Wednesday, January 11, 2012

Kopiah Transformers


Dengar khabar Smap Labu dah mengeluarkan produk terbaru mereka. Ianya merupakan kopiah yang seakan-akan kopiah Transformers yang menjadi trend pemakai kopiah masa kini. Tahu apa itu kopiah Transformers?

Mari gua ceritakan sedikit asal-usulnya.

Dulu-dulu, masa masih di tingkatan 4, kopiah Transformers masih tidak wujud. Yang wujud pada waktu itu hanyalah filem Transformers. Manakala kopiah yang wujud time tu dan antara yang popular di sekolah ialah kopiah Raihan. Itu pun sebab Soutul Jihad pakai kopiah tu tiap-tiap kali persembahan mereka. Mungkin bila pakai kopiah tu suara akan sedap macam Raihan. Mohon senior Soutul Jihad komen ; saudara Azri Syafiq.

Kopiah-kopiah lain yang juga ada di Smap pada masa tu ialah kopiah putih biasa tu, kopiah lembik style Ustaz Azhar, kopiah yang tertulis nama sendiri dan sekolah atau tadika di sekelilingnya, kopiah ataupun lebih popular dipanggil snowcap yang dipopularkan oleh Dodol, kopiah mana-mana kumpulan nasheed serta bermacam-macam kopiah lagi. Senang cerita macam-macam jenis ada, dan ini boleh dilihat dengan jelas ketika di musolla.

Di musolla pun ada bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk melihat kopiah ini. Selalunya di bahagian depan musolla dan pertengahan. Di bahagian belakang selalunya yang hanya ada kepala manusia, kopiahnya tiada.

Berbalik kepada kopiah Transformers. Macam mana kopiah ni dapat nama.

Ini berlaku pada satu masa di Smap apabila ada seorang guru yang disegani secara tiba-tiba menukar penampilan berkopiahnya daripada an ordinary kopiah kepada kopiah baru berwarna hitam dan berlogo kecil berwarna emas di bahagian tepinya. Murid-murid ketika itu yang tidak mengetahui akan kewujudan kopiah ini berasa sangat kagum dengan fesyen terbaru itu. Kopiah ini mungkin sudah popular di seantero Malaysia, tetapi memandangkan kehidupan di dalam sekolah yang sukar menonton berita utama serta Koop yang kadang-kadang ketandusan surat khabar menyebabkan ramai seperti ;

Ada teratak di hujung kampong,
Bawah cermin kopak ada kotak,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak.





Disebabkan logo berwarna emas di bahagian tepi kopiah itu sangat kecil, dan tiada siapa pula berani untuk mendekatkan diri mereka kepada guru itu untuk memperincikan logo itu, maka kopiah itu dipanggil kopiah Transformers berdasarkan bentuk logo itu yang seakan-akan logo Transformers. Maka begitulah bermulanya asal-usul kopiah itu.



Sehingga hari ini, kopiah Transformers dah jadi trend baru di Malaysia.

Berbalik kepada kopiah Smap tadi, ada sesape yang dah beli? Gua rasa patut angkat satu, tapi kalau nak real mengikut asal-usul kopiah Transformers dan nostalgianya, gua harap kopiah tu dibuat dalam warna hitam. Confirm Dodol beli, dan Zubair kelihatan tersenyum melihat Dodol memakainya.

Cuma comment gua terhadap kopiah itu ialah tulisan SMAP LABU itu tidak perlu pun tidak apa, sebab gua rasa logo Smap sahaja sudah cun di situ, selain ia juga mengikut trend Transformers yang mana hanya logo di bahagian tepi, tulisan Autobots nya tiada.

Ok, itu sahaja.



Soalan trivia. Siapakah guru itu?

No comments: