Monday, October 18, 2010

Sukan Komanwel ke - 147 part. 2

ASSALAMUALAIKUM

sekarang gua akan sambung lagi tentang prospek2 pingat emas yang bakal dimenangi malaysia sekiranya pembangunan sukan di smap labu diteruskan sehingga atlet2 dari smap labu kebanyakannya menyarung jersi dan mewakili negara dalam setiap kejohanan2 besar dunia.

petanque
yang ini x usah dicakap. smap labu memang mempunyai atlet2 bertaraf dunia dalam sukan ini. rizal maula misalnya, pernah mencapai kedudukan 40 pemain terbaik dunia di zaman kegemilangannya. abdul muiz pula tersenarai antara 50 ahli sukan terkaya dunia dan berada di tangga ke-43, betul2 di bawah afiq syahmi dari sukan hoki yang menduduki tempat ke-42. petanque merupakan sukan yang betul2 memerlukan fokus yang tinggi disamping stamina yang kuat. oh bercakap mengenai stamina, petanque juga mempunyai seorang lagi atlet yang mempunyai stamina paling tiptop dalam seantero seremban iaitu firdaus shahrum. beliau juga merupakan aset penting smap labu dan disayangi jurulatih serta seluruh pasukan. jurulatih kalau tidak silap gua ialah pn rahayu kandar.

akuatik
superb! itu je gua mampu ucapkan. mengapa? terlalu ramai atlet yang smap labu mampu lahirkan dalam sukan ini. renang kuak kupu2, kuak dada, bebas dan kuak lentang sememangnya mempunyai wakil yang cukup ramai. dan mereka semua, iaitu atlet2 ini berlatih hampir setiap minggu. akuatik boleh disifatkan sebagai antara sukan paling aktif di smap selain bola sepak. tempat latihan akuatik ataupun boleh dipanggil sebagai smap labu international aquatic indoor stadium terletak di north wing musolla al-mustaqim, manakala bagi atlet2 yang noob, boleh berlatih bersendirian di smap labu outdoor aquatic stadium di south wing musolla al-mustaqim. masa latihan selalunya antara jam 10 malam hingga ke subuh pada setiap hujung minggu. dan selalunya dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman seperti fazli khalil, gua sendiri, dan syed afiful. syed afiful sebenarnye merupakan jurulatih bagi renang berirama, tetapi beliau juga mengendalikan klinik scuba diving bagi pelajar2 yang ingin menyelam dan merasai nikmat air yang melebihi dua kolah. bagi acara terjun 1 meter platform, atlet2 smap labu dilatih oleh jurulatih yang berasal dari bulgaria yang juga merupakan kembar dimitar berbatov, saudara azri syafiq. dan selalunya bagi acara ini, azri syafiq akan mengajar cara2 terjun dengan selamat serta gaya lentuk badan yang betul bagi membolehkan atlet2 laen mencapai kepuasan bagi setiap terjunan mereka.

memanah
dzafri shahimi pernah mencuba nasib dalam sukan ini. begitu juga dengan salah seorang pengarang blog ini yang namanya dirahsiakan. namun ternyata, mereka gagal untuk menandingi kekuasaan atlet memanah berbakat besar, ab rahimi ab rezaf. ab rahimi ab rezaf pernah mewakili negeri sembilan ke sukma, dan diejek penyokong terengganu kerana tidak mewakili negeri sendiri. ab rahimi ab rezaf juga merupakan antara atlet yang diserapkan ke dalam projek 'mari memanah bersama saya, pengetua smap' sebagai mengisi masa lapang pengetua. kehebatan beliau x dapat dipertikaikan lagi, sehingga diserap masuk kembali ke smap pada tahun 2010 untuk meneruskan kembali legasi memanah smap labu.

olahraga
kehebatan smap labu hanya dapat dijelaskan melalui gambar ini.

bowling
azharuddin azmi sememangya pakar dalam acara ini. kalau diperhatikan betul2, balingan beliau sepatutnye tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa. namun dengan berkelip-kelip mata, bola boling sampai ke pin dan paangg! strike! itulah senjata utama azharuddin. skill nya hanya satu, membiarkan lawan memandang rendah keupayaannya dan secara senyap2 menumpaskan pihak musuh. sukan bowling ini juga mempunyai seorang lagi wakil iaitu muhammad abdullah. bola spin beliau cukup cantik, sehinggakan beliau perlu berada di lane 1 bagi membuat balingan ke pin di lane 7 akibat spin yang begitu tajam. namun begitu, gandingan due pemain ini sering menjanjikan pungutan pingat emas kepada kontijen smap labu.

ragbi
nama akram che sabri tidak asing bagi peminat ragbi di malaysia. pernah menyarung jersi kelab Hawke's Bay Rugby Union yang berpangkalan di New Zealand, beliau merupakan seorang yang terkenal dengan larian deras dan sidestep yang memukau. akram che sabri beraksi di posisi fullback dan sekali sekala bermain di bahagian forward bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan rahimi yang pergi memanah. norakamal nordin juga tidak asing di atas padang. terkenal dengan nama samaran 'noghe' di atas padang, kehadirannya sering menambah gerun kepada pihak lawan. antara keupayaan beliau paling hebat ialah melambungkan md nor sairi ke udara ketika lineout. tahniah.

dan bagi melepaskan rindu anda semua wahai extrovert 92 yg disayangi, gua bagi lu semua peluang untuk menatap gambar2 atlet2 kite pada zaman kegemilangan kite dahulu.


pemain stamina tinggi dan pemain paling kaya di malaysia

sesi latihan. kelihatan kelibat seseorang yang terkeluar daripada pasukan memanah di situ

kejohanan renang peringkat ulu bendul

team ke sbp sepuluh. norakmal nordin dan akram che sabri turut kelihatan

team yang sama
sesi latihan bola sepak. mengikut style brazil iaitu bermain di jalanan

ni sebenarnya kejohanan yang menyebabkan shahrul naim parteck mengalami kecederaan serius


Saturday, October 16, 2010

refleksi dari sisi maria....

ASSALAMUALAIKUM

'cis..mengade2..tak gune punye jantan...die yg salah,die plak yg lebih buat publisiti memacam...'mungkin inilah bisikan hati maria, anak dara sunti yg dilibatkan dlm konspirasi cinta berdarah syafiq aiman tatkala dia membaca sekali imbas kisah khayalan retorik nukilan syafiq aiman, bekas kekasih gelapnya...mentang2 lah blog halusinasiperiuknasi itu tempat berkumpul para karyawan, cepat sungguh syafiq aiman menggunakan peluang terhidang itu untuk menjaja kisah cintanya dengan maria...memang dasar lelaki dayus,huh..maria bermonolog sendirian sambil memasang vcd 'jaya tuah vs metro driving school', cerita lumba kereta yg sedang hangat di pasaran gelap petaling street...cerita lumba kereta dan kisah percintaan minah kereta dan mamat volkswagen dlm vcd itu langsung bertentangan dengan kisah cintanya dahulu dgn syafiq aiman....dia tidak pernah kenal erti seks bebas,tiada arak mahupn todi, juga tiada asap2 kereta toyota corolla...yg ada hanyalah talian kasih cinta sejati yg dulunya persis air terjun niagara,memecut laju tanpa terhalang,tetapi kini seperti air paip masjid as-syakirin ditadah ade,ditarik hilang....humm,dari ak layan cinta, baek ak layan ujang...boleh bace cerite bapak ak,'pakcik kordi dan lembu beliau'...gedeganggg,teros diterajang laju vcd player itu untok mematikan cerita yg dimainkannya tadi...

beginilah keadaan maria sejak cintanya dengan syafiq aiman ditimpa dugaan.....mandi tak gune air, makan tak ikot mulot, tidor tak baring, dan macam2 lg perkare luar tabiat yg dilakukannya.....ini semua kerana terlalu setia akan cinta pertamanya itu...opps, silap..cinta keduanya selepas percintaannya dengan dato' K gagal...'ohh abg pitman, kenapa engkau sanggup memperlakukan ak sebegitu rupa'.....ketika sedang dia asyik menggoreng ikan sepat ronggeng untuk dijual di pasar, maria kembali terkenang akan peristiwa bertemunya dia akan syafiq aiman ....

ketika itu angin bertiup sempoi2 bahase....tiade angin yg lebih sempoi melaenkan angin ketika itu...sejok pon tak, panas pon tak...sempoi la katekan...maria ketika itu sedang melakukan hobinya setiap petang seperti biasa,memancing ikan toman di parit hujong kampong kelapa dara....parit itu merupakan satu port yg amat rare dan romantik sekali bagi maria dan pitman...ini kerana, di situlah berputiknya bunga2 cinta antara mereka berdua...untuk pengetahuan pembaca sekalian, parit hujong kampong kelapa dara merupakan tempat bertemunya dua parit terbesar di dunia iaitu parit colombus yg dikorek oleh cristopher colombus dengan parit kuda,batu pahat yg bukan digali oleh kuda tetapi oleh seorang tokey lumba kuda...berbalik semula kepada kisah pertemuan maria dan pitman, maria ketika itu sedang asyik melayan, tarik dan rentap batang jorannya mengikut alunan lenggok badan ikan toman yg merenggut umpannya....umpan cengkerik belaannya itu tidak pernah mengecewakan dirinya...kalau bukan toman yg makan, patin lubuk yg makan, kalau bukan patin lubuk yg makan, kawan memancingnya iaitu nurfatin yg makan....setakat ini tangkapan terbesarnya adelah seekor sotong kurita gergasi bernama paul ketika dia menyertai karnival JORAN anjuran berita metro....

sedang maria asyik melayan henjutan jorannya sambil membelek2 majalh 'koleksi lawak pak cik kordi dan lembu beliau',tiba2 dia terdengar akan satu suara yg sayup2 sahaja dengarnya...kadang2 seperti menjerit tolong, selang 2minit pula seperti bunyi help, kemudian berselang seli pula dengan lagu rumah terbakar panggil bomba,bomba datang berlumba lumba....maria mula panik...mambang laut datang mintak korban ke? pesta pinang sungai nibong da nak stat? ataupn suara ikan emas mintak tolong? dan bermacam2 lagi tekaan yg datang menerpa minda kosong maria....sedang dia asek berteka-teki dengan rakannya, nurfatin tentang dari mana sumber suara yg didengari oleh beliau,tiba2 dia terpandang sekilas pandangan akan satu tangan yg muncul dari tengah air parit...tangan itu perlahan2 muncul dari dalam air,lantas digenggam tapak tangan itu....dan meninggalkan jari hantunya di tengah2 tanpa ikut digenggam.....maria amati dalam2 maksud isyarat yg ditunjukkan oleh tangan itu....'chisss, orang lemas la weyhhh', maria menggelabah baru perasan ade orang lemas di parit tidak jauh dari tempat dia memancing...tanpa membuang masa, maria teros melompat ke atas moto kawasaki ninja yg baru dibelinya di kedai besi terpakai....ya, dia harus pulang ke rumah dahulu untuk menukar pakaian kepada swimsuit....walaupn parit, standard kene jage boy...

selepas kira2 stgh jam, maria kini sudah siap sedia untuk menyelamatkan mangsa lemas itu...swimsuit check, tapak kaki itik check, goggle check, dan tidak lupa pelampung tayar traktor..check....setibanya di parit tadi, dia melihat kini bukan satu tangan yg diangkat,tapi dua2 tangan telah diangkat dengan menunjukkan isyarat yg sama....marah betul org yg lemas itu nampaknye....kerana takot lebih banyak isyarat tangan laen yg akan ditunjukkan, maria teros memanjat pokok dan melakukan terjon tiruk spertimana yg dilakukan oleh pandalela yg memenangi emas dlm acara tersebot pada sukan komanwel new delhi....smooth,cukup smooth....maria mengayuh pantas tangannya...dia tahu, dia perlu bertindak bijak...ya, bijak...maria kembali semula naek ke daratan dan pulang ke rumahnya untuk mengambil bot laju....jika ingin bertindak bijak,menerpa ke arah mangsa lemas dengan berenang sahaja bukanlah satu tindakan yg bijak...bot laju adelah jalan penyelesaian paleng bijak

dipendekkan cerita, maria telahpun membawa mangsa lemas itu ke daratan,dengan menggunakan bot laju yg diambilnya di rumah tadi...'wow,anak ikan emas'kata maria, lantas dia menangkap anak ikan emas yg tergedik2 di dalam poket baju mangsa itu....'lelaki rupanya'desus hati maria setelah dia menyelak rambut mangsa itu daripada menutup wajah....maria berkata seraya memandang ke arah nurfatin....nurfatin tersenyum,lalu mengangkat tangan seperti seorang pelajar tadika yg ingin meminta kebenaran keluar ke tandas...'ak nak CPR dulu!!'....

okay...gua pause kat sini kejap...pasal maria story cite nih kat gua pn smpai sini je....die tgh bz prepare ntok monsoon cup tak lame lagi...so, nnt die dah balek manceng gua pakse die sambong stori nih...

*maria dalam cerita ini bukanlah watak maria seperti di dalam wayang gambar maria mariana....yusof haslam jgn saman saya...watak dan cerita ini juga tiada kene mengena dengan siapa2 sahaja melaenkan hanya maria dan syafiq aiman sahaja yg ade kene mengene...

Thursday, October 14, 2010

suatu hari sahabat bertanya...

ASSALAMUALAIKUM

sahabat bertanya : wei mat, lu apsal tak pernah nak join pegi tengok bola kat stadium?? lu sembang je lebat sokong produk malaysia la, keluaran malaysia mantop la, kalo bukan kita sape lagi nak sokong la....nih tengok bola kat stadium kire sokong sukan mesia la nih...beli tiket...

gua jawab : gua bukan tak sokong produk mesia,program bolasepak mesia mahupon soccer kid....tapi

*okeh,skang gua listkan kat lu orang beberape jawapan saspek mungkin gua akan jawab...

1. gua tak ade stok mercon la nak baling kat penyokong team lawan gua kalau team gua kalah...gua gak takde mecon nak baling kat pakgad kalo team gua seri...dan gua jugak tade mecon ntok baling kat palotak gua sniri kalo team gua menang..senang kate gua tade mecon la...hal mecon2 nih bukan mende budak2 tadika beb, teringat gua zaman skolaa

2.player bolasepak mesia maen bola skillfull sgt...asek sepak bola tinggi2 je...clear bola tinggi,pasing da tade grounder lagi dah...teros flag die anto,walaopn ak kompeus die tgh high pass ke tgh clear...lgpon ko tau la kan...ak nih ade darah gemuruh,takleh tgk bende tinggi2 lame2 sgt,nanti kene hiv....kalo dah 85 minit bola asek melambong2 je pekes?maen belon acah ek?

3.ak teringat pesan cikgu gua mase skola dulu2...membunoh diri adelah haram...ko igt pegi tgk bola kat stadium tuh tak termasok kategori bunoh diri? kalo dah gua lepak2 minom kokakola tade kaco2 penyokong team lawan pon kene tikam laju2 kat telinge,takke nak bunoh diri namenye tu?

4.gua cume akan pegi tengok gem bola kat stadium bile ade gem MU lawan ngan team mesia...tuh pon kalo amri yahyah maen...die sorang je pemaen mesia pujaan gua....die pawe,pandai agak permainan...ko tak igt die skor dari jauh kalahkan van der sar?kan die dah cakap die pandai menganalisa permainan...sebab tu die hampir dapat bola emas mase tadika kemas dulu2...

agak2 lu orang gua jawab ape?...gua lebih prefer jwpn no.4...yg 1 smpai 3 tuh gua buat bunga2 jawapan gua je....tp betol pe? bola sepak mesia bes...baru meriah ade gadoh2...baru nampak pawe+brute....akhir kalam, biar maen tak seberape, asalkan penyokong pawe


p/s: bermainlah seperti mereka...mereka adalah pemain,mereka adalah penyokong....



Monday, October 11, 2010

Syafiq Aiman. the history of a young croatian boy,

ASSALAMUALAIKUM

lagi kesah tentang syafiq aiman. tetapi kali ini, gua nak membawa lu orang semua menghayati kesah zaman silam seorang pemuda cekal bernama syafiq aiman. sebuah kesah yang dijangka mampu mencapai hit rm40 juta jika difilemkan (seperti 2 alam dr. rozmey), sebuah kesah yang menuntut seribu satu pengorbanan serta kecekalan minda para pembaca.

syafiq aiman dilahirkan di sebuah pedalaman kecil di Krapina, sebuah bandar di dalam negeri Hrvatsko Zagorje, 57 km dari bandaraya Zagreb. terletak dikelilingi oleh sungai dan tasik yang cantik, syafiq aiman sering menghabiskan masa kecilnya dengan pergi memancing seorang diri dengan menyewa bot yang disediakan di pinggir2 sungai. syafiq aiman sanggup tidak menggunakan wang bekalan harian yang diberi ayahnya, 200 croatian kuna seharian semata-mata mahu menggunakannya untuk peralatan memancing dan menyewa bot. antara ikan2 yang suka memakan umpan syafiq aiman ialah ikan patin (ikan patin sanggup datang jauh2 dari temerloh apabila mendengar bahawa syafiq aiman akan memancing), ikan talapia, ikan lekoh dan paling banyak, ikan bilis. selaen daripada memancing, syafiq aiman juga gemar menangkap rama-rama, membaca dan melukis mural di pejabat2 kerajaan. mural yang dilukis syafiq aiman terlalu cantik, sehingga mendapat pujian daripada ramai artist2 terkenal eropah. untuk pengetahuan, hobi syafiq aiman, iaitu menangkap rama-rama, membaca dan melukis telah dijadikan skema jawapan bagi pelajar tadika dan darjah 1 di malaysia bagi soalan "apakah hobi kamu?".

apabila meningkat remaja, syafiq aiman berhijrah pula ke jepun bagi meluaskan minat beliau dalam lukisan. di jepun, beliau tinggal seorang diri di sebuah apartment di Miyazaki town, tempat pelbagai artist berkumpul dan menetap. namun, di situ, syafiq aiman tidak berjaya mengembangkan bakat dalam seni kerana terjebak dengan geng pahlawan melayu melaka yang ditubuhkan khusus untuk melawan dan menjatuhkan ego kumpulan2 yakuza di situ. untuk pengetahuan, geng pahlawan melayu melaka berjaya merekrut 400 ahli terdiri daripada 398 orang melayu dan dua negro import. geng ini telah memanangi 40 perlawanan dengan 29 kali knockout, 7 kali kalah (6 kali sebab syafiq aiman terlelap ketika bergaduh), dan 4 kali seri (syafiq aiman separuh terlelap dan selsema). disebabkan itu, syafiq aiman pernah ditangkap dan diugut buang daerah ke pulau seychelles, namun syafiq aiman meminta untuk dibuang daerah ke kokdiang, kedah kerana peluang pekerjaan di sana lebih luas ditambah pula dengan liputan yang luas oleh digi.

maka sampailah syafiq aiman ke kokdiang dengan menaiki japan airlines. dan seperti biase, layanan istimewa diberikan kepada syafiq aiman oleh penduduk kokdiang bagi menyambut wira mereka itu. sebuah lapangan terbang dibina lengkap dengan taman tema air dibuat khusus bagi menyambut pendaratan syafiq aiman di sana. sesudah sampai, kesemua itu dirobohkan bagi menandakan kekuasaan syafiq aiman di situ. dengan hanya berumur 17 tahun, syafiq aiman berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan penduduk di situ. bagi menyara kehidupan, syafiq aiman bekerja di mcdonald sebagai mamat delivery. pernah sekali, kerana jam teruk dan spark plug motor tercabut secara tiba2 ketika turun bukit, syafiq aiman mengepos makanan melalui email dan alhamdulillah makanan itu selamat sampai dan dinikmati dengan enak oleh si pengorder. syafiq aiman juga pernah bekerja sebagai pelayan di kokdiang white coffee, dan ditawarkan bekerja sebagai manager disebabkan kerajinannya. namun begitu, syafiq aiman menolak tawaran itu kerana tidak mahu terbuai-buai dengan wang ringgit. alhamdulillah.

namun, kehidupan senang-lenang syafiq aiman tidak kekal lama. disebabkan sejarah beliau sebagai antara pengasas geng pahlawan melayu melaka, syafiq aiman ditawarkan sekali lagi untuk watak jahat. kali ini, mengetuai kumpulan crow zero di kokdiang kerana kematian genji ahmad, pengasasnya. namun begitu, disebabkan fikiran waras syafiq aiman yang tidak mahu dirinya tercedera lagi sepertimana di jepun, syafiq aiman menukar corak pergerakan kumpulan itu daripada bercorak keganasan ke kesenian. kumpulan crow zero, yang rata-ratanya berbadan kurus, badan sixpack, muka garang, secara ttibe menjadi antara pioneer kumpulan kebudayaan di kokdiang dan giat mempromosi aktiviti2 mereka melalui pementasan teater, pertunjukan dan demonstrasi penghasilan batik, tarian kebudayaan melayu dan pertunjukan silat (hanya ni yang berjaya dilakukan dengan baik). crow zero kokdiang juga dipanggil untuk pertunjukan dan ceramah2 di merata tempat di malaysia, menjadikan syafiq aiman seorang yang kaye. dan disebabkan kekayaan itulah, ramai wanita menghampirinya, termasuklah maria...

sekian gua coretkan kesah syafiq aiman. ingat, ini hanyalah sejarah ringkas. banyak lagi kesah syafiq aiman yang mungkin terpaksa dirahsiakan termasuklah gigi burung kakak tuanya yang patah dua dan banyak lagi. ok, bye. salam sayang daripada syafiq aiman.

p/s : syafiq aiman hanyalah watak imaginasi penulis, tiada kene mengena dengan sesape.

Friday, October 8, 2010

Sukan Komanwel ke-147 di Smap Labu.

ASSALAMUALAIKUM

gua terpanggil untuk menulis disebabkan kekecewaan gua terhadap prestasi atlet2 negara kita di sukan komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi. bukan ape, gua rase atlit2 kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan atlit2 dari negara lain yang semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari. kita ambil contoh jamaica, yang mampu melahirkan atlit2 seperti astaga powell. croatia juga, melalui atlit terbilangnya iaitu syafiq aiman. tapi negara kita, hanya mengharapkan nicol david, chong wei dan mungkin azizulhasni awang. hasbullah awang juga. mana pembangunan generasi muda atau golongan pelapis atlit kita yang sedia ada. takkan nak mengharapkan lee chong wei sampai ke tua. bila masa dia nak berehat dan bawak kereta nissan gtr nye pusing2 penang? itu yang menjadi persoalannya sekarang. sebab bagi gua, gua rasa sebenarnya negara kita mempunyai ramai atlit pelapis. cuma x diketengahkan dan ramai juga yang lebih cenderung untuk menjadi doktor, jurutera, ahli agama dan sebagainya. ohh tidak dilupakan, guru bahasa inggeris. kalau begini lah caranya, malaysia memang tidak akan maju dalam sukan. sekarang, gua ingin membongkar satu-persatu acara2 yang mungkin meletakkan malaysia di persada dunia jika atlit2 dari smap labu tidak memilih jurutera, doktor, ahli agama dan guru bahasa inggeris sebagai pilihan mereka.

badminton
chong wei mungkin sudah boleh menarik nafas yang lega sekarang jika adib rhaais sudah mula menyarung t-shirt badminton kebangsaan. mana taknya, dengan keupayaan membalas smash kencang lawan, ditambah lagi dengan pukulan kilas yang memerangkap di depan jaring, sudah pasti menambah gerun kepada mana2 lawan yang ditandinginya. adib rhaais juga terkenal dengan kehebatan menipu pihak lawan kerana beliau dapat membaca fikiran pihak lawan melalui kelincahan tarian kakinya yang sering dilakukan semasa perlawanan. adib rhaais juga mampu melonjak tinggi untuk melakukan smash kencang, tapi sering tersangkut di net. mungkin itu masalahnya jika kekurangan pada ketinggian. namun begitu, sama juga ceritanya bagi kategori beregu. koo kin keat & tan boon heong mungkin berada di tangga kedua dunia sekarang, memberi laluan untuk kedudukan no.1 dunia kepada khairulnaim khazali dan md nor sairi jika mereka bermain untuk malaysia. khairulnaim khazali memang terkenal dengan permainan di jaring yang cantik, mungkin kerana sudah terbiasa bermain dengan jaring ikan sewaktu pergi menjala ikan kecil2 dahulu di lautan dalam selat melaka. sementara itu md nor sairi pula terkenal dengan sikap panas barannya di gelanggang, yang kadangkala menakutkan pengadil sekaligus menghadiahkan kemenangan percuma kepada beregu itu. tapi yang pasti, gandingan mereka berdua memang mantap, penuh keserasian hingga mencetuskan perasaan cemburu kepada pemain lain terutamanya annasaaie ghaffar yang sedang menyambung bermain badminton sambil merawat pesakit di mesir.

bola sepak
jika tidak kerana menyambung pengajian di penang dan bercita-cita untuk mewakili pasukan bolasepak penang di sana, syazwi aiman sudah mungkin bergelar pemain bolasepak terbaik malaysia. kepantasan kakinya bergerak sehingga kadang2 tidak mampu dikejar oleh but bolanya sendiri, sememangnya menakjubkan. serta menyusahkan pihak lawan. ( terutama pihak lawan yang gemar akan kasut dan sering mengambil peluang untuk mencuri kasut2 yang tertinggal di mana2). syazwi aiman juga tidak pernah injured, serta staminanya memang superb. begitu juga dengan nizamuddin a.k.a adik zulhazmie. beliau memang merupakan penyerang sejati. sepanjang karier nya, beliau sudah menjaringkan 143 gol termasuk 29 gol sendiri dan 74 gol semasa bermain dalam bilik study. ohh dan 2 gol sewaktu game 1 on 1 ngan syafiq suhaimi. yang mana time tu syafiq suhaimi muncul wira pasukannya dengan menyumbat hatrik. namun, kelincahan dan kehebatan syazwi aiman dan nizamuddin masih tidak mampu menandingi pemain pertahanan kanan terbaik, aizat azmi. beliau rajin, bergerak pantas, mampu menjaringkan gol dari sudut sukar, berdisiplin di tengah padang serta sentiasa berlari ke mana2 untuk merebut bola. dengar cerita, beliau sudah dilamar oleh kelab divisyen tiga norway, Østfold untuk bermain di sana. dan bagi memudahkan komunikasi semasa di norway, aizat azmi sekarang sedang mengikuti pengajian dalam bahasa inggeris.

hoki
stepeh van huizen, jurulatih hoki malaysia pernah berada dalam keadaan berkabung selama 43 hari kerana permintaannya untuk membawa masuk nazirul ariff dan afiq syahmi ke dalam skuad hoki ditolak oleh kedua-dua pemain berpengalaman itu. kedua- dua pemain itu merupakan aset terpenting negara untuk memenangi kejohanan2 di negara luar serta mampu melonjakkan kembali nama skuad hoki kebangsaan sejak era minarwan nawawi semasa komanwel 98 di kuala lumpur. afiq syahmi sememangnya terkenal dengan pukulan padu, dan sering menjaringkan gol dari luar d, sesuatu yang luar biasa kerana jaringan itu diterima umpire bertugas. nazirul ariff juga begitu, hebat terutama sekali dalam merencana strategi dan mengemudi pasukan terutama jika pasukan sedang ketinggalan. malaysia juga mengalami kerugian yang besar apabila tidak menawarkan kontrak kepada haniff redwan, yang juga mampu merobek pertahanan lawan dengan senang. keeper, dzafri shahimi pula sibuk menguruskan ternakan kambing dan mengajar sendiri kambing2 nya bermain hoki di rumah. menolak tawaran pasukan malaysia.

laporan seterusnya akan menyusul kemudian dalam edisi sukan komanwel yang seterusnya. banyak lagi sukan2 yang mampu menaikkan nama malaysia jika atlit2 smap labu meneruskan kerjaya mereka sebagai atlit. kriket, memanah, petanque dan macam2 lagi hanyalah cebisan contoh sahaja. till then. berjumpa lagi. majulah sukan untuk negara. peace to astro arena..