Sunday, August 7, 2011

Diari ramadhan afiq : pakcik maxim


7 Ramadhan.

Harini sahur aku berjalan seperti biasa. Tiada apa yang istimewa untuk dikongsikan. Cuma setakat ni, aku baru berjaya sekali sahaja untuk tidak tidur lepas sahur…itupun pasal tv ada tayang cerita best masa tu…kungfu2 kalau tak silap…ahh, memang nostalgic layan cerita kungfu sementara tunggu subuh.

Harini bekas awek aku masa darjah 5, hani ajak pergi bazaar kat Bandar…katanya nak tukar angin asyik mengadap air soya kampung …aku bersetuju saja..lagipun aku nak boikot sikit kuih buah Melaka yang jiran aku jual kat sini…tepungnya tebal bukan kepalang, gulanya macam secubit saja yang ditarok…nanti aku igt nak beli buah Melaka banyak2 kat bandar dan hantar sedikit ke rumahnya sebelum berbuka…biar dia tau jangan bermain dengan api dalam hal2 buah Melaka ni…

Pukul 4.45 lepas solat asar, aku gerak ke rumah hani naik viva abang aku…abang aku dah siap2 order roti john black pepper bayar guna duit aku bila dengar aku nak pinjam kete….takdehal, jariah bulan puasa…pukul 5 tepat, baru aku ngan hani gerak ke bazaar kat Bandar…makan 15 minit jugak dia bersiap bagai…maklumlah, banyak shawl yang nak dililit….dulu aku igt lagi masa sekolah agama, dia pakai tudung labuh…rasanya masa tu nampak lagi manis…keh3…

Kereta aku pandu tak berapa laju…meter main cecah 60-70 kmh saja….paling2 pun aku lepaskan ke 80kmh time nak potong motor yang tak reti nak duduk tepi…sengaja aku bawak perlahan, boleh berborak panjang sket…maklomlah university kat Ukraine bukan selalu bagi aku cuti ntok jumpa kawan2 lama…ni nasib baiklah tiba2 kerajaan sana bagi cuti sebulan sempena musim buah-buahan…hani lebih banyak bertanya, aku banyak menjawab…maklumlah, dengan perempuan ni aku jadik pasif sedikit…pasif banyak sebenarnya…macamana aku boleh setuju nak pergi bazaar sekali dengan dia ni pun aku tak pasti…kerana dendam buah Melaka semalam agaknya….antara soalan yg ditanya adalah macamana belajar kat Ukraine…ahh, soalan ni tiap kali aku jumpe kawan2 kg, mesti ada…aku pon mula menjawab dgn jawapan yg selalu aku berikan…banyak lagi soalan2 yg hani tanya, tapi ada satu yang aku gagal menjawab dengan tenang….”kat sana dah ada gf?”…ahh, apa gila aku nak jawab ni? Aku takot kalau aku jawab dah ada, mungkin dia masih menaroh perasaan kat aku lantas kecewa…maklumlah, dulu aku jugak yg mintak putus pasal masa periksa pendidikan Islam, dia meniru musuh ketat aku…masa tu aku marah betol, taktau kenapa…lantas aku membuat keputusan ntok tak menjawab soalan hani tadi, dan hanya tersengih sambil ketawa sedikit…aku ikut menyanyi lagu noktah cinta-hafiz yg diputarkan radio era sambil membiarkan hani kebingungan seorang…

Pukul 5.25 ptg, viva siap diparking dengan kemas di sebelah Toyota commonrail…bila aku keluar, kelihatan kerdil sangat viva itu….tak lama lepas tu, datang satu motor Honda ex5 parking sebelah aku…hurmm, ada lagi yang lebih kecil dari aku…beep2, aku menekan kunci auto kereta dan melangkah ke bazaar bersama hani yang berjalan sambil mengemas-ngemaskan baju kemejanya…

Bazaar di Bandar, memang nyata berbeza dengan kat kampung aku…kedainya berlambak2, orang yang membeli pula membuak2….sangat sesak…”ko dah ada listkan ape nak beli ni?kalau takde, kita kasi round satu kali usha semua kedai…pastu baru beli”…aku memberi cadangan kepada hani yang aku perasan spirit membeli dia dah mula datang…”ok gak tu, jom!”, Hani menjawab sambil tersenyum gembira…apehal gembira sangat ni? Aku musykil…bazaar tu bersifat panjang dari depan kebelakang…maka di permulaan bazaar, aku nampak ada satu pakcik berkaca hitam duduk di atas kerusi…di hadapan dia ada piano yg murah aku rasa, dan ada satu bekas duit di kanannya…beliau bermain piano sambil menyanyi lagu2 yg dia tahu...masa aku di situ, dia tgh mendendangkan lagu kalau berpacaran…masih up lagi lagu kalau berpacaran ni rupanya…hani mengajak aku mula bergerak…aku masok ke bazaar sambil menyimpan keinginan, nanti keluar aku nak hulur 2-3 ringgit kat pakcik tu…

Kat bazaar tu jangan cakap dia punya meriah…apam balik kalau selalu aku nampak ada 1 jenis je, kat sini ada 40 jenis…ayam percik kalau biasa aku nampak 40 jenis, kat sini ada seribu jenis…memang gila…hani dah mula tak keruan…menjerit sana sini seperti hilang arah…ok, itu tak benar…hani juga berjalan dengan cool seperti aku..Cuma kadang2 dia teruja melihat aksi2 memasak oleh para penjual, terutamanya penebar murtabak yang mempamer pelbagai gaya dan stunt…selesai satu round smpai ke hujung, aku dan hani mula membeli…apa2hal aku carik dulu kedai roti john…janji perlu dibayar…dapat roti john, hani ajak aku ke gerai kebab….kebab di situ katanya special…plastic pembungkus kebab tu boleh dimakan sekali….Cuma sedap tak sedap rasa plastic tu taktau plak aku…dari kedai kebab, kitorang pindah ke kedai kuih…aku carik buah Melaka…mula sekali aku tanya dulu makcik tu…”buah Melaka ni gula banyak tak? Bulan puasa ni, jgn menipu”…makcik yg menjual rasa serba salah apa nak dijawab…bila nampak macam tu, aku kensel tak jadik beli...aku terus ke beberapa kedai lain demi jawapan yang meyakinkan…sampai satu kedai, makcik penjual tu menjawab “kompem gula banyak…makan dua bijik, terus kena kencing manis” dengan konfiden sekali…ini aku suka…aku beli buah Melaka 4 ringgit dan karipap sardine seringgit…Hani pulak aku tengok beli beberapa jenis kuih..masing2 seringgit, tapi pelbagai…nampak banyak…”banyak beli? Kau nak belanje aku ke?keh3”, aku tanya dalam nada bergurau….”Heeeee”, Hani menjawab sambil tersenyum menunjukkan giginya…

Lepas 30 minit, aku dan hani berjalan keluar menuju ke viva…roti john, buah Melaka ngan karipap,tu je yang aku beli..bg aku dah cukop dah ni…aku tgk hani, tangannya penoh….kuih2, ayam percik, air, ahh banyak lah aku nak cakap,mmg banyak….aku bersangka baik, ada orang datang rumah dia agaknya….sampai kat pakcik main piano tadi, aku berhenti kejap…layan dia habiskan lagu hotel California…boleh tahan juga English pakcik ni…habis dia nyanyi, aku bukak dompet dan letak 2 ringgit dalam bekas duit pakcik tu….”Jom gerak”, ajak aku kepada Hani…”tunggu kejap  ek”, balas Hani…dia pergi kepada pakcik tu dan menghulurkan 3 plastik makanan dan 1 plastik air sambil berbisik kepada pakcik tu…aku rasa mungkin dia berkata “ni buat berbuka nanti ya pakcik”….terharu, aku tersenyum saja dari jauh  sambil memakai spek rayban aku,cover mata yg mula berkaca….sepanjang perjalanan pulang, aku kadang2 mengerling ke Hani…dia tersenyum lebar,nampak satu kepuasan di wajahnya…mungkin inilah erti kegembiraan dapat beramal kepada org lain ketika bulan Ramadhan…aku turut sama senyum sambil mulut kadang2 ikot menyanyi lagu senyum-Malique feat najwa yg tiba2 berkumandang di radio…

p/s: buah Melaka makcik tu betol legend…aku dah hantar kat jiran aku 1 plastik….hahaha

p/s2: tiba2 aku rasa nak ajak Hani pergi bazaar hari2 pulak….

No comments: