Sunday, May 27, 2012

pagi hari ahad

ASSALAMUALAIKUM

   “awak ni,asyik rokok rokok rokok… mulut tu tak pernah tak keluar asap. Baik saya kapel dengan naga kalau camni”..ujar si awek dengan nada serius tapi wajah bergurau, satu kombinasi perasaan yang jarang2 ada dalam masyarakat masa kini…”haa, pergilah sana kapel dengan naga…saya pun dah lama tak tengok naga depan mata”balas si pakwe dengan nada serius ,juga dengan wajah yang serius…seolah-olah percaya bahawa naga itu benar wujud di zoo taiping…awek kelihatan mengalah sambil menghirup nipis jus peria yang baru sampai..

   Itu merupakan antara drama pagi di kedai mamak yang jarang aku lihat pada pagi hujung minggu di s.alam…pagi ini tak macam pagi-pagi biasa, yang mana selalunya orang-orang tua siram pokok bunga, yang dewasa kehulu hilir berkempen pilihanraya, yang muda tengok video debat ptptn, dan yang power pulak baru nak tidur lepas main dota…pagi kalini terasa sangat sunyi, macam harini adalah hari maulidurrasul dan semua orang tengah berkumpul kat padang awam nak berarak..Cuma borak awek dan pakwe tadi tentang kewujudan naga dan adakah naga sejenis reptilian sedikit menghiburkan pagi ini.

   “mamak, kasi bubur ayam satu”..aku order pada bangla yang suka benar bila dipanggil dengan gelaran mamak…dia terdiam sambil merenung aku beberapa saat..”maggi goreng ayam?” mamak tu mengajukan soalan kembali kepada aku…aku berdehem beberapa kali bagi memastikan takde kahak yang menghalang tekak dalam melontarkan suara yang bernas dan tuturkata yang teratur…”bukan2…saya nak bubur ayam…takpun bubur nasi pun bolehlah”…aku bercakap sambil tangan menggaya-gayakan sesuatu dengan harapan akan dapat mencetus sesuatu gambaran dalam kepala otak bangla tadi…”nasi lemak?”…perasaan aku mula jadi tak tentu arah…dicampur dengan perut lapar dan angin yang bertiup lemah, darah muda rasa nak bergaduh tu memang power dari keadaan2 biasa…aku ulang lagi sekali dan berharap bangla tu akan paham..kalau tak pun, biarlah dia buat2 paham demi menjaga hati pelanggan ini…”anne, saya nak bubur….u bagi apa jenis bubur pun saya tak kisah..tapi saya nak bubur…paham?”….aku menunggu respon dari dia…”roti telur?” Tanya beliau selamba…aku tanpa buang masa terus pegang tengkuk bangla tersebut dan radak dengan lima batang garfu yang ada atas meja…lepas yakin semua darah dah mengalir keluar dari badan…aku berjalan pulang ke rumah dan sambung basuh pinggan dan cuci bilik air macam hari-hari biasa aku buat…

Begitulah kisah pagi hari ahad aku hari ini….

1 comment:

Anonymous said...

Keganasan melampau.. =.='