Thursday, April 8, 2010

Laporan itu .

Assalamualaikum.

19 Januari . Tarikh itu masih evergreen dalam ingatan kami semua . Seperti lagu2 hari raya yang tidak jemu didengar pada setiap sambutan hari raya aidilfitri , begitu juga cerita yang akan dipedengarkan ini. Walaupon ianya sukar dan pahit diterima seperti perpisahan antara pasangan kekasih , tetapi itulah yang terjadi kepada kami semua .


Malam itu sunyi sepi . Kami menjalani kehidupan seperti biasa . Mereka yang malas makan biskut kering dan air teh suam2 kuku di DM telah pun pulang ke dorm masing2 . Huh , di dalam kepala otak mungkin sedang sibuk memikirkan tentang kerja2 addmath yang susahnye seperti menunggu terbinanye terminal bas di Labu yang indah . Ataupon mereka memikirkan katil yang sedang melambai2 menunggu pulangnye tuan mereka . Ahhh , indah sekali .


Tetapi apa pon yang mereka fikirkan , pastinya peristiwa ini tiada dalam perancangan mereka malam itu . Peristiwa yang tidak dijangka ini bermula apabila sekumpulan pelajar membawa balik seorang pelajar form 3 ke dorm **** yang lengang tanpa kehadiran Extrovetian ketika itu . Kenapakah ? Kalau bawa balik nasi bungkus atau nasi lemak balik dorm itu masih boleh diterima , boleh gak mengisi perut yang lapar nie , tetapi budak form 3 ?? WTH .


"Pengumuman - pengumuman , ada function !" Dengan nada seperti lagu Cari Jodoh dendangan Wali Band , berita ini pantas tersebar . Sekelip mata , dorm **** berubah wajah . Dorm yang mulanya senyap pada malam itu tetiba menjadi begitu riuh rendah seperti sedang berlangsungye perlawan akhir piala FA . Mereka semua memenuhi segenap pelusuk dorm untuk melihat acara yang akan berlangsung seterusnye dengan penuh teruja . Makanan dan minuman juga tidak lupa dibawa bersama2 .


Bammm! Pintu dorm ditutup dan lampu dipadamkan dengan serta merta . Keadaan menjadi gelap dan kelam kabut dengan kedengaran bunyi2 suara sumbang seluruh dorm ala2 monyet gitu . Semua tidak sabar mengetahui sebab mengape budak itu dibawa ke mari ? Kesalahan apekah kali ini ? Merokok ? Jadahnye beliau merokok . Fly prep malam ? Outing pakai selipar ? Tak azan Subuh pagi tadi ikut turn ? Semua tertanye2 ...


Jadi bagi menyelamatkan keadaan yang huru hara nie tampil seorang pemuda kacak ke tengah dorm bagi menjelaskan segala kesulitan berhubung kes nie . ( kes ke ?? ) Waahh, dengan berbicara seperti Farid Kamil, pelajar ini ( identiti dirahsiakan ) menerangkan kesalahan budak itu dari A to Z dengan penuh bergaya . Akibat keLAMPIan sesetengah pelajar yang masih tak paham dengan masalah ini , ataupon dengan gaya bahasa yang disampaikan oleh pemuda kacak ini , kami terpaksa melihat ulang tayang lakonan budak form 3 ituu .


Haha . Selepas itu berlangsung sesi tegur menegur yang berlangsung dengan penuh ketegangan dengan himpunan bahasa2 indah yang masih tiada maksudnye di Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 dilontarkan dengan tanpa madah berhelah kepada budak itu . Seperti mana manusia bernafas seperti itu lah limpahan kata2 dikeluarkan . Non stop till the end bebeh . Haha . Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu pekak separuh masa jika tak biasa dengar perkataan2 ini .


Selepas itu boleh dikatakan sebagai sejarah . Muncul pula pemain2 seperti Petr Cech , Steven Gerrard , Frank Lampard , Ashley Cole ( ?? ) mengambil alih pentas utama event itu . Cech tidak mensiakan bakatnye dengan menunjukkan kebolehan menumbuk ' bola ' hingga ke loker . Itu tidak ketinggalan dengan pertunjukan half-volley yang amat cantik daripada Stevie G dan Franky . Dan Ashley .. err.. ape ntah dye buat juga memeriahkan keadaan pada malam itu disamping pemain muda akademi MU juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat terbaik mereka malam itu .


Persembahan itu tidak ubah seperti sekumpulan orang asli etnik kanibal Uganda keliling unggun api menunggu juadah malam mereka . Dengan rakusnye daging2 mangsa mereka dimakan satu persatu sehingga mereka kenyang . Haha . Mungkin dengan kiasan tak seberape ini semua pihak akan paham apa yang sebenarnye terjadi pada malam itu . Mereka mungkin lagi kejam daripada emak tiri Shazlan kat cite Hikayat Putera Shazlan ataupon lebih menjijikan daripada Dr.Johan dalam cerita Na O Mei .


Siapa sangka acara yang berlangsung seperti konsert SuJu yang digilai semua remaja terhenti dengan hanya sebuah lampu suluh ?? ( errmm..lampu ape ntah ) dan semua yang ada di dalam itu mula sedar seperti sedia kala . Mereka mula menunjukkan sifat kemanusiaan yang memang tertanam di jiwa kesemua mereka semenjak kecil lagi , dan dengan tidak semena2 keadaan berubah . Budak tadi telah dilayan seperti layanan kelas pertama oleh mereka semua .


Air panas sebaldi diambil , makanan dan minuman di dalam loker dikeluarkan , dan pelajar yang menyertai PBSM sebagai pasukan beruniform mereka mula mengambil alih tugas . Budak yang tadinya dibiarkan seperti kes bayi terbuang yang hangat diperkatakan mula dibelai dan dimanja oleh mereka semua . Ini jelas menunjukkan bahawa seseorang itu boleh berubah dengan sekelip mata . Sama ada menjadi jahat atau baik terpulang kepada mereka. Anda semua kena ingat itu !!


TETAPI. Ternyata ada juga pihak2 yang dengki dengan kemesraan mereka pada malam itu .


Ending yang anda semua boleh agak dengan beberapa ahli batch Extrovert terpaksa meninggalkan sekolah tanpa rela hati dan sebahagian besar pula dikenakan hukuman gantung sekolah dan sebatan . Ternyata apa yang mereka lakukan tidak mencukupi untuk menutup kelemahan mereka .


Everything always happen for a reason
I guess it was never meant to be
But it's just something
We have no control over
And that's what destiny is







No comments: