Monday, October 18, 2010

Sukan Komanwel ke - 147 part. 2

ASSALAMUALAIKUM

sekarang gua akan sambung lagi tentang prospek2 pingat emas yang bakal dimenangi malaysia sekiranya pembangunan sukan di smap labu diteruskan sehingga atlet2 dari smap labu kebanyakannya menyarung jersi dan mewakili negara dalam setiap kejohanan2 besar dunia.

petanque
yang ini x usah dicakap. smap labu memang mempunyai atlet2 bertaraf dunia dalam sukan ini. rizal maula misalnya, pernah mencapai kedudukan 40 pemain terbaik dunia di zaman kegemilangannya. abdul muiz pula tersenarai antara 50 ahli sukan terkaya dunia dan berada di tangga ke-43, betul2 di bawah afiq syahmi dari sukan hoki yang menduduki tempat ke-42. petanque merupakan sukan yang betul2 memerlukan fokus yang tinggi disamping stamina yang kuat. oh bercakap mengenai stamina, petanque juga mempunyai seorang lagi atlet yang mempunyai stamina paling tiptop dalam seantero seremban iaitu firdaus shahrum. beliau juga merupakan aset penting smap labu dan disayangi jurulatih serta seluruh pasukan. jurulatih kalau tidak silap gua ialah pn rahayu kandar.

akuatik
superb! itu je gua mampu ucapkan. mengapa? terlalu ramai atlet yang smap labu mampu lahirkan dalam sukan ini. renang kuak kupu2, kuak dada, bebas dan kuak lentang sememangnya mempunyai wakil yang cukup ramai. dan mereka semua, iaitu atlet2 ini berlatih hampir setiap minggu. akuatik boleh disifatkan sebagai antara sukan paling aktif di smap selain bola sepak. tempat latihan akuatik ataupun boleh dipanggil sebagai smap labu international aquatic indoor stadium terletak di north wing musolla al-mustaqim, manakala bagi atlet2 yang noob, boleh berlatih bersendirian di smap labu outdoor aquatic stadium di south wing musolla al-mustaqim. masa latihan selalunya antara jam 10 malam hingga ke subuh pada setiap hujung minggu. dan selalunya dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman seperti fazli khalil, gua sendiri, dan syed afiful. syed afiful sebenarnye merupakan jurulatih bagi renang berirama, tetapi beliau juga mengendalikan klinik scuba diving bagi pelajar2 yang ingin menyelam dan merasai nikmat air yang melebihi dua kolah. bagi acara terjun 1 meter platform, atlet2 smap labu dilatih oleh jurulatih yang berasal dari bulgaria yang juga merupakan kembar dimitar berbatov, saudara azri syafiq. dan selalunya bagi acara ini, azri syafiq akan mengajar cara2 terjun dengan selamat serta gaya lentuk badan yang betul bagi membolehkan atlet2 laen mencapai kepuasan bagi setiap terjunan mereka.

memanah
dzafri shahimi pernah mencuba nasib dalam sukan ini. begitu juga dengan salah seorang pengarang blog ini yang namanya dirahsiakan. namun ternyata, mereka gagal untuk menandingi kekuasaan atlet memanah berbakat besar, ab rahimi ab rezaf. ab rahimi ab rezaf pernah mewakili negeri sembilan ke sukma, dan diejek penyokong terengganu kerana tidak mewakili negeri sendiri. ab rahimi ab rezaf juga merupakan antara atlet yang diserapkan ke dalam projek 'mari memanah bersama saya, pengetua smap' sebagai mengisi masa lapang pengetua. kehebatan beliau x dapat dipertikaikan lagi, sehingga diserap masuk kembali ke smap pada tahun 2010 untuk meneruskan kembali legasi memanah smap labu.

olahraga
kehebatan smap labu hanya dapat dijelaskan melalui gambar ini.

bowling
azharuddin azmi sememangya pakar dalam acara ini. kalau diperhatikan betul2, balingan beliau sepatutnye tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa. namun dengan berkelip-kelip mata, bola boling sampai ke pin dan paangg! strike! itulah senjata utama azharuddin. skill nya hanya satu, membiarkan lawan memandang rendah keupayaannya dan secara senyap2 menumpaskan pihak musuh. sukan bowling ini juga mempunyai seorang lagi wakil iaitu muhammad abdullah. bola spin beliau cukup cantik, sehinggakan beliau perlu berada di lane 1 bagi membuat balingan ke pin di lane 7 akibat spin yang begitu tajam. namun begitu, gandingan due pemain ini sering menjanjikan pungutan pingat emas kepada kontijen smap labu.

ragbi
nama akram che sabri tidak asing bagi peminat ragbi di malaysia. pernah menyarung jersi kelab Hawke's Bay Rugby Union yang berpangkalan di New Zealand, beliau merupakan seorang yang terkenal dengan larian deras dan sidestep yang memukau. akram che sabri beraksi di posisi fullback dan sekali sekala bermain di bahagian forward bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan rahimi yang pergi memanah. norakamal nordin juga tidak asing di atas padang. terkenal dengan nama samaran 'noghe' di atas padang, kehadirannya sering menambah gerun kepada pihak lawan. antara keupayaan beliau paling hebat ialah melambungkan md nor sairi ke udara ketika lineout. tahniah.

dan bagi melepaskan rindu anda semua wahai extrovert 92 yg disayangi, gua bagi lu semua peluang untuk menatap gambar2 atlet2 kite pada zaman kegemilangan kite dahulu.


pemain stamina tinggi dan pemain paling kaya di malaysia

sesi latihan. kelihatan kelibat seseorang yang terkeluar daripada pasukan memanah di situ

kejohanan renang peringkat ulu bendul

team ke sbp sepuluh. norakmal nordin dan akram che sabri turut kelihatan

team yang sama
sesi latihan bola sepak. mengikut style brazil iaitu bermain di jalanan

ni sebenarnya kejohanan yang menyebabkan shahrul naim parteck mengalami kecederaan serius


No comments: