Friday, April 15, 2011

Tiroi

 ASSALAMUALAIKUM

Gua melangkah menuju masuk ke dalam gerabak KTM. Hajatnya cuma satu, destinasi yang dituju itu. Oh, lame bebenor rasenye dok ke sane.
Gua memulakan perjalanan dari stesen Midvalley, sebuah stesen yang merupakan antara paling legend dalam sejarah penubuhan KTM. Mengikut carta, stesen KTM Midvalley menduduki tempat ke-empat dalam senarai stesen legend KTM, dengan tempat ketiga ialah stesen KL Sentral, diikuti dengan stesen Seremban di tempat kedua dan stesen paling legend……
Tentu sekali…
TIROI.
Lame bebenor rasenye hati ini tidak terpikat dengan kecantikan dan keindahan stesen paling legend tu. Jadi, gua mengambil keputusan untuk follow member sekampus gua, @amonmeon untuk ke SMAP LABU, dengan hajat untuk mengambil sijil SPM pada suatu petang khamis, lepas gua habis kelas arab.
Bagi sape2 yang dahulukalanya menjadikan pengangkutan KTM sebagai jalan utama tiap2 kali SMAP announce hujung minggu tu boleh balik umah yeay yeay, lu orang pasti terasa sayu bila tiba2 lu orang naik balik KTM, setelah lame lu orang tinggalkan lepas keluar SMAP. Yelah, selama ni dah jadi orang KL, ape kelas nak naik KTM menuju ke Tiroi lagi ye dok. Bukan takat Tiroi, nak lalu stesen Batang Benar saja2 pun boleh buat orang lain piker lu wat keje gila. Inikan pulak stesen Labu, port budak laki mahupun perempuan tukar baju sebelum sampai stesen Midvalley dan stesen lain2 yang legend.
Jadi sepanjang perjalanan gua ke stesen Tiroi, banyak mende gua dapat ingat balik baq hang. Sebelum sampai Tiroi, ade pencawang elektrik yang besar. Ape signifikannya pencawang elektrik ini dan contributionnya dalam menjadikan Tiroi sebagai stesen paling legend? Yess, tanpa pencawang elektrik ini, pelajar2 mungkin tersesat untuk mengenal pasti di manakah tempat yang sesuai untuk bermula berjalan di atas rel keretapi pada waktu malam hari sewaktu aktiviti ke Seremban bermula. Kirenye, pencawang elektrik ini sebagai sebuah mercu tanda berskala mega dalam memberi panduan tunjuk arah pada waktu malam.
Sepanjang perjalanan gua lagi, gua nampak rumah2 kampung sederet tepi landasan keretapi, bersebelahan sebatang jalan yang agak lurus. Apa contribution jalan itu pula? Jalan itu ialah jalan kampong, iaitu jalan yang digunakan oleh budak2 jika mereka merasakan mereka nak sedikit berteduh sepanjang perjalanan berjalan kaki untuk balik atau keluar dari SMAP. Sebab ape? Sebab jalan tu redup sebab pokok banyak tepi2, dengan deretan rumah2 kampung, ditambah lagi dengan ada jambatan mini dengan air sungai mengalir x berapa nak tenang, pastu kadang2 kalau nasib baik pokok rambutan berbuah lebat sepanjang jalan. Memang legend abes. Tapi paling legend, tengah2 jalan tahi burung turun dari langit dengan senang hati, kene pulak kat baju ensem2 nak gi outing. Memang harem. Tapi terima kasih la kat rumah2 tepi jalan tu, sume paip luar rumah. Senang keje pembersihan. Terima kasih.
Tu cerita pasal jalan kampong. Ni baru nak masuk pulak citer jalan utama ke SMAP. Kalau dari stesen legend Tiroi, jalan macam bese, nampak signboard tulis Tiroi, kemudian anda akan terberhenti di persimpangan antara dua jalan yang pancaroba. Jika jalan terus kedepan, akan stret ke jalan kampong. Namun, jika anda mengambil keputusan untuk membelok ke kiri, anda akan melalui jalan legend yang agak legend dan sinonim dengan Tiroi.
Bezanya jalan utama ni dengan jalan kampong memang jelas lah nampak. First sekali, jalan utama banyak pancaroba. Kalau salah jalan sket, mau mati kene langgar dengan kereta2 mewah yang lalu-lalang kat situ. Kereta semua laju baq hang, yelah kan, ape kelas kereta mewah tapi bawak laju x laju dengan motor cikgu razak je. Satu hal lagi, lalu jalan utama @ jalan besar ni boleh wat undercover x jadi. Elok2 dah lepas lari keluar dari SMAP dengan aman, tersempak lak kete2 warden kat tengah2 jalan. Kang tersenyum je kang masing2 xtau nak watpe. Lagi2 tersempak dengan pak guard yang tengah lepak minum2 kat Nia Tomyam tepi jalan tuh. Mau mati kite nanti. Tapi dalam banyak2 hal, function utama jalan utama bukanlah terletak pada kelebaran jalannya mahupun keselesaan jalan itu, tapi terletak pada sifat hemah budi pekerti pemandu yang melalui jalan itu. Selalunya, ape yang gua gua perasan, budak2 yang bjalan kaki ke Tiroi melalui jalan utama bukannye niat mereka nak berjalan kaki sangat pun. Jauhhhhhhhhh tuh. Sebenarnya masing2 nak uji sifat budi pekerti pemandu2 Malaysia je sebenarnye, di samping menguji isyarat tangan menyuruh kereta berhenti.
Masing2 nak merasa tumpang kereta gi Tiroi…
Tapi paling legend, jalan ramai2, kemudian divide kepada group2 kecil. Sape dapat kereta paling mewah menang…
Sape x dapat langsung, alamatnye masuk KTM dalam suasana kebasahan peluh..
Conclusion, TIROI memang legend. Batang Benar, Serdang, Kajang, UKM, Bangi, Nilai, Labu, Seremban, Seputeh, Bandar Tasik Selatan, Midvalley dan lain2 memang xleh lawan. Stesen lain ade ke anjing yang tolong jaga stesen diorang, berlegar-legar dengan slumber ya ya.
Stesen lain sume harapkan tukang jaga tiket yang tolong jaga stesen tuh, campur2 dengan pak guard sorang due. Tiroi? Bukan setakat tukang jaga tiket, mesin tiket pun hidup segan mati x mahu..
p/s : Salah seorang pak guard SMAP meninggal dunia pagi ini, 14 April. Nama sebenar beliau gua x tahu, tapi kite semua memanggilnye dengan nama “ayah pin”. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al–Fatihah.

4 comments:

Anonymous said...

terasa sedih pula kehilangan seorang legend.

Anonymous said...

ayh pin byk brjsa pd ku..

haniffnamadiberi said...

Al-Fatihah..

faizah azhari said...

oh pakcik tu.. ingat2.