Sunday, April 24, 2011

Membantu Menolong Memudahkan Cara

 ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera kamu semua..: )
Apa khabar pelajar lepasan SPM tahun ini ? bagaimana soalan periksa? Bagaimana pula anda menjawabnya? Bagaimana dengan markahnya pula? Keputusannya pula dapat berapa? Harapnya baik belaka insyallah.. Tiada apa ingin saya kongsikan disini selain secubit madah yg masih lagi belum secukup rasa..Sekadar apa yang ada ada saja..
Ramai sungguh yang selalu bertanya pada diri, dari Malaysia sehingga ke Jordan dan pertanyaan itu masih lagi bertali arus sehingga saya mati belum tentu berhenti lagi gamaknya. Walau apapun pertanyaan itu dijawab dengan senyuman manis lagi lebar walaupun untuk kali yang seratus ditanya perkara yang serupa. Memang sudah tiada syak darah pendidik sedikit sebanyak banyak mengalir dalam tubuh ini. Dan ini adalah ulangan untuk kali yang keseratus satu buat saudara sedari yang tercinta. Tidak mengapa, saya suka, Tanya lah lagi, tidak apa.
Dan sekarang pelajar pelajar lepasan SPM pula mula bertanya.. tidak apa, saya akan jawab tanpa rungut rungut sebab saya suka..
Begini.
Tahun 2010 ialah tahun yang dimana Bank Negara Malaysia telah julung julung kalinya menghantar pelajar tajaannya ke Timur Tengah dalam bidang Feqh Usul dan bidang Ekonomi dan Perbankan Islam atau lebih dikenali lagi sebagai Syariah Law di kampung kampung dan desa desa dan orang kebanyakkan. Tambahan pula Dato Mohd Razif Abdul Kadir telah mengeluarkan kenyataan didalam ucap tamanya di Forum Perancangan Kewangan Syariah anjuran MPFC baru baru ini tentang kekurangan Negara dalam sector yang mencabar ini. Tidak kenal siapa dia datok Razif itu? Sila pergi terjun bangunan. Sekarang.
Mengenai pengajian di Jordan. Sila buka http://www.roadtojordan.co.cc/,atauhttp://www.permaijordan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=158:melanjutkan-pelajaran-di-jordan&catid=66:study-in-jordan&Itemid=92 atau kedua duanya sekali. Segalanya ada disitu, tentang yuran, apa yang di belajar, bajet untuk hidup,makan minum apa semua diterangkan. Gambar pun ada ,Siap disediakan ruang untuk Tanya Tanya lagi, tak tahu Tanya, nanti mereka pandai la menjawabnya. Sebelum itu persediaan di INTEC lebih kurang 3 purnama bagi pelajar tajaan JPA, MARA dan Bank Negara. Cut off point tetap ada seperti biasa, macam pelajar perubatan.
Ada yang bertanya bagaimana untuk memohon. Senang sahaja caranya.. lepas dapat keputusan, jangan sebak sebak , balik rumah, bukak lappy, online, buka laman web BNM, dan selebihnya biarkanlah mata anda mencari ruangan yang patut diklik, keluar borang, isi. Jangan kasi salah, jangan kasi tipu, jangan tinggal kosong pada ruang yang sepatutnya di isikan, SEMAK semula barang dua tiga kali, dan SEMAK semula barang dua tiga kali, dan SEMAK semula barang dua tiga kali sekali lagi, sudah perfect, klik untuk hantar. Duduk dengan tenang dalam beberapa minggu tunggu jawapan dari bank. Senang bukan? Kalau tersilap hantar, ada yang tak sempurna, entah apa apa isinya, sila jangan mengada ngada samarinda kejadah apa kamu semua pergi telepon Bank mintak betulkan? Siapa suruh tak semak awal awal ?
Sudah dapat response suruh datang interview, pergi jumpa Cik Tom Abang Saufi . Kalau dia tidak ada dirumah, suruh la siapa siapa minta buatkan tuksedo. Jangan lupa pergi jumpa Jimmy Choo mintak buatkan kasut mana patut. Kasut mesti fit to size, kemeja mesti gosok licin licin, seluar mesti sepadan dengan kemeja dan boleh masuk dengan kaler kasut. Personaliti pergi interview misti kena jaga. Bukan setakat turun perhimpunan pagi sahaja baru nak semat . Jangan pergi interview macam nak pergi jom heboh, atau nak pergi reunion batch, jauh sekali karnival MAHA. Jangan di buat main hal hal macam ni. Time orang sedang sedap interview anda terkocoh kocoh cari kemeja di Sogo. Ah,kacau dibuatnya. Oh satu lagi. Kalau pakai selipar memang tak boleh masuk HQ, polis tahan , “kena pakai kasut nak masuk dalam ni cik” tegur polis serius dahi kerut kerut.
jangan mengada ngada nak pergi bukak pintu pagar depan.


CERITA TENTANG TEMUDUGA.
Pertamanya mari cerita tentang staff Bank. Mereka semua baik baik! Peramah, ringan mulut dan banyak membantu. Encik Suapi yang elegan, Cik Rafidah(kak Agah) yang berdedikasi. Puan Rafidah yang penyayang dan bertolak ansur. Sampai sekarang masih lagi berhubung. Setiap kali datang bank mesti nak jumpa mereka. Nampak penat petang petang tu tapi bertenaga lagi nak layan scholar yang datang. Kalau sampai bank terus tanya nama staff yang tertera diatas dengan bersungguh sungguh, markah bonus.
Temuduga atau Interview ini pula disajikan dengan 4 jenis selera ujian tahap dewa. Setiap peringkat ada dewa. Dewa peringkat tidak sama antara satu sama yang lain. Lain peringkat, lain dewanya, lain seleranya, ada yang kumis nipis mata redup.. ada yang kumis tebal mata tak ada,dan ada juga yang jenis main main dengan emosi dan psikologi tiba tiba, yang ini paling tak gemor, tapi dewa ini kalau jumpa jangan lari jangan paling muka. Senyum, bawak la bersembang seminit dua, tunjukkan skill komunikasi spontan anda sesoft yang mungkin.
Peringkat peringkat yang di sajikan :
_esei_
_pembentangan persendirian­_
_pembentangan berkumpulan_
_temuduga peribadi_
_ESEI_
Tulislah sebanyak mana mahu tulis dalam masa lebih kurang satu jam. Dua soalan diberi, curahkan segala idea dan pendapat yang bernas dan kreatif anda di atas kertas.
Nak tajuk?
: ……what is your opinion about the development of our countries?
: …..10 A’s is enough for ministry of education. What is the pros and the cons, and what about yours?
: …..what is the meaning of productive worker?
Soalan diatas adalah soalan soalan yang tidak pernah wujud pun diatas kertas soalan. Tapi begitulah gayanya. Lebih kurang. Kadang kadang ucapan yang diberikan pengetua sekolah banyak membantu. Tak dengar ucapan pengetua? Ucapan PK Hem pun boleh juga.
_PEMBENTANGAN PERSENDIRIAN_
Masa ini lutut punya mengeletar jangan cerita dia punya laju, Tanpa sebab. Sekalipun anda menang pidato piala raja raja.
Kertas mahjong dibentang seberapa banyak yang dimahukan, pen marker pilot warna warni disediakan. Satu bilik khas untuk kamu bentang sebaik mungkin . Dewa dewa menunggu dengan rileknya sambil makan karipap cicah Neslo panas..
Hah, apa lagi bentanglah dihadapan mereka! Sambil anda membentang, sambil itu lap peluh tu sikit, jangan kasi nampak berdebor sangat… tubuh badan jangan kaku dan keras sangat dan jangan pula lemah gemalai mak inang payung. Lagi lembik lagi bertalu talu mereka bertanya soalan soalan yang mampu mengganggu gugat tahap kesabaran dan kredibiliti anda sebagai pelajar tokoh tunas harapan di sekolah satu masa dahulu, mereka terus rilek dan membiarkan kita runsing dan gelabah tak habis habis di hadapan. Jangan biar itu berlaku. Kasi mereka gelabah pun orait juga.
Kalau rasa macam nak tumpor masa bentang , ingat pesan pengetua. Tak dengar jugak?. Pk Hem pun boleh juga.
_PEMBENTANGAN BERKUMPULAN_
Diberikan satu projek, diberi jawatan yg perlu dipilih sendiri sesama ahli, diberi masalah, dilihat kerjasama antara ahli, dilihat juga sifat kebersamaan itu, dilihat juga suasana toleransi pendapat antara satu sama lain pada sesi pembentangan hasil projek…
Jangan gaduh gaduh masa nak pilih siapa patut jadi manager ke, siapa yang patut jadi treasurer ke, siapa patut jadi bahagian sekuriti ke. Jangan, jangan, jangan. Jalankan tanggungjawab sebagai apa pun yang akan anda jadi semantop mungkin. Yang penting jangan berbalah. Jadi supplier cenderahati pun boleh.
Bukan semua yang jadi manager itu semasa usaha dan pembentangan projek ada pawer dan autoriti luar biasa macam badang , kalau agak agak tidak berkemampuan nak tanggung tugas atau tak dapat tu jangan nak bising bising kepoh kepoh. Kerja bersama sama, pastikan penyertaan kita dalam perbincangan dan pembentangan itu seadanya. Jangan nak lebih lebih, jangan pulak diam tak buka mulut. Ahli kumpulan campur, semua bangsa ada, semua jantina ada. jadi jaga diri dan apa patut. Jangan ‘excited’ bebeno sampai terlupa yang awak tu ada agama yang suci dan sempurna. Kalau nampak benda tu ada benefits tapi melanggar syarak ATAU kearah itu, usoh le kamu buat.
Sebagai mana yang nabi pesan sebelum kita lahir lagi ha :
“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).
1 Malaysia jangan lupa semat dalam hati. Malaysia boleh punya punnn..
Cth: Anda diminta mengendalikan satu program larian amal. So, pandai pandailah menguruskannya. Jangan jadi caca marba dan tidak tentu hala. Nanti hasilnya entah apa apa. Kalau dapat jadi manager, mestilah ambil tahu semua hal ehwal perdana perjalanan dan keberlangsungan program dari mula sampai habis, sentiasa mengetahui perkembangan dan memastikan semuanya berjalan lancar, terima pendapat ahli projek yang lain, lakukan timbal balik untuk keadilan sejagat, yakin boleh. Kalau tak yakin, hembus mana patut. Selalunya time bincang ok lagi. Tapi bila bentang dan kena tanya macam macam, tu memang kena ligat sikit cari alasan yang bernas. Cth : kenapa sarapan pagi peserta makan bihun goring sejuk dengan karipap panas?. Padahal mcDonald dan Milo adalah sponsor utama(gold Sponsor)? Jawab jangan tak jawab. Time nilah orang kata nak tahu ada ke tak chemistry tu dengan ahli yg lain. Kalau masing masing nak beza jawapan memang payah. Sabo je laa..

Encik Suapi yang dekat tengah tu ha.

Tips- jangan jatuhkan maruah orang dan diri sendiri, jangan pijak mana mana kepala ahli kumpulan masa bentang, tak baik.. berdosa walaupun berlainan bangsa dan agama. Jangan salahkan orang..hodoh punya perangai namanya itu. Naik biar bersama sama, kalau jatuh biar sama sama tanggung. Orang yang jenis suka lepas lepas tanggungjawab , lepaskan diri dan biar orang lain tersepit memang patut ikat ketat ketat dekat batang pokok rambutan yang banyak kerengga. Biar dia pulak rasa kena sepit macam mana. Serius punya hal ni, jangan sekali kali pentingkan diri. Bukan waktu ini sahaja, sampai bila bila. Sampai mati.
Notakaki -* Bentang jangan guna bahasa Kadazan, guna bahasa orang putih.
_TEMUDUGA PERIBADI_
Soalan berkisar tentang c.v. dan kualiti hidup anda selama ini. Jawab dengan jujur dan telus bukan sebab alat pengesan cakap bohong yang berkesan dan sensitif ada bawah kerusi tapi sebab Allah ada dimana mana, lu tipu lu dosa.
Temuduga ini dijalankan bersama maha dewa , jadi banyak rahsia diantara saya dan mereka. Kehkehkeh.
Klu- Jangan beri dalih, berilah kata boleh walaupun tidak tahu boleh ke tidak.
Nak tahu lebih lebih kita boleh bawak sembang di NZ curry house ,atau Tony Romas. Kopitiam Ole Ole seksyen 17 pun boleh tahan.Tarak hal. Tapi kalau sekadar chat dipinggiran ym dan fesbuk atau video call guna oovoo fikir banyak kali juga.
*But remember, the most important point is…
As a Muslim we need no mediator or conduit to rely upon. We can have a direct line with God anytime we want… J
Jadi tidak perlu untuk kita risau lebih lebih lah ya. Kita ada Dia. Penolong paling hebat dan tak pernah mengecewakan kita.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemaslahatan hamba-Nya dari sesiapa pun dan Allah lebih sayang kepada kita lebih dari sesiapa pun, jika ada di dalam kehidupan ini yang lebih banyak manfaat dan kebaikannya dan menyelamatkan selain daripada taqwa, nescaya Allah akan memerintahkan kepada manusia untuk menngambil berat tentang perkara itu. Namun kerana peringatan Allah hanya difokuskan kepada taqwa, maka tentu sahaja itulah perkara yang pertama dan utama mengatasi segala-galanya. Pahrul Juoi cakap.
So bittaufik lah buat antum semuanya…
wassalam..
p/s : -Nak tahu pengalaman interview yang meletop letop tanyalah yang lain. Suruh la mereka tulis pengalaman mereka pulak. Kalau yang bank ni yang aku tahu naufal, KN.. cube tanye Haido macam mana dia dapat MARA, TNB. Bapak a’hh, mesti power.
-Mana mana batch yang dah tau link post ni dekat mana blog dia, tapi tak reti reti nak follow, tak guna jugak tu. Tak kisah la Zealous ke, Zenith ke, Genetik Terhebat ke Bersenam Amalan Mulia ke waima Extrovert ke sekalipun terutamanyake, memang aku kitai habis kalau tak followke. Jenis tak menghargai namanya tuke. Btw. Terima kasih kepada admin kerana memberikan saya ruang untuk menjadi penulis tamu yang tidak seberapa ini. Terima kasih. Ke.