Thursday, October 7, 2010

syafiq aiman.

ASSALAMUALAIKUM



kisah chinta syafiq aiman masih tidak berpenghujung. syafiq aiman masih mengharapkan maria, kekasihnya itu untuk kembali bersamanya. memang, mungkin maria sudah melupakannya pun sekarang ini, namun syafiq aiman masih mengharap. mengharap maria kembali kepadanya.. namun, setelah 4 tahun menuai cinta, syafiq aiman sudah kembali sedar. x perlu lagi dia setia kepada wanita yang menikam belakangnya. dia perlu maju kehadapan, mempersiapkan diri menghadapi dajjal laknatullah. bukti freemason ada di mana2, tapi mengapa maria juga yang dikejarnya. ya! syafiq aiman mahu berubah. mulai saat ini. syafiq aiman akan menjadi syafiq aiman yang baru. yang lebih segar, kontemperari, maskulin, bergaya, dan berkarisma.

hari ini hari pertama syafiq aiman memulakan kehidupan baru.beliau sudah mahu melupakan segala episod duka. beliau juga sudah bertekad, ingin menerapkan segala nilai2 positif dalam dirinya. pemurah, zuhud, bertanggungjawab, cukup tidur, pandai memasak, dan macam2 lagi. kereta bugatti veron berwarna keemasan yang dibeli bulan lepas di startkan enjinnya. panaskan enjin sebentar. sudah 4 tahun kereta tidak bersentuh kerana terlalu sibuk memikirkan tentang maria. dibukanya pintu kereta. berlari berterbangan tikus2 dan kelawar2 di dalamnya. syafiq aiman tersenyum. dicarinya kain buruk di sekitar itu. tiada. dia membuka kemeja Burberry yang dipakainya. dilap segala kekotoran yang ada di dalam kereta. umm bersih sudah. dia masuk kembali ke dalam rumah. memakai kemeja baru. sedang ingin masuk ke dalam kereta, dia ternampak kesan kotor pada sport rim kereta. dibukanya kembali kemejanya. jenama louis vutton. kesan kotor dilap. masuk kembali ke dalam rumah. memakai kemeja baru. kali ini buatan tangan tukang jahit robinson. tertera nama robinson di kolar. sekali dengan nombor dobi, yang syafiq aiman tulis dengan marker pen biru. syafiq aiman pergi ke enjin. diletakkan pipinya pada enjin kereta. melecur. baiklah, enjin sudah panas. syafiq aiman memulakan perjalanan.

di dalam kereta, syafiq aiman membuka frekuensi radio. hotfm. fara fauzana sedang lantang berbicara dengan faizal ismail tentang krisis kebuluran dan bencana alam di somalia. berat sungguh topiknya. seorang pemanggil menelefon. menceritakan pula tentang bencana alam di somalia yang meragut maruahnya selaku lelaki. tiba-tiba, panggilan pemanggil itu diputuskan. mencarut agaknya. sedang asyik memandu, tibe2 hotfm memutarkan lagu hit, serunai malam. tersedak sebentar syafiq aiman. dilanggarnya bumper jalan. tiang lampu terjatuh. seorang nenek cedera terseliuh terpijak kulit pisang. sebuah proton saga melambung ke udara mengelak tiang lampu lalu jatuh tepat ke atas seorang mamak yang sedang membuat panggilan ke china di telefon awam "smile". syafiq aiman cuba bertindak cool. dikawal kembali stereng keretanya. lincah pergerakannya. jalan raya kembali tenang. ditoleh ke belakang. pekerja tnb sedang menaikkan kembali lampu jalan yang tumbang. syabas. cekap sungguh mereka membuat kerja.

syafiq aiman menukar frekuensi radio. geli urat belikatnya mendengar lagu serunai malam itu. sekarang di sinarfm. salih yaacob sedang berbicara. geli hati syafiq aiman mendengar salih yaacob berbicara tentang senario politik di negara kemboja dan kesannya terhadap perkembangan otak si manja enfagrow. cukup sinis bunyinya. ditambah dengan lawak jenaka kak engku yang sibuk mengatakan bahawa ribena double twist mampu merawat masalah jeragat di muka. syafiq aiman berhenti sebentar di 7 eleven. dibelinya ribena double twist sedozen. terkejut penjaga kaunter. penjaga kaunter itu menegurnya, " buat apa ni, merawat masalah jeragat di muka?". syafiq aiman malu. diletakkannya kembali ribena. diambil surat khabar kosmo. bayar. blah.

masuk kembali ke dalam kereta. terkejut. sekali lagi lagu serunai malam. ya Allah! dibukanya surat khabar kosmo. gambar dr rozmey mempromosi filem 2 alam dijangka hit rm40 juta. ya Allah! syafiq aiman tersedak kembali. tangannya tertekan hon. piiiiiinggggggg!! penjaga kaunter mati terkejut. seorang pekerja warga myanmar yang sedang tidur di tingkat atas bangunan 7 eleven terkejut lalu bangun dan meluru ke tingkap. terus melompat ke bawah. jatuh ke atas sebuah van kilang yang membawa 7 pekerja. telefon awam runtuh. tekejut agaknya. syafiq aiman melarikan tangannya dari hon. uhh lega. tiba2 datang seorang melayu tua. memarahi syafiq aiman. syafiq aiman keluar dari kereta. ohh rupenye laki tua itu memarahinya kerana tidak membeli ribena twist itu tadi. boss 7 eleven rupenye. syafiq aiman masuk 7 eleven. beli ribena twist. kali ni bukan sebab masalah jeragat. sebab hormat lelaki tua itu. syafiq aiman start kereta. blah. ditolehnye ke belakang. pekerja telekom sedang membaiki telefon awam. sekali lagi syafiq aiman kagum. pantas dan cekap perkhidmatan di malaysia..

syafiq aiman meneruskan perjalanan. kadang2, kelihatan beberapa buah bmw dan lamborghini bertembung sesama sendiri di kiri kanannya. letupan kuat terhasil. mungkin masing2 cemburu dengan bugatti veron nya. sambil memandu, syafiq aiman menoleh ke belakang. bomba dan jpa sedang sibuk menguruskan kemalangan. ditolehnya ke hadapan kembali. polis trafik secara tiba2 datang dan menguruskan trafik akibat kemalangan. tiba2 banyak kereta melalui jalan itu. meramai dan mensesakkan jalan. bagi mengelakkan polis trafik syok sendiri sebab sebenarnya jalan tu kosong. sekali lagi syafiq aiman kagum. sekarang, syafiq aiman sedang menuju kembali ke rumahnya. syafiq aiman memecut laju. melalui kawasan berbukit-bukau. syafiq aiman terfikir, mengapa rumah orang2 kaya seperti nya ni selalu diletakkan di kawasan berbukit-bukau? huh. ttibe syafiq aiman tersedar. dia sudah berjanji kepada dirinya untuk bersikap positif, zuhud. dipecutnya laju2 kereta bugatti veron beliau terus ke dalam gaung. nyaris sebelum hendak masuk ke dalam gaung, syafiq aiman membuka pintu keretanya dan melompat keluar. sempat! syafiq aiman cepat2 berdiri. dilihatnya kedalam gaung. seekor naga ttibe datang dan memakan kereta nya. puas hati beliau..

syafiq aiman kemudian berlari ke rumahnya. jauh. 16.743 km memanjat bukit yang curam. beliau perlu sampai awal. laju dia berlari. dia berpeluh kuat. terik matahari di malaysia. x seperti di croatia tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. riak lagi. disebabkan terlau berpeluh, dia membuka baju kemeja robinson nya. seluar juga dilucutkan. keadaannya sekarang dengan singlet dan boxer mirip pelari pecut jamaica, astaga powell. makin laju pergerakannya sekarang. mirip astaga powell juga. syafiq aiman sampai di hadapan rumahnya. lelah dan penat. beliau mengambil alat bantuan pernafasan yang disimpan di dalam peti surat. uhhh lega. denyutan nadi kembali normal, setelah beliau memeriksa kadar denyutan nadinya dengan seorang doktor yang tiba2 lalu di situ. beliau kemudian mengambil minyak tanah. disimbahnya sekeliling rumah beliau. minyak tanah habis. dicampurkan sikit dengan minyak rambut gatsby strong hold. agar kebarakaran kekal lama. mancis dinyalakan. api marak dengan cepat. laju. syafiq aiman cuba meniup agar api lebih laju. berkesan. sekelip mata, rumahnya musnah. hangus dijilat api. syafiq aiman berteriak puas. sudah lengkap rasanya nilai2 positif dalam dirinya. dalam x sedar air matanya berlinangan.. kenapa kali ni bomba x cekap dan datang awal.. menyesal beliau.

p/s : jangan cuba membunyikan hon dengan kuat. sekolah memandu jaya tuah x ajar camtu.
p/s : kemeja kalau boleh pakai yang tukang jahit robinson buat. selesa.
p/s : pastikan test enjin kereta dah panas ke belum.
p/s : post ni panjang sangat.. sume sebab syafiq aiman.

p/s : syafiq aiman hanyalah watak imaginasi penulis, tiada kene mengena dengan sesape.

2 comments:

Dr Moki said...

wakakakakaaa,,,,,,kreatif 3x..

tahniah3x,,,,,

Anonymous said...

test kepanasan enjin.