Friday, January 27, 2012

Futsal Amal


Kalau mengikut perancangan yang nampak rapi, nampaknya bakal berlaku satu perlawanan pertunjukan futsal amal bagi ahli-ahli Xtrovert92. Nampak gayanya ramai yang tak sabar untuk menonjolkan skill masing-masing. Nampak gayanya juga ramai yang tak bercuti akan cuba untuk bercuti, atau setidak-tidakpun membuat cuti sendiri. Sebenarnya, perkataan 'setidak-tidakpun' nampak tidak sesuai untuk ayat itu, sepatutnya ia lebih nampak jelas kepada 'seboleh-bolehnya' membuat cuti sendiri.

Dengar khabarnya saudara Danial Qawiem sudah mula mencongak-congak untuk melakukan individual skill beliau yang mana satu untuk menipu dan memperdaya Khairul Nidzam di atas padang. Meghe pula nampaknya sedang berkira-kira untuk membalas joke atau provokasi dengan Dodol di atas gelanggang, dengan diberitakan sekarang sedang sibuk berguru tentang 'sifat-sifat dan kalimah asas lawak dalam perspektif provokasi' daripada Imam Faeez di Morocco.

Imam Zubair pula diharap dapat turun walau apa cara sekalipun untuk sesi pembacaan doa sebelum perlawanan. Kalau tidak berjaya, mungkin saudara Meghe dapat membantu berdasarkan kredibiliti sebagai pelajar USIM.

Ura-ura juga menyatakan bahawa penganjur menjemput Ashley Cole untuk sama-sama bermain dalam perlawanan amal ini. Dan jika dirujuk kembali kepada page event ini di Facebook, saudara Bahau ada menyuarakan keraguan tentang adakah Ashley Cole yang dimaksudkan itu adalah beliau?? Namun malang, tiada siapa menjawab pertanyaan itu sehinggalah beliau komen.



Saudara Nizam dan Adib pula dikhabarkan antara pemain paling fit jika diturunkan nanti berdasarkan prestasi semasa. Ini berikutan begitu banyak perlawanan-perlawanan bola padang yang kompetitif yang mereka sertai termasuk melawan sekolah-sekolah di area Selangor. Diharap mereka membawa juga rakan Uniten mereka, Shaarie Khalid. Sudah lama tidak berjumpa..

Fazreen Izuan pula dikhabarkan sedang angau kerana Neelofa membalas tweet beliau dan menyatakan "hugs". Maka, besar kemungkinan beliau tidak dapat diturunkan atas sebab-sebab disiplin ketika dalam kem latihan Xtrovert92. 

Dikhabarkan ramai pemain dari skuad pelapis bakal menyinar dalam perlawanan ini. Nama-nama yang mungkin asing bagi kita mungkin bakal menenggelamkan pemain-pemain sedia ada. Ini juga termasuk dengan kembalinya legend yang sekian lama menyepikan diri kerana masalah taekwando, Ruzairi atau Jai yang bakal kembali beraksi dengan skill-skill lincah.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perlawanan yang entah bila ini!

No comments: