Thursday, June 9, 2011

A Biography of Syazwi Aiman ; The Athlete and Malay Debater

 ASSALAMUALAIKUM

*penulis merupakan satu-satunya wartawan yang diberi kebenaran untuk menemuramah beliau dengan detail. Sebelum ni kalau sesiapa temuramah beliau, jawapan beliau amat tak detail. Example : Majalah Ilham ruangan olahragawan. Tengok jawapan yang diberikan ; tak detail langsung. Tengok gambar pun tau x ikhlas nak bergambar..

Syazwi Aiman baru pulang dari tandas De’Mall Café bersebelahan Berjaya Megamall, Kuantan Bandar Palma, Pahang Darul Makmur. Ahhh x sah hidup beliau kalau x ke tandas dulu bila sampai kedai makan. Pernah sekali jadik macam ni kat warung tepi jalan sebelah UiTM Kuantan, tempat belajarnya Bakhtiar a.k.a Ayul. Begitu juga di Café De’ Lelapan bersebelahan East Coast Mall, Kuantan Bandar Palma, Pahang Darul Makmur.

“kahkahkah. Aku pun xtau apsal aku masuk debate! Ahaha menang pulak tuh!”

********

Syazwi Aiman memang famous kat sekolah bila masuk bab memerlukan kepantasan. 100m, 200m, dan yang sama waktu dengannya itu x perlu lah gua cerita lebih2 lagi. Kepantasan menyiapkan homework, kepantasan turun ke musolla selepas mendengar azan, kepantasan turun perhimpunan pagi, dan kepantasan turun training bola dan ragbi x dapat lah pulak gua pastikan macam mana. Harap-harap sama pantas laa dengan 100m tadi. Niat sebenar gua, gua xnak cerita pun pasal kehebatan beliau berlari, tapi disebabkan nih biography Syazwi Aiman, maka kena la story sikit2.

Sebelum Hari Sukan 2009, iaitu time form 5, Syazwi Aiman disahkan tidak dapat berlari dengan tenang untuk Hari Sukan nanti disebabkan keadaan kaki beliau yang tercedera dan masih belum berpijak di bumi nyata. Namun, hero pada masa itu, Ahmad Syafiq merangkap Ketua Rumah Ali berkeras menyuruh beliau berlari disebabkan beliau adalah harapan pingat emas. Lagipun, Ahmad Syafiq time tu baru dilantik jadi ketua rumah, jadi xnak la nak start kepimpinan beliau dengan kekalahan teruk Rumah Ali. Kalau Syazwi Aiman lari, confirm2 la ada pingat emas, jadi kepimpinan beliau x dilihat begitu teruk sangat lah. Kalau orang tanye kenapa Rumah Ali x menang Hari Sukan pulak, beliau boleh jawab beliau ialah key factor kejayaan Syazwi Aiman, tambah2 lagi beliau nak kene uruskan hal-hal dobi sekolah, mana ada masa untuk rumah sukan.

(Exco Dobi merupakan pengawas paling digeruni di sekolah, budak x berani lawan, dan boleh basuh baju bila-bila guna washing machine tanpa perlu beratur)

Nak dijadikan cerita pulak, Syazwi Aiman jadik ketua platun untuk perbarisan Rumah Ali. Dengan kaki terhincut, sesuaii sangat lah tu. Lagipun jarang dapat tengok team perbarisan yang platun berjalan dengan seragam dan padu, tapi ketua platun terhincut memberi command. Memang rare kate orang putih. Gua pun x tahu kenapa Rumah Ali pilih beliau. Mati2 gua ingat itu adalah prank semata-mata.

A day before Hari Sukan, Syazwi Aiman dah bagitahu awal2 kat ketuanya yang beliau memang x boleh berlari, jadi kene siapkan replacement secepat mungkin. Replacement mestilah seorang yang berkemampuan memberi emas jugak. Beliau xleh berlari je, ketua platun boleh. Jadi time Hari Sukan, dengan mindset hanya sebagai ketua platun, beliau turun ke padang dan menjalankan tugasnya..

Time2 tengah baik punye berkawad dengan hincut2, menjerit bagi command, tabik ke kanan kearah audiens, tup tap Syazwi Aiman ternampak mama die kat area2 tetamu. Gua maksudkan di sini mama beliau yang sebenar, bukan mama yang baru masuk TV untuk penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi tuh. Air mata beliau hampir menitik ketika memberi command. Mama beliau kata x jadi datang, macam mane boleh ada pulak nihh. Terharu sebentar. Secara tiba-tiba semangat beliau datang..

Kaki yang terhincut digagahkan juga. Dan macam lu orang boleh jangka, hincut x hincut, emas jugak 200m. 100m gua x pasti beliau emas ke x, maksud gua gua x pasti beliau masuk ke x sebab beliau x ceritakan. Beliau cerita 200m je sebab beliau nak story pasal runner-up untuk 200m tuh iaitu Ahmad Syafiq sendiri, Ketua Rumah Ali merangkap exco Dobi. Terdapat dua pengajaran daripada cerita ini, Syazwi Aiman is a family-oriented man. Demi keluarga, beliau gagahkan juga. Sifat dan pengorbanan yang mulia seperti Syazwi Aiman inilah yang sudah terhakis dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Kedua, sifat gigih yang ditonjolkan oleh Ahmad Syafiq. Setelah beliau diberi warning oleh Syazwi Aiman untuk mencari replacement yang setaraf, beliau x dapat mencari orang lain yang layak melainkan diri beliau sendiri. Jadi, beliau gigih berusaha bersendirian, antaranya melarikan diri daripada ambush warden secara tiba-tiba time prep atau perhimpunan pagi sebagai sebagai satu metodologi untuk berjaya dalam pecut 200m. Akhirnya, usaha beliau membuahkan hasil.

Satu perkara yang Syazwi Aiman a.k.a Awi sendiri masih tergelak sampai sekarang bila teringat ialah join tournament debate sekolah. Time gua bukak story ni, gua kene tunggu beliau take time untuk gelak dulu baru beliau boleh start story. Gua, beliau dan Azri Syafiq yang kebetulan lalu di situ makin bertambah gelak bila dengar nama Danial Qawiem disebut sebagai salah seorang dalam pasukan emas debate Syazwi Aiman. Gelak makin kuat bila dengar yang Syazwi Aiman pernah sekali dapat BEST SPEAKER dalam tournament, dan dapat time Azri Syafiq pulak jadi hakim. Memang dirancang betol. Gelak makin lama makin nyaring bila dengar Syazwi Aiman tersipu-sipu malu masa first time die debate sebab Fatin Humaira a.k.a Odeng selaku hakim x habis jeling2 beliau. Kahkahkah. Family-oriented man betol.

Hebat x hebat nye trio emas Syazwi Aiman, Danial Qawiem dan Fazreen Izuan nih, diorang dapat masuk final. Gua bukan nak kate diorang dapat laluan mudah ke xde fight ke standard tournament rendah ke sebagai alasan sebab yang masuk tournament nih semua power2 beb. Lu orang bayangkanlah salah satu team semi-finalist yang masuk. Khairul Nidzam sang semot, Faeez Halim pengerusi Koop dengan Amir Amali yang petah bercakap. Speechless gua bila gua tahu team legend ni masuk. Hebat gile!! Lagi2 Amir Amali tuh. Ada jugak team Nizamuddin, Khairulnaim ngan Ahmad Syafiq. Khairulnaim beb!! Petah gila tuhhh!!! Cuma orang mungkin kata standard tournament ni rendah sikit daripada tournament debate English sebab Syed Afiful a.k.a Poi memilih untuk join tournament English rather than BM. Gua x pasti la tuh.

Hebat x hebat nye lagi diorang, final dilangsungkan di Dewan Seri Bestari. Satu sekolah datang beb nak tengok. Tu yang jadi isu time Syazwi Aiman berbahas, pasukan P.A dewan dimarah kerana menyediakan mic yang menggigil. Gua musykil macam mane mic yang menggigil. Lawan pasukan emas pada final ini ialah adik2 tingkatan satu iaitu Amirul As-Shadeq, Danial Azmi dan sorang lagi iaitu adik kepada Dodol Utopia gua rase. Team ni lah yang mengalahkan team Amir Amali time semi-final. Gua dengar cerita, kemenangan tu dirancang bagi membolehkan bukan satu batch yang sama lawan time final. Gua pun x pasti lah. Yelahhh kalau ikutkan, sape boleh lawan hujah2 Khairul Nidzam dan bidasan mantap Faeez Halim. Satu benda yang lu orang x tahu, Fazreen Izuan ada mengucapkan kata-kata seperti ini sebelum pertandingan :

“kalau korang x bagi kitorang menang, malam ni jumpa kat bilik”.

Kahkahkah. Gua xtau la sama ada itu factor kejayaan mereka atau persembahan mantap mereka, gua x pasti. Seperkara lagi yang Syazwi Aiman x puas hati, MC pada malam itu mengumumkan bahawa kemenangan pasukan beliau ialah 3-2, iaitu 3 hakim menyokong dan 2 membantah. Syazwi Aiman smells something fishy sebab beliau rasa dengan kepetahan beliau bercakap pada malam tu, x mungkin lah menang tipis je. Setelah beliau selidik2, beliau mendapati bahawa pasukannya menang 5-0, satu kemenangan yang beliau rasakan memang patut, tambah2 lagi hakim malam tu salah seorangnya Azri Syafiq. Kahkahkah. Muncul lagi nama mamat nihhh.

Lepas saja kemenangan versatile beliau dalam debate, macam2 job yang x berkaitan dengan sukan dan kepantasan muncul. Antaranya, MC pertandingan nasheed yang mana Persembahan Terbaik untuk pertandingan itu ialah kumpulan 5 anak muda yang menyanyikan lagu ‘Sebuah Pertemuan’, yang mana salah seorang anak muda itu ialah orang yang sama yang kalah kepada team form 1 time semi final debate tuh, MC program untuk Hari Guru serta merakam video clip untuk lagu “lilin seorang guru”.

Gua rasa setakat ni je. Gua harap Syazwi Aiman berpuas hati dengan penulisan gua. Gua harap info2 yang beliau bagi semua dah ditulis. Kepada yang x larat nak baca sampai habis, rugi. Sebab biography seperti ini jarang2 dibuat. Kiranya Syazwi Aiman dah ada taraf2 Tun Dr. Mahathir dah. Salam. 

3 comments:

bukan adib said...

bliau jge jd MC utk game pd jamuan last extrovert..klau x silap.. dgn ak. eh silap.dgn adib rhaais

Muhammad Najmuddin B. Moskori said...

kah3....panjang betul sejarah zaman sekolah ni..

Anonymous said...

menarik blog ni. teruskan usaha. :)