Saturday, January 15, 2011

Diari Joni 1

  ASSALAMUALAIKUM

5.09 pm
Joni berjalan sambil dikuis-kuis kerikil di laluannya. Sejak dari tadi dia berjalan di hadapan Dewan Seri Bestari. Kawan-kawannya ajak main bola di padang hoki yang terletak di bawah cerun belakang asrama, tapi ditolaknya penuh hormat.
“ Jom bola. Game derby petang ni ! “ sergah Zack dari belakang.
"Hamstring aku tak elok lagi ni," balas Joni, bernada acuh tak acuh.
Zack memang hantu bola. Sejak dari form 1, tiap-tiap petang memang main bola. Kalau petangnya tak main bola, malam dah macam kena demam denggi. Joni terus menguis-nguis kerikil. Dilihatnya jauh di sudut padang, bebudak Form 1 tengah main guli.Teringat kenangan masa muda-muda agaknya. Joni dulu pemenang Pertandingan Tuju Guli peringkat sekolah. Dia wakil rumah Uthman bersama Baihaqi Anuar, tapi sayang Baihaqi Anuar kandas di suku akhir, Joni pula layak sampai final bertemu Joel, wakil rumah Umar. Tak sampai 14 minit, Joni merangkul piala kemenangan. Tiba-tiba, dia ketawa kecil.

5.18 pm
Joni masih di depan dewan. Bingung mencari aktiviti untuk dibuatnya di petang hari. Dari jauh dia lihat budak-budak puteri berjalan lenggang-lenggok ke kantin. Memang biasanya para pelajar ke kantin waktu sebegini untuk order nasi pattaya dengan nasi paprik sekali dengan air milo. Selalunya malam lepas maghrib baru siap.
“ Makan saja kerja, mana tak gemuk. Nanti bising-bising berat naikla, apa la..” ngomel Joni sambil muncung mulutnya.
Joni berjalan pantas ke Taman Geografi. Jam di menara ditenungnya, lagak seorang pendaki gunung. Joni mula mengatur langkah. Makin lama, makin pantas jalannya menuju ke taman itu. Taman Geografi memang dah lama ada, cuma jarang dilawat orang. Iyalah, bukannya ada apa kecuali buluh-buluh miang yang tak mati-mati. Joni tiba-tiba berlari pantas umpama angina Selat Melaka. Saat dia tiba di sebatang buluh elok terpacak, dia mendongak ke udara, dan dengan angkuh dia melompat ke udara.
Zaaaass!
Jatuh batang buluh menggamit ketenangan burung gagak yang sedang menjamah saki-baki makanan di belakang kantin. Dibelek-belek batang buluh yang tumbang.
“ Hurm, boleh ni. Boleh ni “ dengus Joni.
Bersambung….

No comments: