau takde, kirim salam la dekat ferguson ngan kenny pasal tak dapat join tgk game skali....bile dah ade remote, ape yg diperlukan seterusnya hanyalah sedikit perancangan ringkas yg biasanya dikemudi oleh mastermind nizam...yg laen cume perlu lepaks, enjoy dan ikut seperti aturan yg dirancang...

dm ni banyak merakam kenangan2 manis buat para penyokong bolasepak seantero dunia....antara yg gua masih igt, Man.utd menghentak arsenal 4-0....tidak ketinggalan man.utd mengalahkan chelsea dalam final champions league....cume bagi gua, saat paling heaven gua dlm dm tuh adalah ketika MU mglhkan chelsea dalam champions league...bukan pasal chelsea kalah....tapi pasal mase tu, dapat tgk dgn kebenaran...walaupn game pagi, tapi ramai die gua malas nak sembang...siap ade kutipan duet sorang 50 sen...tapi gua datang mase seken half, jadik gua masok free...kelihatan macam orang baru lepas minom air mase rehat kan?....gua igt lagi masa tu, bila anelka tak masok penalti, gua dah berdiri siket atas meja....bila mahlok mane ntah skor penalti kemenangan ntok MU, gua teros berlari dengan laju ke arah asrama...mmg gua terus kejot semua yg tgh tidur ntok bersiap suboh sambil mengedarkan fliers kemenangan MU pada pagi itu....maafla gua asyik mention pasal MU je...game2 lain tak berapa nak igt...ahahaha

banyak lagi kisah yg hendak gua cer-kan kat entry nih....lagi2 tentang gerakan bawah tanah ntok tgk bola kat dm...tapi pasal nih pn gua rase dah panjang, jadik gua batalkan dulu niat gua nak sembang lebih2...tu baru cerita pasal dm digunakan ntok tgk bola, belom lagi kalau gua cerita dm jadik tempat begadoh, jadik tempat rembat but orang...banyak lagi lah....semua nih cuma boleh korang rasa bile masok skolah berasrama...lagi2 kalau masok smap....cume nak rase tgk bola kat dm? dah takdelah kot....skang dah ade bilik tv ngan tv flat screen, ape barang kau nak terhendap2 merangkak tgh malam pegi dm...huh...bak kata bekas pemain baseball jepun, honjyo,"Play Safe"....

p/s: dalam gerakan bawah tanah, POI pernah menjadi salah satu watak penting sbagai masterkey...oh ya, amad gak pernah jadik wakta penting...keylocker...

p/s: gua penyokong Man.Utd....ada masalah? jom gadoh laju2....

p/s: satu fenomena dalam bola sepak epl....bile game MU lawan chelsea ke ape ke, semua penyokong liverpool,arsenal, MC juga mungkin portsmouth akan sokong team yg lawan MU..bile game chelsea ngan arsenal cthnye, fan MU akan relaks dan lepaks......lepaks tak lepaks nya kami sebagai fan MU....sabor je lahh

Saturday, March 5, 2011

entry buat geli-geli

ASSALAMUALAIKUM

budak2 zaman skarang kalau borak memang main hembus je....macam:

budak2 zaman skarang yg borak maen hembus: (bila nampak proton juara lalu sebelah)jahanam buruk la kete proton juara tuh...ape gila orang tu beli entah? takde bende lain entah nak beli? dari orang tu beli proton juara, baek pegi beli kotak tv saiz 40 inci, tambah tayar...lagi lawa...bodo3..

tapi budak2 yg tak berapa nak zaman skarang kalau kalis balek memang padat..macam:

budak2 yg tak berapa nak zaman skarang: hoh...koman2 brader tuh beli juara dah habes bayar...setel....kau tu honda lawa mane pon, tapi tak abis bayar, takleh cakap ape2 gak...boooo

tu je entry ntok hari ini....mmg pendek...tajuk pn nak buat geli-geli je kan....tapi gua harap lepas ni takde la org nak kutok2 proton juara...adios amigos...tunggu la gua stat cuti, baru la rajin sket gua nak blogging..keh3(idea credit to housemate gua)

Wednesday, March 2, 2011

An Interview With Afiq Syahmi

 ASSALAMUALAIKUM

Seperti yang dijanjikan, rancangan gua,”With Arepseman”, kembali dalam episode kedua. Kali ni, gua akan menemubual tetamu paling kacak abad ini serta merupakan antara individu paling berpengaruh dalam kepimpinan PRS sekolah. Individu yang gua maksudkan ialah Afiq Syahmi, seorang jejaka berasal dari Pahang. Sebelum gua teruskan, mari gua tonjolkan sedikit profil peribadi beliau.

Nama : Afiq Syahmi bin Ali Basar
Nama panggilan : Ruhul Jadid
Tarikh lahir : 21 may 1992
Hobi : menampar
Cita-cita : cikgu PJ


(gambar cover page x dapat disiapkan kerana afiq syahmi x berpuas hati dengan photoshoot dan kemudahan jurusolek yang disediakan)


Sekarang, moh kite ikuti sesi temubual gua dengan jejaka metroseksual ini. Poh paleh weh!

Gua : Assalamualaikum saudara afiq. Sehat?

Afiq : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya sehat2 sentiasa. Terima kasih.

Gua : Jadi boleh gua teruskan dengan temubual gua pada hari ni?

Afiq : Ohh silekan. Saya memang banyak masa hari ni. (sambil membetulkan kedudukan vest purple PRS beliau)

Gua : Cantik vest itu. Free ke? Ohh ok2. Berbalik kepada topic. Gua akan tanya lu soalan sama seperti gua tanye saudara naufal dalam edisi pertama. Ok, dengar baik2 dan jawab dengan spontan dan bernas. Lu mesti selalu pergi ke dewan seri bestari untuk menghadiri pelbagai occasion yang dijalankan di situ bukan. Jadi selaku seorang yang patriotik kepada sekolah, apekah peristiwa yang paling memberi kesan kepada sanubari anda ketika berada di situ?

Afiq : (mengangkat tangan tinggi2 untuk menjawab soalan) Aku angkat sumpah jadi PRS!! Bermakna sungguh. Erkkk, tapi betul ke kat situ??

Gua : Ceritakan sikit perasaan ketika itu..

Afiq : Ohh, sungguh riak dan takbur sekali. (sambil menepuk2 habuk di vest PRS beliau). Walaupun time tu melempang budak sampai pekak, masih diambil sebagai prs. Ujub sungguh diri ini.

Gua : huh..

Afiq : Ok. Trimas. (bersiap-siap untuk menghadiri meeting PRS)

Gua : Ade lagi laa. Bagaimana sambutan peminat terhadap jawatan anda sebagai PRS?

Afiq : Weh, aku nak g tandas ni. Nanti lu intebiu balek. Babai2. Ahahaha




Seminggu kemudian...



Gua : Lu nak jawab soalan gua x nii?

Afiq : Ohh, x abes lagi ke soalan hari tu?

Gua : X. tergantung lagi. Ok, soalan seterusnya. Apakah perasaan anda terhadap pemimpin PRS anda ?

Afiq : Menjengkelkan. (muke konfiden sambil gelak setan)

Gua : Saya x faham kenapa. Elaborate sket..

Afiq : Sebab x hensem.

Gua : Erkk. Okay2. Ape jawatan anda dalam PRS? Anda rase anda layak ke?

Afiq : Exco lawatan. Ohhh semestinya lah layak!!! Sebab time aku la lawatan x menjadi. Ahahahaha

Gua : (join gelak) Okay2. Sekarang lu story kat gua, macammane lu boleh dilantik menjadi PRS. Rasuah ke hape?

Afiq : Ntah. Time gua kat koop, ade 2 orang datang membawa utusan. 2 makhluk tu tanye camni “Afiq, ko nak jadik PRS lagi x?” Gua konfiden la jawab xnak. Merajuk konon. Ahahaha. Lepas kene pujuk kene pujuk, gua terpaksa mengaku yang khidmat gua masih diperlukan. Ahahahaha. (gelak kuangajo)

Gua : memang gua nampak khidmat lu diperlukan. Okay, ape je keje ko sepanjang jadik PRS. Macam x pernah nampak wat pape pon?

Afiq : Kate exco. Orang bawah aku la buat keje. Aku bagi arahan je. (gelak setan .. lagi)

Gua : Huh. Sekarang masuk soalan peribadi sket. Sape paling lu x puas hati dalam batch?

Afiq : Anop la!! Merampas kerusi gua.

Gua : Lu memang idam sangat2 ke kerusi presiden tuh?

Afiq : Gua rase cume gua je sesuai kat kerusi tuh. Gua kan GIPANG sket. Xkan xtau. Ahahaha

Gua : Bagaiman dengan J? Lu xde niat nak jadik kapten hoki?

Afiq : Oooo. Tidak. Gua x sehebat die. Gua macam kalah larian je. Ahaha. Die sangat pantas, ko pon kalah gua rase. Ahaha.

Gua : Ceyt. Lu jangan main2 ngan larian gua. Gua dapat tempat ke-14 merentas desa time form 3 lu tau x. Ahahaha. Okay2, last question daripada gua. Antara lu ngan saudara bahauddin, sape lagi klako?

Afiq : (menggigil) Ni soklan maut ni, gua x berani jawab sebenarnya. Tapi sebab ketabahan hati, dan semangat kental, gua jawab la. Gua rase bahau la. Sebab time bahau buat joke, sume mesti terdiam. Ni membuktikan bahau sangat klako. Ahahaha.

Gua : Ahahaha. Antara joke bahau paling klako?

Afiq : Ntah la x ingat. Banyak sangat.

Gua : Okay2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Babai.

Afiq : (memandang jam di tangan) Gua dah lewat nak mesyuarat biro lawatan PRS nih. Babai.

Afiq syahmi kelihatan tergesa-gesa keluar, sehingga tertanggal vest PRS beliau dan menampakkan kesulurahan baju merah pasukan hoki smapl yang tertera namanya di belakang yang sedang dipakainya..


Next edition : intebiu with azharuddin. (pakar politik dunia)