Saturday, February 12, 2011

 ASSALAMUALAIKUM

Alden Labu High School, 21st Avenue, 4309 Baxter, Minnesota
Day 1 :
Salji putih melayang-layang turun dari langit. Suhu sekitar Minnesota hari ini rata-rata -15 Fahrenheit. Semalam ‘snow blizzard’, agak teruk sampai arus jalan raya terpaksa ditutup. Hari ini cuaca lebih bertimbang-rasa, walaupun saljinya masih tak henti-henti.
Para pelajar Alden Labu High School melangkah malas menuju ke dewan makan. Ingatkan hari ini cuti lagi sebab cuaca tak baik, sekali Principal hantar pesanan dekat Alden Gmail :
“ Kelas hari ini tak dibatalkan. Jadual persekolahan seperti biasa. -Principal-”
Hari ini hari Isnin minggu kedua bulan Februari. Winter dari Disember masih liat hendak melangkah pergi. Sudah masuk sebulan para pelajar Alden Labu terpaksa berbungkus ke kelas.
Budak-budak puteri memang suka musim winter, boleh bergaya sakan kata mereka. Dari jaket kulit Edgy Black Leather, scarf jahit, Sleek Embellished Handbags, Tubbs snow shoes sampailah ke winter coat bulu-bulu Fabulous Faux Fur, habis semua digayakan ke sekolah.
Ada juga prof-prof perempuan yang mengadu bebudak puteri bergaya mengalahkan mereka. Prof. HEM dan Prof. Disiplin pula tak boleh nak buat apa, kerana memang musim sejuk perlukan pakaian sedemikian.
Lainlah kalau dipakainya waktu musim panas, memang buang tabiat.
Di sudut lain, bebudak putera, lebih gemar berhibernasi dalam bilik dengan heater dengan Play Station 15. Mereka memang tidak berapa kisah dengan fesyen winter etc. Asalkan tidak beku, jari-jemari tidak frost dan putus, dan mampu merasa kehadiran hidung dan telinga di muka sudah cukup.
**********
Joe memang tak ada mood nak ke sekolah hari ini. Scarf sepanjang 1.5 ft lilit di lehernya dibetulkan sungguh-sungguh sambil mulut mengunyah scrambled egg + potatoes dicicah sos tomato dengan mustard.
Memang dari 5th grade lagi dia pakai scarf kelabu asap tersebut. Hadiah dari ibunya.

“ Homework online Prof. Mok kau orang semua dah siap ? “ Adam memecah hening pagi di dewan makan.
Joe dan 14 kawan-kawannya tidak memberi sebarang respon. Masing-masing tengah khusyuk menikmati breakfast. Termasuk Joe yang meneguk jus oren pekat sampai tinggal separuh gelas..
“ Aku ingat hari ni cuti, siap separuh saja. Server internet pun tak berapa nak elok semalam, terbantut sedikit... ” respon Joe setelah meneguk jus oren pekat yang tinggal lagi separuh gelas. Nada sedikit kecewa,
Joe melihat jam rolex di tangan kirinya, bwah sedikit dari pergelangan tangan lantas mencapai tie emas di atas meja.
“ Doa-doa dia tak minta hari ni. Dah, jom gerak. Assembly dah nak start ni…. “
Sebelum melangkah keluar dari dewan makan, Joe sempat ke kaunter depan, tempat mereka berbaris untuk ambil makanan.
“ Thank you Auntie Sarah. Sedap potatoes dengan scrambled eggs hari ni… “
“ You are welcome dear. Untuk lunch ni, Auntie masak kari daging dengan telur masin. Jangan tak datang makan pula.. “ balas Auntie Sarah sambil tangan sibuk menyusun pinggan lauk di atas para kecil.
“ Confirm kami makan. Tak lengkap hari kami tanpa lunch auntie ! “ gurau Adam sambil ketawa kecil seraya bergegas keluar.
Auntie Sarah mengangguk kepala 4 kali tanda setuju benar sambil tersenyum, geli hati melihat Joe dan 15 kawan-kawannya.
**********
Assembly hari ini tak ubah seperti biasa. Nyayian Minus 1 lagu sekolah, lagu Negaraku, dan lagu rasmi negeri Minnesota, Renungan 5 minit oleh BDK, ulasan professor bertugas dan Principal bagi ucapan panjang berjela-jela.
Mujur Wilson Hall ada heater, kalau tidak, mahu beku pelajar-pelajar Alden Labu mendengar ucapan.
Joe dan kawan-kawannya seperti biasa di barisan belakang, dengar ucapan separuh lena. Matanya melilau-lilau ke dinding-dinding dewan.
Ada senarai nama Ketua Umum setiap tahun , Johan Antara Rumah, Juara Zanji dan sebagainya. Kadang-kadang bila bosan, Joe dan 15 kawan-kawannya cuba menghafal senarai-senarai tersebut
Assembly harian itu berakhir setelah 45 minit berlalu. Pelajar-pelajar Alden mula bergerak ke luar mengusung winter coat, berpecah ke bilik kuliah masing-masing. Ada sebahagian ke Susur Loker, mengambil barang dalam loker masing-masing.
Susur Loker memanjang sepanjang 100 meter di belah barat, tepat pada sudut 60 darjah. Sepanjangnya ada loker 500 pelajar Alden, tempat mereka simpan barang dan buku-buku, agar mudah tak perlu diusung pulang ke hostel.
Joe dan segerombolan kawan-kawannya berjalan yang kelajuannya ala-ala waktu pulang ke hostel, padahal sekolah baru hendak bermula. Selalu mereka memang bergerak segerombolan. 16 orang semuanya. Kadang-kadang 13, kadang-kadang 11.5, jarang-jarang bawah 10 orang sekali jalan.
Kelihatan dari jauh Rosemarry dengan gitar Ibanez warna merah jambunya berjalan pantas menuju ke arah timur. Bibirnya kelihatan merekah. Mungkin kerana suhu yang sejuk menyebabkannya. Pun.
“ Morning Rosemarry! “ Hayden, rakan meja Joe menyapanya tanpa perasaan segan-segan.
“ Mengapa dibawa gitar ke sekolah, Rose ? “
“ Ohh..saya ada ujian Music 233 lagi dua jam. Kena mainkan lagu Grenades-Bruno Mars di hadapan wakil The Royal Conservatory of Music Canada “ jawab Rosemarry sopan sambil tersenyum manis. Gadis dari Texas itu memang cantik orangnya. Sopan santun pula. Mungkin juga pandai memasak.
“ Wow ! Ada ujian rupanya. All the best our friend ! “ serentak Joe dan 15 kawan-kawannya berkata.
Mereka sendiri kagum bagaimana mereka boleh berkata perkataan yang sama dengan nada yang sama pada waktu yang sama. Bagaikan adik-beradik yang erat hubungannya pun.
Joe dan 15 kawan-kawannya, kebanyakannya dapat tajaan dari negeri masing-masing. Adam dari Missouri, Karl dari New Jersey, Gary dari Penn State, dan yang lagi baki dari negeri lain-lain juga.
Majoriti ambil course Art and Science. Pelajar-pelajar Alden Labu High School bebas untuk pilih course yang mereka minat asalkan ia ditawarkan, dan yuran dibayar secar tunai tidak secara ansuran.
Alden Labu memang sekolah elit di rantau Minne, yurannya satu semester untuk seorang sudah mencecah jutaan USD. Sekolah bangsawan, kata orang ramai. Tapi ramai juga yang dapat tajaan dan biasiswa sukan dan sebagainya.
*************

“ Baiklah, pastikan malam ini siapkan Homework 8.3 “ pesan Prof. Mok. Tegas bunyinya.
“ Lusa kita akan ada kuiz. So, kalau tak buat, alamatnya kosong lah kertas kuiz kamu nanti. Faham ? “
“ Fahaaaaaam ! “ senada seirama pelajar kelas 2 Microsoft menjawab. Yakin dengan jawapan itu, Prof. Mok pun berlalu pergi.
Mata masing-masing kuyu dan kepenatan. Subjek Algebra 2.5 dengan Prof Mok memang meletihkan. Homework banyak, kuiz pun banyak. Senior-senior Joe selalu juga cerita dedikasi Prof. Mok yang kadang melebih-lebih.
Subjek seterusnya, Histology. Instructornya, Prof. Maria.
Ada lagi 5 minit sebelum kelas bermula. Selang waktu antara subjek digunakan sebaik mungkin. Budak-budak puteri ada yang tidur sebentar , ada yang bergosip, ada yang mencuba winter coat kawan-kawan lain, dan ada juga yang membelek-belek buku teks Histo setebal penumbuk itu.
“ Guys, jom water cooler. Dengar kata water cooler depan bengkel baru tukar filter. Sejuk gila. Jom.. “ Joe petah berbicara. Memang terserlah bakat kepimpinan Joe. Dia ketua kelas 2 Microsoft.
Kelas itu sunyi sepi. Yang tinggal hanya kesekian budak puteri. Kesemua 16 budak putera masuk ke dalam elevator warna kelabu metallic, dan lesap. Menuju ke water cooler di ground floor.

1 comment:

Arepseman said...

kejadahan la minum water cooler time winter. ahaha :D