Tuesday, February 22, 2011

Dewan seri bestari : An interview with Naufal Nashih

ASSALAMUALAIKUM


Untuk mendapatkan saudara Naufal Nashih agak susah. Beliau merupakan seorang yang sibuk dan hampir tiada masa untuk melakukan aktiviti2 yang kurang member faedah. Namun, gua berkesempatan juga untuk menebual beliau sebagai tetamu pertama untuk edisi “With Arepseman”, sebuah rancangan yang gua rasa xkan berjaya masuk tv sampai bila2.
Sebelum tu, biar gua kenalkan dulu siapa sebenarnya beliau. Naufal ialah seorang anak jati Penang, kemudian membuat keputusan merantau selama 5 tahun untuk mencari awek dari kalangan orang Negeri Sembilan, kemudian merasakan bahawa awek2 Malaysia x hot lalu mengambil keputusan membawa diri ke United States. Lokasi terkini persembunyian beliau, mengikut sumber daripada Wilkileaks, ialah di Nashville, Tennessee dan mengikuti pengajian kejuruteraan di Vanderbilt University.
Moh ikuti temubual gua bersama perancang tengah pasukan bola sepak daerah Seremban tahun 2009 ini..

Gua : Ade mase terluang?

Naufal : Apekehei nye? (sambil tersenyum sipu) Lamo ko kojap?

Gua : Hmm (gua menghela nafas panjang.. sambil memikirkan jenis tarian yang akan dipersembahkan oleh Usop “hantu kak limah balik rumah” untuk minggu ke-3 so you think you can drance britan) Bergantung kepada kepantasan menjawab soalan..

Naufal : Okeh. Ready2. (sambil membetulkan jaket sejuk beliau)

Gua : Sile jawab dengan bersahaja, kelakar dan spontan. Ingat, setiap tutur kata anda akan direcordkan.

Naufal : Erkk.. (kelihatan nervous yang amat, peluh menitik di dahinya dan kemudian membeku dengan pantas dek kerana suhu yang terlampau sejuk di United States)

Gua : Okay. Ini soklan gua. Lu mesti selalu pergi ke dewan seri bestari bukan sepanjang hayat hidup lu disekolah?
Naufal : Memangla!! (sambil ketawa kuat dan mengejutkan burung hantu belaan beliau yang sedang tidur nyenyak di malam hari)

Gua : Okay. Bukan itu soklan gua. Soklan gua berbunyi begini. Dewan seri bestari sering menganjurkan aktiviti2 seperti majlis2 yang grand, persembahan2 serta juga peperiksaan2 besar. Boleh bagitahu gua dan audiens gua, aktiviti mana satukah yang paling memberi dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri lu yang berlaku di DSB. Secara personally.. sila jawab dengan bersahaja sekarang..

Naufal : (melakukan aktiviti tarik dan hembus nafas dalam2 selama hampir 2 setengah minit) Hmm. Hari Guru 2009 merupakan yang paling indah dalam dunia!!

Gua : Okay. Bagaimana majlis itu boleh menusuk sanubari anda..

Naufal : Hmm.. Hmm..

Gua : Okay. Bagaimana perasaan lu apabila dipilih menjadi pengacara majlis? Haaa

Naufal : Gementar. (sambil membuat mimic muka gementar yang amat). Tambah2 lagi mic haritu macam anugerah grammy. Xde rostrum. Huh..

Gua : (cuba memberi soklan maut) Bagaimana dengan partner anda yang sama2 bertindak sebagai pengacara pada hari itu?

Naufal : (muka cuak) Co partner mc saya mood x baik hari itu. Dia sangat garang. Dia langsung x prepare hari itu. Saya ada jugak prepare kad2 kaler biru, tulis nota sket2. Terok saya kene marah ngan beliau hari itu. Tetapi kami gembira sebab majlis itu menang anugerah majlis terbaik dekad ini. Itu sahaja pengalaman saya di hari guru di DSB menjadi mc..

Gua : Okay2. Terima kasih. Last, untuk tatapan umum. Ramai eager untuk mengetahui, ada pape kisah menarik atau tidak di belakang tabir. Yela, atas pentas nampak tenang..padahal belakang pentas? Hmm. Cer citer cer citer.. (sambil membuat gerak tangan usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah)
Naufal : Tahukan anda perutusan pengetua untuk merasmikan kotak itu hilang selama 5 minit? Alaaa yang dalam kotak tu..

Gua : Cer citer cer citer..

Naufal : Syupuk (dodol utopia) yang bawa kotak tu ke DSB, lalu diletaknya di atas kerusi kuning belah kiri sekali baris hadapan. Lepas tu, bebudak sume masuk DSB dan macam bese penuhkan tempat duduk. Syupuk said on. I ngan partner mc I pon start la.Tengah dok laung2 name cikgu masuk ke dsb, I tengok syupuk gelisah, muke pucat lesi. I da tau something wrong. Bisik punye bisik, rupenye perutusan tu hilang.

Gua : pergghhh. Cuak beb.

Naufal : Name2 cikgu da makin hampir habis dilaung. Hati gua dah dub dab dub dab. Cemane nak rasmi hari guru 2009 tanpa perutusan? Jawab2?

Gua : Aii.. kejap I kejap gua. Mane satu kata ganti diri lu ni? Okay2, sile sambung..

Naufal : (tersenyum dalam gelisah). Okay, I balik. You all tahu kan yang kite punya plan nak rasmikan hari guru, afiq akan masuk dan menewaskan musuh. Beliau akan masuk ke DSB, kemudian menuju ke mama.

Gua : (pandang sekeliling takut2 ade orang lain lagi selain daripada gua dan nopal).. I all tahu. Tahu.

Naufal : Haaaa.. Afiq dah bising2 sambil menjerit, mane perutusan? Mane perutusan? Dia dah nak gerak. Jeng3… teka kat mane perutusan tuh?
(gua geleng)

Naufal : Haaa.. ni la kes hilang barang paling ngoi. Bebudak yang masuk DSB, sume pakat alih kotak tu. Dari kiri ke kanan, ke kanan lagi, ke kanan lagi, sampai hujung, alih ke baris blakang. Pastu lesap. Dok tengah2 lautan pelajar. Mujur ade orang yang sedar dan berhenti daripada mengalih kotak tu. I rase kotak tu stop time kat group2 xtrovert gak, kan kite duduk depan sume. Huh. Syupuk teros capai kotak, lari ke hujung dewan. Afiq da peluh2, gabra x tau nak buat ape time tu. Alhamdulilllah, in the nick of time, Afiq da hampir masuk tanpa perutusan. Plannye nak masok, lawan2, pastu suroh mama ucap le sendiri perasmian tu..ikut suke ati die. Mujur la selamat. Kalau x, I rase majlis tu kompem2 gagal. Tu je..
Berdebar bukan dengar cerite ni? (sambil mengangkat kening, meniru gaya ziana zain)

Gua : (masih lagi dalam debaran) berdebar2.. papepun, terima kasih kerana sudi ditemubual. Izinkan gua amek gambar untuk cover page.

Naufal : Boleh, tapi jangan masuk dalam majalah mangga pulak.

Gua : Jangan risau. Mangga untuk aidil and zaquan adha je. Okay naufal, terima kasih. Babai.

Naufal : Dah kuar entry ni bagitau. Babai.

episod kedua : bersama afiq syahmi...

Wednesday, February 16, 2011

bilik pengumuman

ASSALAMUALAIKUM

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Dodol Utopia, perhatian kepada saudara Dodol Utopia, anda ada tetamu yang sedang menunggu di kantin sekolah. Sila turun dengan segera. Harap maklum.”
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Naufal Nashih, perhatian kepada saudara Naufal Nashih, anda diminta berjumpa dengan cikgu samad di bilik guru dengan kadar yang segera.”
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Fazreen Izuan dan Imraan Azhar, anda dikehendaki untuk turun ke kelas 5 al-Batani dengan kadar yang segera. Kate nak buat perjumpaan rumah uthman la ape la… ”
Selain daripada bilik gerakan pengawas yang terletak kat asrama putera, bilik siaraya a.k.a bilik pengumuman merupakan antara bilik yang paling legend dalam smap. Bilik pengumuman terletak dalam kedudukan yang paling strategic, berdepan dengan tapak perhimpunan, sebelah bilik warden dan cyber cafe serta berdekatan dengan parking kereta pengetua dan kelas pelajar dari negara siam. Bilik ni x perlu besar, sebab yang penting contribution kepada masyarakat sekeliling itu kene besar.
Banyak kegunaan bilik ini selain daripada menyamaikan mesej2 berbentuk seruan nama kepada seluruh masyarakat. Bagi pengawas2, bilik ini paling mendapat demand yang tinggi terutama jika perhimpunan dijalankan di dataran perhimpunan. Untuk berdiri tegak sambil mengiya-iyakan ucapan pengetua yang lama itu memang memerlukan stamina yang tinggi, jadi untuk mengatasi masalah itu, pengawas masing2 akan cuba untuk mendapat tempat duduk dalam keadaan serba dingin di dalam bilik pengumuman sambil berborak secara lantang semasa pengetua berucap. Sampaikan pengawas semua terpaksa come out dengan sebuah jadual khas bagi menjaga bilik pengumuman, disebabkan demand yang terlalu tinggi.
Selain itu, bilik pengumuman juga boleh dikategorikan sebagai kaunter menyimpan barang. Pagi2, masa perhimpunan, pelajar2 yang sedikit lewat disebabkan hal2 yang direka secara spontan semasa berlari turun ke dataran akan terus mencampak beg masing2 ke dalam bilik pengumuman sambil pengawas bertugas akan mengaplikasikan skil2 menangkap beg seperti yang telah diajar oleh saudara khairul nidzam a.k.a semut dalam permainan kriket. Budak2 nasheed dan kompang pula akan sentiasa memastikan bilik pengumuman kekal sebagai studio sementara mereka, dengan mereka seboleh-bolehnya nak menyimpan semua jenis alatan muzik dalam tu. Begitu juga dengan pelajar2 yang pulang dari camping. Mangkuk, perlatan dapur, makanan yang lebih, khemah dan segala macam bagai akan semua disimpan dalam bilik pengumuman, sehingga terbit idea daripada ketua umum ketika itu yang ketika ini berada di madinah untuk mengenakan cukai terhadap barang2 yang ditinggalkan, lalu dapatlah gua dan beliau menjamu beberapa paket tin milo dan susu pekat di dorm..
Bulan ramadhan bulan yang mulia. Bulan ramadhan juga ada radio smap. Apa itu radio smap? Radio smap ialah cetusan idea BDK yang mahukan pendengar2 untuk menikmati lagu2 santapan jiwa dan rohani disamping berpeluang menyampaikan dedikasi2 kepada insan tersayang. Di samping itu, pendengar2 juga akan berpeluang mendengar celoteh2 dj yang bertugas yang sememaaaaangnye ditungu-tunggu untuk didengar. Celoteh mereka cukuuuuup menarik, lagi menarik daripada mana2 dj profesional. Untuk membolehkan ini semua berlaku, bilik pengumuman akan bertindak sebagai konti radio selama sebulan ramadán. Caj untuk membuat pilihan lagu dan dedikasi dikenakan sebanyak berapa posen ntah, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Lagi2 bila sesetengah dj yang menarik ke udara, yang lawaknya digelak oleh semua orang yang berada di smap.
Seterusnya, bilik pengumuman juga bertindak sebagai bilik rehat pelajar. Yelah, nak masuk bilik pengetua dan berehat bersama beliau ketika sedang letih2 x masuk akal ye pulok, walaupun ade sofá disediakan dalam bilik tu. Lepastu, xkanlah nak berehat bersama warden2 dalam bilik warden walaupun ade tv disediakan, jadi bilik pengumuman adalah tempat efektif. Dulu2, bilik pengumuman bebas untuk dimasuki dengan berkasut. Tapi disebabkan teknologi semakin berkembang dan mop dan penyapu telah dicipta, nak masuk bilik pengumuman kena tanggal kasut. Ini juga disebabkan demand yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk berehat sambil bersila dan baring, juga sambil mendengar radio dan bergosip. Serta sambil membuat homework. Rajin le pulok..
Last sekali, bagi mereka yang sengkek untuk ke cyber café, jangan risau. Bilik pengumuman ada penyelesaiannya. Komputer ada disediakan untuk kegunaan orang ramai. Buatlahhhhh komputer dalam bilik pengumuman tu macam komputer sendiriii. Asal lalu depan bilik tu, muke ko. Malam kang lalu muke ko lagi. Esok pagi muke ko jugak? Gile hape.
Bilik pengumuman memang legend. Kenapa legend? Sebab siap boleh ada ajk yang bertanggungjawab jaga bilik tu. Carta organisasi lengkap semua. Gile hebat. Cool..

Saturday, February 12, 2011

 ASSALAMUALAIKUM

Alden Labu High School, 21st Avenue, 4309 Baxter, Minnesota
Day 1 :
Salji putih melayang-layang turun dari langit. Suhu sekitar Minnesota hari ini rata-rata -15 Fahrenheit. Semalam ‘snow blizzard’, agak teruk sampai arus jalan raya terpaksa ditutup. Hari ini cuaca lebih bertimbang-rasa, walaupun saljinya masih tak henti-henti.
Para pelajar Alden Labu High School melangkah malas menuju ke dewan makan. Ingatkan hari ini cuti lagi sebab cuaca tak baik, sekali Principal hantar pesanan dekat Alden Gmail :
“ Kelas hari ini tak dibatalkan. Jadual persekolahan seperti biasa. -Principal-”
Hari ini hari Isnin minggu kedua bulan Februari. Winter dari Disember masih liat hendak melangkah pergi. Sudah masuk sebulan para pelajar Alden Labu terpaksa berbungkus ke kelas.
Budak-budak puteri memang suka musim winter, boleh bergaya sakan kata mereka. Dari jaket kulit Edgy Black Leather, scarf jahit, Sleek Embellished Handbags, Tubbs snow shoes sampailah ke winter coat bulu-bulu Fabulous Faux Fur, habis semua digayakan ke sekolah.
Ada juga prof-prof perempuan yang mengadu bebudak puteri bergaya mengalahkan mereka. Prof. HEM dan Prof. Disiplin pula tak boleh nak buat apa, kerana memang musim sejuk perlukan pakaian sedemikian.
Lainlah kalau dipakainya waktu musim panas, memang buang tabiat.
Di sudut lain, bebudak putera, lebih gemar berhibernasi dalam bilik dengan heater dengan Play Station 15. Mereka memang tidak berapa kisah dengan fesyen winter etc. Asalkan tidak beku, jari-jemari tidak frost dan putus, dan mampu merasa kehadiran hidung dan telinga di muka sudah cukup.
**********
Joe memang tak ada mood nak ke sekolah hari ini. Scarf sepanjang 1.5 ft lilit di lehernya dibetulkan sungguh-sungguh sambil mulut mengunyah scrambled egg + potatoes dicicah sos tomato dengan mustard.
Memang dari 5th grade lagi dia pakai scarf kelabu asap tersebut. Hadiah dari ibunya.

“ Homework online Prof. Mok kau orang semua dah siap ? “ Adam memecah hening pagi di dewan makan.
Joe dan 14 kawan-kawannya tidak memberi sebarang respon. Masing-masing tengah khusyuk menikmati breakfast. Termasuk Joe yang meneguk jus oren pekat sampai tinggal separuh gelas..
“ Aku ingat hari ni cuti, siap separuh saja. Server internet pun tak berapa nak elok semalam, terbantut sedikit... ” respon Joe setelah meneguk jus oren pekat yang tinggal lagi separuh gelas. Nada sedikit kecewa,
Joe melihat jam rolex di tangan kirinya, bwah sedikit dari pergelangan tangan lantas mencapai tie emas di atas meja.
“ Doa-doa dia tak minta hari ni. Dah, jom gerak. Assembly dah nak start ni…. “
Sebelum melangkah keluar dari dewan makan, Joe sempat ke kaunter depan, tempat mereka berbaris untuk ambil makanan.
“ Thank you Auntie Sarah. Sedap potatoes dengan scrambled eggs hari ni… “
“ You are welcome dear. Untuk lunch ni, Auntie masak kari daging dengan telur masin. Jangan tak datang makan pula.. “ balas Auntie Sarah sambil tangan sibuk menyusun pinggan lauk di atas para kecil.
“ Confirm kami makan. Tak lengkap hari kami tanpa lunch auntie ! “ gurau Adam sambil ketawa kecil seraya bergegas keluar.
Auntie Sarah mengangguk kepala 4 kali tanda setuju benar sambil tersenyum, geli hati melihat Joe dan 15 kawan-kawannya.
**********
Assembly hari ini tak ubah seperti biasa. Nyayian Minus 1 lagu sekolah, lagu Negaraku, dan lagu rasmi negeri Minnesota, Renungan 5 minit oleh BDK, ulasan professor bertugas dan Principal bagi ucapan panjang berjela-jela.
Mujur Wilson Hall ada heater, kalau tidak, mahu beku pelajar-pelajar Alden Labu mendengar ucapan.
Joe dan kawan-kawannya seperti biasa di barisan belakang, dengar ucapan separuh lena. Matanya melilau-lilau ke dinding-dinding dewan.
Ada senarai nama Ketua Umum setiap tahun , Johan Antara Rumah, Juara Zanji dan sebagainya. Kadang-kadang bila bosan, Joe dan 15 kawan-kawannya cuba menghafal senarai-senarai tersebut
Assembly harian itu berakhir setelah 45 minit berlalu. Pelajar-pelajar Alden mula bergerak ke luar mengusung winter coat, berpecah ke bilik kuliah masing-masing. Ada sebahagian ke Susur Loker, mengambil barang dalam loker masing-masing.
Susur Loker memanjang sepanjang 100 meter di belah barat, tepat pada sudut 60 darjah. Sepanjangnya ada loker 500 pelajar Alden, tempat mereka simpan barang dan buku-buku, agar mudah tak perlu diusung pulang ke hostel.
Joe dan segerombolan kawan-kawannya berjalan yang kelajuannya ala-ala waktu pulang ke hostel, padahal sekolah baru hendak bermula. Selalu mereka memang bergerak segerombolan. 16 orang semuanya. Kadang-kadang 13, kadang-kadang 11.5, jarang-jarang bawah 10 orang sekali jalan.
Kelihatan dari jauh Rosemarry dengan gitar Ibanez warna merah jambunya berjalan pantas menuju ke arah timur. Bibirnya kelihatan merekah. Mungkin kerana suhu yang sejuk menyebabkannya. Pun.
“ Morning Rosemarry! “ Hayden, rakan meja Joe menyapanya tanpa perasaan segan-segan.
“ Mengapa dibawa gitar ke sekolah, Rose ? “
“ Ohh..saya ada ujian Music 233 lagi dua jam. Kena mainkan lagu Grenades-Bruno Mars di hadapan wakil The Royal Conservatory of Music Canada “ jawab Rosemarry sopan sambil tersenyum manis. Gadis dari Texas itu memang cantik orangnya. Sopan santun pula. Mungkin juga pandai memasak.
“ Wow ! Ada ujian rupanya. All the best our friend ! “ serentak Joe dan 15 kawan-kawannya berkata.
Mereka sendiri kagum bagaimana mereka boleh berkata perkataan yang sama dengan nada yang sama pada waktu yang sama. Bagaikan adik-beradik yang erat hubungannya pun.
Joe dan 15 kawan-kawannya, kebanyakannya dapat tajaan dari negeri masing-masing. Adam dari Missouri, Karl dari New Jersey, Gary dari Penn State, dan yang lagi baki dari negeri lain-lain juga.
Majoriti ambil course Art and Science. Pelajar-pelajar Alden Labu High School bebas untuk pilih course yang mereka minat asalkan ia ditawarkan, dan yuran dibayar secar tunai tidak secara ansuran.
Alden Labu memang sekolah elit di rantau Minne, yurannya satu semester untuk seorang sudah mencecah jutaan USD. Sekolah bangsawan, kata orang ramai. Tapi ramai juga yang dapat tajaan dan biasiswa sukan dan sebagainya.
*************

“ Baiklah, pastikan malam ini siapkan Homework 8.3 “ pesan Prof. Mok. Tegas bunyinya.
“ Lusa kita akan ada kuiz. So, kalau tak buat, alamatnya kosong lah kertas kuiz kamu nanti. Faham ? “
“ Fahaaaaaam ! “ senada seirama pelajar kelas 2 Microsoft menjawab. Yakin dengan jawapan itu, Prof. Mok pun berlalu pergi.
Mata masing-masing kuyu dan kepenatan. Subjek Algebra 2.5 dengan Prof Mok memang meletihkan. Homework banyak, kuiz pun banyak. Senior-senior Joe selalu juga cerita dedikasi Prof. Mok yang kadang melebih-lebih.
Subjek seterusnya, Histology. Instructornya, Prof. Maria.
Ada lagi 5 minit sebelum kelas bermula. Selang waktu antara subjek digunakan sebaik mungkin. Budak-budak puteri ada yang tidur sebentar , ada yang bergosip, ada yang mencuba winter coat kawan-kawan lain, dan ada juga yang membelek-belek buku teks Histo setebal penumbuk itu.
“ Guys, jom water cooler. Dengar kata water cooler depan bengkel baru tukar filter. Sejuk gila. Jom.. “ Joe petah berbicara. Memang terserlah bakat kepimpinan Joe. Dia ketua kelas 2 Microsoft.
Kelas itu sunyi sepi. Yang tinggal hanya kesekian budak puteri. Kesemua 16 budak putera masuk ke dalam elevator warna kelabu metallic, dan lesap. Menuju ke water cooler di ground floor.

Saturday, February 5, 2011

time is running out-muse

ASSALAMUALAIKUM

telefon bimbit N8 gua berdering panjang, menandakan bukan msg yg masok tetapi ade org call....pantas gua berlari dari dapur menyentap henpon yg tergedik2 vibrate hampir jatuh di hujung2 meja komputer..."hello, eh....Assalamualaikum...."gua membetulkan intro menjawab telepon gua..."Waalaikumussalam....bla bla bla bla bla"...panjang kata2 yg disampaikan oleh si pemanggil telepon gua tadi..tetapi secara ringkasnya, beliau suroh gua kol balek pasal beliau sengkek kredit...dari mane mamat tu tau yg kredit henpon gua tak penah kurang RM100, tu gua tak tau...tapi demi member, gua layankan je....017-7383507....gua menekan satu2 butang kekunci pada henset gua...selepas 2 saat menekan butang panggil, gua tekan balik butang kale merah...silap2...tu no ex gua...jangan buat hal call ex tgh2 malam buta camni...boleh buat fitnah...gua memeriksa call log lalu membuat panggilan terus kepada member gua tadi....truutt truutt....

"salam dol...sehat?"...intro2 camni gua mmg dah boleh jangka kalau gua kol sape2 yg suroh gua kol balek...kononnya soalan sihat atau tidak tu boleh buat gua rase bertuah ada member2 yg concern gile babeng camni...kalau ikot hati, gua mmg nak jawab balek yg gua tgh terlantar kat icu, 2 minit lagi nak pegi bedah usus kecil...tapi bile mengenangkan ungkapan azimat yg menyebut 'kata2 itu doa', gua tahankan mulut gua dari menghamburkan ayat tersebut...gua membalas ringkas, dgn senyuman yg tidak mungkin dapat dilihat oleh member gua dari hujung talian sana...."never been better der...."

setelah lebih kurang 20 minit berborak pung pang pung pang, gelak ketawa diiringi tangisan juga sedu sendawa, gua menghempas henpon N8 gua laju ke atas sofa ikea menandakan tamatnya perbualan gua dgn member gua tadi yg lebih sng untuk gua gelar anonymous....macam2 benda gak kitorang sembang...kenapa buku mastika makin bosan, patotke gua tekel emma watson time tgh blajar, juga tak lupa tentang keadaan member2 gua yg lepak kat mesir...tapi gua tertarik untuk kongsi kat lu org sume ttg satu kisah yg mamat tu citekan kat gua...

**kata ganti diri 'gua' kini merujuk kepada anonymous...bukan gua yg betol2 gua...harap paham..
-mase jumaat minggu lepas, gua bersiap bagai nak pegi semayang Jumaat kat masjid....siap berminyak atar, sarung baju melayu ngan ikat kain pelikat ketat2,gua mula berjalan ke masjid sambil diiringi dgn zikir...mase tu tak ramai org sgt,pasal mmg gua je yg rajin gerak awal2 ni...pastu ade la gak due tige orang pakcik area2 kliling umah gua yg gerak sekali sambil borak2...hal ape yg diorang borakkan, gua tak nak ambil tahu....kalau borak pasal politik, gua kompem mmg belom smpai ke masjid mesti dah bertumbok begadoh sakan...kotor sungguh politik itu...

hampir2 kaki gua melangkah melepasi pintu gate hitam metallic masjid,gua ditepuk dari belakang....kaget, itu sahaja perasaan yg bermain di dalam benak jiwa gua ketika itu. kalau gangster2 nak pau gua,gua tak kesah....tapi kalau awek2 yg tepok, boleh buat hilang tumpuan mase dgr khutbah karang...gua tabahkan diri, memaling ke belakang..."Assalamualaikum anonymous..",tegur si penepok blkg gua tadi...cis, jiran sebelah rumah gua rupenye,pakcik menawir...gua bersalam dan berpelokan sebentar sebagai menunjukkan betapa kuatnya ukhuwah kami sebagai saudara seagama...pakcik menawir bertanyakan akan keadaan gua samada sihat ataupn tidak,juga tentang kesihatan ayah gua..gua menjawab tertib, tanpa banyak bual bicara...lalu, gua dan pakcik menawir pun membawa haluan masing2...pakcik menawir masok dari pintu besar,manakala gua pula dari pintu dewan solat wanita...risiko selipar hilang amat tipis bukan?..

tamat solat Jumaat, gua bergegas pulang ke rumah....game kingdom heart gua tak abes lagi lawan bos...sikit punya payah nak kalahkan bos die...dari pukol 2 gua maen, smpai pukol 4 lebih gua berenti....tetap tak terkalah bos tersebut...dah makan banyak kali maki gak, tetap tak kalah...tu yg susah kalau maen dgn computer,takde hati dan perasaan....gua bergerak ke pintu rumah, ambil angin petang sedikit....tiba2,gua lihat ramai orang berkerumun di rumah jiran gua..."ahh sudah...", gua berlari ke almari dan melihat semua kad jemputan yg ada...namun tak satu pun yg tercatat nama pak menawir sebagai tuan rumah...mana mungkin jiran tak ajak jiran pegi rewang ye dok?...gua kembali ke pintu depan dan memanggil seorang pakcik yg kelihatan macam menunggu gua bertanya sesuatu kepada beliau..."ade ape pakcik kat sebelah ni?"....tatkala gua mendengar jawapan dari pakcik tersebut, kaki gua lemah...jantung gua bagaikan berhenti untuk sesaat, kemudian berdetak kembali dgn laju untuk cover yg berhenti sesaat tadi....pakcik menawir telah meninggal dunia....baru tadi smbhyg Jumaat gua berborak salam bagai...tup2, petangnya dah kembali ke Rahmatullah...gua menarik nafas panjang dan mengucapkan Innalillah...semoga roh pakcik menawir dicucuri rahmat...

**kembali kepada mood gua yg sebenar...

gua amat berminat dgn kisah yg anonymous ceritakan kat gua...bukanlahsatu kisah yg rare ataupn jarang sangat berlaku dalam masyarakat...tapi dari kisah tu, impak daripada tazkirah ttg betapa pendeknya hidup ini yg selalu gua dgr mungkin akan lebih terasa...berborak pukol 1.00 ptg, meninggal puko 4.00 ptg...hanya 3jam interval masa...pasal tu jiran,mungkin tak berapa nak rasa sgt...tapi apa macam kalau org2 terdekat?...berapa kuat impaknya?sedih? kecewa? menyesal??lu orang sendiri yg tetapkan...gua cuma ingin sarankan...hargailah segala apa yg anda ada sekarang dgn sebaiknya...macam quote yg biasa lu org dgr ataupn bace kat status2 awek indie, kita hanya akan tahu menghargai sesuatu tatkala kita kehilangannya.....

UWEEEKKK...UWEEKKK...UWEEEKKK...(hidup ni kejap je derr)
-anonymous, jan 1981-jan 1981

*bukan kisah rekaan yg kita nak ambil kira...isi dalam dia tuh yg nak kita kaji tu beb!!




Diari Joni 4

 ASSALAMUALAIKUM

6.05 pm
Luka dan calar-balar di tangan Joni semakin bercambah. Manakan tidak, habis batang buluh dihalusi dengan tangannya. Parang Pakcik Roe masih tertusuk kukuh di tanah. Azimat Atuk Ki mendorong Joni untuk tidak berputus asa dari mencapai impian. Peluh jantan Joni menitik satu demi satu.
Tiba-tiba, pandangannya jadi gelap kesumat. Joni yang tadi berdiri gagah kini separa mencangkung. Kedua kaki Joni makin lama makin lemah. Tekaknya terasa haus. Haus yang amat sangat.
“ Dehydrated sangat ni… “ cetus hati Joni.
Dari jauh Joni lihat seorang pelajar tingkatan satu berlari-lari anak di koridor sebelah kantin Pakcik Roe. Dia menekan picu water ccoler, dan meneguk curahan air sejuk dari muncung water cooler tersebut. Setelah puas meneguk air sejuk, dia pun melepaskan picu water cooler. Mukanya tergambar perasaan puas.
Redzuan. Ya, itu Redzuan. Redzuan adalah adik angkat Joni. Memang jadi kebiasaan di sekolahnya, para pelajar Tingkatan Lima akan diberi amanah menjaga seorang pelajar tingkatan satu. Merekalah yang bakal mencorak para pelajar tingkatan satu, yang diibaratkan bak kain sutera putih. Joni yakin selama ini dia telah mengasuh Redzuan sebaik mungkin dan bakal membantunya ketika dia dalam kesusahan, seperti sekarang.
“ Redz…..Redzu…Redzu…” Joni cuba menjerit meminta tolong adik angkat namun suara merdunya tidak keluar lagi.
Dia mencuba kali kedua.
“ Redz…..Redzu…Dzu…..” Kegagalannya pun.
Air mata Joni tiba-tiba mencurah, dia menangis teresak-esak ibarat bayi yang suci. Begini rupanya perasaan orang yang tidak ada makanan, tidak punya minuman. Hati lembutnya tersentuh.
“ Joni tak patut mengalah !! Joni cergas dan cerdas !!! “ suara dari dalam membentak hati Joni.
Seolah mendapat tiupan semangat, Joni yang hampir rebah akibat dehydration terus bangun bertongkat parang.
Dalam fikiran, Joni cuba memanggil-manggil memori siri dokumentari Man VS Wiild, yang diacarakan oleh Bear Grylls. Joni memang minat rancangan Man VS Wild. Rancangan tersebut mengajar bagaimana seseorang mampu menyelamatkan diri ketika berada dalam kecemasan, seperti situasi Joni sekarang.
Joni mendongak ke atas. Buluh- buluh Taman Geografi yang tergantung malu memberi idea kepada Joni.
Zaaaass !
Dihirupnya air jernih yang keluar dari buluh di Taman Geografi itu. Zoni pantas meyahut sebatang lagi buluh dan mencantas. Air jernih yang keluar mengalir membasahi tekak Joni.
“ Alhamdulillah..” bisik Joni. Sesudah puas meneguk air, Joni melempar batang-batang buluh itu ke tanah. Biar tumbuh menjadi baja.
“ Dah..sambung kerja. “ bicara Joni dengan tegas.





Bersambung…….