Sunday, October 16, 2011

i'm lovin it

ASSALAMUALAIKUM

gua sebelum2 ni cuma ada 4 tempat common sahaja untuk tengok bola....rumah atok gua, mamak, dan bilik tv di asrama lelaki smapl....ok, memang gua mentionkan 3 tempat sahaja...maaf sebab kata ada 4 tadi...taknak maafkan? pergi mati....

namun sejak kebelakangan ini, setelah menjadi abang2 degree, gua mula berkenal2 dengan satu lagi port layan bola dan rilek2 iaitu mcdonald...sebelum2 ini gua ingat mcd hanya ada 2 fungsi sahaja...tempat bawak awek duduk2 makan aiskrim sambil borak hal kene sex harrasment dgn brader kat pejabat, dan ........ahh gile gua lupa lagi satu ni ape? naim punya pasal la ni ajak gua borak pasal awek kat ceramah time2 gua tengah up entry...ahh, abaikan yg lagi satu ni..skarang ni tengah nak cerita pasal kaitan mcd dan bola...

gua baru tau yg mcd merupakan tempat tengok bola hanya ketika gua masok uitm s.alam...nak kata gua noob? sekali lagi pergi mati.....tapi layan bola kat mcd ni tak berapa sedap sebenarnya, walaupun fillet-o-fish memang sedap..hal paling utama pasal makanan dia mega mahal...ni gua malas nak ulas...bapak sape keje perdana menteri je yg akan cakap mcd ni murah...seterusnya, kapasiti untuk tempat duduk depan tv adalah terhad...sape lambat, memang terpaksa balik tengok kat bilik sahaja guna broadband...bagi yg spirit kuat siket, mungkin boleh tahan berdiri...tapi paling2 kuat berdiri pon, habis first half kompem balik sambil memaki2....

dan sebab utama kenapa gua cakap layan bola kat mcd ni tak berapa sedap adalah pasal bilangan penonton...tak pasti adakah sebab gua pergi tgk dgn naim, maka orang jadik tak ramai, ataupun memang dari dahulukala tak ramai tgk kat mcd...bila tak ramai, aura dan derasan adrenalin akan kurang...jadik kalau man.utd skor, lagi2 skor banyak gol, gua rasa makin malas nak bersorak...ini merupakan satu perangai tidak sihat dan melanggar adab...tapi biasanya gua sorak juga tak kisah kiri kanan....tapi igt, gua bukannya cakap brader2 yg layan bola kat mcd ni tak bersemangat waja, cuma bilangan  yg layan kat mcd ni tak ramai...jadik main point dia disini adalah layan bola kat mcd tak berapa sedap pasal penonton tak berapa ramai sangat...sekian...

*tapi ramai tak ramai pon, bila chicarito skor tiba2 gua rasa ramai audience...gila2
**you will never dive alone
***mohon tenang