Sunday, May 16, 2010

bisnes

ASSALAMUALAIKUM



ini merupakan t-shirt rasmi bagi ahli jawatankuasa kampung lauk-pauk. setakat ni bilangan unit t-shirt yang ditempah mencatat jumlah angka yang memberangsangkan sehingga tersenarai sebagai antara pencabar utama brand2 outlet sekitar felda pemanis, segamat. pakcik2 dan makcik2 yang bekerja kampung merasakan t-shirt ini antara satu barang keperluan terbaru dalam senarai barang untuk dibeli ketika shopping mingguan di pasar mini suka ria. abang2 jurutera klcc sanggup turun dari kolumpo untuk x ketinggalan membeli baju ini untuk hadiah hari jadi awek romantis masing2. itu sume belum kira lag permintaan tingi kilang2 baju di thailand dan china yang berebut-rebut nak mendapatkan hak ekslusif memproses baju design nih.

jadi anda sume x boleh ketinggalan untuk mendapatkan t-shirt trbaik pernah direka abad ini. t-shirt ni menggunakan teknologi terbaru buatan kilang proton yang mampu membuatkan si pemakai merasa laju bak gen-2 ketika berlari, ranggi bak proton juara ketika mengusha jodoh, dan merasa cantik atau hensem bak kereta wira yang dimodified jadik mitsubishi. care2 untuk mendapatkan baju ni agak rumit kerana kami mahu menjaga hak ekslusif penerbitan baju ni dari disambar lanun2 dvd cetak rompak yang sekarang ni dah tukar wat bisnes baju dan pakaian muslimah wanita. untuk mendapatkan baju ni, pembeli perlu menjalani personality test yang akan dikendalikan oleh saudara hanif redwan selaku pengerusi PRS smapl. personality test ini akan menetukan warna apakah yang sesuai dengan diri dan jiwa masing2. ini bagi mengelakkan si pemakai mengalami kemurungan jiwa ketika memakai baju ni dan sekaligus memberi imej buruk kepada t-shirt itu sendiri.

selepas melalui check point pertama, saudara hanif redwan akan memberi klu seterusnya kepada pembeli yang akan membawa pembeli ke bekas rumah kediaman syafiq suhaimi di felda pemanis. pembeli perlu mengikut peta yang dibekalkan saudara hanif sehinggalah sampai ke rumah itu. di situ, saudara syafiq suhaimi akan membekalkan pembeli2 dengan tugas yan seterusnya iaitu memasak sejenis lauk berasaskan elemen2 kemelayuan dan memastikan lauk itu menepati ciri2 lauk-pauk kehidupan. namun begitu, bahan2 masakan tidak akan disediakan, sebaliknya perlu dibeli di pasar mini suka ria yag terletak berhampiran rumah azri syafiq di kuantan. di sinilah, kekuatan mental dan fizikal pembeli diuji memandangkan antara syarat2 pembelian ialah kenderaan hanya boleh mengisi minyak sekali sepanjang proses pembelian berlangsung. kebanyakan pembeli mula give up pada peringkat ini dan hanya segelintir meneruskan usaha. tahniah jiga diucapkan kepada pembeli yang sangup mengambil teksi dari segamat ke kuantan semata-mata mahu membeli bahan2, namun takziah juga diucapkan kerana sampai di kuantan pada pukul 10.01 malam, seminit selepas pasar mini suka ria ditutup. ini menyebabkan pembeliaan beliau gagal kerana antara syarat2 pembelian ialah proses membeli hanya perlu dilakukan dalam jangka masa sehari.

dan disebabkan itulah, setakat ini pembeli t-shirt ini hanye ade 4 orang sahaja iaitu gua yang menulis (hak ekslusif sebab tolong promote baju), dodol (sebab sanggup beri pinjam bekas tapak kediaman sebagai checkpoint pembeli), hanif (sebab tolong wat personality test) dan malo omr selaku pereka design baju. yang gua cakap awal2 entry tuh tadi bahawa t-shirt ni popular hanyalah kata2 meyakinkan sahaja dari gua, tidak perlu dibuktikan kebenarannya. namun papepun, kalau ade yang sudi pakai baju ni, especially budak2 dekat intec yang nak g study luar negara tuh, roger2 r gua. kalau cukup 40 jemaah, gua hantar design baju ni gi kedai. pastu anda semua akan merasa bangga seumur hidop dapat pakai baju limited edition.

No comments: