Tuesday, April 6, 2010

band dikir barat

ASSALAMUALAIKUM


Kali ini aku mahu membawa anda2 semua 3 tahun ke belakang iaitu tahun 2007 dimana sejarah telah tercipta dengan munculnya fenomena band2 dikir barat baru di seantero Malaya...yg mane tyme tu hampir setiap manusia merasakan satu kewajipan bagi mereka untuk menyertai mane2 band dikir barat bagi menyerlahkan lagi aspek kejantanan dalam diri masing2..dikir barat pada waktu itu dirasakan lebih macho dan bergaya berbanding era modelling seperti yg telah diceburi oleh rudy pengusaha kantin smap.. (rudy adalah model tetap pakaian musim winter Valentino Rudy)

jadi, nak tak nak bebudak ekstrovert juga merasakan bahawa mereka perlulah menubuhkan band dikir barat sendiri yg diberi name "bila mentari tunduk ke bumi"..jadi apabila pihak sekolah muncul pula dengan kad undangan untuk mengadakan persembahan bersempena hari anugerah kokurikulum, ianya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi kesemua ahli band terutama yg paling gagah dan macho merangkap tukang karut, muhammad tanial..

jadi sibuklah semua orang tyme tu..training dijalankan hampir setiap hari bagi memastikan persembahan nanti mendapat tepukan gemuruh atau dalam bahasa jawanye "standing ovation".. pelbagai gerak tangan dan liuk lentok badan dipraktiskan bagi menyerlahkan elemen kemachoan didalam diri masing2..para pemain instrumen muzik pula sibuk mencari irama sesuai bagi mengikut corak persembahan pantas yg ditunjukkkan muhammad tanial didalam persembahannye.. jadi tidak hairanlah muhammad nizamudin bermain chuck-lamp-pong begitu pantas ibarat bermain gendang sewaktu persembahan tarian naga..

Training yg dilakukan hari demi hari tiba ke kemuncaknye iaitu "Malam Kemuncak Training" iaitu malam sebelum persembahan berlangsung..malam itu juga dinamekan malam rehearsal.. iaitu SEPATUTNYE semua ahli band berkumpul bagi memastikan persembahan yg akan dilakukan esok hari berjalan sempurna.. namun begitu, apakan daya pada malam itu juga ade match bola yg ditunggu-tunggu oleh seantero dunia.. nak tgok live kat sekolah "tb yg kusayangi" belum ada.. malahan budak2 smap masih tatau lagi bahawa ASTRO telah beroperasi lebeh 10 tahun disebabkan ASTRO xde kat sekolah tyme tu.. jadi terpaksalah hampir kesemua ahli band merangkak menembusi pagar sekolah untuk ke bistro d seremban untuk tgok match.. dan juge menyebabkan ade r dalam 7-8 ORANG rehearsal seperti org gile d atas pentas..memang gile mereka itu..sebab ape??gua join sekali rehearse tu n gua memang rase gua sewel tahap cipan generasi hebat BRAND'S.. jaga yg lalu pun cuak sebab ingatkan hantu dewan mengamuk kembali..

Hari yg ditunggu tiba.. persembahan pertama band "bila mentari tunduk ke bumi"..oo sebelum itu, sebenarnye name band ni lagi panjang iaitu ~bila mentari tunduk ke bumi..lembayung senja...~ (nyanyi lagu sampai habis) lirik lagu soutul jihad sampai habis inilah senanye name band dikir barat kami.. baiklah, dengan sedikit doa dan puji-pujian kepada-Nya..kami melangkah masuk ke atas dewan dengan diiringi tepukan gemuruh daripada khalayak yg hadir.. persembahan dimulakan denga tarian kemasukan oleh ahli band..diikuti pula dengan dendangan lagu oleh penyanyi yg diimport khas dari kelantan seta memiliki suare yg lunak sedikit shaja daripda dodol utopia (yg mnyebabkan dodol x berjaye menjadi penyanyi) iaitu RAHIMI.. tyme inilah masing2 memperagakan liuk lentok lemah gemalai ayunan tangan kepada penonton.. muhammad tanial pula meneruskan acara dengan karutannye sambil mempersembahkan tarian moon walk dan sedikit tarian tradisional beliau daripada filem Kal Ho Naa Ho..
dan akhir sekali persembhan ditutup dengan dendangan lagu wau bulan.. kalau sape2 masih ingat, last sekali ade satu part khas dinamakan BERSANMAMU!!

Disangka panas sampai ke petang,rupenye hujan d tgh hari..disangka kemuncak persembahan ialah part BERSAMAMU!!, rupenye ending bahaudin menonjol lagi.. berpantun seketika.. ha! sebenarnye dalam diam bahaudin salehudin, bakal penyampai radio terbaru segmen Riuh Pagi ERA telah menjalankan satu rancangan bagi mempopularkan dirinya di mata anak2 gadis smap.. beliau dengan sewenang-wenangnye melakukan satu aksi 18sx sewaktu penutupan iaitu dengan melondehkan sampin nye tanpa menunjukkan muka bersalah (nampak sgt sudah dirancang).. dan akibatnye gegak gempita seketika dewan menyaksikan persembhan kelas dunia itu..haha

wa akhiran, terima kasih kepada semua yg mnjayakan persembahan itu..dgr citer band ini telah dibubarkan kerana telah kehilangan ahli penting iaitu bahaudin yg telah mmbuat transfer ke band baru dengan perpindahan percuma.. dan ahli cukup merasa kehilangannye..ye ke?? xpe r..tiill next story we'll meet again..bubye

3 comments:

Aen said...

hahahaha..bahau mmg ske bikin spoil.

dodolutopia said...

geng masaho impot bahaw masok geng diorg..ahahah..seb baek pindah, kalo tak kompem2 kene kick...ahaha

how said...

ak kne kick?haha.bbkat bsa dlm dkir timur nih.2h msuk masahor 2h.sje wat spoil ari2.klu bse2 nyer dkir barat hmbar la.haha~