Monday, August 8, 2011

Diari Ramadhan Seoul : Orang korea pon puasa??


Assalamualaikum

Alhamdulillah da abes seminggu kita puasa. Saje nak share pengalaman puasa di korea. Ni 1st time kot tules. Xpernah pon terpikir nk tules mnde2 cmni, tapi disebabkan ade permintaan dari pihak tertentu aku luangkan masa aku sikit tules mnde2 ni. Pergh, cam skema ayat. Haha.

Waktu solat??

Kalau kat Korea ni, puasa lama la. Sama cam negara ada 4 musim laen, cam Amerika semua tu. Subuh kol 4 pagi dan maghrib kol 7.40 malam, sebab sekarang kan yorem (musim summer), so siang dia lama la sikit. Tapi ntah rase cam x de beza sgt pon, maybe aku dah iksuk (biasa) kot ngn nalsyi (cuaca) Korea ni. Haha. 

Zuhur pukul 12.30 dah masuk tapi aku kol 12.30 tu kelas xabes lagi. Kelas hangugo (bahasa korea) dari kol 9 pagi sampai kol 1, memang sakit gak la belaja hangugo ni..4jam sehari. So selalu nye kol 1 lbey sikit2 la solat zuhur tu. Kol 2 start sambung gonghak suwop (kelas engineering)..tapi belaja basic2 je, sebab aku bukan stat lagi pon kos engine ni, taon depan baru stat. Taon ni blaja bahasa n sikit blaja fizik math kima semua tu.

Kelas akan abes kol 5 petang. 3 jam kelas petang. And sampai umah dalam kol 6. Rumah aku ngan SNU (Seoul National University) jauh kot. Naek bas sejam. Kalau naek jihachol (subway) dalam setengah jam, so balik rumah baru la nak solat asar.

Berbuka??

Sampai rumah tu sempat la online facebook jap n wat sukje (keje skolah) yang mane sempat wat. Memang tiap2 hari la aku ada sukje. Tiap2 hari kene tules ayat wat karangan korea ni. Memang sakit. Cian aku, sape suroh nak amek korea dulu. Haha.

Dalam kol 7 tu da ready nak masak da. Masak ngan kawan2 aku la. Kitorang ni bukan pandai masak sangat pon, tibai je ape patut. Satu rumah ade 4 org, sorang non-muslim, tapi die join kitorang gak puasa. Bagos dia. Haha. Bile da penat masak tu tunggu la masuk maghrib dalam kol 7.40. Xde nye nak tunggu msjid azan, memang xkan dengar pon, jaoh kot. Sejam dari umah aku nk gi msjid Iatewon tu. Maka gune application kat laptop je. Download azan pro. Bile da berkumandang azan di laptop maka berbuka la kami semua. Lepas tu solat maghrib, bace quran, sambung wat sukje lagi.. n bla bla bla..

*Korg da penat bace ke???

Kol 9  aku siap2 nak gi terawih kt surau dongyang. Dongyang adalah sebuah universiti yang menempatkan ramai pelajar Malaysia. Universiti laen pon ade, tapi sini rmai la. Dekat je ngan umah aku. Tiap malam naek basikal je gi terawih. Ahaha, macam budak2 kampung naek basikal ngan kawan2 gi masjid. Haha. Sambil pakai kain pelikat naek basikal. Orang korea tengok aku cm bodo je. Lantak la. Orang korea memang akan plek bila tgk orang pakai kain pelikat ni. Diorang mesti akan tanya nape laki pakai chima (skirt) ? Korang jawab la apa2 ptut kan kalo kene tanya. Haha.

Masuk isyak kol 9 suku. Tapi pelajar malaysia yang datang cuma kurang 20 org. Tadi cakap kat Dongyang ni paling ramai student Malaysia? Disebabkan sekarang ni yorem (musim summer) maka rmai la student balik Malaysia. Nak raye Malaysia. So tinggal kurang 20 orang ni je. Habes terawih witir semua ade la makan2 moreh sikit. Senior masak ringan2 je. Abes~  Balik rumah sambung wat sukje, bace quran lagi sikit dan tidor. Haha.

Buka puasa ambassy??

Pihak kedutaan Malaysia kat Korea ni ada wat jamuan buka puasa n solat terawih tiap hari sabtu. Jadi hari sabtu gi la aku buka kat sne. 1st time kot gi ambassy. Haha. Ramai giler kot datang. Senior2 xpnah jumpe pon datang. Dalam 100 orang gak la datang. Ade gak orang Korea yang masuk islam datang. Senior aku saje ajak diorang. Mude je lagi budak korea tu. Umur 18. Parents die x masuk islam pon. Die je. Die masuk islam September taon lepas. Kirenye kali ni puasa pertama dalam idop die . Moga islam terus tersebar. InsyaAllah.

Die ni la aku maksudkan ngan tajuk atas tu.

Hmm, btw makan kat sini terbaek. Ade sotong udang daging ayam semua ada. Aku tibai rase semua. rugi kalo x rase semua. Nasi ciput je letak. Tu taktik xnak bagi pinggan nampak penoh. Hee. Hmm, tu je kot pengalaman seminggu puasa kat sini walaupun jalan cerita dia macam sehari je. Tu la berlaku tiap2 hari. Haha.

Hujung minggu je kot laen. Jumaat malam solat terawih kat masjid Iatewon, sabtu kat ambassy. Haha. Bla bla bla.. mintak maaf klo x bes. Haha. Tapi seminggu sebelum stat puasa ritu, banjir kot Seoul. Pengalaman banjir kt korea. Haha. Aku ingat dok korea ni xkan ade banjir la. Same je cam Malaysia. Haha. Selamat rumah aku apartment, xkene bnjir. Kawan aku ade yg kene. Sian. Haha.

p/s : aku saja letak tano (vocab) korea, sebab ni adalah antara tano2 yang sudah jadi kebiasaan student2 malaysia kat korea. Broken malay. Campur bahasa korea sikit2..

- pelajar Seoul National University dari Alor Star

Sunday, August 7, 2011

Diari ramadhan afiq : pakcik maxim


7 Ramadhan.

Harini sahur aku berjalan seperti biasa. Tiada apa yang istimewa untuk dikongsikan. Cuma setakat ni, aku baru berjaya sekali sahaja untuk tidak tidur lepas sahur…itupun pasal tv ada tayang cerita best masa tu…kungfu2 kalau tak silap…ahh, memang nostalgic layan cerita kungfu sementara tunggu subuh.

Harini bekas awek aku masa darjah 5, hani ajak pergi bazaar kat Bandar…katanya nak tukar angin asyik mengadap air soya kampung …aku bersetuju saja..lagipun aku nak boikot sikit kuih buah Melaka yang jiran aku jual kat sini…tepungnya tebal bukan kepalang, gulanya macam secubit saja yang ditarok…nanti aku igt nak beli buah Melaka banyak2 kat bandar dan hantar sedikit ke rumahnya sebelum berbuka…biar dia tau jangan bermain dengan api dalam hal2 buah Melaka ni…

Pukul 4.45 lepas solat asar, aku gerak ke rumah hani naik viva abang aku…abang aku dah siap2 order roti john black pepper bayar guna duit aku bila dengar aku nak pinjam kete….takdehal, jariah bulan puasa…pukul 5 tepat, baru aku ngan hani gerak ke bazaar kat Bandar…makan 15 minit jugak dia bersiap bagai…maklumlah, banyak shawl yang nak dililit….dulu aku igt lagi masa sekolah agama, dia pakai tudung labuh…rasanya masa tu nampak lagi manis…keh3…

Kereta aku pandu tak berapa laju…meter main cecah 60-70 kmh saja….paling2 pun aku lepaskan ke 80kmh time nak potong motor yang tak reti nak duduk tepi…sengaja aku bawak perlahan, boleh berborak panjang sket…maklomlah university kat Ukraine bukan selalu bagi aku cuti ntok jumpa kawan2 lama…ni nasib baiklah tiba2 kerajaan sana bagi cuti sebulan sempena musim buah-buahan…hani lebih banyak bertanya, aku banyak menjawab…maklumlah, dengan perempuan ni aku jadik pasif sedikit…pasif banyak sebenarnya…macamana aku boleh setuju nak pergi bazaar sekali dengan dia ni pun aku tak pasti…kerana dendam buah Melaka semalam agaknya….antara soalan yg ditanya adalah macamana belajar kat Ukraine…ahh, soalan ni tiap kali aku jumpe kawan2 kg, mesti ada…aku pon mula menjawab dgn jawapan yg selalu aku berikan…banyak lagi soalan2 yg hani tanya, tapi ada satu yang aku gagal menjawab dengan tenang….”kat sana dah ada gf?”…ahh, apa gila aku nak jawab ni? Aku takot kalau aku jawab dah ada, mungkin dia masih menaroh perasaan kat aku lantas kecewa…maklumlah, dulu aku jugak yg mintak putus pasal masa periksa pendidikan Islam, dia meniru musuh ketat aku…masa tu aku marah betol, taktau kenapa…lantas aku membuat keputusan ntok tak menjawab soalan hani tadi, dan hanya tersengih sambil ketawa sedikit…aku ikut menyanyi lagu noktah cinta-hafiz yg diputarkan radio era sambil membiarkan hani kebingungan seorang…

Pukul 5.25 ptg, viva siap diparking dengan kemas di sebelah Toyota commonrail…bila aku keluar, kelihatan kerdil sangat viva itu….tak lama lepas tu, datang satu motor Honda ex5 parking sebelah aku…hurmm, ada lagi yang lebih kecil dari aku…beep2, aku menekan kunci auto kereta dan melangkah ke bazaar bersama hani yang berjalan sambil mengemas-ngemaskan baju kemejanya…

Bazaar di Bandar, memang nyata berbeza dengan kat kampung aku…kedainya berlambak2, orang yang membeli pula membuak2….sangat sesak…”ko dah ada listkan ape nak beli ni?kalau takde, kita kasi round satu kali usha semua kedai…pastu baru beli”…aku memberi cadangan kepada hani yang aku perasan spirit membeli dia dah mula datang…”ok gak tu, jom!”, Hani menjawab sambil tersenyum gembira…apehal gembira sangat ni? Aku musykil…bazaar tu bersifat panjang dari depan kebelakang…maka di permulaan bazaar, aku nampak ada satu pakcik berkaca hitam duduk di atas kerusi…di hadapan dia ada piano yg murah aku rasa, dan ada satu bekas duit di kanannya…beliau bermain piano sambil menyanyi lagu2 yg dia tahu...masa aku di situ, dia tgh mendendangkan lagu kalau berpacaran…masih up lagi lagu kalau berpacaran ni rupanya…hani mengajak aku mula bergerak…aku masok ke bazaar sambil menyimpan keinginan, nanti keluar aku nak hulur 2-3 ringgit kat pakcik tu…

Kat bazaar tu jangan cakap dia punya meriah…apam balik kalau selalu aku nampak ada 1 jenis je, kat sini ada 40 jenis…ayam percik kalau biasa aku nampak 40 jenis, kat sini ada seribu jenis…memang gila…hani dah mula tak keruan…menjerit sana sini seperti hilang arah…ok, itu tak benar…hani juga berjalan dengan cool seperti aku..Cuma kadang2 dia teruja melihat aksi2 memasak oleh para penjual, terutamanya penebar murtabak yang mempamer pelbagai gaya dan stunt…selesai satu round smpai ke hujung, aku dan hani mula membeli…apa2hal aku carik dulu kedai roti john…janji perlu dibayar…dapat roti john, hani ajak aku ke gerai kebab….kebab di situ katanya special…plastic pembungkus kebab tu boleh dimakan sekali….Cuma sedap tak sedap rasa plastic tu taktau plak aku…dari kedai kebab, kitorang pindah ke kedai kuih…aku carik buah Melaka…mula sekali aku tanya dulu makcik tu…”buah Melaka ni gula banyak tak? Bulan puasa ni, jgn menipu”…makcik yg menjual rasa serba salah apa nak dijawab…bila nampak macam tu, aku kensel tak jadik beli...aku terus ke beberapa kedai lain demi jawapan yang meyakinkan…sampai satu kedai, makcik penjual tu menjawab “kompem gula banyak…makan dua bijik, terus kena kencing manis” dengan konfiden sekali…ini aku suka…aku beli buah Melaka 4 ringgit dan karipap sardine seringgit…Hani pulak aku tengok beli beberapa jenis kuih..masing2 seringgit, tapi pelbagai…nampak banyak…”banyak beli? Kau nak belanje aku ke?keh3”, aku tanya dalam nada bergurau….”Heeeee”, Hani menjawab sambil tersenyum menunjukkan giginya…

Lepas 30 minit, aku dan hani berjalan keluar menuju ke viva…roti john, buah Melaka ngan karipap,tu je yang aku beli..bg aku dah cukop dah ni…aku tgk hani, tangannya penoh….kuih2, ayam percik, air, ahh banyak lah aku nak cakap,mmg banyak….aku bersangka baik, ada orang datang rumah dia agaknya….sampai kat pakcik main piano tadi, aku berhenti kejap…layan dia habiskan lagu hotel California…boleh tahan juga English pakcik ni…habis dia nyanyi, aku bukak dompet dan letak 2 ringgit dalam bekas duit pakcik tu….”Jom gerak”, ajak aku kepada Hani…”tunggu kejap  ek”, balas Hani…dia pergi kepada pakcik tu dan menghulurkan 3 plastik makanan dan 1 plastik air sambil berbisik kepada pakcik tu…aku rasa mungkin dia berkata “ni buat berbuka nanti ya pakcik”….terharu, aku tersenyum saja dari jauh  sambil memakai spek rayban aku,cover mata yg mula berkaca….sepanjang perjalanan pulang, aku kadang2 mengerling ke Hani…dia tersenyum lebar,nampak satu kepuasan di wajahnya…mungkin inilah erti kegembiraan dapat beramal kepada org lain ketika bulan Ramadhan…aku turut sama senyum sambil mulut kadang2 ikot menyanyi lagu senyum-Malique feat najwa yg tiba2 berkumandang di radio…

p/s: buah Melaka makcik tu betol legend…aku dah hantar kat jiran aku 1 plastik….hahaha

p/s2: tiba2 aku rasa nak ajak Hani pergi bazaar hari2 pulak….

Saturday, August 6, 2011

Diari Ramadan di bumi USA : Sebuah Prologue


Kriiiiiing! Kriiiiing ! Kriiiiiing !

Telefon berdering malas. Ya, memang telefon berbunyi tapi itu bunyi alarm yang diset malam tadi. Saya bingkas bangun melompat turun dari katil empuk. Sejurus merasa tanah dipijak, saya terus berlari menuruni tangga untuk bersahur. Basuh muka gosok gigi apa yang patut dan terus duduk di meja makan.

Lauk berbuka petang tadi masih ada. Tak elok membazir kata orang, saya panaskan guna microwave dan terus menjamah sahur. Meskipun rasa mengantuk masih ada, saya gagahkan juga untuk bersahur kerana sahur itu sunat. Apa lagi yang membezakan puasa kita dengan puasa orang kafir ye dok ?

Pagi dan tengah hari itu hening seperti biasa. Tenaga yang dijana berbekalkan sahur masih ada. Tiada aktiviti menarik sangat. Saya hanya menonton tivi sambil menggoyang kaki bermalas-malasan.Tiada yang menarik sangat lagi pun.

Petang pun menjelma. Saya bersiap sedia solat Asar dan mula menetapkan hala tuju. Setelah bersiap ala kadar dan bersederhana, saya terus melihat jadula hari Selasa. Bazaar Taman Pekaka. Saya pun mula bergerak ke situ dengan muka yang ceria dan bersungguh-sungguh.

Sesampainya saya di sana, orang sudah ramai. Bau ayam percik mula menusuk hidung. Ayam percik tidak berapa digemari saya. Hanya teksturnya sahaja cantik, merah dengan sos bbq, namun rasanya tidak seberapa. Saya teruskan perjalanan. Saya singgah di gerai menjual lauk pauk. Memang kebiasaan umat manusia berbuka makan nasi dengan lauk. Nasi 2 cawan sudah saya tanak di rumah sebelum saya keluar. Orang bujang sahaja, cukuplah 2 cawan. Saya terus memesan kari ayam seketul dan beberapa ulas sayur dan ulam untuk dibuat berbuka.

Usai membeli, saya teruskan perjalanan. Air tebu yang dibeli semalam agak pahit, mungkin terlalu tua tebu yang dipakai untuk diperah. Saya tetap senyum bila melalui gerai air tebu tersebut meskipun air tebunya semalam pahit. Senyum itu sedekah dan sedekah paling baik adalah di bulan Ramadan. Saya melilau-lilau mencari tebu yang lain. Maksud saya gerai air tebu yang lain. Sejurus menjumpainya, saya menghulur duit tanpa berkata apa-apa, dan menyambar sebungkus air tebu kaler hijau tua. Air tebu tersebut dibungkus dengan plastik berbentuk silinder berdiameter lebih kurang 6 sentimeter dan panjangnya lebih kurang 10 sentimeter. Cukup untuk saya berbuka dan bersahur mungkin. Itupun kalau lepas terawih tak melahap lebihan berbuka.

Item terakhir untuk hari ini adalah kuih-muih. Wajib ada buah Melaka dan donut kerana itu kegemaran saya. Saya terus ke gerai Mak Jemah menjual kuih. Memang banyak kuih yang dijual sehingga saya sendiri tidak mengingati nama mereka. Saya capai buah Melaka dalam plastic kecil. Saya ambil tiga plastik kecil sahaja. Untuk donut, saya capai 2 biji/ketul donut.

Tiba-tiba hati saya meronta untuk dibelikan popia basah. Saya merelakan kerana tak baik menidakkan hati sendiri. Popia basah hari itu nampak sedap kerana sos cili di atasnya masih basah tidak seperti popia basah yang lain yang selalunya kering sos nya di luar. Apabila sosnya kering, ia menjadi keras dan tidak sedap. Selesai memilih duit pun dihulur beserta senyuman ikhlas.

Sejurus sampai ke rumah, saya terus memanggil isteri saya untuk mula menghidang juadah berbuka puasa. Sahutan saya tidak berbalas. Saya cuba sekali lagi namun masih tiada jawapan. Hati saya mula risau, takut-takut sesuatu terjad kepada isteri saya. Setelah menenangkan diri, baru saya sedar  yang saya belum beristeri. Saya sendiri ke dapur dan mula menghidang makanan yang dibeli.

Sementara menunggu waktu berbuka saya menonton Jejak Rasul. Tengok Jejak Rasul sebelum berbuka memang sesuai dan cocok sekali. Kadang-kadang kalau saya nak tukar selera, saya akan tukar ke channel TV1 dan menonton Anak-anak Sidek.

Selesai menjamah ala kadar, saya mandi dan menunaikan solat Maghrib disusuli pula dengan bacaan Al-Quran. Bulan Ramadan yang berkat ini eloklah kalau saya perbanyakkan ibadah. Kalau tidak bila lagi ye dok ?

Saya melihat jam. Lebih kurang 10 minit sebelum Isya, saya akan bergerak ke masjid berdekatan untuk solat Isya dan terawih 8 rakaat. Selalunya saya ke masjid yang sama kerana saya sudah selesa dengan situasi di sekitar masjid itu.

Hari-hari saya musykil. Pada waktu untuk solat Isya, hanya segelintir manusia hadir sedangkan waktu solat Terawih ramai pula yang hadir. Ini seolah-olah solat Terawih itu lebih penting dari solat Isya. Inilah tanggapan masyarakat yang harus diubah agar kita boleh membezakan ibadat dan adat.

Solat terawih 8 rakaat selesai lebih kurang 10.30 malam. Saya kemudiannya akan melakukan solat sunat witir di masjid atau di rumah sahaja bergantung kepada saya juga. Malam itu saya tidur awal kerana esok alarm saya kan berbunyi dan saya perlu bangun sahur dan subuh.




p/s : Ok, saya tipu. Ini hanyalah impian saya.Kah3

Friday, August 5, 2011

Diari ramadhan afiq : kamon la tv 34 inci


5 Ramadhan.

Semalam 4 Ramadhan, aku tak jumpe kawan aku si dodol tu…sebab tu takde diari ntok semalam…biasanya pukol 5.30 ptg, aku akan jumpe die dekat kedai akak putu piring, masa tu lah biasanya aku bertukar2 cerita dengan dia...tapi petang tu dia takde...harini bila aku jumpa kat masjid lepas subuh, dia bagitau aku semalam dia lepak tempat baru...akak putu bambu pulak..katanya akak tu lepas kantoi diploma setahun setengah, terus balik kampong beniaga kuih2.

kembali kepada kisah harini..aku rasa puasa taon ni ada yang kurang...ni semua berkaitan dengan rancangan tv yg disiarkan...bermula dari kickstart puasa iaitu sahur, masa sahur dulu2, rancangan kat tv biasanya tunjuk drama2 yg aku rasa ada motif dgn feeling puasa dan raya...cerita2 yg ditayangkan mestilah koman2 ada scene dalam bulan puasa, pastu berakhir dgn suasana hari raya...walaupun bunyik macam klise, tapi feel sahur kalau dapat layan cite2 camtu memang menangkap...dulu masa aku puasa darjah 4, ada satu drama mase sahur cerita pasal sorang makcik yang kuat dengki kat orang kampong die...nak cerita berapa power makcik tu punye dengki, kelas jahit menjahit masa bulan puasa pun dia boleh sabotaj...ahh, aku igt lagi adegan tarik menarik rambot antara makcik jahat dengan sorang makcik baik yg berjaya dileraikan oleh suami makcik baik yg juga kebetolan baru balik dari masjid lepas kacau bubur lambok...cerita2 camni la yg bagos tayang masa2 sahur,ada ciri kekeluargaan sket, pengajaran sket, dan suasana puasa raya sket...ni tak, apekes tayang drama cinta terhalang aliff firdaus kat tv3? konflik berat2 sangat susah aku nak bawak fikir, lagi lepas bangun tidor...tv1 pon ada drama gak, tapi masih tak berapa nak best...tapi paling tak kena dgn sahur adalah astro chanel 132...ape jadah tayang "kalau berani 1 vs 0" time2 sahor? bebal2...

petang2 dalam pukul 6 lepas aku lepak kedai akak putu piring, aku akan balik rumah....sejokkan badan bawah kipas angin pusing 5, masa2 ni lah aku akan tengok tv...6.30 ada jejak rasul 17....dah ade 17 rupanya jejak rasul ni...bagos2...cume yg baru ni aku rasa tak berapa best...yang dulu2 punye lagi sedap layan satu famili...sambil2 tengok, boleh dgr bapak aku cerita siket masa die pegi haji dulu...tapi dah bagos dah ni, takkan nak cerita benda yg same je kan tiap musim...ape gune smpai 17 musim ye dop?...

lain dari tu, petang2 ni aku tengok memang takde cerita2 tv yang betol2 best dan bertepatan dgn mood puasa raya...mana rancangan masak2 kuih raya? walaupun klise, tapi itu satu kewajipan...rancangan masak2 yg ada kaitan takat ni aku tgk adalah "ketok2 Ramadhan"...lain2 rancangan yg aku baru tengok iklan ada lah bertajok periok hangus, biskut ape dan ketupat terbang....tapi takat ni tak tgk lagi rancangannya...aku berharap dapat membawak semula spirit kuih raya dan lauk berbuka puasa dalam tv petang2 nanti semua rancangan tu...

bila dah rancangan tv tak sedap camni time2 puasa, mood memang lari...sahur aku kalau biasanya boleh layan nasi goreng 2 pinggan, skang tinggal 1 pinggan sahaja..kalau 1 pinggan ni, mase aku darjah 3 dulu memang dah buke pukol 3.30 petang lepas skolah agame la jawapnye...jadik aku sangat berharap bila diari ni ditulis, koman2 pon farid ridzuan nampaklah ape yang aku harapkan...Kalamullah pukol 5.30 tu dah cantik dah, cume aliff firdaus tu je...kalau tukar nurkasih aku rasa cantik gak...walaupun takde puasa2, tapi ada gaya boleh pergi jauh...kamon la, tv aku dah 34 inci sedap nak ngadap depan2 ni...


p/s: iklan waktu berbuka puasa skang pon dah tak sedap....patotnya iklan tu guna background muzik gambus tu, baru seeennngggaatttt!!

Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Afiq:3 ramadhan

3 Ramadhan.


*diari ni memang bermula dari 3 Ramadhan...anda tidak ketinggalan mana2 coretan diari terdahulu.


pagi tadi aku bersahur lauk berbuka semalam yang mana merupakan juga lauk berbuka pada hari pertama puasa...ahh, selagi ayam masak merah yang aku makan itu masih lagi rasa ayam dan kuahnya berwarna merah, aku akan tetap hadap....cuma lauk sayur berbuka semalam sahaja yang gagal...rasa kobisnya dah lari kepada rasa jeruk lobak...tapi minum memang ngam ho, aiskrim soda sejok....arghhh, ape gila pulak aku cerita pasal makanan sahur ni? dah macam diari awek2 klcc pulak...


harini 3 Ramadhan...perghh,tiba2 aku rasa macam seorang guru yang mengajar subjek agama bila aku tulis camni....kenapa? pasal aku tau tarikh harini dalam kiraan Hijriyah...tapi ni sebenarnya hal biasa bagi aku...aku memang cuma tau tarikh dalam kalendar Islam bila masok bulan puasa...ada beberapa orang kawan aku yang hebat sedikit, tau tarikh kalendar Islam mula dari Rejab, Syaaban dan Ramadhan, pasal diorang rajin puasa sunat masa rejab dengan syaaban...canggih2...tapi aku kadang2 terfikir...takkan tau tarikh2 ni bila ada puasa je?


p/s: ada jugak yang taktau dah berapa Ramadhan...tapi raya nanti kalau tanya berapa syawal, memang perfek...tak kurang satu hari pun...lebih takpe...