Monday, June 20, 2011

warkah untuk papa.

ASSALAMUALAIKUM
papa, apa khabar agaknya di sana? harap badanmu masih sihat dan berisi seperti dahulu...jikalau kurus, risau aku di sini akan mungkinnya papa diserang penyakit anorexia..
Papa,mungkin agak terlambat untuk aku kenali engkau….hanya ketika aku berumur13, baru engkau hadir dalam hidupku, walaupun ada rakan-rakanku yang sudah mengenali papa masing2 sejak mereka kecil lagi…namun begitu, aku tidak pernah marah akan dirimu..mungkin engkau ada sesuatu yang perlu dilakukan hingga menghalang kita berjumpa sebelum ini, atau memang salah diriku sendiri kita lambat bertemu...pertemuan aku dan engkau juga tidak diduga, dirancang mahupun dibuat event facebook…semuanya adalah ketentuan Ilahi…
Papa, pertama kali aku melihat engkau, semacam ada satu perasaan yang sukar disebut dalam hatiku….bukan perasaan tersentuh, sayang, apalagi benci…ahh, puas aku menyelak helai dari helai kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-5, namun masih lagi aku tidak jumpa perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan tersebut…
Papa, maafkan aku…semasa bersekolah,aku hanya mampu berjumpamu 2 kali sahaja setiap bulan…kadang2 jika aku terlalu penat, terpaksa aku batalkan niat untuk berjumpa dgnmu..namun setiap kali kita berjumpa, tidak aku nafikan sememangnya akan terasa kemanisan pertemuan itu...
Oleh itu, walaupun mungkin terlambat sedikit daripada yg lain dalam berjumpa denganmu, aku masih sempat mencuri sedikit ruang masa pada hari ini untuk bersua lantas mengucapkan...
*
*
*
*
*
*
“happy fathers day, Papa Roti"
p/s: harga papa roti sekarang rm2.00...gua rase mahal

2 comments:

Muhammad Najmuddin B. Moskori said...

aku tgok kat blog update ade gambo roti, lincah2 aku scroll ke bawah...betul jangkaan aku...supuk2..hahaha

uglyduck said...

haha je yg mmpu ditulis....