Wednesday, February 16, 2011

bilik pengumuman

ASSALAMUALAIKUM

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Dodol Utopia, perhatian kepada saudara Dodol Utopia, anda ada tetamu yang sedang menunggu di kantin sekolah. Sila turun dengan segera. Harap maklum.”
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Naufal Nashih, perhatian kepada saudara Naufal Nashih, anda diminta berjumpa dengan cikgu samad di bilik guru dengan kadar yang segera.”
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perhatian kepada saudara Fazreen Izuan dan Imraan Azhar, anda dikehendaki untuk turun ke kelas 5 al-Batani dengan kadar yang segera. Kate nak buat perjumpaan rumah uthman la ape la… ”
Selain daripada bilik gerakan pengawas yang terletak kat asrama putera, bilik siaraya a.k.a bilik pengumuman merupakan antara bilik yang paling legend dalam smap. Bilik pengumuman terletak dalam kedudukan yang paling strategic, berdepan dengan tapak perhimpunan, sebelah bilik warden dan cyber cafe serta berdekatan dengan parking kereta pengetua dan kelas pelajar dari negara siam. Bilik ni x perlu besar, sebab yang penting contribution kepada masyarakat sekeliling itu kene besar.
Banyak kegunaan bilik ini selain daripada menyamaikan mesej2 berbentuk seruan nama kepada seluruh masyarakat. Bagi pengawas2, bilik ini paling mendapat demand yang tinggi terutama jika perhimpunan dijalankan di dataran perhimpunan. Untuk berdiri tegak sambil mengiya-iyakan ucapan pengetua yang lama itu memang memerlukan stamina yang tinggi, jadi untuk mengatasi masalah itu, pengawas masing2 akan cuba untuk mendapat tempat duduk dalam keadaan serba dingin di dalam bilik pengumuman sambil berborak secara lantang semasa pengetua berucap. Sampaikan pengawas semua terpaksa come out dengan sebuah jadual khas bagi menjaga bilik pengumuman, disebabkan demand yang terlalu tinggi.
Selain itu, bilik pengumuman juga boleh dikategorikan sebagai kaunter menyimpan barang. Pagi2, masa perhimpunan, pelajar2 yang sedikit lewat disebabkan hal2 yang direka secara spontan semasa berlari turun ke dataran akan terus mencampak beg masing2 ke dalam bilik pengumuman sambil pengawas bertugas akan mengaplikasikan skil2 menangkap beg seperti yang telah diajar oleh saudara khairul nidzam a.k.a semut dalam permainan kriket. Budak2 nasheed dan kompang pula akan sentiasa memastikan bilik pengumuman kekal sebagai studio sementara mereka, dengan mereka seboleh-bolehnya nak menyimpan semua jenis alatan muzik dalam tu. Begitu juga dengan pelajar2 yang pulang dari camping. Mangkuk, perlatan dapur, makanan yang lebih, khemah dan segala macam bagai akan semua disimpan dalam bilik pengumuman, sehingga terbit idea daripada ketua umum ketika itu yang ketika ini berada di madinah untuk mengenakan cukai terhadap barang2 yang ditinggalkan, lalu dapatlah gua dan beliau menjamu beberapa paket tin milo dan susu pekat di dorm..
Bulan ramadhan bulan yang mulia. Bulan ramadhan juga ada radio smap. Apa itu radio smap? Radio smap ialah cetusan idea BDK yang mahukan pendengar2 untuk menikmati lagu2 santapan jiwa dan rohani disamping berpeluang menyampaikan dedikasi2 kepada insan tersayang. Di samping itu, pendengar2 juga akan berpeluang mendengar celoteh2 dj yang bertugas yang sememaaaaangnye ditungu-tunggu untuk didengar. Celoteh mereka cukuuuuup menarik, lagi menarik daripada mana2 dj profesional. Untuk membolehkan ini semua berlaku, bilik pengumuman akan bertindak sebagai konti radio selama sebulan ramadán. Caj untuk membuat pilihan lagu dan dedikasi dikenakan sebanyak berapa posen ntah, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Lagi2 bila sesetengah dj yang menarik ke udara, yang lawaknya digelak oleh semua orang yang berada di smap.
Seterusnya, bilik pengumuman juga bertindak sebagai bilik rehat pelajar. Yelah, nak masuk bilik pengetua dan berehat bersama beliau ketika sedang letih2 x masuk akal ye pulok, walaupun ade sofá disediakan dalam bilik tu. Lepastu, xkanlah nak berehat bersama warden2 dalam bilik warden walaupun ade tv disediakan, jadi bilik pengumuman adalah tempat efektif. Dulu2, bilik pengumuman bebas untuk dimasuki dengan berkasut. Tapi disebabkan teknologi semakin berkembang dan mop dan penyapu telah dicipta, nak masuk bilik pengumuman kena tanggal kasut. Ini juga disebabkan demand yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk berehat sambil bersila dan baring, juga sambil mendengar radio dan bergosip. Serta sambil membuat homework. Rajin le pulok..
Last sekali, bagi mereka yang sengkek untuk ke cyber café, jangan risau. Bilik pengumuman ada penyelesaiannya. Komputer ada disediakan untuk kegunaan orang ramai. Buatlahhhhh komputer dalam bilik pengumuman tu macam komputer sendiriii. Asal lalu depan bilik tu, muke ko. Malam kang lalu muke ko lagi. Esok pagi muke ko jugak? Gile hape.
Bilik pengumuman memang legend. Kenapa legend? Sebab siap boleh ada ajk yang bertanggungjawab jaga bilik tu. Carta organisasi lengkap semua. Gile hebat. Cool..

No comments: