Friday, October 8, 2010

Sukan Komanwel ke-147 di Smap Labu.

ASSALAMUALAIKUM

gua terpanggil untuk menulis disebabkan kekecewaan gua terhadap prestasi atlet2 negara kita di sukan komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi. bukan ape, gua rase atlit2 kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan atlit2 dari negara lain yang semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari. kita ambil contoh jamaica, yang mampu melahirkan atlit2 seperti astaga powell. croatia juga, melalui atlit terbilangnya iaitu syafiq aiman. tapi negara kita, hanya mengharapkan nicol david, chong wei dan mungkin azizulhasni awang. hasbullah awang juga. mana pembangunan generasi muda atau golongan pelapis atlit kita yang sedia ada. takkan nak mengharapkan lee chong wei sampai ke tua. bila masa dia nak berehat dan bawak kereta nissan gtr nye pusing2 penang? itu yang menjadi persoalannya sekarang. sebab bagi gua, gua rasa sebenarnya negara kita mempunyai ramai atlit pelapis. cuma x diketengahkan dan ramai juga yang lebih cenderung untuk menjadi doktor, jurutera, ahli agama dan sebagainya. ohh tidak dilupakan, guru bahasa inggeris. kalau begini lah caranya, malaysia memang tidak akan maju dalam sukan. sekarang, gua ingin membongkar satu-persatu acara2 yang mungkin meletakkan malaysia di persada dunia jika atlit2 dari smap labu tidak memilih jurutera, doktor, ahli agama dan guru bahasa inggeris sebagai pilihan mereka.

badminton
chong wei mungkin sudah boleh menarik nafas yang lega sekarang jika adib rhaais sudah mula menyarung t-shirt badminton kebangsaan. mana taknya, dengan keupayaan membalas smash kencang lawan, ditambah lagi dengan pukulan kilas yang memerangkap di depan jaring, sudah pasti menambah gerun kepada mana2 lawan yang ditandinginya. adib rhaais juga terkenal dengan kehebatan menipu pihak lawan kerana beliau dapat membaca fikiran pihak lawan melalui kelincahan tarian kakinya yang sering dilakukan semasa perlawanan. adib rhaais juga mampu melonjak tinggi untuk melakukan smash kencang, tapi sering tersangkut di net. mungkin itu masalahnya jika kekurangan pada ketinggian. namun begitu, sama juga ceritanya bagi kategori beregu. koo kin keat & tan boon heong mungkin berada di tangga kedua dunia sekarang, memberi laluan untuk kedudukan no.1 dunia kepada khairulnaim khazali dan md nor sairi jika mereka bermain untuk malaysia. khairulnaim khazali memang terkenal dengan permainan di jaring yang cantik, mungkin kerana sudah terbiasa bermain dengan jaring ikan sewaktu pergi menjala ikan kecil2 dahulu di lautan dalam selat melaka. sementara itu md nor sairi pula terkenal dengan sikap panas barannya di gelanggang, yang kadangkala menakutkan pengadil sekaligus menghadiahkan kemenangan percuma kepada beregu itu. tapi yang pasti, gandingan mereka berdua memang mantap, penuh keserasian hingga mencetuskan perasaan cemburu kepada pemain lain terutamanya annasaaie ghaffar yang sedang menyambung bermain badminton sambil merawat pesakit di mesir.

bola sepak
jika tidak kerana menyambung pengajian di penang dan bercita-cita untuk mewakili pasukan bolasepak penang di sana, syazwi aiman sudah mungkin bergelar pemain bolasepak terbaik malaysia. kepantasan kakinya bergerak sehingga kadang2 tidak mampu dikejar oleh but bolanya sendiri, sememangnya menakjubkan. serta menyusahkan pihak lawan. ( terutama pihak lawan yang gemar akan kasut dan sering mengambil peluang untuk mencuri kasut2 yang tertinggal di mana2). syazwi aiman juga tidak pernah injured, serta staminanya memang superb. begitu juga dengan nizamuddin a.k.a adik zulhazmie. beliau memang merupakan penyerang sejati. sepanjang karier nya, beliau sudah menjaringkan 143 gol termasuk 29 gol sendiri dan 74 gol semasa bermain dalam bilik study. ohh dan 2 gol sewaktu game 1 on 1 ngan syafiq suhaimi. yang mana time tu syafiq suhaimi muncul wira pasukannya dengan menyumbat hatrik. namun, kelincahan dan kehebatan syazwi aiman dan nizamuddin masih tidak mampu menandingi pemain pertahanan kanan terbaik, aizat azmi. beliau rajin, bergerak pantas, mampu menjaringkan gol dari sudut sukar, berdisiplin di tengah padang serta sentiasa berlari ke mana2 untuk merebut bola. dengar cerita, beliau sudah dilamar oleh kelab divisyen tiga norway, Østfold untuk bermain di sana. dan bagi memudahkan komunikasi semasa di norway, aizat azmi sekarang sedang mengikuti pengajian dalam bahasa inggeris.

hoki
stepeh van huizen, jurulatih hoki malaysia pernah berada dalam keadaan berkabung selama 43 hari kerana permintaannya untuk membawa masuk nazirul ariff dan afiq syahmi ke dalam skuad hoki ditolak oleh kedua-dua pemain berpengalaman itu. kedua- dua pemain itu merupakan aset terpenting negara untuk memenangi kejohanan2 di negara luar serta mampu melonjakkan kembali nama skuad hoki kebangsaan sejak era minarwan nawawi semasa komanwel 98 di kuala lumpur. afiq syahmi sememangnya terkenal dengan pukulan padu, dan sering menjaringkan gol dari luar d, sesuatu yang luar biasa kerana jaringan itu diterima umpire bertugas. nazirul ariff juga begitu, hebat terutama sekali dalam merencana strategi dan mengemudi pasukan terutama jika pasukan sedang ketinggalan. malaysia juga mengalami kerugian yang besar apabila tidak menawarkan kontrak kepada haniff redwan, yang juga mampu merobek pertahanan lawan dengan senang. keeper, dzafri shahimi pula sibuk menguruskan ternakan kambing dan mengajar sendiri kambing2 nya bermain hoki di rumah. menolak tawaran pasukan malaysia.

laporan seterusnya akan menyusul kemudian dalam edisi sukan komanwel yang seterusnya. banyak lagi sukan2 yang mampu menaikkan nama malaysia jika atlit2 smap labu meneruskan kerjaya mereka sebagai atlit. kriket, memanah, petanque dan macam2 lagi hanyalah cebisan contoh sahaja. till then. berjumpa lagi. majulah sukan untuk negara. peace to astro arena..

No comments: