Wednesday, May 23, 2012

Meja dan kerusi


Bacalah dengan mata yang bergenang, jiwa yang sayu, dan tangan di tetikus..



Pasif. Senyap tatkala yang lain berkata. Pendam tatkala yang lain meluah. Yang difikir lain, yang terjadi sebaliknya. Hidup dalam bayangan, yang tak pasti mana impiannya.

Hati cuba berkata mahu, tapi kudrat tidak mampu melunas kehendak. Minda diracun, bukan salah manusia, tapi salah kata jiwa.

Jalan banyak cabang. Yang sukar juga mahu dipilih. Yang tiada passion kata orang putih. Mereka putih, tapi berjemur. Kita sudah begini, mahu pula seperti kapas.

Lori bawak balak. Memperlahankan trafik sehala. Peperiksaan sudah dekat. Sebab itu signifikannya. Peperiksaan memerlukan kertas, kertas memerlukan kayu.

Sekian daripada saya. Syafiq Aiman di dalam rumah. Merenung sayu salji yang turun di Gurun, Kedah.

1 comment:

penselkayu said...

kaki sudah berhenti menapak.mata sudah berhenti berkelip.tangan sudah tak larat untuk menulis.mungkin itu tanda tiada lagi kayu yang akan jadi korban untuk di lukis.atau diconteng dengan dakwat.


tapi waktu itu juga,otak sudah pencen dari berfikir.