Tuesday, May 24, 2011

hazama menang AF?

ASSALAMUALAIKUM

zazmi msg gua ringkas, "jom lepak town"...memandangkan gua sendiri tiada agenda mustahak hari ni, gua bersetuju...dengar kata bile lepak kat town boleh dapat awet muda....atau awek mude, gua tak pasti...lagipon fikiran gua ade banyak lagi agenda berat ntok gua mainkan memandangkan kerajaan makin berperangai cilake manakala pembangkang pula semakin gampang...takde mase gua nak hirau makan minom topap msg tgh malam kalau dah berawek...

kembli kepada kisah lepak town tadi,dengar org ajak teros gua tak bagi peluang....gua tahan burung garuda yang tengah terbang ke sana ke mari dari tadi...lepas disuakan 3-4 ekor cacing tanah fresh baru keluar tanah tanam ubi kayu, terus ber-cip2 burung garuda itu kegembiraan...lantas gua menunggang belakang burung itu dan memandu arah ke midvalley megamall...sangat laju garuda ini meluncur membelah angin...mungkin kerana penangan cacing tadi...selalunya bila gua hulurkan dedak jagung, tak berapa laju dia pergi...

gua arahkan garuda landing kat rooftop...mase tu ade due tiga biji kereta yang masih berserabut mencari parking....kadang2 ade pemandu menjengah leher keluar dari tingkap kereta...kalau yg buat perangai camni memang bukan org kl...orang2 area sini dah lali tengok gua dengan garuda....gua turun sambil "bye-bye" kepada keanu reeves...oh, keanu reeves adalah nama garuda tadi..gua baru bagi

dipendekkan cerita, gua jumpa zazmi kat depan locker beg pekerja mcd...beliau mase tu tengah cuba tackle due tige awek kenny rogers yg lalu sebelah baru habes makan kat kfc...ahhh, gua memang tak paham rotation hidop pekerje2 fast food ni...gua hoi dari jauh sahaja....lepas dua tiga kali, baru kutu sekor ni perasan yg gua dah wujud...tergetik2 beliau membutangkan kembali butang baju kemejanya penuh sambil berjalan ke arah gua....kami berpelokkan style brader2 dan mula berjalan sambil borak2 kosong...

kami harini sebenarnye tiada hala tuju..lebih kepada untuk sekadar berjalan2 melampiaskan rasa rindu sambil window shopping...perghh, gua jarang gune istilah window shopping...macamni rupenye rasa dia...mula2 masok butik adidas...lepas cube dua tiga kasot trek, gua pindah pulak ke butik nike...lepas cube 3-4 kasot trek sambil mengutok betapa tak sedapnya kasot adidas, gua keluar dan berpindah pula ke butik al-ikhsan...di sini gua test2 kasot sahaja...tak berani nak kutok mane2 brand...

lepas penat cube segala jenis kasot , gua ajak zazmi jalan satu round keliling mid sebelom bergerak pulang....zazmi pulak bukak cerita zaman2 dahulu masa rekrut askar wataniah sekali dekat port dickson 2tahun dulu, memang gua gelak berdekah tak igt dunia...tengah gua berdekah, tiba2 zazmi tutop hidong gua gune tangan besar dia..."tahan napas!!tahan napas!!!"....ahh..ape perangai suroh gua tahan napas pulak ni??

******

sambil menunggang keanu reeves pulang ke rumah, gua masih berpikir panjang....kene ke sertu hidung kalau terhidu asap org masak daging babi bakar?...hal2 najis mughallazah macamni memang konflik berat


p/s: gua harap2 takyah kene sertu...kan?

2 comments:

haniffnamadiberi said...

cilakak! ape kne mgene ngan hazama?

rascalkid said...

tajuk entry ni.. =.='.. nampak bebenor nipunyer..