Saturday, August 13, 2011

Diari Prince Poi : Bakal ke Iowa, USA


Prince Poi.

Nama yang sudah tidak asing lagi.

Beliau akan blah dari Malaysia, bila-bila masa sahaja daripada saat entry ini dipost dengan padu.

Baiklah, ini ialah entry intebiu gua ngan beliau. Sebenarnya gua dah borak-borak kosong ngan beliau 2-3 kali dah dalam minggu nih, dengan yang terbaru dekat Deen's Food Corner, berdekatan Surau An-Nur, berhampiran kawasan perumahan beliau di Greenwood, Gombak.

Namun yang tu sekadar borak kosong, tidak rasmi. 

Intebiu ini lebih rasmi.

Lagi satu, borak-borak kosong gua di Deen's Food Corner tu lebih kepada pandangan Poi terhadap kereta Kancil beliau dan gelagat pemandu di Malaysia yang kadangkala annoying.

Sungguh x sesuai kalau gua post di sini.

Jadi, mari baca apa luahan isi hati Poi, beberapa ketika sebelum naik kapal terbang.

*****

Dah ready nak fly?

Hurm...
sebenar-benarnya...
belom ready sangat
ade la dalam 97% ready
esok baru tau da ready ke belom
sebab malam nih nk beli pensil tekan ngn ubat die sekali

Apa signifikan pensil tekan dengan ubat, dengan penerbangan anda?

Hurm..
saya pon kurang pasti
tapi orang2 di sana kata pensil tekan di sana kurang gelap
dan tiada lead 0.5
jadi kene la beli stok 4 tahun teros
ahahaa

Bawak brape beg? Bawak ape untuk persediaan ramadhan di sana? Kurma sekotak?

Hurm..
due beg dalam kargo
satu hand luggage
satu beg laptop
hurm..
terima kasih ingatkan saya untuk membawa kurma
saya belom beli lagi kurma sekotak
dekat rumah tinggal beberapa ketul sahaja

Memang saya tau orang perangai macam anda sering lupakan kurma.
Story sikit macammane perjalanan study anda di sana? Bape tahun? Belajar ape?

Mungkin kerana saya sibuk membawa serunding
hurm...
study actuarial science
4 taun sahaja
subjek2 yg ada termasoklah calculus
macroeconomics n microeconomics
finance
risk management
insurance
subjek2 tambahan seperti puzzle of geologic time

Jadi conclusionnya, sebaik sahaja anda pulang ke Malaysia, insurans budak2 xtrovert terletak di tangan anda?

Hurm...
saya akan mengira kadar premium yang perlu di bayar oleh orang2 yang ingin membeli insurans
supaya mereka akan mendapat keuntungan dan kepuasan yang maksimum apabila membeli insurans

Nampak sangat berwawasan.
Anda yakin kami semua yakin dengan anda?

Yakin lah dengan saya
kerana saya akan berusaha sedaya upaya untuk membuat kadar premium yang paling rendah tetapi kadar pulangan yang terbaik dan termantap

Bagaimana perasaan bakal beraya tanpa En. Syed Ghazi di sisi?

Hurm...
perasaan beraya berjauhan dengan orang2 yang tersayang
sudah semestinya terasa kekurangan di situ
tetapi pengorbanan harus dilakukan untuk kebahagiaan masa hadapan

Hmm nampak berkaliber.
Bakal pulang sekali sekala atau terus menerus 4 tahun di sana?

Itu bergantung kepada duit di dalam bank
sekiranya mencukupi
setiap tahun saya akan balik ke tanah air tercinta:)

Siapa yang cintakan anda?

Keluarga saya tentunya

Hmm siapa yang anda cintakan?

Saya cintakan diri saya sendiri
dan juga keluarga saya

Dengar cerita sedikit kontroversi melanda flight anda esok?
Dengar cerita anda fly secara foreveralone?

Hurm..
tidaklah alone
ade juga budak intec
tetapi yang akan fly ke drake universsity
yang dari uniten
ye
saya sorang sahaja
begitulah nampaknye

Sedih.
Saya menangis mendengarnya.
Macam mana perjalanan hidup di sana nanti masa mula2 sampai?

Hurm...
saya akan dijemput oleh senior intec
saya tumpang sahaja
dan plan seterusnya saya tidak tahu

Bagus. Nampak berwawasan.
Akhir sekali, adakah blog ni akan dapat sentuhan penulisan anda tentang diari ramadhan Iowa pada masa akan datang?

Hurm...
sekiranya berkesempatan
dan sekiranya terdapat kerajinan
saya akan mula menconteng2 serbe sedikit di blog ini

Baiklah. Kata2 akhir anda sebagai rakyat Malaysia.

Walau secantik mana pon negeri orang
Malaysia tetap negeri tercantik di hati

*******


Intebiu ini sungguh beremosi. Poi beberapa kali menyeka air matanya yang turun mencurah-curah di pipi.

Gua buat-buat x kesah.

Ada ke gila gua nak tolong lapkan?

Baiklah, semoga Poi berjaya dalam study beliau. Kami di sini akan mendoakan kesejahteraan beliau di sana. Semoga selamat sampai.

Ingat, insurans kami semua terletak di tangan anda wahai Poi. Sekian.



* Dodol nak insuranskan kereta NGV beliau dengan juta-juta ringgit. Begitu juga dengan besen merah untuk mebuat kuih tepung pelita yang dengar cerita bakal diinsurans dengan harga riban-riban.

No comments: