Saturday, May 15, 2010

bilik khas siri 1


ASSALAMUALAIKUM

gua rasa bersalah. gua rasa gua dah macam lari dari perancangan asal gua menubuhkan blog ini iaitu untuk bercerita tentang kenangan2 bebudak di sekolah gua terchenta especially bebudak putera. sweet kan dipanggil budak putera? hehe, tu dulu la, pasni sume dah jadik mahasiswa dan xde mase berjenaka tahap cipan beranak enam lagi. hari ni, secare tetibe gua berasa terpanggil untuk menubuhkan sebuah entry tentang bilik2 khas yang terdapat kat sekolah gua. gua bukan ape, gua rase bersalah kalau gua x abadikan jasa bilik2 tu semua kat blog ni. nanti ape pule kate penyelia asrama dan semua makcik2 ayza yang bertungkus-lumus memerah keringat membersihkan bilik2 itu yang sentiasa dikotorkan oleh kami dengan sengaja. x ke nanti diorang kecik hati hasil kerja mereka menjaga maintanance bilik2 tu x diabadikan di blog agung budak putera ini. sweet kan budak putera?? gua ulang sekali lagi..

sebagai bilik pembukaan, eloklah gua bercerita tentang bilik yang mencatat pengunjung teramai sepanjang tahun 2009 iaitu bilik study tingkatan 5. bilik ni juga merupakan bilik yang paling strategik dari segi kedudukan geografinya kerana dihadapannya terdapat sumber air bersih terbaik smapl pernah memiliki iaitu water-cooler, disamping turut menempatkan pusat training ragbi, bola tampar dan bolasepak terbaik dunia iaitu kawasan berumput kecil dihadapan bilik yang juga turut memisahkan blok a dan blok b. selain itu, bilik ini juga berhampiran juga dengan 2 bilik khas smap yang mempunyai fasiliti yang dikatakan berkelas dunia iaitu bilik basuh (sebab ada mesin basuh) , dan juga bilik gerakan yang turut menempatkan pawagam mini pada hujung minggu.

bilik study bolehlah diibaratkan sebagai pelabuhan entrepot pada zaman melaka kerana ianya merupakan tempat persinggahan para pedagang xtrovert92 sementara menunggu angin badan reda sebelum bergerak ke destinasi masing2 samada di blok a, b atau c. namun begitu, disebabkan angin badan yang kadang2 kurang reda, ditambah dengan memerlukan angin hasil pusingan pantas kipas bilik study, ramai pedagang terpaksa membatalkan niat ke destinasi masing2 dan mule membina perkampungan di bilik study sahaja. itu yang menyebabkan kadangkala pengunjung2 luar yang melakukan lawatan ke smapl berasa hairan dengan keadaan bilik study yang mana jumlah bantal dan selimut melebihi jumlah meja study itu sendiri. nak wat cane kan.. kate pelabuhan entreport..

bilik study merupakan tempat pelajar tingkatan 5 study. hambar gile statement tuh, dah memang name bilik tuh camtu xkan orang wat pondok menunggu durian gugur pulak. jadi untuk mengelakkan lu orang terasa hambar, gua xkan story pasal bilik study, sebaliknya gua akan cerita antara aktiviti2 sampingan yang terdapat dalam bilik tuh. memang banyak, sampai gua x pasti nak tulis semua ke x. jadi untuk memendekkan mase penulisan gua, gua akan sampaikan aktiviti2 itu semua secara medley. terimalah persembahan gua...

bilik ni merupakan tempat simpanan charger dan handphone mahal2 beli kat terminal 1, port sume gelas dan pinggan tersadai tanpa dibasuh lepas diguna, tempat mengeratkan silaturrahim melalui aktiviti naumullail jama'i, tempat nyep dan parteck buat wau untuk pertandingan wau smap, tempat adob testing helikopter mainan baru beli kat times square, tempat pipoi dan rakan2 memanjat dinding konon2 lawan macam cerita wipeout, tempat mala bergusti nagan mustak, tempat syufuq wat perjumpaan batch x rasmi, port orang tidor tyme prep malam dan segala aktiviti sekolah, tempat sidai baju kalau ampaian penuh, karaoke box, cafeteria rasmi bagi segala jenis menu yang dibawa dari rumah hasil amanat ibubapa suruh kongsi ngan kawan2, port budak2 form1 berkumpul tiap2 minggu amek giliran cuci bilik, tempat haidhar n aqsal jual dadih pastu tension2 orang x bayar hutang, port budak2 trainin nasyid dengan harapan dapat join soutul jihad, dan akhir sekali, port budak2 train ketepatan mata dan pergerakan tangan men baling2 marker pen dari jarak2 tertentu sampai terlekat kat tempat letak marker pen kat whiteboard..

huh, kalau ikutkan banyak lagi. itu belum masuk lagi tempat bincang2 care nak maen bunge api bagi pk hem x sedar n macam2 lagi. x larat r gua nak list down sume, gua dah wat medley pon dah kire cukup r tuh. tapi gua rase setakat ni je gua menulis, sebab gua dah x larat nak pikir. jumpe len siri untuk bilik2 khas yang len pule ye kalau sempat gua menulis. chow, gua nak beradu...

2 comments:

persatuan penulis muda xtrovert. said...

gua tertinggal satu lagi.. tempat pdin jual nasi lemak

molalala said...

aku join naumullail jama'i! yes3. suke3. sejuuuk je bilek stadi.