Monday, October 11, 2010

Syafiq Aiman. the history of a young croatian boy,

ASSALAMUALAIKUM

lagi kesah tentang syafiq aiman. tetapi kali ini, gua nak membawa lu orang semua menghayati kesah zaman silam seorang pemuda cekal bernama syafiq aiman. sebuah kesah yang dijangka mampu mencapai hit rm40 juta jika difilemkan (seperti 2 alam dr. rozmey), sebuah kesah yang menuntut seribu satu pengorbanan serta kecekalan minda para pembaca.

syafiq aiman dilahirkan di sebuah pedalaman kecil di Krapina, sebuah bandar di dalam negeri Hrvatsko Zagorje, 57 km dari bandaraya Zagreb. terletak dikelilingi oleh sungai dan tasik yang cantik, syafiq aiman sering menghabiskan masa kecilnya dengan pergi memancing seorang diri dengan menyewa bot yang disediakan di pinggir2 sungai. syafiq aiman sanggup tidak menggunakan wang bekalan harian yang diberi ayahnya, 200 croatian kuna seharian semata-mata mahu menggunakannya untuk peralatan memancing dan menyewa bot. antara ikan2 yang suka memakan umpan syafiq aiman ialah ikan patin (ikan patin sanggup datang jauh2 dari temerloh apabila mendengar bahawa syafiq aiman akan memancing), ikan talapia, ikan lekoh dan paling banyak, ikan bilis. selaen daripada memancing, syafiq aiman juga gemar menangkap rama-rama, membaca dan melukis mural di pejabat2 kerajaan. mural yang dilukis syafiq aiman terlalu cantik, sehingga mendapat pujian daripada ramai artist2 terkenal eropah. untuk pengetahuan, hobi syafiq aiman, iaitu menangkap rama-rama, membaca dan melukis telah dijadikan skema jawapan bagi pelajar tadika dan darjah 1 di malaysia bagi soalan "apakah hobi kamu?".

apabila meningkat remaja, syafiq aiman berhijrah pula ke jepun bagi meluaskan minat beliau dalam lukisan. di jepun, beliau tinggal seorang diri di sebuah apartment di Miyazaki town, tempat pelbagai artist berkumpul dan menetap. namun, di situ, syafiq aiman tidak berjaya mengembangkan bakat dalam seni kerana terjebak dengan geng pahlawan melayu melaka yang ditubuhkan khusus untuk melawan dan menjatuhkan ego kumpulan2 yakuza di situ. untuk pengetahuan, geng pahlawan melayu melaka berjaya merekrut 400 ahli terdiri daripada 398 orang melayu dan dua negro import. geng ini telah memanangi 40 perlawanan dengan 29 kali knockout, 7 kali kalah (6 kali sebab syafiq aiman terlelap ketika bergaduh), dan 4 kali seri (syafiq aiman separuh terlelap dan selsema). disebabkan itu, syafiq aiman pernah ditangkap dan diugut buang daerah ke pulau seychelles, namun syafiq aiman meminta untuk dibuang daerah ke kokdiang, kedah kerana peluang pekerjaan di sana lebih luas ditambah pula dengan liputan yang luas oleh digi.

maka sampailah syafiq aiman ke kokdiang dengan menaiki japan airlines. dan seperti biase, layanan istimewa diberikan kepada syafiq aiman oleh penduduk kokdiang bagi menyambut wira mereka itu. sebuah lapangan terbang dibina lengkap dengan taman tema air dibuat khusus bagi menyambut pendaratan syafiq aiman di sana. sesudah sampai, kesemua itu dirobohkan bagi menandakan kekuasaan syafiq aiman di situ. dengan hanya berumur 17 tahun, syafiq aiman berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan penduduk di situ. bagi menyara kehidupan, syafiq aiman bekerja di mcdonald sebagai mamat delivery. pernah sekali, kerana jam teruk dan spark plug motor tercabut secara tiba2 ketika turun bukit, syafiq aiman mengepos makanan melalui email dan alhamdulillah makanan itu selamat sampai dan dinikmati dengan enak oleh si pengorder. syafiq aiman juga pernah bekerja sebagai pelayan di kokdiang white coffee, dan ditawarkan bekerja sebagai manager disebabkan kerajinannya. namun begitu, syafiq aiman menolak tawaran itu kerana tidak mahu terbuai-buai dengan wang ringgit. alhamdulillah.

namun, kehidupan senang-lenang syafiq aiman tidak kekal lama. disebabkan sejarah beliau sebagai antara pengasas geng pahlawan melayu melaka, syafiq aiman ditawarkan sekali lagi untuk watak jahat. kali ini, mengetuai kumpulan crow zero di kokdiang kerana kematian genji ahmad, pengasasnya. namun begitu, disebabkan fikiran waras syafiq aiman yang tidak mahu dirinya tercedera lagi sepertimana di jepun, syafiq aiman menukar corak pergerakan kumpulan itu daripada bercorak keganasan ke kesenian. kumpulan crow zero, yang rata-ratanya berbadan kurus, badan sixpack, muka garang, secara ttibe menjadi antara pioneer kumpulan kebudayaan di kokdiang dan giat mempromosi aktiviti2 mereka melalui pementasan teater, pertunjukan dan demonstrasi penghasilan batik, tarian kebudayaan melayu dan pertunjukan silat (hanya ni yang berjaya dilakukan dengan baik). crow zero kokdiang juga dipanggil untuk pertunjukan dan ceramah2 di merata tempat di malaysia, menjadikan syafiq aiman seorang yang kaye. dan disebabkan kekayaan itulah, ramai wanita menghampirinya, termasuklah maria...

sekian gua coretkan kesah syafiq aiman. ingat, ini hanyalah sejarah ringkas. banyak lagi kesah syafiq aiman yang mungkin terpaksa dirahsiakan termasuklah gigi burung kakak tuanya yang patah dua dan banyak lagi. ok, bye. salam sayang daripada syafiq aiman.

p/s : syafiq aiman hanyalah watak imaginasi penulis, tiada kene mengena dengan sesape.

No comments: