Thursday, October 21, 2010

Syafiq Aiman. last episode.

ASSALAMUALAIKUM

setelah menjadi papa kedana akibat diisytihar muflis oleh bank negara, hidup syafiq aiman kembali x tenteram. azamnya dahulu untuk berubah dan mempamerkan nilai2 positif dalam diri nampaknya tidak berkekalan lama. kini, beliau hidup sebatang kara, tiada tempat bergantung. rumah sudah dibakar rapi, kereta sudah ditelan naga dan harta2 nya semua telah disita akibat gagal membayar hutang dengan kerajaan. syafiq aiman kini hidup hanya dengan mengemis, dengan sumber makanan utamanya adalah pisang yang disediakan oleh masjid2 ketika solat jumaat setiap minggu. itu sahajalah makanan syafiq aiman untuk seminggu itu, dan beliau akan bertahan sehingga minggu depan untuk menunggu pisang yang lain pula. manakala bekalan airnya pula adalah dari tempat latihan atlet lumba jalan kaki kedah yang dijalankan selama 3 kali seminggu. semasa atlet semua sedang berlatih dan berlumba keliling kedah, syafiq aiman akan muncul secara tiba2 dan muncul di celah2 antara para atlet untuk turut sama berlumba dan akan meneguk setiap botol air yang dibekalkan sepanjang perlumbaan. untuk mengelakkan diri disyaki, syafiq aiman akan berlumba sambil menjerit-jerit ,"pulun kedah pulun" sekuat hati secara berulang-kali menandakan betapa cintanya beliau akan negeri itu dan betapa bersemangatnya beliau untuk berlumba.

keadaan syafiq aiman kalau diperhatikan sangat daif. syafiq aiman hanya tidur berbumbungkan angkasa cerah di kala malam serta berlantaikan tar di Jalan TAR. jangan terkejut, kerana memang syafiq aiman akan ke kuala lumper setiap malam berjalan kaki kerana beliau merasakan bahawa hanya jalan tar di Jalan TAR sahajalah port paling selesa untuk tidur. suatu hari ketika sedang tidur lena pada pukul 10 pagi, syafiq aiman didatangi dua orang lelaki. dua2 nya kelihatan maskulin, memakai baju kemeja mengikut bentuk badan yang sasa, seluar slack straight cut yang diperbuat daripada fabrik buatan itali, kasut berkilat keluaran valentino dan timberland serta berpayung akibat cuaca terik di malaysia. syafiq aiman bangun dan cuba untuk bersalaman tangan, namun tiba2 dua orang lelaki memakai gloves kulit di tangan kanan masing2 dan menyambut salam syafiq aiman. 'hmm sarung tangan buatan tangan dari monaco,' getus hati kecil syafiq aiman sambil cuba menghidu-hidu kedua-dua lelaki itu tadi tanpa mereka sedari. tiba-tiba syafiq aiman bertanya, "kamu berdua memakai gel rambut gatsby stronghold dan pewangi badan dunhill 15.3N 'the new fresh fragrance' bukan?" ya. jawab kedua-dua lelaki itu perlahan.

***********************

syafiq aiman sekarang merupakan model terkenal di kuala lumpur. setiap lensa paparazzi serta mamarazzi serta waiter2 papa chop & mama grill akan fokus kepadanya sepanjang masa. syafiq aiman secara tiba2 menjadi terkenal kembali. timekaseh kepada kedua-dua lelaki yang ditemuinya dulu yang telah membawanya kepada bidang modeling. setakat ini syafiq aiman telah menjadi model bagi berbagai-bagai jenis jenama pakaian, antaranya ralph lauren, calvin klein, kikilala for men, armani exchange, dr rozmey dan guess. kemewahan yang dikecapi membolehkan syafiq aiman kembali menggunakan barangan berjenama dan hidup mewah di kondo2 yang beliau inginkan. beliau lupa kembali azam lamanya iaitu untuk hidup zuhud, rajin dan cukup tidur. pada usianya sekarang iaitu 43 tahun, syafiq aiman kekal menjadi antara model2 terlaris di pasaran dan antara yang tertua dalam sejarah dunia. bukan itu sahaj, syafiq aiman turut pernah ditawar berlakon watak antagonis dalam filem 'lagenda budak setan' mengambil peranan yang dipegang que haidar tetapi ditolak mentah2 olehnya sambil berkata watak itu tidak menyerlahkan bentuk tubuh badannya yang sasa dan terlalu banyak airmata perlu dikeluarkan.

namun seperti biasa, syafiq aiman akan sentiasa dirudung malang. secara tiba2, semua agensi modelling di malaysia ditutup tanpa sebab musabab yang sah. semua berpakat. dan semua agensi itu bersepakat menghantar model masing2 ke luar negara bagi memberi pendedahan kepada semua model bagi membolehkan model2 ini kemudiannya berjaya menyumbang pingat emas kepada negara dalam festival model sedunia di cannes, france. namun, syafiq aiman diharamkan pergi atas kegagalannya bertutur fasih dalam bahasa inggeris serta tidak mempunyai degree dalam mane2 bidang. lalu, syafiq aiman ditawar ke uiam di petaling jaya untuk program asasi bagi sekurang-kurangnya mempunyai degree bagi apa2 bidang. syafiq aiman kemudiannya memilih untuk memilih bidang architecture & environmental design disebabkan sifat2 kreatif yang ada pada dirinya. maka bermulalah kehidupan beliau di situ.. pada usia 45 tahun.

sesungguhnya usia 45 tahun bukanlah usia yang sesuai untuk belajar. maka, syafiq aiman mengalami kesukaran yang amat sangat untuk hidup di situ. untuk membuat garisan lurus free-hand pon memakan 14 set drawing block. yang ke 15 baru nampak sedikit lurus. ini belum masuk task2 yang laen. ini menyebabkan syafiq aiman buntu dan mula dirudung kemurungan. rakan2 sebilik juga tidak mengendahkannya kerana perbezaan umur yang ketara. syafiq aiman semakin hari semakin stress, hingga menybabkan beliau jatuh saket. dan setelah bertahan selama 2 sem, syafiq aiman dikejarkan ke hospital tengku ampuan afzan di kuantan akibat saket kronik. syafiq aiman sengaje tidak mahu pergi ke hospital berdekatan di lembah klang, kerana merasakan HTAA lebih baik, lagipon HTAA adalah hospital rasmi uia kuantan. disebabkan perjalanan yang terlalu lama untuk ke HTAA, syafiq aiman a.k.a pitman terus koma dan tidak sedarkan diri sehingga sekarang..

maka berakhirlah kisah pitman. gua harap lu orang sume terus mendoakan beliau agar terus koma, sebab gua x larat dah nak sambung.. dan sebelum kite berpisah, gua tatapkan lu orang sume akan satu gambar. sebuah gambar yang menjadi punca kesakitan yang dialami syafiq aiman sepanjang berada di uia...

syafiq aiman dipercayai mengalami ketagihan yang melampau sepanjang pembelajarannya. gambar ini merupakan gambar harian yang diambil di luar blik syafiq aiman. tertera nama mab ; membawa maksud mahallah abu bakar, kolej kediaman syafiq aiman.


No comments: