Tuesday, May 3, 2011

pergilah bermain...

ASSALAMUALAIKUM

tahun 1997, pukol 5.30 petang...gua teros gerak rumah jiran lepas layan muzik2...mase tu gua fan m-nasir...lagu pheonix bangkit dari abu tu gua boleh nyanyi siap main tamborin....tapi,ape jadah mase juara lagu si m-nasir ni boleh nyanyi beterabor pon gua taktau...

rumah jiran gua tak jauh...sebelah rumah sahaje...nak cerite die punye dekat, time puase gua hantar roti jala sambil jalan kaki je...takde kayoh2 basikal...petang2 pukol 5.30 ni memang timing gua dan akak gua pergi maen dgn jiran...adik gua mase ni tak boleh join lagi kitorang maen...bawah umur...budak bawah umur kene dok rumah ulang tape cite home alone bagi hapal...

mase tahun 1997 ni, gem paleng in skali ntok maen dgn member2 yg pelbagai jantina adelah galah panjang...gasing pon tgh in time tu, tapi buat maen2 dgn member laki je ok la...kalau nak maen bile ade laki pompuan ni, galah panjang paleng orait...kawasan rumah tanah merah, jadik takdehal nak buat court die...buat line gune kayu, bagi nampak lebih kurang pon dah cukop cantik...gem ni biase ulang2 3kali seminggu...agak2 budak skolah rendah harini ngadap lagi ke gem camni?

laen dari galah panjang, kitorang maen bola beracon...bola beracon ni boleh maen bile ade duet lebih buat beli bola...kalau bocor memang tak sedap gua nak target jiran gua yg selalu pau mee sipot mase kat skolah...kalau lu orang tak tau bola beracon, mungkin lu cukop bandar ntok gune istilah dodge ball...gem ni tak boleh ulang lebih 2kali satu minggu...memang jenuh mak bapak nak panggel orang urut datang rumah selalu...awek tak awek, kalau dah namenye bola beracon, memang gua bagi habis2...agak2 budak skolah rendah harini ngadap lagi ke gem camni?

dalam banyak2 gem waktu petang, maen kawen2 paleng menyengat...die punye klimaks kompem mase pileh sape nak jadik pengantin laki...umpphh die punye penangan...bile dapat jadik pengantin laki ni, rase dah hebat dapat masok list kutu2-hot-awek-anto-surat-ade-bedak bile kat skolah...dan macam biase, gua jadik orang maen kompang arak pengantin tiap kali maen,mmg loser....gem ni tak kuar peloh haram setitik melainkan budak yg amek part silat pulut...tapi maen kawen2 ni banyak menyemai sifat2 murni dan mendedahkan apa yg perlu dilakukan bagi membina rumahtangga yg bahagia...semua ni diselitkan dalam sesi tazkirah lepas habes maen...agak2 budak skolah rendah harini ngadap lagi ke gem camni?

ape budak2 kecik zaman sekarang buat petang2? layan katon kat astro? maen ps3? atau tipikal macam hampir 80% manusia zaman skarang ni buat, layan fesbuk?....ade lagi ke yg maen gem macam gua maen dulu petang2? dah tu, lagi nak sebok hal obesiti..cam gambang!!!
.
.
.
.
habis maen, balek rumah mandi...pukol 7.00 layan usop sontorian kat tv1...ni baru real punye "healthy lifestyle"


p/s: tu belom gua cerita maen layang2, beyblade, kete dash,ngan tikam..dalam sume2, maen tikam paleng menyesatkan sekali...haram

Sunday, May 1, 2011

kapitan2 rumah


ASSALAMUALAIKUM



rumah sukan merupakan satu bentuk manipulasi positif yg dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha melahirkan para pelajar yg mempunyai semangat juang yg tinggi selain menanamkan semangat asabiyah sedikit sebanyak...sepanjang penglibatan gua dalam bersekolah, cume ade sekolah rendah ngan sekolah menengah gua je yg ade maen rumah sukan ni...sekolah tadika kemas gua maseh belom mampu mengadaptasi kemahiran berumah sukan kerana percaya akan satu tradisi, kalau buat rumah sukan, secara automatik kene buat pondok rumah sukan sekali yg menelan belanja tinggi...maka setiap pertandingan tradisional tadika seperti pingpong dalam camca, tarik tali, dan isik air dalam botol gune span dijalankan secara individual...kemenangan itu lebih stylish bukan?

di sekolah rendah, gua mule kenal dgn rumah sukan..ade 4 kale pada asalnye iaitu merah,biru,hijau dan kuning...mase gua dajah 6 tibe2 ade tambahan satu rumah lagi iaitu oren...gua rase ni semua pengaruh zahid AF yg minat kale oren...setiap rumah sukan juge diwakili seorang pelajar yg kononnye ketua rumah sukan....tapi gua lihat,mereka ini tiadalah apapun fungsinya melainkan hanya membongkak dgn nama ketua rumah itu...mereka2 ini kadang2 gua rasa layak dipijak sahaja...

masok sekolah menengah, gua rasekan sistem rumah sukan sangat legend..warna ntok rumah sukan masih lagi dimonopoli oleh warna hijau,kuning,merah dan biru...tapi,kini tiada lagi warna oren zahid...namun begitu, nama warna bukanlah lagi nama primer dalam memanggil nama rumah sukan...setiap warna ada nama timangan masing2....Abu Bakar bagi hijau, Umar bagi kuning, Uthman bagi merah dan Ali bagi biru...satu lagi benda legend bagi sistem rumah sukan di skolah menengah, budak yg memegang jawatan ketua rumah sukan sememangnya seorang yg hebat lantas bukan seorang yg hanya layak ntok dipijak. antara lagenda ketua rumah sukan sepanjang gua di smap adalah iskandar bagi Abu Bakar...rumah lain gua tak igt..

namun begitu, gua pada hari ini ingin menceritakan sedikit sebanyak kisah sejarah rahsia ketua2 rumah sukan atau "house cap" dalam batch gua iaitu pada tahun 2009....mereka ini sememangnya merupakan golongan yg hebat, berkeyakinan tinggi juga tiada penyakit berangkai...kalau tidak, masakan mereka boleh bersekedudukan sebaris dgn nama2 hebat dalam menerajui rumah sukan masing2....jadi, gua membawakan sedikit sebanyak kisah di sebalik kehidupan para bekas ketua rumah dalam batch gua....ini hanya kisah, bukan benar.....



fazreen izuan-ketua rumah Uthman, menang tanpa bertanding dalam pemilihan ketua rumah sukan...merupakan calon faveret dalam pemilihan...ramai ahli rumah Uthman terutama junior tidak tahu yg mana satu ketua mereka...hinggakan ada khabar angin mengatakan, rumah mereka akan diketuai dari jauh berchanelkan kerajaan langit...ini berikutan nama fazreen izuan merupakan satu nama yg sgt rare di smap...apabila seorang bernama ucop mengaku bahawa beliau merupakan pemilik nama fazreen izuan yg sebenar, maka terhapuslah semua khabar angin dan fitnah ayah pin....kisah panjang tentang nama beliau di sini.....fazreen izuan bukanlah sekadar ketua...beliau berbakat besar dalam larian jarak jauh...gua bukan nak sembang kencang pasal beliau...tapi setakat ini,setiap kali beliau berlumba dgn gua lari 1000m tanpa henti, beliau hanya akan ketinggalan 1 saat lebih sahaja belakang gua...laju tak lajunya beliau kerana biasanya org laen gua boleh tinggalkan 20saat lebih....beliau juga pernah memegang jawatan ketua editor majalah skolah gua, dan gua rase setakat ni majalah ilham edisi diorang yg paleng canggih....sumbangan utama beliau dalam rumah uthman? ...sumbangan utama beliau yg boleh gua kira dikenang sepanjang zaman adalah membawa kemenangan utk rumah Uthman dalam pertandingan kawad beragam hari sukan...perghh,style2..tidak lupa, sebelum memegang jawatan ketua rumah Uthman, beliau pernah mencipta sejarah sebagai underdog yg menang pertandingan bahas intra-smap bersama dua rakan beliau yg laen...dan berlandaskan kemahiran bahas beliau itulah gua rase yg membawa saudara fazreen ini ke jalan perguaman...



adib rhaais-ketua rumah Umar, gua tak pasti sama ada wujud pertandingan dalam merebut jawatan ini...kalau ada perebutan pun, mungkin berlaku antara beliau dan anop yg merupakan ketua prs....lupakan tentang perebutan jawatan, yg sudah pasti mmg adib rhaais yg menjadi ketua rumah bergandingan dgn ehem2 dari wakil puteri...sejarah pelantikan adib sgt mudah....nama beliau sudah dicanang awal2 sejak form4 lagi oleh ketua rumah Umar ketika itu yg lebih dikenali dgn nama calid...tup2 naek form5, memang betol beliau jadik...bukan susah ye dop?...tapi adib bukanlah seorang yg kaki cari publisiti dgn senior demi jawatan..beliau ada cara beliau sendiri...dan itu cara beliau, gua taktau....ketika menengah rendah, beliau mempunyai sedikit masalah komunikasi dgn rakan2 yg laen kerana tutur katanya yg kadang2 ke laut...tapi itu dulu...sekarang beliau cakap style kl....berbeza dgn ketua rumah uthman, adib lebih cenderung dalam acara padang...beliau berbakat dalam acara2 seperti lempar cakera dan lontar peluru...tapi apakan daya, kewujudan beliau dalam hari sukan hanya dipandang sebelah mata oleh bob the papaleyweyyy dari rumah abu bakar yg nyata memonopoli sukan2 menggunakan kudrat nafsu....namun begitu, adib tetap memberi saingan rapat...selain amek port dalam hari sukan, beliau juga aktif dalam mewakili sekolah dalam sukan2 seperti badminton,ragbi juga hoki...tetapi,tolak itu semua ketepi...yg penting, kejayaan paleng momentus bagi beliau sepanjang memegang jawatan house cap merupakan momentasi ketika beliau membawa rumah Umar memenangi anugerah rumah terbaek...siap belanje makan piza large sorang satu kotak mamat ni...kaye tak igt..

ni die kesah due kutu yg berjaya menerajui rumah sukan masing2 sepanjang sesi 2009...ade lagi due kutu laen yg gua tak tules iaitu house cap rumah abu bakar ngan rumah ali...tapi gua hold dulu...sambong lain bulan...sape2 nak jadik ketua rumah kuning ngan merah, boleh menurun ilmu sebarang due dengan mamat duorang ni...memang legend...

to lead the people, walk behind them
-michael oher a.k.a big mike,1998

Friday, April 29, 2011

Perkembangan Joni

Joni disyaki menghidap kanser pankreas, sebab selalu sangat main masak-masak uranium-238 masa kecil-kecil dulu di Sabah. Beliau sekarang dikuarantin di tingkat 3 HUKM dan mengidam nak makan mempelam muda. Semoga semua dapat beri kata-kata semangat untuk beliau.
Tq.

Sunday, April 24, 2011

Membantu Menolong Memudahkan Cara

 ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera kamu semua..: )
Apa khabar pelajar lepasan SPM tahun ini ? bagaimana soalan periksa? Bagaimana pula anda menjawabnya? Bagaimana dengan markahnya pula? Keputusannya pula dapat berapa? Harapnya baik belaka insyallah.. Tiada apa ingin saya kongsikan disini selain secubit madah yg masih lagi belum secukup rasa..Sekadar apa yang ada ada saja..
Ramai sungguh yang selalu bertanya pada diri, dari Malaysia sehingga ke Jordan dan pertanyaan itu masih lagi bertali arus sehingga saya mati belum tentu berhenti lagi gamaknya. Walau apapun pertanyaan itu dijawab dengan senyuman manis lagi lebar walaupun untuk kali yang seratus ditanya perkara yang serupa. Memang sudah tiada syak darah pendidik sedikit sebanyak banyak mengalir dalam tubuh ini. Dan ini adalah ulangan untuk kali yang keseratus satu buat saudara sedari yang tercinta. Tidak mengapa, saya suka, Tanya lah lagi, tidak apa.
Dan sekarang pelajar pelajar lepasan SPM pula mula bertanya.. tidak apa, saya akan jawab tanpa rungut rungut sebab saya suka..
Begini.
Tahun 2010 ialah tahun yang dimana Bank Negara Malaysia telah julung julung kalinya menghantar pelajar tajaannya ke Timur Tengah dalam bidang Feqh Usul dan bidang Ekonomi dan Perbankan Islam atau lebih dikenali lagi sebagai Syariah Law di kampung kampung dan desa desa dan orang kebanyakkan. Tambahan pula Dato Mohd Razif Abdul Kadir telah mengeluarkan kenyataan didalam ucap tamanya di Forum Perancangan Kewangan Syariah anjuran MPFC baru baru ini tentang kekurangan Negara dalam sector yang mencabar ini. Tidak kenal siapa dia datok Razif itu? Sila pergi terjun bangunan. Sekarang.
Mengenai pengajian di Jordan. Sila buka http://www.roadtojordan.co.cc/,atauhttp://www.permaijordan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=158:melanjutkan-pelajaran-di-jordan&catid=66:study-in-jordan&Itemid=92 atau kedua duanya sekali. Segalanya ada disitu, tentang yuran, apa yang di belajar, bajet untuk hidup,makan minum apa semua diterangkan. Gambar pun ada ,Siap disediakan ruang untuk Tanya Tanya lagi, tak tahu Tanya, nanti mereka pandai la menjawabnya. Sebelum itu persediaan di INTEC lebih kurang 3 purnama bagi pelajar tajaan JPA, MARA dan Bank Negara. Cut off point tetap ada seperti biasa, macam pelajar perubatan.
Ada yang bertanya bagaimana untuk memohon. Senang sahaja caranya.. lepas dapat keputusan, jangan sebak sebak , balik rumah, bukak lappy, online, buka laman web BNM, dan selebihnya biarkanlah mata anda mencari ruangan yang patut diklik, keluar borang, isi. Jangan kasi salah, jangan kasi tipu, jangan tinggal kosong pada ruang yang sepatutnya di isikan, SEMAK semula barang dua tiga kali, dan SEMAK semula barang dua tiga kali, dan SEMAK semula barang dua tiga kali sekali lagi, sudah perfect, klik untuk hantar. Duduk dengan tenang dalam beberapa minggu tunggu jawapan dari bank. Senang bukan? Kalau tersilap hantar, ada yang tak sempurna, entah apa apa isinya, sila jangan mengada ngada samarinda kejadah apa kamu semua pergi telepon Bank mintak betulkan? Siapa suruh tak semak awal awal ?
Sudah dapat response suruh datang interview, pergi jumpa Cik Tom Abang Saufi . Kalau dia tidak ada dirumah, suruh la siapa siapa minta buatkan tuksedo. Jangan lupa pergi jumpa Jimmy Choo mintak buatkan kasut mana patut. Kasut mesti fit to size, kemeja mesti gosok licin licin, seluar mesti sepadan dengan kemeja dan boleh masuk dengan kaler kasut. Personaliti pergi interview misti kena jaga. Bukan setakat turun perhimpunan pagi sahaja baru nak semat . Jangan pergi interview macam nak pergi jom heboh, atau nak pergi reunion batch, jauh sekali karnival MAHA. Jangan di buat main hal hal macam ni. Time orang sedang sedap interview anda terkocoh kocoh cari kemeja di Sogo. Ah,kacau dibuatnya. Oh satu lagi. Kalau pakai selipar memang tak boleh masuk HQ, polis tahan , “kena pakai kasut nak masuk dalam ni cik” tegur polis serius dahi kerut kerut.
jangan mengada ngada nak pergi bukak pintu pagar depan.


CERITA TENTANG TEMUDUGA.
Pertamanya mari cerita tentang staff Bank. Mereka semua baik baik! Peramah, ringan mulut dan banyak membantu. Encik Suapi yang elegan, Cik Rafidah(kak Agah) yang berdedikasi. Puan Rafidah yang penyayang dan bertolak ansur. Sampai sekarang masih lagi berhubung. Setiap kali datang bank mesti nak jumpa mereka. Nampak penat petang petang tu tapi bertenaga lagi nak layan scholar yang datang. Kalau sampai bank terus tanya nama staff yang tertera diatas dengan bersungguh sungguh, markah bonus.
Temuduga atau Interview ini pula disajikan dengan 4 jenis selera ujian tahap dewa. Setiap peringkat ada dewa. Dewa peringkat tidak sama antara satu sama yang lain. Lain peringkat, lain dewanya, lain seleranya, ada yang kumis nipis mata redup.. ada yang kumis tebal mata tak ada,dan ada juga yang jenis main main dengan emosi dan psikologi tiba tiba, yang ini paling tak gemor, tapi dewa ini kalau jumpa jangan lari jangan paling muka. Senyum, bawak la bersembang seminit dua, tunjukkan skill komunikasi spontan anda sesoft yang mungkin.
Peringkat peringkat yang di sajikan :
_esei_
_pembentangan persendirian­_
_pembentangan berkumpulan_
_temuduga peribadi_
_ESEI_
Tulislah sebanyak mana mahu tulis dalam masa lebih kurang satu jam. Dua soalan diberi, curahkan segala idea dan pendapat yang bernas dan kreatif anda di atas kertas.
Nak tajuk?
: ……what is your opinion about the development of our countries?
: …..10 A’s is enough for ministry of education. What is the pros and the cons, and what about yours?
: …..what is the meaning of productive worker?
Soalan diatas adalah soalan soalan yang tidak pernah wujud pun diatas kertas soalan. Tapi begitulah gayanya. Lebih kurang. Kadang kadang ucapan yang diberikan pengetua sekolah banyak membantu. Tak dengar ucapan pengetua? Ucapan PK Hem pun boleh juga.
_PEMBENTANGAN PERSENDIRIAN_
Masa ini lutut punya mengeletar jangan cerita dia punya laju, Tanpa sebab. Sekalipun anda menang pidato piala raja raja.
Kertas mahjong dibentang seberapa banyak yang dimahukan, pen marker pilot warna warni disediakan. Satu bilik khas untuk kamu bentang sebaik mungkin . Dewa dewa menunggu dengan rileknya sambil makan karipap cicah Neslo panas..
Hah, apa lagi bentanglah dihadapan mereka! Sambil anda membentang, sambil itu lap peluh tu sikit, jangan kasi nampak berdebor sangat… tubuh badan jangan kaku dan keras sangat dan jangan pula lemah gemalai mak inang payung. Lagi lembik lagi bertalu talu mereka bertanya soalan soalan yang mampu mengganggu gugat tahap kesabaran dan kredibiliti anda sebagai pelajar tokoh tunas harapan di sekolah satu masa dahulu, mereka terus rilek dan membiarkan kita runsing dan gelabah tak habis habis di hadapan. Jangan biar itu berlaku. Kasi mereka gelabah pun orait juga.
Kalau rasa macam nak tumpor masa bentang , ingat pesan pengetua. Tak dengar jugak?. Pk Hem pun boleh juga.
_PEMBENTANGAN BERKUMPULAN_
Diberikan satu projek, diberi jawatan yg perlu dipilih sendiri sesama ahli, diberi masalah, dilihat kerjasama antara ahli, dilihat juga sifat kebersamaan itu, dilihat juga suasana toleransi pendapat antara satu sama lain pada sesi pembentangan hasil projek…
Jangan gaduh gaduh masa nak pilih siapa patut jadi manager ke, siapa yang patut jadi treasurer ke, siapa patut jadi bahagian sekuriti ke. Jangan, jangan, jangan. Jalankan tanggungjawab sebagai apa pun yang akan anda jadi semantop mungkin. Yang penting jangan berbalah. Jadi supplier cenderahati pun boleh.
Bukan semua yang jadi manager itu semasa usaha dan pembentangan projek ada pawer dan autoriti luar biasa macam badang , kalau agak agak tidak berkemampuan nak tanggung tugas atau tak dapat tu jangan nak bising bising kepoh kepoh. Kerja bersama sama, pastikan penyertaan kita dalam perbincangan dan pembentangan itu seadanya. Jangan nak lebih lebih, jangan pulak diam tak buka mulut. Ahli kumpulan campur, semua bangsa ada, semua jantina ada. jadi jaga diri dan apa patut. Jangan ‘excited’ bebeno sampai terlupa yang awak tu ada agama yang suci dan sempurna. Kalau nampak benda tu ada benefits tapi melanggar syarak ATAU kearah itu, usoh le kamu buat.
Sebagai mana yang nabi pesan sebelum kita lahir lagi ha :
“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).
1 Malaysia jangan lupa semat dalam hati. Malaysia boleh punya punnn..
Cth: Anda diminta mengendalikan satu program larian amal. So, pandai pandailah menguruskannya. Jangan jadi caca marba dan tidak tentu hala. Nanti hasilnya entah apa apa. Kalau dapat jadi manager, mestilah ambil tahu semua hal ehwal perdana perjalanan dan keberlangsungan program dari mula sampai habis, sentiasa mengetahui perkembangan dan memastikan semuanya berjalan lancar, terima pendapat ahli projek yang lain, lakukan timbal balik untuk keadilan sejagat, yakin boleh. Kalau tak yakin, hembus mana patut. Selalunya time bincang ok lagi. Tapi bila bentang dan kena tanya macam macam, tu memang kena ligat sikit cari alasan yang bernas. Cth : kenapa sarapan pagi peserta makan bihun goring sejuk dengan karipap panas?. Padahal mcDonald dan Milo adalah sponsor utama(gold Sponsor)? Jawab jangan tak jawab. Time nilah orang kata nak tahu ada ke tak chemistry tu dengan ahli yg lain. Kalau masing masing nak beza jawapan memang payah. Sabo je laa..

Encik Suapi yang dekat tengah tu ha.

Tips- jangan jatuhkan maruah orang dan diri sendiri, jangan pijak mana mana kepala ahli kumpulan masa bentang, tak baik.. berdosa walaupun berlainan bangsa dan agama. Jangan salahkan orang..hodoh punya perangai namanya itu. Naik biar bersama sama, kalau jatuh biar sama sama tanggung. Orang yang jenis suka lepas lepas tanggungjawab , lepaskan diri dan biar orang lain tersepit memang patut ikat ketat ketat dekat batang pokok rambutan yang banyak kerengga. Biar dia pulak rasa kena sepit macam mana. Serius punya hal ni, jangan sekali kali pentingkan diri. Bukan waktu ini sahaja, sampai bila bila. Sampai mati.
Notakaki -* Bentang jangan guna bahasa Kadazan, guna bahasa orang putih.
_TEMUDUGA PERIBADI_
Soalan berkisar tentang c.v. dan kualiti hidup anda selama ini. Jawab dengan jujur dan telus bukan sebab alat pengesan cakap bohong yang berkesan dan sensitif ada bawah kerusi tapi sebab Allah ada dimana mana, lu tipu lu dosa.
Temuduga ini dijalankan bersama maha dewa , jadi banyak rahsia diantara saya dan mereka. Kehkehkeh.
Klu- Jangan beri dalih, berilah kata boleh walaupun tidak tahu boleh ke tidak.
Nak tahu lebih lebih kita boleh bawak sembang di NZ curry house ,atau Tony Romas. Kopitiam Ole Ole seksyen 17 pun boleh tahan.Tarak hal. Tapi kalau sekadar chat dipinggiran ym dan fesbuk atau video call guna oovoo fikir banyak kali juga.
*But remember, the most important point is…
As a Muslim we need no mediator or conduit to rely upon. We can have a direct line with God anytime we want… J
Jadi tidak perlu untuk kita risau lebih lebih lah ya. Kita ada Dia. Penolong paling hebat dan tak pernah mengecewakan kita.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemaslahatan hamba-Nya dari sesiapa pun dan Allah lebih sayang kepada kita lebih dari sesiapa pun, jika ada di dalam kehidupan ini yang lebih banyak manfaat dan kebaikannya dan menyelamatkan selain daripada taqwa, nescaya Allah akan memerintahkan kepada manusia untuk menngambil berat tentang perkara itu. Namun kerana peringatan Allah hanya difokuskan kepada taqwa, maka tentu sahaja itulah perkara yang pertama dan utama mengatasi segala-galanya. Pahrul Juoi cakap.
So bittaufik lah buat antum semuanya…
wassalam..
p/s : -Nak tahu pengalaman interview yang meletop letop tanyalah yang lain. Suruh la mereka tulis pengalaman mereka pulak. Kalau yang bank ni yang aku tahu naufal, KN.. cube tanye Haido macam mana dia dapat MARA, TNB. Bapak a’hh, mesti power.
-Mana mana batch yang dah tau link post ni dekat mana blog dia, tapi tak reti reti nak follow, tak guna jugak tu. Tak kisah la Zealous ke, Zenith ke, Genetik Terhebat ke Bersenam Amalan Mulia ke waima Extrovert ke sekalipun terutamanyake, memang aku kitai habis kalau tak followke. Jenis tak menghargai namanya tuke. Btw. Terima kasih kepada admin kerana memberikan saya ruang untuk menjadi penulis tamu yang tidak seberapa ini. Terima kasih. Ke.

Saturday, April 23, 2011

bukan budak2 biase

ASSALAMUALAIKUM

cuti asasi gua masih panjang....dan gua tak boleh bekerja membanting tulang menyabung nyawa lagi setakat ni ntok mendapatkan sedikit duet belanja buat makan anak dan bini di rumah....ni pasal bapak gua suroh gua hold jgn keje dulu...buat mase ni, gua kene lepak2 tolong beliau bersihkan kebun kat kampong...tolong angkat kayu, tebas rumput, perah susu lembu orang yg sesat masuk kebon gua, dan macam2 lagi aktiviti kekeluargaan...

due minggu lepas gua dah siap angkat kayu...minggu ni gua datang kembali ke kampung ntok kerja2 mengemas yg lebih rapi...lepas siap sembahyang subuh, berdoa dan bermunajat agar tiada kemalangan jiwa yg berlaku, gua pun bertolak ke kebun....kali ini, rombongan yg konvoi ke kebun lain daripada biasa macam dua minggu lepas...aritu hanya ada gua, bapak gua dan atok gua...tapi harini, ade tambahan rekrut seorang iaitu anak makcik gua lantas merangkap anak buah bapak gua, cucu atok gua dan ape pangkat die ngan gua, gua taktau...hierarki macamni gua tak berape hapal...oh ya, nama beliau anis...

setibenya di kebun, gua ngan bapak gua lincah melompat keluar van...anis berlari laju juga keluar dari van...atok gua style evergreen, melangkah satu2 nak turun dari van...takpe, gua paham...nanti gua tua pon camtu gak rasenye...gua dan bapak gua memulakan kerja menyusun kayu2 yg mega berat...kayu2 ni semua bukan level2 papan lapis atau yg lu org gune buat keje kayu KH mase form3 dulu...kalau badang pun kene 2 kali makan muntah hantu sungai baru boleh angkat sorang...tapi itu badang, gua ngan bapak gua bukan badang...maka kami tak perlu makan muntah hantu untuk angkat jadah kayu2 ni...

lepas 10 trip kayu, bapak gua angkat bendera hitam putih tanda berehat...penat katenye....atok gua masih steady landing di kerusi malas sambil memegang tongkat gaya tuan tanah...gua pun pergi melepak duduk belakang van...tiba2 anis datang kat gua lantas membawa kepada sesi dialog yg berikot :

anis: (sambil memegang ranting)ni kayu ape??

gua: tu bukan kayu la nis...tu ranting namenye...

anis: ranting? ranting tu apebende?

gua: (budak2 otak tgh nak bekembang..gua kene membantu)cube tengok pokok rambutan tu....yg besar dari tanah tu,kalau dibelah2 jadik kayu....yg bercabang2 tu org panggil dahan...yg lagi kecik dari dahan tu panggil ranting...

anis: oooo...tapi die kayu jugak kan?

gua: die kayu jugak...tapi maqam ranting lagi..

anis: hurmmm(lalu mematahkan ranting tersebut kepada dua)...kenape kayu ni tak kuat? senang je anis patahkan...

gua: memang la tak kuat...kayu tu dah mati...

anis: abistu kayu yg abang angkat tu dah mati jugak...kenape kuat lagi??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

gua dah malas maen game2 lagi lepasni...gua nak mengadap buku biologi pokok mulai skang...dan jawapan2 dari gua semua akan bertaraf saintifik walhal dgn budak2 sekalipon