ni namanya mesin basuh manual. banyak benda kena buat sendiri. isik air sendiri, tutup air bila dah penuh sendiri, pusing timer sendiri, buang air basuhan sendiri, spin baju sendiri, boleh kata semuanya sendiri. sebab tu nama dia mesin basuh manual. bagi mana2 kutu yang tak pernah guna mesin basuh manual ni, gua nak pesan beberapa penting. yang belah kiri dalam gambar ni, tempat basuh baju. korang masok baju, isik air ngan sabun, dan pusing timer bagi dia pusing2 sampai air tu pun jadik hitam...lubang belah kanan kat mesin tu pulak tempat spin baju.. bila nak sidai, korang spin baju tu dulu bagi kering2 sikit...sumbat baju2 bagi padat, pastu baru pusing...kalau baju tak cukup padat, nanti mesin tu bergegar macam celake... dan yang paling penting, lu orang nampak tak dekat bahagian spin tu, ada 2 benda bulat kale putih...yang gua maksudkan adalah benda bulat yang kat belakang benda bulat depan... kalau tak paham, ulang ayat gua 4 kali...benda bulat tu gua nak tekankan, tempat dia adalah kat tempat spin!!! bukannya lu orang masok sekali dalam tempat belah kiri untuk basuh2 baju tu...
Ajim budak 5 tahun. Ajim suka jalan-jalan. Petang-petang lepas abah balik keje abah mesti bawak ajim jalan-jalan. Selalunya naik moto, kadang-kadang naik kereta. Best. Selalunya jalan-jalan dalam 10 minit je, lepastu balik rumah.
Dalam tiga minggu lepas, dekat dengan rumah ajim ada bukak satu kedai. Kedai jual goreng pisang. Kalau dulu selalu jalan-jalan atas moto je pastu lepak-lepak kedai mamak, sekarang boleh lepak-lepak kat kedai goreng pisang ni pulak. Sedap. Goreng pisang dia garing, keropok pun sedap. Cucur udang ok la, tak berapa sedap sangat. Udang pun tak berapa nampak. Tapi air tebu die best.
Ramai orang datang kedai tu. Makcik tu pun peramah, suka senyum. Ajim pun layan je laa, asalkan abah yang bayarkan. Hehe. Selalunya ajim akan makan goring pisang, dalam seringgit ke dua ringgit macam tu ngan minum air tebu. Air tebu tu wajib, walaupun ada jual air soya jugak. Ajim takleh sangat minum air soya, rasa nak muntah. Abah pulak tak minum air, balik rumah minum air masak je. Abah cakap air masak lagi bagus. Ajim pulak rasa abah saving.
Ada satu petang tu, masa tengah on the way nak pergi kedai goreng pisang, tiba-tiba nampak macam ada orang tengah pungah-punggah kayu, macam nak bukak gerai jugak dekat sebelah kedai tu. Dua hari lepas tu, kedai tu bukak dan jual menu yang sama dengan makcik goring pisang tu. Ajim pun datang jugak untuk try.
Oklah, sekarang dah ada dua kedai goreng pisang, sebelah-menyebelah.
Makcik goreng pisang yang lama dah banyakkan menu kat gerai dia. Sekarang dah ada kuih. Banyak jugak. Ajim suka kuih bakar dengan donut. Sedap. Lepastu esoknya pulak kedai baru tu pun tambah jugak kuih-muih dekat kedai dia, tapi banyak lagi.
Bagi Ajim ok je. Asalkan Ajim dapat makan. Tapi Ajim tengok abah macam pelik je. Pelik kenapa? Ok lah tu ada banyak-banyak kedai, Ajim dapat makan banyak.
Ajim ada dengar abah cakap dekat umi pasal kedai goreng pisang sebelah-menyebelah. Umi jawab biasalah tu orang Melayu. Ajim tak paham.
Kalau mengikut perancangan yang nampak rapi, nampaknya bakal berlaku satu perlawanan pertunjukan futsal amal bagi ahli-ahli Xtrovert92. Nampak gayanya ramai yang tak sabar untuk menonjolkan skill masing-masing. Nampak gayanya juga ramai yang tak bercuti akan cuba untuk bercuti, atau setidak-tidakpun membuat cuti sendiri. Sebenarnya, perkataan 'setidak-tidakpun' nampak tidak sesuai untuk ayat itu, sepatutnya ia lebih nampak jelas kepada 'seboleh-bolehnya' membuat cuti sendiri.
Dengar khabarnya saudara Danial Qawiem sudah mula mencongak-congak untuk melakukan individual skill beliau yang mana satu untuk menipu dan memperdaya Khairul Nidzam di atas padang. Meghe pula nampaknya sedang berkira-kira untuk membalas joke atau provokasi dengan Dodol di atas gelanggang, dengan diberitakan sekarang sedang sibuk berguru tentang 'sifat-sifat dan kalimah asas lawak dalam perspektif provokasi' daripada Imam Faeez di Morocco.
Imam Zubair pula diharap dapat turun walau apa cara sekalipun untuk sesi pembacaan doa sebelum perlawanan. Kalau tidak berjaya, mungkin saudara Meghe dapat membantu berdasarkan kredibiliti sebagai pelajar USIM.
Ura-ura juga menyatakan bahawa penganjur menjemput Ashley Cole untuk sama-sama bermain dalam perlawanan amal ini. Dan jika dirujuk kembali kepada page event ini di Facebook, saudara Bahau ada menyuarakan keraguan tentang adakah Ashley Cole yang dimaksudkan itu adalah beliau?? Namun malang, tiada siapa menjawab pertanyaan itu sehinggalah beliau komen.
Saudara Nizam dan Adib pula dikhabarkan antara pemain paling fit jika diturunkan nanti berdasarkan prestasi semasa. Ini berikutan begitu banyak perlawanan-perlawanan bola padang yang kompetitif yang mereka sertai termasuk melawan sekolah-sekolah di area Selangor. Diharap mereka membawa juga rakan Uniten mereka, Shaarie Khalid. Sudah lama tidak berjumpa..
Fazreen Izuan pula dikhabarkan sedang angau kerana Neelofa membalas tweet beliau dan menyatakan "hugs". Maka, besar kemungkinan beliau tidak dapat diturunkan atas sebab-sebab disiplin ketika dalam kem latihan Xtrovert92.
Dikhabarkan ramai pemain dari skuad pelapis bakal menyinar dalam perlawanan ini. Nama-nama yang mungkin asing bagi kita mungkin bakal menenggelamkan pemain-pemain sedia ada. Ini juga termasuk dengan kembalinya legend yang sekian lama menyepikan diri kerana masalah taekwando, Ruzairi atau Jai yang bakal kembali beraksi dengan skill-skill lincah.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perlawanan yang entah bila ini!
1. Esok CNY...jalan mulai sesak, yang bekerja di kota mengambil peluang masa cuti yang ada ini untuk menjenguk ibu bapa sanak saudara yang berada di kampung...hiruk pikuk sesak nafas di kotaraya semakin berkurang...gua menunggang kereta di lorong yang bertentangan dengan arus perdana kereta2 lain yang kelihatan sangat cenderung untuk bergerak ke arah highway...sesak, sangat sesak di lorong sana...kadang2 gua bermain permainan kira-kira kereta...1,2,3,100...melayu, majoritinya melayu...tetapi apa nak dihairankan? memang begitu permainannya dari zaman ketuanan parameswara...raya aidilfitri, kita yang sebok...CNY kita yg sebok..deepavali pon kita yang sebok
2.Esok CNY...kancil yg aku tunggangi kini berada di persimpangan jalan...menunggu lepasnya sekawan kereta myvi...jika diambil kira kehebatan aku menunggang, boleh sahaja aku melintas jalan itu tanpa sebarang masalah dan was2...walaupun lesen aku masih P, P ini adalah yg dpraktikkan, bukan disimpan di dalam dompet yg kemudian dikunci di dalam peti besi sehingga sampai umur matang menjadi lesen kompeten...tetapi memandangkan aku tiadalah apa perkara mahupun barang yang ingin dikejarkan, biarlah awek2 myvi itu menunggang dgn gembira...risau juga kalau aku menerjah, mereka jadi terkejut..awek2 kalau terkejut semasa menunggang kereta, reaksi mereka adalah lebih kepada melanggar daripada mengelak...
3.Esok CNY...tiktaktiktak....bunyi lampu signal kereta kancil...tangan kiri memulas lembut stereng sambil tangan kanan mengetuk2 abu rokok ke luar tingkap...perlahan2 kancil tua ini melepasi jalan besar dan masuk ke lorong yg sesuai...asap rokok yang sudah 6 saat menari-nari di dalam kerongkong kini dilepaskan seirama dgn kakiku melepaskan clutch...masa kereta tgh bergerak, aku mula perasan ada segerombolan budak2 berbaju seragam sekolah...kemeja putih, seluar putih, stokin putih, dan muka putih...mereka ini namanya budak cina...dan hari ini hari sabtu...mereka berpakaian begitu dari mana nak kemana? mereka baru pulang dari sekolah aku rasa...tak lama lagi CNY, raya mereka...tetapi sekolah masih lagi tak cuti..
4.Esok CNY....di dalam kereta bapaku melontarkan satu perkara buat aku berfikir sepanjang cuti ini selain menjadi feeder dota...kata bapakku, taklama lagi tahun baru cina...sekolah2 kebanyakannya cuti dari hari sabtu sampai ahad minggu depan...tapi kenapa ada budak cina yang masih bersekolah? budak2 kita yg tak beraya pula cuti mengalahkan tuan punya raya...aku berfikir sejenak, selepas sejenak, aku berkata "entahlah...biokan aje." jawapan yang aku berikan menampakkan kemalasan aku untuk berfikir...tetapi aku bukan sengaja tidak ingin berfikir...aku ingin persoalan itu tergantung tanpa jawapan....barulah gaya hidup melayu ini akan terus menjadi misteri.
"kalau saya ada banyak duit, saya hari2 mau raya juga maaa"
-pakcik cina jual buah
Dengar khabar Smap Labu dah mengeluarkan produk terbaru mereka. Ianya merupakan kopiah yang seakan-akan kopiah Transformers yang menjadi trend pemakai kopiah masa kini. Tahu apa itu kopiah Transformers?
Mari gua ceritakan sedikit asal-usulnya.
Dulu-dulu, masa masih di tingkatan 4, kopiah Transformers masih tidak wujud. Yang wujud pada waktu itu hanyalah filem Transformers. Manakala kopiah yang wujud time tu dan antara yang popular di sekolah ialah kopiah Raihan. Itu pun sebab Soutul Jihad pakai kopiah tu tiap-tiap kali persembahan mereka. Mungkin bila pakai kopiah tu suara akan sedap macam Raihan. Mohon senior Soutul Jihad komen ; saudara Azri Syafiq.
Kopiah-kopiah lain yang juga ada di Smap pada masa tu ialah kopiah putih biasa tu, kopiah lembik style Ustaz Azhar, kopiah yang tertulis nama sendiri dan sekolah atau tadika di sekelilingnya, kopiah ataupun lebih popular dipanggil snowcap yang dipopularkan oleh Dodol, kopiah mana-mana kumpulan nasheed serta bermacam-macam kopiah lagi. Senang cerita macam-macam jenis ada, dan ini boleh dilihat dengan jelas ketika di musolla.
Di musolla pun ada bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk melihat kopiah ini. Selalunya di bahagian depan musolla dan pertengahan. Di bahagian belakang selalunya yang hanya ada kepala manusia, kopiahnya tiada.
Berbalik kepada kopiah Transformers. Macam mana kopiah ni dapat nama.
Ini berlaku pada satu masa di Smap apabila ada seorang guru yang disegani secara tiba-tiba menukar penampilan berkopiahnya daripada an ordinary kopiah kepada kopiah baru berwarna hitam dan berlogo kecil berwarna emas di bahagian tepinya. Murid-murid ketika itu yang tidak mengetahui akan kewujudan kopiah ini berasa sangat kagum dengan fesyen terbaru itu. Kopiah ini mungkin sudah popular di seantero Malaysia, tetapi memandangkan kehidupan di dalam sekolah yang sukar menonton berita utama serta Koop yang kadang-kadang ketandusan surat khabar menyebabkan ramai seperti ;
Ada teratak di hujung kampong,
Bawah cermin kopak ada kotak,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak.
Disebabkan logo berwarna emas di
bahagian tepi kopiah itu sangat kecil, dan tiada siapa pula berani untuk
mendekatkan diri mereka kepada guru itu untuk memperincikan logo itu, maka
kopiah itu dipanggil kopiah Transformers berdasarkan bentuk logo itu yang
seakan-akan logo Transformers. Maka begitulah bermulanya asal-usul kopiah itu.
Sehingga hari ini, kopiah
Transformers dah jadi trend baru di Malaysia.
Berbalik kepada kopiah Smap tadi,
ada sesape yang dah beli? Gua rasa patut angkat satu, tapi kalau nak real
mengikut asal-usul kopiah Transformers dan nostalgianya, gua harap kopiah tu
dibuat dalam warna hitam. Confirm Dodol beli, dan Zubair kelihatan tersenyum
melihat Dodol memakainya.
Cuma comment gua terhadap kopiah itu
ialah tulisan SMAP LABU itu tidak perlu pun tidak apa, sebab gua rasa logo Smap
sahaja sudah cun di situ, selain ia juga mengikut trend Transformers yang mana
hanya logo di bahagian tepi, tulisan Autobots nya tiada.