Sunday, January 22, 2012

selamat tahun baru lunar

ASSALAMUALAIKUM

1. Esok CNY...jalan mulai sesak, yang bekerja di kota mengambil peluang masa cuti yang ada ini untuk menjenguk ibu bapa sanak saudara yang berada di kampung...hiruk pikuk sesak nafas di kotaraya semakin berkurang...gua menunggang kereta di lorong yang bertentangan dengan arus perdana kereta2 lain yang kelihatan sangat cenderung untuk bergerak ke arah highway...sesak, sangat sesak di lorong sana...kadang2 gua bermain permainan kira-kira kereta...1,2,3,100...melayu, majoritinya melayu...tetapi apa nak dihairankan? memang begitu permainannya dari zaman ketuanan parameswara...raya aidilfitri, kita yang sebok...CNY kita yg sebok..deepavali pon kita yang sebok

2.Esok CNY...kancil yg aku tunggangi kini berada di persimpangan jalan...menunggu lepasnya sekawan kereta myvi...jika diambil kira kehebatan aku menunggang, boleh sahaja aku melintas jalan itu tanpa sebarang masalah dan was2...walaupun lesen aku masih P, P ini adalah yg dpraktikkan, bukan disimpan di dalam dompet yg kemudian dikunci di dalam peti besi sehingga sampai umur matang menjadi lesen kompeten...tetapi memandangkan aku tiadalah apa perkara mahupun barang yang ingin dikejarkan, biarlah awek2 myvi itu menunggang dgn gembira...risau juga kalau aku menerjah, mereka jadi terkejut..awek2 kalau terkejut semasa menunggang kereta, reaksi mereka adalah lebih kepada melanggar daripada mengelak...

3.Esok CNY...tiktaktiktak....bunyi lampu signal kereta kancil...tangan kiri memulas lembut stereng sambil tangan kanan mengetuk2 abu rokok ke luar tingkap...perlahan2 kancil tua ini melepasi jalan besar dan masuk ke lorong yg sesuai...asap rokok yang sudah 6 saat menari-nari di dalam kerongkong kini dilepaskan seirama dgn kakiku melepaskan clutch...masa kereta tgh bergerak, aku mula perasan ada segerombolan budak2 berbaju seragam sekolah...kemeja putih, seluar putih, stokin putih, dan muka putih...mereka ini namanya budak cina...dan hari ini hari sabtu...mereka berpakaian begitu dari mana nak kemana? mereka baru pulang dari sekolah aku rasa...tak lama lagi CNY, raya mereka...tetapi sekolah masih lagi tak cuti..

4.Esok CNY....di dalam kereta bapaku melontarkan satu perkara buat aku berfikir sepanjang cuti ini selain menjadi feeder dota...kata bapakku, taklama lagi tahun baru cina...sekolah2 kebanyakannya cuti dari hari sabtu sampai ahad minggu depan...tapi kenapa ada budak cina yang masih bersekolah? budak2 kita yg tak beraya pula cuti mengalahkan tuan punya raya...aku berfikir sejenak, selepas sejenak, aku berkata "entahlah...biokan aje." jawapan yang aku berikan menampakkan kemalasan aku untuk berfikir...tetapi aku bukan sengaja tidak ingin berfikir...aku ingin persoalan itu tergantung tanpa jawapan....barulah gaya hidup melayu ini akan terus menjadi misteri.

"kalau saya ada banyak duit, saya hari2 mau raya juga maaa"
-pakcik cina jual buah

1 comment:

Danial Qawiem said...

asal xbes sgt ending.da mcm cite songlap haa