Thursday, August 11, 2011

Diari Ramadhan Afiq : rebel kuih tepung pelita


11 Ramadhan.

Tiba-tiba petang2 macamni aku terasa nak cuba2 membuat kuih buat berbuka nanti….aku rasa perasaan tiba2 tu datang dari sahur aku pagi tadi yg sangat rare dari hari2 biasa, dan aku rasa juga rare dari manusia2 biasa… sahur makan kuih tepung pelita yang terlupa makan pasal simpan dalam peti sejuk…mak bapak aku tak ada kat rumah, balik ke kampung…tinggallah aku dengan abang aku sahaja...maka, bukan benda mustahil kalau tepung pelita itu sahaja yang kami ratah sebagai menu bersahur…kalau aku bangun pukul 4.30 pagi memasak nasi goreng dan buat air teh o panas untuk bersahur, itu baru mustahil.

Untuk membuat kuih yg bertahap tradisional, aku memerlukan tunjuk ajar dari orang yg mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya seratus tahun berniaga di bazaar Ramadhan…tapi aku dapati org seperti itu tidak wujud ….oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bertanya jiran aku yg pernah aku “mention” dalam entry sebelum ini sebagai penjual buah Melaka yg boleh bikin panas…tetapi nyata harini dia bikin aku panas sekali lagi…aku baru keluar dari pintu rumah nak ke rumah dia, dia dah menjerit siap2 “aku taknak ajar kau buat kuih tepung pelita”…nampaknya penangan buah Melaka yg aku bagi kelmarin memang kasi sennggaaattt sama itu orang…

Akhirnya aku buat keputusan untuk belajar dengan guru segala guru, Google.com….pukul 2.00 petang, aku mula bergerak ke kedai  carik bahan2 apa yg patot….mengikot resepi yg aku dapat dari google, untuk membuat kuih tepung pelita berkapasiti 12 cawan yg bersaiz sedang, aku memerlukan 1 cawan tepung beras ,1 cawan gula,5 cawan air,4 sudu besar tepung beras(ratakan),1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan,sedikit air pandan,sedikit kapur dan sedikit garam…bila aku tgk resepi ni, semua aku paham…senang…rasa2 lepas aku siap buat kuih ni, aku nak teros jumpa ketua kampong mintak satu tapak kat bazaar buat jual kuih tepung pelita…

Sesampainya kat rumah, aku terus bentang suratkhabar…campak dari jauh segala plastic yg ada barang2 buat kuih…org tua kata campak bahan buat kuih merupakan antara petua supaya kuih yg dimasak cepat naik…taknak buang masa, aku masok ke bilik dan menyalin baju yg lebih chef-like….tangan kanan aku memegang sudip, kiri pula memegang senduk, kedua2 tangan disilangkan membentuk gaya X di dada, dan aku senyum di hadapan webcam ….*klik!!... webcam laptop aku menjalankan tugas dengan baik…aku kembali meletakkan semula sudip dan senduk….org normal tidak menggunakan sudip ketika membuat kuih…

Aku mula membaca cara2 membuat sambil tangan aku mengeluarkan segala jenis barang dari plastic…aku musykil, kenapa senang sangat? Adakah memang betol2 senang ataupun aku ini sebenarnya mempunyai darah Jamie oliver?...aku buat endah tak endah….rasanya membuang masa untuk aku pergi mengkaji balik susur galur darah keturunan aku, walaupun kadang2 bila tengok rancangan naked chef, Jamie oliver ada cakap yg beliau ada saudara mara di Malaysia, johor untuk lebih spesifik….aku buat2 tak paham sahaja..

Untuk lebih memudahkan cara membuat kuih tepung pelita, aku akan menerangkan cara2nya dengan tidak menggunakan esei, tetapi dgn point2…lebih mudah difahami…berikut adalah cara2nya:

1.potong plastic pembungkus tepung menggunakan gunting….gunting sahaja, dan jgn guna gunting kertas buat origami…takot ada serbuk perada emas dalam tepung anda nanti

2.ambil 5-6 genggam tepung dan taburkannya mengikut arah putaran jam ke dalam besen berwarna merah. Kemudian, tambah bersama ke dalam besen itu air daun pandan dan air kapur barus dan kacau semua adunan sehingga sebati…kacau juga gunakan tangan, guna senduk itu noob.

3.ape? taktau bagaimana nak buat air daun pandan…mudah, lebih mudah dari menggoreng nugget…ambil  4 daun pandan, racik kesemuanya halus2….rendam dalam air bertapis reverse osmosis sahaja….kemudian, pindahkan ke dalam besen dgn menggunakan straw…

Amaran: jgn pindahkan air pandan tanpa menggunakan straw…pandan alergik kepada udara kotor

4. setelah penat mengadun sebatian tadi, basuh tangan dan pergi ke pokok kelapa jiran anda. Bawak galah dan terus jolok 3 biji buah kelapa tanpa sedikit pun jiran anda sedari…kemudian, balik ke rumah dan pegi kedai beli santan 2 ringgit…kelapa tadi aku ambil hanyalah untuk lepas geram

5. tuang santan yg anda beli sebanyak 2 ringgit tadi ke dalam besen berwarna biru pula…jangan tuang semua, tuang 1 ringgit sahaja…1 ringgit lagi boleh simpan buat kari esok pagi…lepas tu, masukkan 4 sudu tepung beras dan gaul semua sebatian dengan menggunakan tangan sekali lagi..

6. tuang adunan besen merah tadi ke dalam periuk memasak, hidupkan api dan masak adunan sambil tonton cerita cat and dog di tv9….sambil2 itu, jgn lupa kacau…kalini kacau guna senduk…sangat bebal org itu jika mengacau guna tangan juga..bagaimana nak tau adunan sudah masak? Lihat sekiranya adunan itu sudah berkilat…bling2

7.bila dah berkilat, senyum dengan gembira….ini kerana kuih anda hanya beberapa langkah lg akan siap…sekarang, masukkan adunan yg tlah masak tadi ke dalam acuan yg anda suka…kalau suka bentuk bintang, masuk dlm Tupperware bintang…kalau suka bentuk bulan, masuk dlm Tupperware bulan…kalau suka bentuk bulat, biarkan sahja dalam periuk tadi

8.sekarang lapisan berwarna hijau anda telahpun siap di dalam bekas…Cuma tinggal untuk lapisan putih sahaja..igt tak tadi ada adunan dlm besen biru? Ya, dalam tu ada santan campur tepung beras…masak campuran tu tadi di dalam periuk…dan juga jgn lupa kacau guna senduk…lebih bagus guna senduk kayu, nampak pro…

9. langkah yg terakhir, curahkan santan yg dah dimasak smpai pekat itu ke dalam acuan pertama tadi….biasanya, kuih tepung pelita ni ada dua lapisan..hijau dan putih…tetapi ini semua mengikut kreativiti anda sendiri…seperti aku, aku lebih suka buat 17 lapisan…ahh, hal lapis2 ni belakang cerita..yang penting cara pembuatan anda kena gayanya…

10.sekarang, sejukkan kuih anda…sejukkan ini juga mengikut kreativiti…boleh dgn letak dlm peti sejuk, letak depan kipas speed 3, memasak di kutub utara, dan macam2 lagi…aku lebih tradisional, tiup guna mulut…walaupun penat, cara ini lebih disyorkan…

Lepas beberapa jam, kuih tepung pelita sedia dimakan…tetapi sekiranya beberapa jam itu belum masok waktu berbuka, sedia dia masih belum berapa sedia…ahh, macam kalinga ayat aku…bila dah sejuk tegap kuih tepung pelita tadi, ambil kamera dan snap 3-4 keping buat upload di fb sambil cakap, “nyum2, tak sabarnya nak makan kuih yg I buat sendiri ni…awwww”….ni merupakan gambar kuih tepung pelita yg aku makan berbuka harini..





*************************





*last2 aku beli kat bazaar...kuih yg aku buat mane? dah habis bagi ayam makan


p/s: bukan salah aku kuih tak jadi...lgpon jamie oliver mane pernah buat kuih dalam rancangan die....

1 comment:

Muhammad Najmuddin B. Moskori said...

kalo syufuq yg wat, memang takkan jd...sembang selupa itu anjing sengggggatt!hhaha