Friday, November 11, 2011

Selamat menjawab peperiksaan


Apa khabar semua!

Perghh gua dah hampir meninggalkan bidang penulisan dan blogging ni dah kalau tak sedara Dodol suruh gua buat entry khas ni. Maksud gua saudara Dodol. Dah lama sangat rasanya tak menghadap tempat draft entry nih. Ni semua penangan T-Square dan drafting table serta butter paper dan board bersaiz a2 dan a1. Tak dilupakan juga model2 serta peralatan yang digunakan untuk membuat model.

Sukar jugak rupanya nak menjadi berjaya seperti Ted Mosby dalam How I Met Your Mother, ataupun kalau nak lebih Islamik sikit seperti Adam dan Nur dalam Nur Kasih. Ataupun kalau nak lebih fofular seperti Azhar Sulaiman. Tapi itu semua akan ku tempuh, sambil berterusan berada di blog nih.

Mana boleh bagi Dodol conquer semua beb..

Ok, SPM pun nak dekat. Gua yakin di saat lu orang membaca nih, SPM mungkin dah start. Melainkan lu orang jenis bukak blog nih hari-hari walaupun jarang ada pengisiannya, mungkin lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start. Ataupun mungkin juga lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start jika lu orang merupakan pengguna Facebook tegar, yakni lu orang akan perasan entry baru telah diupdate di page Facebook blog nih.

Perghh! Blog nih ada page FB!!!

Sedangkan awek2 Pavi yang lu orang tak berapa nak kenal pun ada page sendiri, takkan pulak blog yang bermanfaat lagi munasabah ini tiada pula. Hadoii ibarat menarik bulu ketiak menggunakan gigi betul kamu semua..
Sementara itu gua tak pasti pulak benar atau tidak penulisan gua pasal SPM nih sebab gua amat yakin, budak-budak SPM yang mempunyai kesedaran tinggi tak sempat nak bukak2 blog nih di saat SPM nih, jadi apa guna gua menulis memberi nasihat. Masalahnya sekarang, kenapa pulak gua yang nak memberi nasihat. Ini sangat musykil.. Lagi satu, pembaca-pembaca blog ni semuanya mempunyai kesedaran tinggi, jadi bila semua nak study untuk SPM, sapa nak baca! Mengapa pula Dodol mahupun Cukpor ataupun Nopal perlu membaca tentang SPM, lebih-lebih lagi tentang tips2 menjawab soalan Sejarah. Perlukah mereka mempraktikkan tabiat manusia pada tamadun Indus dengan soalan Calculus mereka?

Jadi bersempena dengan entry khas sempena SPM ini, gua dan rakan-rakan gua serta rakan kepada rakan gua ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon-calon SPM. Ingat, perkara pertama apabila mendapat kertas soalan ialah semak dan baca nota kaki. Itu sangatlah penting. Dan bagi mereka yang mempunyai Iphone dan sebagainya, ingatlah bahawa menggunakan applications ketika di tandas untuk menjawab soalan sangatlah tidak disukai ramai, kecuali jika anda menggunakan apps GPS untuk mengetahui tempat duduk sebenar anda ketika di dalam dewan peperiksaan. Itu tidak mengapa.

Seperkara lagi, hayati dan selamilah waktu SPM dengan jiwa yang tulus dan suci murni, kerana itulah waktu-waktu terakhir anda di sekolah, melainkan selepas itu anda kembali sekali lagi menjadi guru. Waktu-waktu persekolahan memang menusuk jiwa dan sanubari anda.

Sekian. Hayatilah poster yang gua snap daripada dinding bilik member gua ini. Babai.


1 comment:

Al-Kelantani said...

teringat zaman2 muda pulak ~~