Saturday, April 2, 2011

USA : Penulis, Inch, dan Meter

Assalamulaikum

Perkara pertama paling susah nak kasi ejas bila sampai ke US adalah measurement system. Bila lalu highway, tengok destinasi lagi 40 miles, you have no idea how far is that. Bila nak pilih cup 12 oz, serious blank mana satu saiz yang betul. Mungkin susah mula-mula, tapi bila dah lama-lama....err susah jugak.LOL
Hah, jauh mana tu ¼ mile ? bagitau2!
Dulu, professor penulis pernah cakap dalam kelas Intro to Engineering, SI unit (Système international d'unités) diguna pakai di seluruh dunia. Ulang suara, SELURUH dunia. Contohnya macam cm, m, Celcius etc.
Kecuali tiga negara. USA, Liberia, dan Myanmar.
Masa dengar fakta tu, penulis dah kerut-kerut dahi. Apa masalah USA nak letakkan negara mereka yang “gagah” tu sebaris dengan Myanmar dalam measurement system ?!
Dah difikir-fikir, penulis rasanya dapat cari alasan tersebut. Because they wanna be different! Semua benda nak lain. Zombie betol.
So, hari ni penulis akan bercerita mengenai measurement system di USA. Being honestly, penulis pun tak pandai nak mengagak-agak ukuran ni. For instance, kalau dulu kat Malaysia, bila orang cakap lagi 3 km nak sampai, i`ll imagine three 100 meter tracks yang Syazwi Aiman lari, being connected, so that will be the distance of 3 km. LOL

100 m track. ( SMAP punya x cukup 100 m.haha)

Tapi sekarang, bila orang cakap lagi 3.5 mile nak sampai, penulis dah tak boleh bayang sejauh mana distance tu. Tu baru pasal mile. Mile pada hemat penulis tak berapa nak timbulkan masalah dalam kehidupan seharian. Jarang betul guna mile kalau dah hari-hari jalan ke kelas. The biggest problem will be centimeter and inch, meter and foot.
Dulu masa buat kerja kayu kat bengkel Cikgu Razak, kan ada pembaris besi yang tajam kat bucu-bucu dia ? ingat ? Kan ada dua bacaan, satu side dalam cm, dan satu side lagi dalam inch. Dulu, tak pernah terfikir pun nak tengok belah inch tu, sebab rasa sangat leceh, dan annoying untuk buat kerja dalam inch.
Masalahnya, sangat susah untuk bayangkan 7 inch compared to 7 cm, well at least bagi penulis. Kalau bab-bab cm ni, penulis selalu bayang pembaris plastic elastic 15 cm yang kaler biru separuh, transparent separuh.
Pembaris paling femes di dunia ni.
Ingat ?? !! ha…so, kalau nak 7 cm, bayangkanlah pembaris tu dibahagi dua, pastu bajet-bajet guna tangan. Kalau nak 3 cm, err..tak payah pakai pembaris pun, agak-agak dalam otak pun boleh. Iyelah, kalau dah hari-hari tengok pembaris centimeter. Senang sangat!
But when it comes to inch, I`ll be very blank. Seriously. Luckily ada special thing yang membantu penulis dalam mengagak-agak inch dan foot.
Subway !!!
Pelik? Haha.. so how is that supposed to work ? Subway ni sama saja macam dekat Malaysia. Hari tu Naim Orang Kaya ada stori, dia nak kerja kat Subway. Tak letih katanya, tak banyak kerja, orang tak ramai…
Err..back to story, Subway ni jual sandwich dalam dua saiz roti. One foot long or 6 inch. Selalunya penulis akan beli foot long kalau lapar tahap kebulur dan habiskan sorang-sorang, 6 inch kalau sekadar nak buat taik gigi.
1 foot long subway ( Tuna )
Bila dah lama-lama makan Subway, penulis dah boleh bayang how long is 6 inch, and how long is 1 foot.So, bila nampak sign ada inch ngan foot, penulis akan straight imagine Subway. Kalau ukuran tu 2 feet, maknanya panjang sama dengan 2 Subway. Kalau 3.5 feet, means 3 subway pastu tambah satu lagi Subway yang dipotong separuh. Err, walaupun sounds ngarut, but it helps, so who cares ? Haha.
Pasal inch-foot ni, penulis pernah sekali terjebak dalam kisah lawak tentang inch-foot ni.
It happened in some sort of government office. Tempat nak buat lesen kereta, lori dsb.
Lebih kurang macam ni ha tempat tu.
Mula-mula sampai ambik nombor giliran, tunggu dah kemudian jawab test online guna computer. Bila dah lulus, kena jumpa balik officer tu, untuk proses seterusnya. Penulis pun dengan kompiden pergi ke kaunter. Dia start tanya-tanya.
Officer : Your name please.
Penulis : ***** ( bab nama ni, penulis mesti paling kurang ulang dua kali.Kadang-kadang jugak kena eja.Huh!
Officer : Address?
Penulis : 2401, West End Avenue..bla3..
Officer : Height ?
Dia tanya nama, umur, alamat, etc…..dan KETINGGIAN ! Penulis dah kelabut. Penulis tau yang tinggi penulis 172 cm, sebab buat medical check sebelum fly hari tu. Tapi , tak kan lah nak cakap 172 cm, officer yang duduk US semenjak lahir ni mesti tak tau convert. Penulis kaget. Officer tu ulang soalan sama.
Officer : Height?
Penulis : Errr..5 feet, 12 inch.
Nada kompiden habis. Penulis perasan yang officer tu buat muka kerut, sambil sengi-sengih sikit, cover kot. Penulis dah mula berprasangka. Ada something wrong kot. Suasana sunyi sepi, officer senyap dan penulis pun senyap. Tiba-iba dia cakap
“ So, you mean, 6 feet ? “
Penulis ejas otak kasi convert 6 feet ke meter dan cm. Habis semua jenis roti subway keluar. Fikir punya fikir, baru penulis perasan.
1 FOOT = 12 INCHES

ingat ni !!!
Penulis rasa nak tergelak tapi sempat control, jatuh maruah beb!
Situasi tu lebih kurang macam korang cakap,
‘ Tinggi saya 1 meter, 100 cm ‘. + dengan nada kompiden gilak.
Zombie betol. Penulis terus angguk perlahan tanda setuju tanpa pandang mata officer.
1 feet = 12 inches...1 feet= 12 inches..1 feet = 12 inches..

p/s : here they spell it meter, not metre. Masalah2.

That`s it. See y`all.

1 comment:

Ariff Ashman said...

kah3333. klau aku mau balik umah dulu. kire2 bagi konfiden. dtg balik bgtau bape tinggi.. malu2. ahahaha