Saturday, November 26, 2011

KOSMO! Sabtu 26 November 2011


Sedutan tajuk utama akhbar hari ini, yang telah disetankan. Sekian.

SUAMI ISTERI PEMILIK MAKMAL DADAH

Rahsia sepasang suami isteri kelihatan yang kelihatan bertenaga sepanjang masa akhirnya terbongkar apabila pihak persatuan ubat-ubatan tradisional mendapati bahawa rumah yang didiami oleh pasangan itu dijadikan makmal memproses dadah. Rumah itu, yang merupakan rumah teres setingkat, bersebelahan rumah Pak Hussain yang meniaga cendol di kawasan perumahan itu telah diserbu oleh pihak persatuan tepat jam 3 petang semalam walaupun pihak persatuan telah sampai ke lokasi awal 2 jam. Hal ini kerana pukul 3 petang ialah waktu paling afdhal untuk menyerbu lokasi, memandangkan ketika itu Pak Abu tiada di rumah kerana meniaga cendol. Pak Abu ketika ditemui berkata, “Mengapa perlu memanggil saya dengan nama Pak Abu sedangkan saya Pak Hussain?” Ketika diajukan lagi soalan oleh wartawan, Pak Hussain menjawab lagi dengan nada spontan, “Kesedapan cendol saya tiada kena mengena dengan dadah! Saya tidak pernah berniat untuk mencampurkan ke dalamnya langsung!” Pasangan suami isteri itu kini ditangkap sementara menunggu pihak polis menjalankan siasatan terhadap rumah itu.

ROLLER COSTER RM5 JUTA MELAKA TERSADAI

Rakyat Melaka perlu mulai bimbang kerana projek untuk membina roller coster masih terbengkalai sehingga kini dan entah bila akan disiapkan. Menurut seorang rakyat Melaka yang ditemui, beliau amat kesal kerana projek pembinaan itu masih tidak disiapkan. Beliau yang sudah menjangkau umur 75 tahun amat berharap dapat berpeluang menaiki roller coster itu, bagi menggantikan hobinya masa kini iaitu bermain roller blade bersebelahan tapak pembinaan roller coster itu. Sehingga kini, beliau telah menyimpan lebih 4 pasang roller blade, dengan yang paling berharga ialah roller blade berjenama Solo Tride HD yang ditandatangani pasukan renang berirama Malaysia.

TREN ELEKTRIK KTMB TERKANDAS 10 JAM DI IPOH

Perit! Itulah luahan rasa segelintir penumpang apabila terkandas di stesen keretapi selama 10 jam akibat kerosakan teknikal yang berlaku. Beberapa orang penumpang ketika ditemubual melahirkan rasa musykil dengan kesilapan teknikal ini. Antara yang ditemui ialah Pak Hussain penjual cendol serta seorang warga emas yang menyangkut roller blade di lehernya. Mengikut rakan kepada warga emas itu, mereka sepatutnya menyertai kejohan dunia di Syria lagi 3 hari dan kelewatan yang berlaku menyebabkan mereka terlepas penerbangan ke sana. Sementara itu, pihak berkuasa masih gagal menjelaskan mengapa kelewatan itu berlaku. Ada yang mengatakan ini berpunca daripada sikap segelintir pelajar yang mahu ‘fly’ lalu menggunakan laluan keretapi sebagai tempat terbaik untuk mengelak dikesan warden lalu menyebabkan perjalanan keretapi tertangguh.

1 comment:

Danial Qawiem said...

ak xphm part pak abu dipanggil pak hussein