Saturday, October 22, 2011

3-4 hari kebelakangan

ASSALAMUALAIKUM




isnin.,2.30 pagi.
kaki aku memijak rumput basah di hadapan dewan seri bestari....masa itu padang kosong..aku pula berpakaian seluar track dengan baju sukan milik nizam yang memang aku kenal sangat kesan koyak kat bahagian bawah ketiak kanan...aku cuba merapat2kan bahagian koyak itu supaya tak berapa nampak, namun gagal...terus aku mencangkung sendiri sambil mata merenung kosong ke setiap pelosok padang...
tidak lama selepas itu, beberapa kutu form5 seperti nizam, botak dan adib mula berlari turun dari tangga...juga berpakaian sukan..bola bergolek2 menuruni longkang sebelah tangga, dan terus digelecek ke padang oleh adib, cuba meniru2 gaya mario balotelli..nizam membongkok perlahan2 melewati palang besi yang menutup laluan masuk ke padang...beberapa saat selepas itu pula, segerombolan pelajar form5 turun, sangat ramai...lebih ramai dari bilangan pelajar yang turun subuh pagi tadi...boleh aku katakan bahawa hampir kesemua form5 kini berada di padang, membentuk satu bulatan sambil menghulurkan sebelah kaki...aku berlari-lari anak untuk menyertai mereka.......


rabu, 1.25 pagi.
malam itu hangat...lebih hangat dari pelukan seorang pelacur muda...aku dan macha sedang berjalan2 ke arah stesen minyak petronas...jarak antara hideout dan petronas tidaklah jauh sangat...lebih kurang minum satu kotak air milo sahaja...di tepi2 jalan menghala ke petronas, terlalu banyak anjing yang berkeliaran tanpa tuannya...samaada ia sengaja bersiar2 mengambil angin malam, ataupun virus "buang anak" yang biasanya hanya dilakukan oleh manusia kini sudah menjangkit kepada anjing...maaf anjing, kerana sikap buruk manusia, engkau terjebak sama...
dalam perjalanan, macha cuba memecah sepi dgn membuka topik2 buat borak seperti "boleh jawab test aritu?","ko perasan tak aku makin gelap?" dan gelak2 ringan yang aku sendiri tak tahu sebab musababnya...aku hanya menjawab separuh mahu sahaja kerana fikiran aku lebih menerawang berfikir samada aku dah log out ke belom akaun dekat hideout tadi..setibanya di petronas, aku terus menerpa masuk ke kedai mesra, buat2 buka peti sejuk jual air...tiada yang menambat selera...tekak aku lebih dahagakan sirap limau ketika itu..setelah macha membayar roti gardenia coklat dan air tin labu kundur, aku mula mengatur langkah ke pintu keluar...tidak semena-mena, langkah aku terhenti...aku terpandang sebuah Myvi oren....


khamis, 4.00 pagi.
"Dang!!"..aku menghempas kalkulator ke lantai...equation yang aku isi panjang berjela di dalam kalkulator tidak bermakna sedikitpun jika jawapan yang diberi adalah math error...aku mendengus putus asa...aku mula melihat sekeliling kelas, siddiq sedang menyalin laju segala macam nota yang diberi oleh Sir Mok...di meja depan,tangan ahmad juga kelihatan seperti sedang menyalin sesuatu...ahh, baru aku perasan yang dia sedang menyiapkan kerja PQS yang ustazah nak semak hari ini..aku alihkan pemerhatian aku ke bahagian budak2 perempuan pula...ada yang sedang menyalin nota...dan ada juga tengah berborak2 ringan...shida aku lihat tangan dan mulutnya bergerak secara penuh synchronize...tangan menyalin manakala mulutnya berborak2 dengan rakan meja sebelahnya sambil kadang2 diselangi ketawa kecil..
"patel, mega ade kat kau?"aku bertanya kepada patel...patel menyelok tangannya ke laci meja dan menyerahkan paper mega kepada ebau....ebau terjaga dari tidur yang tidak berapa lena, menyampaikan suratkhabar kepadaku dan kembali tidur...aku menghamparkan paper di atas meja, menutupi segala alat tulis, buku teks add math dan buku kotak2 kecil, dan mula membelek dari belakang...sambil2 membaca paper, aku kadang2 action memberi perhatian dalam kelas...sedang membaca2 gosip artis yang aku sendiri tak tahu bilakah penghujungnya, aku terpandang satu iklan kecil di bahagian bawah paper tertulis "transformer" this Saturday...aku memanggil perlahan "cakpor!!"..cakpor berpaling kebelakang sambil membuat muka semut..."transformer sabtu ni...jom?"cakpor buat2 gaya berfikir yang bagi aku sememangnya rare...setelah beberapa ketika, dia mengangkat thumbs up tanda setuju...aku mula menutup paper mega...kepala otak aku sudah mula terbayang gsc..add math ketika itu dalam mata aku kelihatan seperti badan optimus prime yang dicerai-ceraikan sahaja...


sabtu, 4.40 pagi.
rooney berlari dengan laju dari belah kanan padang...melepasi defense kiri manchester city dan makin mara, dari kanan cuba masuk ke bahagian kotak penalti...tiba2 lescott dilihat bergerak dgn sangat laju...jin ifrit mana yang sudah merasuknya pon tidak dapat diketahui...kalau rooney tidak pass atau cross bola itu dgn cepat, memang confirm lescott akn dapat clear...rooney tidak perasan akan kewujudan lescott..aku sudah mula risau...lescott pula semakin laju seperti kini ada dua pulak jin ifrit dalam badannya....lescott slide, kini hanya masa sahaja yang menentukan...lescott sedikit terlambat...rooney sempat melakukan cross leret kedalam kotak penalti, melepasi hanya beberapa jengkal dari hujung but lescott...nani menyambung leretan rooney dan melalukan bola melepasi kaki penjaga gawang city..untuk game ini,  man utd menang 3-1...


*semoga nani boleh gol macam apa yang aku nampak dalam mimpi pagi tadi