Saturday, August 6, 2011

Diari Ramadan di bumi USA : Sebuah Prologue


Kriiiiiing! Kriiiiing ! Kriiiiiing !

Telefon berdering malas. Ya, memang telefon berbunyi tapi itu bunyi alarm yang diset malam tadi. Saya bingkas bangun melompat turun dari katil empuk. Sejurus merasa tanah dipijak, saya terus berlari menuruni tangga untuk bersahur. Basuh muka gosok gigi apa yang patut dan terus duduk di meja makan.

Lauk berbuka petang tadi masih ada. Tak elok membazir kata orang, saya panaskan guna microwave dan terus menjamah sahur. Meskipun rasa mengantuk masih ada, saya gagahkan juga untuk bersahur kerana sahur itu sunat. Apa lagi yang membezakan puasa kita dengan puasa orang kafir ye dok ?

Pagi dan tengah hari itu hening seperti biasa. Tenaga yang dijana berbekalkan sahur masih ada. Tiada aktiviti menarik sangat. Saya hanya menonton tivi sambil menggoyang kaki bermalas-malasan.Tiada yang menarik sangat lagi pun.

Petang pun menjelma. Saya bersiap sedia solat Asar dan mula menetapkan hala tuju. Setelah bersiap ala kadar dan bersederhana, saya terus melihat jadula hari Selasa. Bazaar Taman Pekaka. Saya pun mula bergerak ke situ dengan muka yang ceria dan bersungguh-sungguh.

Sesampainya saya di sana, orang sudah ramai. Bau ayam percik mula menusuk hidung. Ayam percik tidak berapa digemari saya. Hanya teksturnya sahaja cantik, merah dengan sos bbq, namun rasanya tidak seberapa. Saya teruskan perjalanan. Saya singgah di gerai menjual lauk pauk. Memang kebiasaan umat manusia berbuka makan nasi dengan lauk. Nasi 2 cawan sudah saya tanak di rumah sebelum saya keluar. Orang bujang sahaja, cukuplah 2 cawan. Saya terus memesan kari ayam seketul dan beberapa ulas sayur dan ulam untuk dibuat berbuka.

Usai membeli, saya teruskan perjalanan. Air tebu yang dibeli semalam agak pahit, mungkin terlalu tua tebu yang dipakai untuk diperah. Saya tetap senyum bila melalui gerai air tebu tersebut meskipun air tebunya semalam pahit. Senyum itu sedekah dan sedekah paling baik adalah di bulan Ramadan. Saya melilau-lilau mencari tebu yang lain. Maksud saya gerai air tebu yang lain. Sejurus menjumpainya, saya menghulur duit tanpa berkata apa-apa, dan menyambar sebungkus air tebu kaler hijau tua. Air tebu tersebut dibungkus dengan plastik berbentuk silinder berdiameter lebih kurang 6 sentimeter dan panjangnya lebih kurang 10 sentimeter. Cukup untuk saya berbuka dan bersahur mungkin. Itupun kalau lepas terawih tak melahap lebihan berbuka.

Item terakhir untuk hari ini adalah kuih-muih. Wajib ada buah Melaka dan donut kerana itu kegemaran saya. Saya terus ke gerai Mak Jemah menjual kuih. Memang banyak kuih yang dijual sehingga saya sendiri tidak mengingati nama mereka. Saya capai buah Melaka dalam plastic kecil. Saya ambil tiga plastik kecil sahaja. Untuk donut, saya capai 2 biji/ketul donut.

Tiba-tiba hati saya meronta untuk dibelikan popia basah. Saya merelakan kerana tak baik menidakkan hati sendiri. Popia basah hari itu nampak sedap kerana sos cili di atasnya masih basah tidak seperti popia basah yang lain yang selalunya kering sos nya di luar. Apabila sosnya kering, ia menjadi keras dan tidak sedap. Selesai memilih duit pun dihulur beserta senyuman ikhlas.

Sejurus sampai ke rumah, saya terus memanggil isteri saya untuk mula menghidang juadah berbuka puasa. Sahutan saya tidak berbalas. Saya cuba sekali lagi namun masih tiada jawapan. Hati saya mula risau, takut-takut sesuatu terjad kepada isteri saya. Setelah menenangkan diri, baru saya sedar  yang saya belum beristeri. Saya sendiri ke dapur dan mula menghidang makanan yang dibeli.

Sementara menunggu waktu berbuka saya menonton Jejak Rasul. Tengok Jejak Rasul sebelum berbuka memang sesuai dan cocok sekali. Kadang-kadang kalau saya nak tukar selera, saya akan tukar ke channel TV1 dan menonton Anak-anak Sidek.

Selesai menjamah ala kadar, saya mandi dan menunaikan solat Maghrib disusuli pula dengan bacaan Al-Quran. Bulan Ramadan yang berkat ini eloklah kalau saya perbanyakkan ibadah. Kalau tidak bila lagi ye dok ?

Saya melihat jam. Lebih kurang 10 minit sebelum Isya, saya akan bergerak ke masjid berdekatan untuk solat Isya dan terawih 8 rakaat. Selalunya saya ke masjid yang sama kerana saya sudah selesa dengan situasi di sekitar masjid itu.

Hari-hari saya musykil. Pada waktu untuk solat Isya, hanya segelintir manusia hadir sedangkan waktu solat Terawih ramai pula yang hadir. Ini seolah-olah solat Terawih itu lebih penting dari solat Isya. Inilah tanggapan masyarakat yang harus diubah agar kita boleh membezakan ibadat dan adat.

Solat terawih 8 rakaat selesai lebih kurang 10.30 malam. Saya kemudiannya akan melakukan solat sunat witir di masjid atau di rumah sahaja bergantung kepada saya juga. Malam itu saya tidur awal kerana esok alarm saya kan berbunyi dan saya perlu bangun sahur dan subuh.




p/s : Ok, saya tipu. Ini hanyalah impian saya.Kah3

Friday, August 5, 2011

Diari ramadhan afiq : kamon la tv 34 inci


5 Ramadhan.

Semalam 4 Ramadhan, aku tak jumpe kawan aku si dodol tu…sebab tu takde diari ntok semalam…biasanya pukol 5.30 ptg, aku akan jumpe die dekat kedai akak putu piring, masa tu lah biasanya aku bertukar2 cerita dengan dia...tapi petang tu dia takde...harini bila aku jumpa kat masjid lepas subuh, dia bagitau aku semalam dia lepak tempat baru...akak putu bambu pulak..katanya akak tu lepas kantoi diploma setahun setengah, terus balik kampong beniaga kuih2.

kembali kepada kisah harini..aku rasa puasa taon ni ada yang kurang...ni semua berkaitan dengan rancangan tv yg disiarkan...bermula dari kickstart puasa iaitu sahur, masa sahur dulu2, rancangan kat tv biasanya tunjuk drama2 yg aku rasa ada motif dgn feeling puasa dan raya...cerita2 yg ditayangkan mestilah koman2 ada scene dalam bulan puasa, pastu berakhir dgn suasana hari raya...walaupun bunyik macam klise, tapi feel sahur kalau dapat layan cite2 camtu memang menangkap...dulu masa aku puasa darjah 4, ada satu drama mase sahur cerita pasal sorang makcik yang kuat dengki kat orang kampong die...nak cerita berapa power makcik tu punye dengki, kelas jahit menjahit masa bulan puasa pun dia boleh sabotaj...ahh, aku igt lagi adegan tarik menarik rambot antara makcik jahat dengan sorang makcik baik yg berjaya dileraikan oleh suami makcik baik yg juga kebetolan baru balik dari masjid lepas kacau bubur lambok...cerita2 camni la yg bagos tayang masa2 sahur,ada ciri kekeluargaan sket, pengajaran sket, dan suasana puasa raya sket...ni tak, apekes tayang drama cinta terhalang aliff firdaus kat tv3? konflik berat2 sangat susah aku nak bawak fikir, lagi lepas bangun tidor...tv1 pon ada drama gak, tapi masih tak berapa nak best...tapi paling tak kena dgn sahur adalah astro chanel 132...ape jadah tayang "kalau berani 1 vs 0" time2 sahor? bebal2...

petang2 dalam pukul 6 lepas aku lepak kedai akak putu piring, aku akan balik rumah....sejokkan badan bawah kipas angin pusing 5, masa2 ni lah aku akan tengok tv...6.30 ada jejak rasul 17....dah ade 17 rupanya jejak rasul ni...bagos2...cume yg baru ni aku rasa tak berapa best...yang dulu2 punye lagi sedap layan satu famili...sambil2 tengok, boleh dgr bapak aku cerita siket masa die pegi haji dulu...tapi dah bagos dah ni, takkan nak cerita benda yg same je kan tiap musim...ape gune smpai 17 musim ye dop?...

lain dari tu, petang2 ni aku tengok memang takde cerita2 tv yang betol2 best dan bertepatan dgn mood puasa raya...mana rancangan masak2 kuih raya? walaupun klise, tapi itu satu kewajipan...rancangan masak2 yg ada kaitan takat ni aku tgk adalah "ketok2 Ramadhan"...lain2 rancangan yg aku baru tengok iklan ada lah bertajok periok hangus, biskut ape dan ketupat terbang....tapi takat ni tak tgk lagi rancangannya...aku berharap dapat membawak semula spirit kuih raya dan lauk berbuka puasa dalam tv petang2 nanti semua rancangan tu...

bila dah rancangan tv tak sedap camni time2 puasa, mood memang lari...sahur aku kalau biasanya boleh layan nasi goreng 2 pinggan, skang tinggal 1 pinggan sahaja..kalau 1 pinggan ni, mase aku darjah 3 dulu memang dah buke pukol 3.30 petang lepas skolah agame la jawapnye...jadik aku sangat berharap bila diari ni ditulis, koman2 pon farid ridzuan nampaklah ape yang aku harapkan...Kalamullah pukol 5.30 tu dah cantik dah, cume aliff firdaus tu je...kalau tukar nurkasih aku rasa cantik gak...walaupun takde puasa2, tapi ada gaya boleh pergi jauh...kamon la, tv aku dah 34 inci sedap nak ngadap depan2 ni...


p/s: iklan waktu berbuka puasa skang pon dah tak sedap....patotnya iklan tu guna background muzik gambus tu, baru seeennngggaatttt!!

Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Afiq:3 ramadhan

3 Ramadhan.


*diari ni memang bermula dari 3 Ramadhan...anda tidak ketinggalan mana2 coretan diari terdahulu.


pagi tadi aku bersahur lauk berbuka semalam yang mana merupakan juga lauk berbuka pada hari pertama puasa...ahh, selagi ayam masak merah yang aku makan itu masih lagi rasa ayam dan kuahnya berwarna merah, aku akan tetap hadap....cuma lauk sayur berbuka semalam sahaja yang gagal...rasa kobisnya dah lari kepada rasa jeruk lobak...tapi minum memang ngam ho, aiskrim soda sejok....arghhh, ape gila pulak aku cerita pasal makanan sahur ni? dah macam diari awek2 klcc pulak...


harini 3 Ramadhan...perghh,tiba2 aku rasa macam seorang guru yang mengajar subjek agama bila aku tulis camni....kenapa? pasal aku tau tarikh harini dalam kiraan Hijriyah...tapi ni sebenarnya hal biasa bagi aku...aku memang cuma tau tarikh dalam kalendar Islam bila masok bulan puasa...ada beberapa orang kawan aku yang hebat sedikit, tau tarikh kalendar Islam mula dari Rejab, Syaaban dan Ramadhan, pasal diorang rajin puasa sunat masa rejab dengan syaaban...canggih2...tapi aku kadang2 terfikir...takkan tau tarikh2 ni bila ada puasa je?


p/s: ada jugak yang taktau dah berapa Ramadhan...tapi raya nanti kalau tanya berapa syawal, memang perfek...tak kurang satu hari pun...lebih takpe...

diari ramadhan afiq

ASSALAMUALAIKUM


selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan...baru2 ni gua ada terjumpa sorang kawan lama...memang lama, dekat separuh umur gua ni gua habiskan untuk berkawan dengan beliau...nama mamat tu afiq, sikit lagi nak sama dgn nama gua, dodol...bila berborak2 lebih kurang, gua dapati kisah hidup beliau agak menarik untuk gua tuliskan dalam bentok diari, lebih2 dalam bulan Ramadhan ni... ni pasal, ada pengajaran2 dan sindiran2 yg kena tak berapa tepat terkandung dalam kisah2 hidup beliau...oleh itu, sepanjang Ramadhan ini sahaja, gua akan membawakan "Diari Ramadhan Afiq" berdasarkan kisah daripada Afiq itu sendiri, dan mungkin ada sedikit edit oleh gua...kalau lu orang perasan, tajuk diari yg akan gua tulis seakan2 satu drama bersiri masa Ramadhan dulu2 yg bertajuk "Diari Ramadhan Rafiq"....tapi lu org tak perlu khuatir untuk membaca diari ni dihadapan anak2 kecil, diari yg gua tulis tiada rozita che wan..




p/s: diari ni bukan tiap hari, memandangkan bukan tiap hari gua jumpe member gua sorang ni...bila gua jumpa, barulah ada story...itupun kalau story sedap nak tulis...kalau cerita kutuk sana sini, kurang beretika la masok blog yg berbudi pekerti camni