Wednesday, May 23, 2012

Program Mentor Mentee


Gua ada terbaca dekat page fb yang junior kitorang semua merangkap pelajar tingkatan 5 memerlukan khidmat kitorang untuk satu aktiviti kat sekolah. Gua nampak Manap a.k.a abang koop kepada junior-junior sekalian seperti menyuarakan soalan dan minat terhadap aktiviti tersebut. Bagus. Inilah satu perkara yang sihat yang dapat dilihat khususnya daripada saudara Manap yang sememangnya baik dengan junior-junior, terutama ketika mereka membeli barang koop. Dan tidak lupa juga, terutama jika mereka perempuan.

j

Untuk penialaian secara am, gua telah dapat mengkhususkan beberapa individu-individu tertentu yang mungkin patut terlibat dalam aktiviti tersebut, walaupun gua pun xtau apa sebenarnya aktiviti tersebut.

j

Jika program itu ialah program mentor mentee, orang yang paling penyayang yang patut dibawa ke dalam program itu ialah tak lain dan tak bukan saudara Khairulnaim Khazali. Beliau sememangnya terkenal dengan sifat kebapaan yang tinggi, serta pandai melukis ultraman serta adiwira-adiwira yang lain. Beliau juga hebat dalam mereka emoticon-emoticon yang baru, bagi mengekspresikan kegirangan beliau dalam sesuatu perkara.

j

Seterusnya bagi program bahasa, dan jika bercakap tentang bahasa arab, sudah pasti kita akan meletakkan saudara Zubair kerana beliau sedang belajar di Madinah. Namun, gua dan  seantero ahli batch yang lain percaya bahawa saudara Zubair pasti akan bersikap rendah diri, dan menganggap seorang lagi ini lebih layak untuk membawa jawatan itu. Dan orang yang saudara Zubair maksudkan itu sememangnya kita sudah kenali dengan kehebatan beliau berbahasa arab, berhujah dengan baik serta pernah menjadi mentor untuk bahasa arab tinggi. Saudara Zubair juga pernah memujuk rakannya itu untuk membuka segmen bahasa arab di negara kita atas permintaan ramai pihak yang mahukan ilmunya. Dan untuk hal ini, gua harap komen daripada saudara Dodol secepat mungkin.

j

Bagi bercakap soal haiwan pula, walaupun gua hampir seratus peratus percaya bahawa hal-hal berkaitan haiwan tak mungkin langsung akan dibincangkan dalam program junior tingkatan 5 itu, gua dapat menganalisa beberapa calon yang sesuai. Beliau juga baru pulang ke Malaysia untuk bercuti setelah berkelana di Amerika Syarikat. Seekor kuda yang hebat Matematik. Oh lupa, beliau boleh bercakap soal matematik, bukan equestrian sahaja. Untuk hal ini, mohon saudara Poi komen.

j

Sekian. Gua harap aktiviti itu bakal berjaya. Dan sekali lagi gua tegaskan, gua xtau apa aktiviti kat sekolah tu.

No comments: