Sunday, December 18, 2011

go-go mocha


ASSALAMUALAIKUM

“Lu tunggu sana, kejap lagi aku sampai”, send!...aku merenung berapa ketika ke skrin henpon nokia yang memang sedia maklum sangat power…”sent to ayob”…aku menghembus nafas lega…maksudnya baki kredit henpon aku masih ada walaupun dekat dua minggu tak topap…”naim, ayob ajak lepak seksyen 2, ok?” Tanya gua padu ke muka naim sambil tangan menguis2 sambal nasik lemak yang aku perasan makin hari makin cair dia punya viscosity…kadang2 bila fikir balik, ni lah perangai orang kita kalau berniaga…tak pernah nak buat penambahbaikan…makin ke arah celaka ada…naim tak berfikir panjang…dia terus angguk tanda setuju….”ok, lame gak aku tak pekena milo legend”….aku mengiyakan sahaja…apa benda yang aku iyakan, aku sendiri tak tahu…nak kata milo seksyen 2 tu legend, bagi aku masih belum sampai lagi tahap yang betul2 aku boleh panggil legend…kalau nak dapat nama legend dalam hal2 membancuh milo ni, baik pergi bertalaqi dengan pakcik2 milo van…

Siap menghabiskan sisa2 nasi lemak yang ada, aku dan naim mula membuka langkah masing2 ke foodcourt sekyen 2…bagi yang tak tahu, ataupun  pura2 menjadi kura2 dalam perahu, seksyen 2 dan kolej jati tidaklah jauh mana…gunakanlah mana2 perumpamaan dulu kala seperti sepelaung, setanak nasi, sekangkang kera, a throw stone away dan apa saja, semua itu boleh menggambarkan dengan tepat tentang dekat jauh jarak antara dua tempat ini....keadaan di foodcourt ni macam2…bagi aku, tidak perlulah handsome mahupun bersolek bagai untuk lepak2 di sini..ianya lebih kepada tempat makan student2…pakaian seperti t-shirt dan kain pelikat dah cukup pergi sebenarnya…

Berbalik kepada cerita mesej yang aku terima dari ayob, beliau ajak aku dan naim lepak2 makan dekat seksyen 2…siapa ayob? Ahh, mungkin ada yang lebih kenal beliau dengan nama ucop…rasanya aku pernah cerita pasal kutu seorang ni masa entry ketua rumah 4 tahun lepas…sampai di fooodcourt, aku taknampak kelibat dia…hal begini aku memang dah jangka, Cuma kadang2 aku sendiri saja buat2 tak jangka…tunggu beberapa ketika, barulah muncul kelibat ayob ni…pergi isik minyak motor katanya...

Duduk di meja sebelah gerai sate, tapi tak beli walau sebatang pun buat aku, naim dan ayob rasa serba salah…sebenarnya tentang ayob dan naim tu, aku tak berapa yakin diorang ada rasa bersalah macam aku atau tidak…bukan apa, aku Cuma rasa tak praktikal untuk membeli sate yang harga sampai 70sen secocok….kalau aku seorang penagih, lebih baik aku simpan duit guna buat beli ganja tiga-empat tiub…pesanan ayob sampai ke meja…nasi goreng student dan air sirap…aku dan naim hanya minum milo gelas besar saja…bercerita tentang milo yang aku order,  aku boleh katakan ia hanya pada tahap so-so sahaja…belum layak lagi untuk digelar legend....wait for it……dary

Sambil makan, cerita mula dibuka…dari sekecil2 cerita macam “kolej kau hujan tak? Kolej aku selalu hujan time2 petang” hinggalah ke seberat-berat cerita yang aku pun malas nak bukak tajuk dia dalam entry ini…kalau aku sebut, risau ada yang mula naik angin tak tentu hala…sambil2 bercerita, ayob kadang2 bercerita kisah2 dulu di sekolah….hari itu aku rasa banyak nama nopal yang naik…dia cerita, aku ketawa, tak kering gusi, jatuh kerusi…cerita perihal bagaimana satu ketika dahulu, dia dan nopal pernah bukak satu perniagaan roti aiskrim yang kalau diorang berenti belajar dan terus buka bisnes masa tu juga, aku suspek mesti diorang sedang bersenang lenang makan duit jual roti aiskrim…. Dan lain2 dari itu, cerita macam bila final, berapa paper, pelik kenapa aku hanya ada dua paper final sahaja turut dijadikkan topik bualan….malam makin larut, air milo makin surut…..aku, naim dan ayob mula beransur ke kolej masing2…sebelum pulang, aku sempat menoleh ke kiri dan kanan…

Sambil berjalan pulang, jiwa aku masih lagi sedih dengan apa yang berlaku…tak ada orang ke yang nak beli sate pakcik tu? Student macam aku ni bukannya praktikal sangat makan sate2 ni….aku harap pakcik tu boleh mula fikir2 untuk bukak perniagaan baru…roti aiskrim mungkin.

No comments: