Sunday, February 21, 2010

ini dorm bukan hotel.



Assalamualaikum.












" pesal dorm kamu kotor sangat nie, nak duduk dengan tikus ke."









" ini dorm ke tangki pecah nie. "










" saya pon peliklah macam mane kamu boleh duduk dengan keadaan dorm camnie rupa. "






owh. mengape mereka semua mencaci kami?? apa kesalahan kami?? dorm mane yg dimaksudkan yg mendapat pujian meninggi daripada semua warden2, pakcik2 penyelia, makcik2 sapu sampah, KP , BDK , malahan organisasi tertinggi sekolah??










dorm ini sentiasa tidak sunyi dengan gelak tawa, gurau senda dan pelbagai jenaka. menjadi pujaan bagi sesetengah pihak dan semestinya igauan mimpi buruk kepada junior2 yg tidak segan silu melawati senior2 mereka yg baek2 belaka.











dorm yg dimaksudkan adalah dorm AL-MAUDUDI. class of 2008-2009.






dorm ini telah mendapat pengiktirafan oleh pihak sekolah sebagai dorm terceria dalam setiap aspek kehidupan bukan sahaja dari segi hiburan malahan makanan, kemudahan tempat tinggal, malahan prasarana yg disediakan juga amatlah bermutu bagi kesemua ahli Extrovert.






untuk hiburan, kami menyediakan kemudahan pinjaman buku2 serta majalah percuma kepada setiap ahli form. Wisel !, Kreko, Utopia, Hype!, Mastika. anda cuma namakan pasti kami ada semua itu selepas pulang daripada outing. anda hanya perlu berkata perkataan after dan buku itu hampir pasti anda dapat baca.






tak cukup?? kami juga menyediakan permainan menimbang bola, bermain badminton dan pertandingan futsal. pertandingan ini terbuka kepada semua ahli extrovert, tetapi kami suka berlawan dengan junior dengan 3 paket maggi kari sebagai taruhan. siapa menang?? boleh ke dak junior nak melawan?? HAHAHAHA.






malam hari pon kami sedia bermain. HAHAHAHA.





perkhidmatan kami tidak terhad kepada mengambil air sahaja. itu perkhidmatan biasa. kami menawarkan perkhidmatan membasuh baju pada hujung minggu, mengosok baju di dalam dorm ( bukan di bilik seterika ) dan perkhidmatan mengecas handphone2 anda semua yang mahal2 belaka. ( sampai timbul kes )




ini pule merupakan side view terbaek dari dorm serba indah ini..tetamu dorm akan dpt melihat pmandangan court takraw yg permai dan yg pasti ianya bersebelahan dgn musolla(tiada dlm gambar) , cerite pasal court tkraw mmg byk , kat situ r tmpat dak2 f1 yg dtg ke skul dgn mmbawe segulung ijazah upsr bersame tangisan kegembiraan menangis sekali lg sbb kene torture tyme orientasi..dan jeritan akan paling byk ddengar dr bilik ini , walaupon tyme tu kami maseh f3 ,haha..kat situ gak kejohanan futsal batch xtrovert diadakan setiap ujung mggu n kat situ jugak r tmpat kami megusha awek2 umah sukan train kawad..hahahaha..


owh, ia tidak berhenti di situ sahaja. kalau anda bernasib baek anda akan dapati senior2 form 5 di dalam ini dorm juga. ( ketika form 3 ) apa yang menarik tentang mereka? anda boleh menghadiri sesi MARI BERCERITA BERSAMA SENIOR , sesi belajar dan mengajar tentang akademik dan sesi mengutuk dan dikutuk. ( part nie sume kena tahan maki ).






gambar terbersih pernah ditangkap.





side ini hanya kami khaskan untuk tidur sahaja. walaupon agak ' simple ' tetapi ianya amat bermutu tinggi. 5 star gitu. kalau anda tidak mahu tidur di atas katil kami ada menyediakan sofa TOTO yg amat lembut dihamparkan dibawah lantai yang terletak betul2 di bawah kipas. jika permintaan terlalu tinggi segala tilam akan dibentang di bawah dan selautan manusia akan kelihatan. ahhhh....indahnya.







side nie dikhaskan untuk majlis2 rasmi sahaja. segala jenis perbicangan dan perbicaraan melibatkan pelbagai jenis kes pernah dilakukan di sini. tidak ketinggalan juga ujibakat untuk pemilihan ke kejohanan sukan sekolah, MTAQ, malahan di sini juga pernah berlaku penyiasatan tentang kes ' air kencing kucing di celah antara dua loker '. kes ini dijalankan dengan penuh teliti dan menyeluruh sehingga hampir semua ahli form dan dorm disoalsiasat oleh seorang penyiasat hebat. hasil siasatan dan kesimpulan kes dirahsiakan sehingga ke hari ini dan suspek utama masih bebas berkeliaran.



apa lagi yang best?

t r ak cter , laptop broke down..ni pon kene gune mesin taip lame ni..k chow






6 comments:

Dr Moki said...

wowowo..aku berase bbge menjd ketue dorm berprestij nie tyme f3(jdk printis)....cam siot..plih aku psl aku plg gemuk..budus...hahaha ..asyik2 kene pggl ngn warden kene kemas blik..wk2 pagi lps prhmpunn...hahaha

persatuan penulis muda xtrovert. said...

xpe moki, mmbentuk jati diri tu..hahaha

esca said...

haha. setau aku dorm nie tak penah ada KP tetap pon.

john kasim said...

t'igt lak kesah p**ot yg pena dbicarekn wlopon xbslah...syan dye..hahaha

kueh tiao silat said...

bodo nyer....haha. ad gmbar towel cino, ak igat ag.

dodol utopia said...

mengarot gaban seyhh.hahaha