Tuesday, October 19, 2010

entry ni boring. bagi orang yg x suka

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah, gua masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan kerja gua di sini iaitu untuk terus menulis dan sedikit sebanyak menghiburkan hati sesiapa yang membaca. terlebih dahulu, gua ingin merakamkan jutaan kemaafan andai sepanjang penulisan gua di sini, ada yang terkasar bicara atau terlebih tutur kata yang mungkin menyebabkan mana-mana pihak berkecil hati. gua tidak berniat apa-apa ketika menulis, ianya hanyalah luahan hati gua terhadap memori-memori lama yang cuba gua sampaikan secara seberjenaka yang mungkin kerana gua merasakan bahawa memori adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikenang sepanjang hidup kita. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain ye dok.

hadirin hadirat sekalian,
objektif penubuhan blog ini pada asalnya lahir daripada buah fikiran gua, lalu gua sampaikan buah itu kepada saudara akmal omar atau lebih mesra dipanggil malo oleh semua. lalu, kami bersepakat melakukan brainstorm atau pengilatan otak bagi memikirkan apakah sebenarnya misi dan visi yang ingin disampaikan jika kami ingin menerbitkan sesuatu blog. sebelum itu, mengapa gua mahu menghasilkan sebuah blog? jawapannya sungguh banyak. antaranya ialah kerana pada masa itu, spm baru sahaja berlalu dan gua mahupun malo tiada pengisian yang sepatutnya diisi ketika cuti yang lama. gua misalnya, cuti gua hanya dihabiskan dengan makan, tido, makan dan tido dan facebook. kadang2 menonton dan menghabiskan siri the arrivals dan nur kasih. malo pula, sama sahaja dengan gua. cuma perbezaan dari segi video yang ditonton. beliau menonton siri the arrivals serta menghabiskan siri2 anime yang bermacam. nampak kaitannya bukan antara the arrivals dan anime? baiklah, lupakan sahaja. selain itu, idea penubuhan blog ini juga adalah kerana gua dan malo tercemburu melihat pelajar2 puteri mempunyai blog kongsi mereka sendiri, lalu gua rase x salah kalau pelajar putera juga ada satu. jadi setelah berbincang dengan agak mendalam dan mengharungi beribu bagai penderitaan sehingga gua dan malo terpaksa turun naik pejabat blogger sedunia yang terletak di california bagi mendapatkan lesen, akhirnya blog ini ditubuhkan.

hadirin hadirat sekalian,
matlamat gua menghasilkan blog ini sebenarnya hanya satu, iaitu gua mahu kita semua mengenang kembali dari mana asalnya kita, dari mana akhlak kita dibentuk dan dari mana ajaran Islam dalam diri masing2 diperkembangkan. dalam sedar x sedar, sebenarnya, sekolah menengah lah merupakan tempat paling indah untuk dikenang dalam diri setiap daripada kita. secara berjemaah, kita solat di bawah bumbung yang sama, kita menuntut ilmu bersama guru yang sama, kita makan disediakan oleh orang yang sama dan kita berehat dan tidur di dalam bilik yang sama. perkara2 sebegini lah yang pada mulanya dahulu dirungut oleh kita kerana terlalu bosan melalui perkara sama hari2, kini kita rinduinya. ya, memang patut kita rinduinya kerana perkara2 sebeginilah yang dalam kita sedar x sedar, sebenarnya bakal mencorakkan hidup kita pada masa2 akan datang. gua sendiri x dapat bayangkan, bagaimana jika gua x diterima masuk ke sekolah ni. adakah sekarang gua akan solat lima waktu sehari semalam? adakah gua tau ape itu al-ma'thurat? adakah gua akan membentuk akhlak gua mengikut ajaran Islam? adakah gua akan berpeluang mengenali rakan-rakan yang masha Allah.. semuanya baik2 dan hebat2 belaka ini? gua rase mungkin tidak. dan gua juga percaya, sekarang ini iaitu pukul 12 tgh malam ketika entry ini ditulis, gua sedang melepak melongo bersama lelaki perempuan di mana2.

hadirin hadirat sekalian,
gua xde ape nak bagitau. gua bukanlah ahli bdk yang mampu berbicara dan berhujah dengan baik. tapi ini cume apa yang gua rase. apa yang gua ingin katakan ialah tentang akhlak kita serta bagaimana kita mengaplikasikan pelajaran kita selama 5 tahun di sekolah untuk kehidupan selama berpuluh tahun akan datang, jika diizinkan-Nya. gua cuma berfikir, cukup ke apa yang gua belajar kat sekolah dahulu untuk melalui hari2 seterusnya? dan jawapannya yang paling pasti adala tidak! memang tidak cukup. yang dilalui ketika di sekolah hanyalah sebagai intro kepada kehidupan sebagai seorang Muslim, seterusnya ialah bagaimana kita mencorakkan kehidupan kita selepas itu. kalau di sekolah dulu kita diajar untuk turun berjemaah atau paling teruk pun solat lima waktu bersendirian, adakah selepas sekolah kita lakukan? alhamdulillah bagi sesiapa yang tidak meninggalkannya. klau dulu kita diajar untuk menjaga pergaulan lelaki wanita dan tidak terlalu bebas, adakah kita melakukan? alhamdulillah bagi mereka yang masih berpendirian teguh. kalau dulu, kita diajar untuk mencerminkan keperibadian seorang Muslim di mana2 sahaja kita berada, adakah kita melakukannya sekarang? alhamdulillah bagi mereka yang masih mengamalkannya. ingatlah, bahawa memang betul kita belajar selok-belok Islam dengan detail seperti subjek pqs n psi tu, tapi apa gunanya hafal hadis2 yang banyak dalam tu kalau diri sendiri tidak mencerminkan keperibadian seorang muslim? bukannya disuruh agar berpakaian jubah sepanjang masa dan sentiasa membaca al-quran tanpa melakukan kerja2 lain, tapi cukuplah sekadar orang lain tahu dan mengerti iaitu apabila mereka melihat kita, mereka tidak melihat seorang yang sesat tanpa sebarang pengetahuan agama.

hadirin hadirat sekalian,
sekarang, semua dah mungkin sedang study dalam bidang masing2 untuk mencapai cita2 masing2. ada yang bakal menjadi jurutera dalam pelbagai bidang, doktor dalam pelbagai bidang, guru, dan bermacam lagi. dan sekarang juga, gua pasti sesiapa yang membaca ini bukan sahaja datang daripada malaysia seperti dulu2, tetapi juga sedang berada di mesir, jordan, us dan sebagainya. sebagai rakan, gua tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapi semua. dan sebagai rakan juga, gua amat mengharap bahawa tiada antara kita yang akan bersikap melupakan rakan setelah sudah berada di tempat baru dan berada di tempat yang lebih menarik daripada dulu. yelah, rakan2 dulu mungkin x brape nak rock or xde jiwa cam rakan2 sekarang yg baru jumpe ni. tapi ingatlah bahawa, anda sama2 menuntut ilmu suatu ketika dahulu, dan mungkin ada antara ilmu yang ada dalam kepala otak anda sekarang adalah hasil daripada rakan2 anda dahulu. ingatlah mereka, walaupon x berapa nak 'rock' macam anda.

hadirin hadirat sekalian,
gua rase setakat ni je gua nak berkata-kata. tahniah kerana lu orang sempat baca sampai sini. lu orang masih berjiwa sentimental seperti gua (malam ni je gua cani) untuk menghabiskan pembacaan ni. gua harap hubungan kita semua masih kekal sampai gua ada anak. gua nak kenalkan kat anak gua, ehmm ni la uncle lalala, uncle lalalal n auntie lalalala. ni sume schoolmate papa lu. lu orang (anak2 gua) t dah besar jadi cani ye. solat jangan lupa. nak masuk tv slalu leh, tapi dengan syarat bukan nyanyi2, blakon2 tp bg ceramah n wat motivasi. nak jadik ahli politik leh gak, tapi team hijau la. ok sume, gua nak berehat. t jumpa lagi. papehal, kalau xnak ingat member sekalipun, ingtlah Islam. chow.

p/s : rase2 sape setuju ngan kata2 gua, sila bg pendapat. x setuju, jgn habeskan baca.

1 comment:

Anonymous said...

even lambat giler aku komen.. tp post ni mmg terbaek la!! thumbs up!!