Monday, April 19, 2010

10 tahun akan datang

assalamualaikum


hari ini gua nak buat satu entry yang serius sket.. disebabkan selama ni entry2 dalam blog ini agak bersifat mengeringkan gusi, gua terpikir untuk mengepost satu bahan bacaan yang agak berguna.. bagi gua perkara ini sudah boleh dianggap serius, tatau la bagi mereka2 yang lain yang mungkin menganggap ini satu lagi cubaan terbaru gua untuk membuat kelakar.. ataupun membuat hambar.. tapi tidak mengapa kerana gua tau hambar itu kelakar.. tapi serius gua tak mau membuat kelakar mahupun hambar.. sebab gua mau serius..

selepas membaca impian seseorang di blognya, gua pun lantas terpikir akan impian gua.. ape yang gua mau tengok pada masa akan datang.. 10 tahun akan datang.. gua time tu gua rase gua dah berumah tangga dan sedang membina keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah.. hidup di suatu tempat yang berlatarbelakangkan islamik dan ukhuwah sesama masyarakat yang utuh berlandaskan adab2 bermasyarakat yang dipelajari ketika belajar di tingkatan lima.. jenayah tidak berleluasa seperti sekarang ini, kes buang anak tidak lagi berlaku (mungkin disebabkan ramai terasa insaf mendengar nyanyian daripada artis-artis malaysia yang diketuai freddie fernandez berjudul harapan tanpa suara) , samun dan rompak disifarkan dan macam2 lagi jenayah berjaya dikurangkan... tapi bolehkah ini berlaku??

10 tahun akan datang, akan ade muncul seorang yang berjaya menyatu-padukan rakyat malaysia, beliau akan memastikan permainan politik malaysia tidak lagi dilabel sebagai kotor, rasuah yang berlaku dalam organisasi besar milik kerajaan dihapuskan dan sistem perlembagaan malaysia mengikut perlembagaan seperti yang ditetapkan syariat.....dan beliau itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, bilangan doktor-doktor di malaysia akan bertambah.. bukan sahaja bertambah dari segi kuantiti, tetapi dari segi kualiti kerja.. doktor-doktor mengamalkan etika kerja berlandaskan syariat islam, ayat-ayat suci digunakan sebagai medium perubatan pesakit, pusat2 perubatan islam tumbuh bak cendawan selepas hujan... dan doktor-doktor itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, ekonomi dunia bertambah pesat, tiada lagi inflasi kedengaran di halwa telinga, cara pengurusan ekonomi dunia diuruskan oleh bijak pandai islam mengikut ketetapan al-quran dan hadis.. matawang dunia bukan lagi hak milik dollar atau pound sterling ataupun kad kredit yahudi laknatullah, tetapi milik dinar, riyal dan sebagainya.. riba' dalam pengurusan bank masa kini dihapuskan terus.. dan pakar-pakar ekonomi itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, mercu-mercu tanda di seluruh dunia bakal bertambah.. namun begitu, mercu-mercu tanda itu semuanya berlandaskan seni bina islam, seni khat dan ayat-ayat suci al-quran berdiri gah disamping mercu-mercu tanda dunia, tidak kedengaran lagi mercu tanda yang didirikan sebagai tempat golongan2 freemason melakukan pemujaan atau sebaliknya, masjid-masjid yang dibina tidak lagi dijadikan sekadar untuk bermegah sahaja tetapi diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.. dan mereka yang bertanggungjawab bagi semua ini lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, golongan pendidik bukan sahaja mampu menyampaikan didikan yang berkesan bagi matapelajaran yang diajarnya, tetapi mampu menerap sifat dan jati diri seorang islam yang kukuh dalam diri setiap anak didiknya, setiap sesi pengajaran dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah agama, pendidik itu sendiri berjaya menunjukkan akhlak yang terpuji dalam setiap tutur kata dan tingkah lakunya.. dan pendidik2 bangsa ini lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

gua akan cukup bangga kalau impian gua ini jadi kenyataan.. tapi sebelum itu gua perlu tahu bahawa, tidak ada kejayaan akan mudah dicapai tanpa usaha dan doa yang berterusan.. tepuk dada, tanya iman..bersediakah kita menghadapi masa mendatang? beringatlah, walau ape pun bidang yang diceburi, keutamaan tetap kepada agama tercinta.. jangan digadaikan agama demi kekayaan dunia, sebaliknya gadaikanlah kekayaan dunia demi kekayaan akhirat yang hakiki..akhir kate, gua mahu quote satu mutiara kata daripada wall haniszakwan..

"duit itu satu keperluan tapi tidak sekali-kali sebagai satu tujuan"


p/s: berjayakah gua buat satu entry serius??


6 comments:

Anonymous said...

ak pon harap smue yg diharapkan tu akn trcapai..kne doa sme2..usaha sme2..dan ko brjye wat satu entry yg "agak"
serius..tahniah!!!
-nasi goreng kampung-

Malo_0tologist said...

| Bagus2. :D

dodolutopia said...

rock on dude..wa bajet entry mcm pidomat td...rupenye satu entry yg menajamkn palotak ak...bagos2..

nasi dagang said...

ak ingatkan nak wat entry cam pid0mat..tp xde idea..haha

Anonymous said...

..nice.. aku suke. tahniah. cool.

Anonymous said...

mulakan generasi hebat itu dr diri sendiri bermula dr skrg dn saat ni..-al-mukhlisah pink.