Tuesday, June 2, 2015

Architecture dan Sukan (Bagaimana Tiroi Wanderers mengaitkannya dalam perlawanan)

Banyak perkaitannya antara architecture dan sukan namun post kali ini lebih terarah kepada bola sepak sebagai sukan no 1 di hati rakyat Malaysia (walaupun baru dibelasah teruk oleh Vietnam dan kemungkinan bakal dibelasah teruk dalam Sukan Sea).

Baru-baru ini ana berpeluang menonton Final FA Cup selama 30 minit kerana dah mengantuk dan Arsenal bukanlah pasukan yang hebat sangat. Perlawanan berlangsung di Wembley Stadium, stadium yang gah namun ada satu perkara yang menarik minat ana sepanjang 20 minit perlawanan berlangsung. Arsenal tidak menggunakan kelebihan defender dan keeper Villa yang silau untuk menjaringkan gol awal!

Bagaimana keeper silau? Mestilah sebab pancaran matahari tepat ke mata. Kalau setakat pancaran matahari sahaja ianya tidak memadai. Ia hanya membasahkan ketiak. Pancaran matahari tepat ini berlaku apabila sesuatu binaan/bangunan itu direka dengan tidak mengambil kira pancaran matahari dari timur ke barat dan sebaliknya. Ini sudah pastinya mengakibatkan ketidakselesaan kepada pemain.

Orientasi Bangunan



Jika kita perhatikan gambar Stadium Wembley ini, jelas menunujukkan bahawa Stadium Wembley dibina betul-betul mengikut arah timur ke barat iaitu arah matahari turun dan naik setiap hari. Akibatnya satu pasukan akan terpaksa menghadap pancaran tepat ke mata dan menyukarkan penglihatan mereka. Ini yang berlaku kepada Aston Villa pada 20 minit pertama namun mereka berjaya menahan daripada dibolosi hinggalah matahari tenggelam sepenuhnya barulah mereka bolos (maknanya Villa memang salah taktikal lah tu).

Persoalan, adakah pereka Stadium Wembley tidak memikirkan pasal arah matahari ini? Apa guna belajar architecture bertahun-tahun?

Konteks Urban

Antara perkara awal yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan sesebuah bangunan ialah arah matahari, arah angin, pencemaran bunyi kawasan sekitar serta landskap sesebuah kawasan. Namun begitu, aspek ini bertambah rumit jika melibatkan konteks urban. Aspek yang perlu difikir ialah kawasan sekitar iaitu bangunan jiran, landskap kawasan hinggalah kepada sistem longkang dan sebagainya. Ini kerana ia melibatkan perkara yang sedia ada di situ atau ‘existing features’ dan semestinya perkara itu tidak boleh diubah sesuka hati. Ia ibarat anta masuk kawasan rumah teres setingkat dan tiba-tiba anda beli satu lot tengah-tengah nak buat tiga tingkat. Confirm akan ganggu paling tidak pun rumah sebelah tak dapat angin. Dalam Islam pun melarang berlebih-lebihan dalam berjiran. Kalau kaya pergi buat rumah kat orang kaya lah! (off topic)

Jadi macam tu lah. Kemungkinan besar Stadium Wembley terpaksa mengikut konteks urban dan mereka terpaksa orientate stadium itu ke arah itu. Maafkan ana jika salah, ana taknak buat research sangat. Lainlah kalau stadium tu dibina di satu tapak kosong, barulah salah designer kalau masih orientate building arah timur barat. Contoh stadium dibina yang jauh dari kawasan urban;- Stadium Gong Badak di Terengganu yang dulunya atap roboh sekarang stadium dibakar dek kerana Terengganu kalah dengan Lions XI. Itu bodoh.

Saiz Padang

Bercakap mengenai konteks urban, satu lagi yang menarik minat ana ialah bagaimana konteks urban ini juga mempengaruhi saiz padang. Tahukah anda hanya 10 kelab EPL musim ini yang memenuhi spesifikasi saiz padang yang sebenar  iaitu 105m x 68m? Kelab-kelab lain tidak dapat memenuhi saiz padang yang ditetapkan dan hampir semuanya disebabkan oleh konteks urban. Ini yang menyebabkan Stoke City (padang lebih pendek) selalu bermain long ball kerana striker mereka ialah Crouch yang hanya menunggu untuk tanduk masuk gol itu.

Masalah yang sama melanda kelab bolaspeak Tiroi Wanderers iaitu saiz padang dan orientation of the field!

Masalah Tiroi Wanderers

Perhatikan gambar rajah di bawah ini. Ia merupakan training ground pasukan Tiroi Wanderers selama lima tahun sebelum mula berani untuk bermain perlawanan kompetitif di area Lembah Klang.



Jika anda perhatikan, terdapat dua jenis padang yang menjadi training ground kepada Pasukan Tiroi Wanderers yang diketuai oleh Syufuq selaku owner kelab merangkap pengurus dobi kelab. Padang A, iaitu lebih besar dan memenuhi spesifikasi manakala Padang B, hanyalah saiz sebenar padang hoki. Namun begitu, Tiroi Wanderers lebih gemar training di Padang B dan kami jelaskan kenapa dan bagaimana ia menjejaskan persembahan Tiroi Wanderers.



Cuba antum perhatikan orientation Padang A. Apakan persamaan dengan Stadium Wembley? Ya, orientation nya salah! Pasukan Tiroi Wanderers pula gemar melakukan latihan intensif lebih-lebih lagi pada pagi hujung minggu selepas selesai inspection asrama dan sinaran matahari pagi pastinya terik (walaupun tidak berapa panas) dan ini menyukarkan mereka untuk bermain dengan lebih hebat jika mereka memilih padang A.
Tiroi Wanderers juga sentiasa berlatih di petang hari pada hari-hari biasa sehinggalah terasa lapar baru fikir pasal makanan di DM dan seperti biasa, adakah matahari petang memberi kelebihan kepada permainan Tiroi Wanderers di Padang A? Tentu sekali tidak!

Padang Hoki

Walaupun tidak memenuhi spesifikasi FIFA, namun padang B ataupun padang hoki lebih memberi kelebihan dari segi architecture kepada pemain-pemain. Ini sudah difikirkan oleh pemain Tiroi Wanderers sejak dahulu lagi, cuma lepas tiga game di Lembah Klang baru perkara ini berani dibangkitkan. Pemain lebih mudah bermain tanpa pancaran tepat matahari, ditambah pula dengan natural hilly slope atau kawasan bukit yang memberi natural spectators’ area kepada penonton atau jurulatih untuk menonton perlawanan di tangga bukit. Principal inilah yang digunakan oleh stadium-stadium di dunia untuk mereka bentuk tempat duduk penonton, setelah melihat bagaimana orang Greek dan Roman pada zaman dahulu menggunakan kawasan berbukit kepada penonton untuk membolehkan mereka menjalankan persembahan opera atau Gladiator. Dan inilah juga kelebihan padang hoki.



Buffer Zone

Buffer zone jika di-google translate bermaksud zon penampan. Secara mudah, buffer zone ini ialah penggunaan perkara-perkara tertentu sebagai halangan kepada sesuatu perkara lain. Contoh: penggunaan landskap pokok yang disusun di tengah-tengah bandar untuk membezakan kawasan perindustrian dan perumahan. Pokok-pokok itu boleh menyerap bunyi, gas-gas yang teruk daripada sampai ke rumah anda semua.

Begitu juga dengan padang hoki. Ianya dikelilingi oleh pokok-pokok yang secara natural nya membantu pasukan Tiroi Wanderers untuk lebih focus dalam training. Mereka tidak akan mendengar apa-apa yang berlaku khususnya datand daripada kawasan asrama dan bangunan pentadbiran dan pemain dapat focus sepenuhnya kepada perlawanan.

Padang A lebih terbuka dan seringkali mengganggu kosentrasi pemain dengan bunyi seperti ini,

“Perhatian kepada saudara .., tetamu sedang menanti anda di hadapat Darul Qiadah.”

Merencatkan permainan bukan?

Perubahan

Tiroi Wanderers kini sudah bermain 3 perlawanan kompetitif. Seperti pasukan lain, pasukan yang baru dibentuk semula ini pastinya mengambil masa untuk kembali mendapat rentak. Namun, mereka lebih sukar untuk mendapat rentak dek kerana perubahan saiz padang latihan dan padang sebenar serta kondisi padang sebenar yang tidak sebaik padang latihan mereka. Namun ianya boleh dilakukan jika sedikit masa diberikan.

Latihan Intensif

Satu bentuk latihan intensif sedang giat dirancang oleh saudara Syazwi Aiman dan pembantu peribadinya, Yusoff dan Palo Khor Abdullah yang melibatkan seluruh ahli pasukan Tiroi Wanderers di sebuah pulau peranginan di Malaysia. Sama-sama kita doakan trip itu berjaya dan pasukan dapat re-charge energy untuk menghadapi perlawanan-perlawanan yang lebih kompetitif selepas raya aidilfitri.

Wednesday, April 29, 2015

RAGE WEDNESDAY !!

ASSALAMUALAIKUM

Ni pertama kali aku naik komuter time rush hour pagi, pukul 7 pagi dari kajang ke padang jawa..inipun sebenonye bukanlah rush hour sgt, pasal yg paling rush segala rush adalah dr pukul 6 smpai 7 pagi tu...kirenye 7 ke atas tu adalah timing org yg jenis steady, punch kad masok keje ngam2, memang waktu masok keje die bukan 8stgh tp 9 dan ke atas, ataupun die memang keje ktm. Yang dtg pkol 6 pagi tu pulak aku kelaskan sebagai mereka yg sgt berdedikasi, nak smpai ofis awal supaya boleh rilek dpan komputer baca malaysiakini smentara tunggu stat keje, dan jenis jalan kepala tunduk tak pandang depan langgo semua yg ada smbil sebelah tangan genggam suratkabo.

Aku pernah dengo kawan2 aku ckp, salah satu sebab diorg x nak keje makan gaji adalah sebab tgk betapa rushingnya manusia ni di pagi hari, sedangkan seorg manusia yg tenang dan hidupnya mencapai taraf moqsha sepatutnya tenang menikmati secangkir kopi nipis ataupun fresh orange dari kotak pearl fresh, menyapu mentega pada roti yg dibakar sempurna seperti golongan bangsawan, 2biji telur separuh masak yang ditaburkan sedikit black pepper sambil mencampak pedigree kepada anjing2 peliharaan baka basset hound. Kau bayangkan, pagi2 lepas mandi wangi2, kau dah berhimpit2 berlanggo2 dlm komuter yg sesak. Badan kau dari bau kasturi jadik bau kemenyan. Bila kau bau kemenyan, kau mula rasa down. Cuma bomoh je yg x pernah down bau kemenyan. Manusia biasa yg makan nasik hari2, solat bukan di awal waktu, tak bela saka, dan lemah pada salib mcm kita ni wajib down bila badan bau kemenyan. Bila down, kau buat keje semua pun x jadik, kau jalan kaki pun silap2 bersepah mcm kawad robot, dan selera kau nak makan nasik time lunch pun jadik x pegi menyebabkan time lunch,kau ambik makanan entah ape2 seperti spageti, fish and chip dan eskem magnum. Boleh menangis air mata darah kalau rani kulup dan ibrahim ali tahu bani melayu nya makan serupa bangsa penjajah. Bila x makan nasik tengahari, mula lah kau merengek lapo serupa mintak kene pijak dikala petang.

Ada benarnya pendapat kawan2 saya tu. Siapa yang tidak suka untuk hidup senang dan tenang seperti itu. Masok kerja ikot timing kita, kerja dgn org yg kita suka, dan buat apa yg kita suka. Tapi pada aku, utk sampai ke peringkat tu, banyak pengorbanan dan usaha keras yang diperlukan, dan tak semua org sanggup. Bila tak sanggup, tapi kau perlukan mata pencarian, maka ramailah kita yang pilih untuk kerja makan gaji. Dan cara hidup org makan gaji ni, mcm yg aku ckp kat atas tadi lah. Bersesak2 kalau naik komuter, hadap masalah trafik jam yang x berkesudahan, keluar gelap balik pun gelap. Tapi ada yang rela untuk menghadapi situasi tersebut, maka bagi aku takde masalah. Pada aku, ini pilihan hidup masing2. Ada yang selesa begitu dan ada juga selesa begini. Tiada yg betul dan yg salah. Tak perlulah kau datang ke org lain dan maki, ckp tak berhemah "kau ni smpai bile nak keje makan gaji cmni? Takde wawasan diri langsung. Sedangkan negara pun ada wawasan 2020, kenape kau xde? Kalau kau terus mcmni, org lain akan pandang kau sebelah mata" sambil menghulurkan borang join mlm madefake. Bahagia hidup seseorang itu sesuatu yang subjektif. Ada yang rasa bahagia bila kaya duit banyak bertimbun2 cincin penuh smpai ke jari kaki. Ada pulak yg bahagia sebab dpt keluarga yang bes, walaupun hari2 makan nasik lauk org kebanyakan sahaja. Ada jugak yg rasa bahagia walaupun hidup bujang, sewa rumah sebulan rm300, ada tv sebijik, katil bujang sebijik, laptop dari zaman U sebijik, dan kucing bernama 'baby' sekor. Kalau org yg mengalami keadaan tu sendir rasa selesa, maka kita yang kat luar ni pada aku haruslah tumpang gembira dgn kebahagiaan mereka. 

Tapi, skrg ni apehal komuter ni berenti tgh jalan lame gile babi. Hal2 mcmni lah yg buat rakyat prihatin sayangkan najib mcm aku ni jadik tak bahagia!!!!

"Kerana bahagia itu adalah bilamana kau rasa cukup, walaupun kau punya pakaian sehelai dan makanan sekadar alas perut"-John,2015

*entry ini dikarang dgn perasaan marah membuak kepada sistem pengangkutan ktm yg serupa celaka ketika aku dlm perjalanan dari kajang ke shah alam hujung minggu lepas.

Wednesday, January 7, 2015

Coretan Sejarah Perjalanan Tiroi-Midvalley yang sangat bermakna

ASSSALAMUALAIKUM

macamana aku nak mulakan entri kalini...aku dah tinggalkan kerja menulis panjang-panjang camni dah lama...dalam engineering, paling2 kuat aku mengarang dalam 4 baris...itupun kalau aku stadi...kalau kuiz mengejut, satu baris pun belum tentu dapat....maka, maafkan aku andaikata entri ini membosankan , x best, "aku tulis lagi power lahanat", takde punchline dan lain-lain...kau nak best kau tulis sendiri #ayatmenteri

ya, mungkin aku kena mulakan dengan watak utama....zekmok, satu sosok tubuh yg tidak perlu lg diperkenalkan dengan terperinci...cukuplah jika aku katakan dia seorang yang nampak matang, sudah bekerjaya, memakai kasut "Pull and Bear", tenang dalam percakapan, mengasingkan stokin kerja dan stokin berjalan yang sentiasa disematkan di sisi beg beliau, berjambang rapi, dan masih belum bertegur sapa dengan Redza Minhat walaupun selalu nampak kat ofis...oh ya tidak lupa, beliau juga salah seorang dari kalangan 3 imam kabir rumah uthman.

4 jan yang lepas, aku dengan arep ada buat satu event..event lepak yang tak perlukan untuk kitorang pergi carik sponsor, sewa kemah dan carik band perform…detail event haritu bolehlah kau orang tengok mcm dalam poster bawah ni…



Kenapa lepas zohor?
pasal rata2 kami adalah pengguna tegar ktm…kalau buat lambat2, nanti susah nah balik

kenapa menutup aurat?
Demi menyahut seruan mengamalkan cara hidup islam sebenar pada zaman sekarang…dah kalau hudud kau orang nak, tapi tutup aurat taknak, kau orang nak jadik ape? Oh lupa, dalam hudud takde cerita tutup aurat XD

 Kenapa mesti bawak buku usrah? Siap template pulak tu.
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah…alfitnatu asyaddu minalkotl…kau bawak je la jgn banyak soal.

Kenapa event ni makan minum sendiri sendiri?
Bila sendiri sendiri, kau orang tak terikat dgn apa2 peraturan…nak tapau dari rumah lauk tengahari pun takde masalah..

Lepak dengan zekmok… ya, sebelum event lagi aku dah terbayang yang akan banyak “joke” dilontarkan…ketawa tak henti semata-mata…namun aku salah…ketawa tak henti tu memang ada, tetapi pengisian dalam setiap ketawa tetap ada…tak macam zaman sekolah dulu yang kadang2 ketawa sekadar ketawa memuas nafsu serakah…ada juga waktu yang mana semua serius, berkerut dahi, lutut bertemu lutut, bila benda serius dibincangkan macam hal bank dan kewangan, memandangkan mok sendiri orang keje bank…

Jadi , atas permintaan beberapa kutu yang tak dapat hadir bersama ke event tersebut atas alasan ada paper final, duduk jauh, bini tak bagi keluar, harga minyak naik, harga minyak turun, kereta takda minyak, minyak ada kereta takda, nak sgt join tapi menyampah dgn aku, di sini aku kepilkan beberapa isu penting yang dibincangkan…mungkin ada yang kau orang rasa tak penting, tapi kalau kau orang dapat penjelasan yg mendalam dari zekmok, kau orang akan menangis kerana memandang enteng perkara tersebut sebelum ini.

1)   Hal kurus
Mok merasakan dia perlu cari jalan untuk kurus dan fit, memandangkan kerja beliau memerlukan untuknya sentiasa fit dan bergerak sana sini….tapi ada beberapa cabaran antaranya di ofis sendiri. Kat ofis ade orang letak jajan macam rota, peyek dan lain2 lagilah yg katanya memang tak menyihatkan namun menyelerakan…bila kerja, kau akan rasa penat duduk lama2 depan computer. Untuk hilangkan penat, kau kena jalan2…bila jalan, lalu sebelah jajan sure stop kejap makan2…”takkan nak jalan setempat?” kata zekmok….

2)  Bedah buku “bintang violet” hasil penulisan D. Qawiem
D. Qawiem atau lebih dikenali dgn nama cha, telah membenarkan buku sajak tulisannya dibedah oleh zekmok...antara isu2 yang dibincangkan adalah mengenai pemilihan nama D.Qawiem sebagai nama pena, sumber inspirasi, tentang ego zekmok terhadap awek yg bergandingn dgn cha dlm buku tersebut, bergaduh tentang harga buku dan pangsapuri di sentul yang ramai orang India..oh maaf, itu cerita lain..mok kata dia berminat dgn satu sajak dlm buku tu yg bertajuk “meruntuh hadang”..nantikan review dari beliau mungkin setahun dari sekarang…oh ya, rakan2 yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh berurusan dgn D.Qawiem secara terus atau pm saya dengan kata laluan “aku cinta padamu”

3) Lagu tema NU sentral
Zekmok tiba2 mengutarakan perbincangan ini...dia memberitahu yang lagu tema NU sentral ni entah apa2, takde melodi langsung…lagu UTC tu lagi sedap katanya…beliau juga cakap yang lagu tersebut menggunakan elemen rap untutk membolehkan semua nama kedai kat NU sentral tu dimasokkan dlm lagu tersebut…dia juga menegaskan bahawa dia belum dengar lagu IOI Putrajaya…dia akan tunggu lagu tersebut keluar dan mungkin event bedah lagu akan diadakan.

Itu antara benda yang dibincangkan, banyak lg sebenarnya…aku cuba nak tulis, macam2 cara aku dah cuba…tapi aku tak dapat…aku taktau macamana nak sampaikan setiap butir yang zekmok kata, idea, jenaka, dan teguran yang dia bagi…kadang2 ada benda yang kau kena ada sendiri kat situ untuk rasa…fuhhhhhhh…tapi jangan risau, lepas-lepas ni akan diadakan event lepak seterusnya bersama  panel2 yang lain…dengar katanya lepas ni panel juga merupakan salah seorang imam kabir rumah uthman…jadi kau orang relak je tunggu poster keluar…tak keluar jgn sebok2 tanye


 nampak ilmiah kan? 


zekmok cuba nego harga dgn D.Qawiem...ade ke patot mok letak harga seringgit?


 "Bintang Violet" karya D.Qawiem...manakala arep cuba take over utk publish next book

Wednesday, May 14, 2014

all hail the king

King sudah balik Malaysia... aku harap sebelum dia mula pegi kerja, eloklah dia tulis sikit2 bende sedap kat sini amende die buat kat negare orang putih sane bagi member2 bace acah2 buat pedoman

Friday, May 2, 2014

same old same old

ASSALAMUALAIKUM

hari ini hari jumaat. hambali bangun subuh puku 6 lebih. lepas dari solat subuh, dia baring dan sambung tidur sebentar. lebih kurang pukul 8 lebih nak pukul 9, dia terbangun setelah terdengar deringan telefonnya. setelah menjawab panggilan tersebut, dia terus membuka komputer, mandi dan mengadap komputernya. ketika di hadapan komputer, dia berfikir sejenak. jadual kelasnya harini kosong, tiada kelas yang perlu dihadirinya. hari tanpa kelas, satu perkara yang sangat mengujakan. dia terus membuka satu demi satu tab di google chrome. facebook, twitter, utube, mangareader dan ape2 lagi lah yang boleh dibukanya..dia mula bosan. twitter belum rancak, begitu juga fb. tiada update manga yang baru. lalu dia mula berfikir untuk melakukan sesuatu yg mungkin lebih berfaedah. assignment, ya assignment. mujur buku subjek numerical beliau hanya dua depa di sebelah. kalau jauh, mungkin niat untuk buat assignment juga tertangguh. dibelek satu demi persatu. otak hambali mula berfikir. jarang2 hambali menggunakan otaknya untuk berfikir sesuatu yang ilmiah di waktu pagi begini. entah mengapa, dia tidak terasa langsung nak tengok movie dan tv series, padahal banyak lagi cerita2 yang dia belum khatam. sherlock ade 2 season lg, breaking bad baru episod 3, dragonball z baru episod 15.

pukul 12 lebih, hambali mula rasa penat ngadap assignment. dia teringat harini hari jumaat. ya, jumaat. elok juga kalau tidur sunat. dia alihkan buku2 dan segala jadah yang menghalangnya dari tidur dengan selesa di atas katil, dan mula tidur sambil berharap janganlah terlajak sampai azan baru bangun. nampaknya harapan beliau menjadi kenyataan. hambali bangun pukul 1, masih belum azan. dia menyarung kain pelikat, sapu minyak wangi lebih kurang, stat moto dan gerak ke masjid. sampai di masjid, azan terus berkumandang. syukur, dia belum terlambat. hambali menunaikan solat sunat dan duduk mendengar khutbah. 

semasa dia duduk mendengar khutbah, fikirannya melayang teringat perkara-perkara lepas. sebulan lepas, hambali baru sahaja pulang dari menunaikan umrah. dia teringat, ketika hari jumaat, pukul 10 pagi dia sudah bergerak ke masjidilharam untuk solat jumaat. pukul 10 itupun sudah tergesa-gesa. ramainya orang ketika itu susah nak diceritakan dari segi bilangan. ketika disana, keadaan dia sama seperti hari ini. tiada apa kerja nak dibuat. tetapi kenapa semasa di mekah, dia boleh pergi ke masjid pukul 10, tidak di malaysia? 

istiqamah, bak kata nizam dan lain2 orang baik di twitter, buat baik itu senang, nak istiqamah tu yang susah. 

*bila fikir2 hal istiqamah ni, aku respek sebenarnye ke orang pompuan yang balik umrah, dari freehair terus pakai tudung. sebab boleh berubah dan istiqamah. diri sendiri ni jangan kata istiqamah, berubah pun tak.

*aku ada terjumpa quote sape entah, antara tanda-tanda doa diperkenan adalah kita mula berusaha ke arah itu.

Sunday, March 23, 2014

sekadar termampu

ASSALAMUALAIKUM

result SPM baru sahaja diumumkan. macam biasa, tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan juga kepada yang kurang berjaya. tidak banyak yang ingin diperkatakan, cuma bagi pihak batch extrovert92, kalau-kalaulah kau orang ada berminat nak ambil tahu dengan lebih terperinci tentang satu2 course, mungkin boleh contact brader2 dan gadis2 ni..diorang ni mungkin boleh bagitahu ape bende sikit2 tentang kursus yang kau nak tahu sangat tu...


medic 
-https://www.facebook.com/khairul.nidzam.29
-https://www.facebook.com/imraan.azhar (doktor paling hebat,aku cadangkan kau tanye die)
-https://www.facebook.com/nuhhaidhar.sidit
-https://www.facebook.com/abdul.muiz.3382
-https://www.facebook.com/khairunathirah.abdulrazak
-https://www.facebook.com/nurshahida.zainal.9
-https://www.facebook.com/bintu.nasruddin
-https://www.facebook.com/ismahalnabila.ismail (dentist)

engineering
-https://www.facebook.com/naufal.nashih 
-https://www.facebook.com/khadijais 
-https://www.facebook.com/adib.rhaais
-https://www.facebook.com/muhammad.i.abdullah.1
-https://www.facebook.com/ini.manap.punye
-https://www.facebook.com/luqman.sakawi (kekoreakekite)
-https://www.facebook.com/mursyidbrontoxy
-https://www.facebook.com/syazwiaiman (kapal terbang)

architecture(the one and only)
-https://www.facebook.com/arepseman

pengajian agama dan perbankan Islam (budak2 midel east ni aku konfius amek mende senonye)
-https://www.facebook.com/bear320
-https://www.facebook.com/ahmad.faeez.9
-https://www.facebook.com/nurulhanan.ahmad
-https://www.facebook.com/FaeiqaSabtia
-https://www.facebook.com/zainal.zakwan
-https://www.facebook.com/mohamad.fathi2

law
-https://www.facebook.com/azri.syafiq.376
-https://www.facebook.com/syed.hisham.528
-https://www.facebook.com/azharuddinazmi

sains dan cabang-cabangnya yang terlalu banyak (mereka ni dalam course science related)
-https://www.facebook.com/firdaus.shahrum.5
-https://www.facebook.com/reringgit
-https://www.facebook.com/nurhidayah.shahemi


komputer ict dan yang berkenaan
-https://www.facebook.com/aqsalridzuan
-https://www.facebook.com/amjadhuzaifi
-https://www.facebook.com/haziqhanim (pencinta doraemon)

sains aktuari (ada sorang lagi, tapi dah melarikan diri)
-https://www.facebook.com/prince.poi.1

cikgu 
-https://www.facebook.com/ZamirZunaidi
-https://www.facebook.com/syamim.khaidi
-https://www.facebook.com/siti.badriah.9
-https://www.facebook.com/khuzaimah.khairuddin
-https://www.facebook.com/kippeanor

akaun (aku tak nampak budak laki)
-https://www.facebook.com/aen.neyia
-https://www.facebook.com/nursyarina.ibrahim
-https://www.facebook.com/amiratunnurshamim

perkara berkaitan perladangan, veterinar dan seumpama
-https://www.facebook.com/machinegun.joe.56
-https://www.facebook.com/suhailizahanie.suroya
-https://www.facebook.com/afiqsyahmi.alibasar

ini sahaja yang dapat aku senaraikan. kepada rakan2 yang aku tak listkan, harap maaf. tiada sebarang sebab yang negatif dan tidak elok kenapa aku tak letak nama kau orang melainkan hanya adalah kerana aku malas nak letak banyak2..kepada course yang aku terlupa ataupun tak perasan nak letak juga aku minta maaf. kepada lepasan2 SPM, aku harap benda ni dapat membantu kau orang sedikit sebanyak. dan kepada yang aku listkan ni, harap dapatlah membatnu sedikit sebanyak kepada budak2 tu. 

Sekian,
GGMU, Arsenal Power

Friday, January 24, 2014

inspired

ASSALAMUALAIKUM AND WADDUP

Minggu ini merupakan satu minggu yang aku lihat paling tipikal. Cuti sem dah mula 2minggu yang lepas lagi, tapi aku pilih untuk lepak sekejap dekat shah alam, nak setelkan semua hal berkaitan latihan industri bagi sempurna dulu. Memandangkan cuti lame dah stat, yang tinggal dekat shah alam ni pon tinggal berapa orang saja. Termasok aku, adalah 5 orang kat rumah sewa aku. Hidup memang bosan, mati kutu taktau ape aktiviti nak dibuat, ditambah dengan dah habis semester pulak tu, duit masing2 dah kopak. Bila nak ajak jalan ke mane2, aku tengok dompet jesen, jesen tengok dompet aku, kosong. Maka, pilihan paling selamat untuk survive adalah lepak dan teros melepak dalam rumah sampailah aku balik semula johor.

Dalam seminggu lepas macamtu, aku, agus dengan ucop ada bincang hal2 filem yang power. Ucop sebok dengan drama astro mustika dia, agus bergegar dgn breaking bad dia, aku Cuma pendengar pasif yang kadang2 masuk mencelah mana yang aku tau. Bab2 filem ni aku tak berapa nak bagitahu ke orang filem ape yang aku tengok, apatah lagi nak mengajak orang tengok. Pasal banyak cerita yang aku suka tengok, orang cakap “faker bosan…cerite mende kau tengok ni?”  dan “cerita ni aku bagi 1 bintang je la”. Aku pun taktahu, mungkin memang jiwa aku lain dalam hal menilai movie.

So sepanjang seminggu ni, aku ada tengok beberapa cerita yang member2 aku cadangkan, antaranya dari ucop, agus, wan haled, qasren dan lain2 kutu kat sini. Kebanyakkannye cerita lama.

1. 500 days of summer
Cerita cinta pertama yang aku tengok tak berakhir dengan kematian mahupun watak utama kahwin. Perempuan yang complicated, dan lelaki yg “fucked up” pening macamana nak deal dgn awek tersebut. Menarik, tambahan ada pulak chloe grace moretz, ahhh comel sungguh beliau. Lakonan zoey buat aku teringat ke Christina Suzanne dalam KIL.


2. About time
Masa ucop cakap cerita ni pasal orang boleh patah balik ke masa lampau, aku rasa macam nak pangkah dari list movie to be watched aku. Tapi ucop Berjaya yakinkan aku untuk tengok, so aku tengok. Tapi memang betul power. Hero dia pon aku tak pernah tengok sape, tak hensem langsung. Cerita pasal mamat ni yang ada kebolehan patah balik ke masa lampau, dan dia gunakan kebolehan tu untuk edit mana2 event yg dia rasa tak sedap. Juga berkaitan cinta dan keluarga, bilamana kau perlu pilih Antara isteri dan keluarga kau sendiri, ataupun bapak kau. Ahh power2


3. A walk to remember
Cerita ni lagi lah haram dah lama keluar. Dengan bila aku tengok dress up masing2 zaman ac mizal dalam 4U2C. cerita pasal mamat yang bercinta dengan sorang awek, dan cuba buat semuanya untuk bahagiakan awek tu bila dapat tau, awek tersebut sakit leukemia dan nak mati tak lame lg. cerita yg boleh tahan, Cuma aku rasa plot dia terlalu cepat.

4. The shawshank redemption
Cerita ni tahun 1994, aku masa tu baru 2 tahun. Mungkin pasal cerita ni dilakonkan oleh “god”, cerita ni power sampai sekarang. Boleh dikatakan, pencetus kepada wujudnya cerita prison break. Cerita pasal mamat yg kalah dalam kes perbicaraan kes bunuh bini beliau, dia dicampak masuk ke penjara shawshank. Menjalani hari2 dalam penjara tersebut dgn cara beliau sendiri, tanpa hiraukan sangat komuniti sekeliling. Aku pun taktau ni cerita based on true story ke idok, tapi pergilah kau orang carik donlot mane2. Sedak bodooo.


Itu semua Antara himpunan movie yg aku dah tengok sepanjang seminggu ni. Ada lagi, tapi aku malas nak masukkan dalam list, banyak sangat dah ni. Ah lagi satu, sapa yang belum tengok miracle in cell no 7 dengan Hachi, pegilah tengok dan kalau boleh tengok sorang2. Bagi feeling tu meresap. Buat masa ni aku perlukan cadangan dari kau orang semua bagi aku ape2 movie yg kau rasa power, aku dah taktau nak buat mende ni woi. Les miserables dah 2 kali aku tengok tertidor sekerat jalan….

Friday, May 3, 2013

PENGALAMAN.........

ASSALAMUALAIKUM

Sudah lama rasanya tiada 'post' di blog ini. Apatah lagi gua yang kian lama tidak menge'post' di sini. Diharap semua pembaca lauk pauk sentiasa sihat cemerlang di dunia sejahtera di akhirat.

Kalau dahulunya sering kita bicara tentang sekolah, gelak tawa bersama SYAFIQ SUHAIMI, basah gusi bersama Haron Nizam, 'pecah perut' bersama Arep Seman, belanja sakan bersama orang kaya Naim Khazali, bicara galaksi bersama Faeez Halim, tidak dilupakan ke'hambar'an Bahau yang sering menghiburkan kita, selongkar makanan di loker Syafiq Bulat dan macam-macam lagi kerenah berada di sekolah. Kini semuanya menjadi kenangan yang terpahat dalam hati, menjadi memori hidup mati, menjadi saksi di bahu kanan kiri, untuk melangkah ke alam yang lebih jauh dan luas.

Mungkin dahulunya kita terfikir, mereka ini lah sahabatku sehidup semati. Mungkin dahulunya kita terfikir, selamanya ketawa bersama menangis bersama(Gua x pernah ckp lu nangis syufuq..serius..=P). Tapi, yang bermain difikiran hanya apa yang pernah kita nampak dan lalui sepanjang hidup. Kita tak terbayang luasnya alam seperti yang kita lalui sekarang. Kalau dulu kita ada hanya kira-kira 150 orang sahabat satu batch, mungkin kira-kira 800 orang kawan satu sekolah, kini ada lebih puluhan ribu kenalan yang ada di dunia kita sekarang, yang menambah lagi peluang kita untuk berkenal-kenalan dengan kehidupan.

Ada yang dahulunya bodoh, rasa tertekan diejek dan dicemuh oleh kawan-kawan tetapi me'munafik'kan diri seolah-olah bahagia, pabila berpisah terus mengasingkan diri dan berasa aman kerana terlepas dari dendam kesumat dahulu. Tetapi tidak memikirkan 'happy ending' untuk dua insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga dijauhi dari sifat bodoh.

Ada pula yang kurang bijak. Rasa tertekan dengan 'environment' di sekolah. Macam penjara katanya. Setelah tamat persekolahan ada yang kekal 'kurang bijak', ada yang mula jadi 'bijak'. Kurang bijak apabila mengekalkan tanggapan sekolah sebagai penjara dan terus berada di luar seolah-olah bebas dari 'undang-undang' dan lebih teruk lagi menyalahkan 'pendidikan' di sekolah dulu sebagai jurang yang terlalu jarang dengan dunia luar mengakibatkan 'culture shock' yang melampau. Mohon juga dijauhi daripada menjadi orang yang kurang bijak.

Ada pula yang bijak, mungkin dahulunya sama seperti orang yang kurang bijak ketika di sekolah, tetapi menyedari hakikat 'Penjara' itu dengan pandangan dari sudut latihan ketahanan. Katanya "Dunia penjara orang mukmin, kalau 'Prison of Pumpkin' pun tidak boleh bertahan, bagaimana dengan 'World Class Prison'?". Mungkin bijak itu datang selepas 'konvo'nya beliau daripada penjara tersebut, tetapi sangat baik kerana baik buruk, bahagia derita seseorang dikira pada penghujung hayatnya. Moga Tuhan kurniakan 'Happy Ending' (Husnul Khatimah) untuk kita semua.

Jika disenaraikan semua, mungkin beribu jenis pengajaran yang kita semua dapat daripada detik-detik di sekolah dulu. Lihatlah betapa besarnya nilai seorang guru yang bernama 'pengalaman'. Walaupun saat-saat di sekolah menengah itu kecil peratusnya jika dinisbahkan dengan seumur hidup kita setakat ini. Mungkin hanya suku daripada kehidupan kita buat masa sekarang (Mudahan diberi umur yang panjang dan diberkati), tetapi impaknya didalam kehidupan cukup besar. Cuba bayangkan jika kita mengambil pengalaman seluruh umur yang telah kita lalui selama ini, renungkan, kaji dan muhasabah, sudah pasti hidup ini akan menjadi semakin hari semakin baik insyaAllah.

Kenang bagaimana hari pertama menangis di tadika, yang kemudian harinya menganggap tadika sebagai syurga permainan. Bagaimana pula tidak mahu keluar dari kereta hari pertama dihantar sekolah rendah, kemudian dipujuk oleh ayah, dihadiahkan pula beg beroda yang dibangga-banggakan sehingga Tahun 3. Masuk sahaja Tahun 4 terus minta beg baru tanpa roda, kebudak-budakan katanya. UPSR Tahun 6 dianggapnya sangat besar dalam kehidupan, tetapi bila sudah lulus berlagak kepada adik-adik "hek eleh, UPSR je pun". Begitulah setelah melalui PMR dan SPM, sombong dan berlagaknya.

Semua yang dilalui sepanjang hidup, yang telah diatur rapi oleh Tuhan ada hikmahnya. Susah senang sepanjang hidup semuanya bermakna. Senang memang mesti disyukuri. Susah pula ada tiga martabat, yang pertama diredhai, dan ini ciri asas menunjukkan seorang itu beriman. Yang kedua sabar sewaktu susah, martabat ke dua, juga menunjukkan seorang itu tabah. Yang teragung apabila seseorang mampu bersyukur ketika diuji, susah untuk dipraktik tetapi mereka yang mampu memang terbukti seorang hamba yang sangat taat dan akur.

Begitulah cara hidup menjadi guru untuk kita melangkah lebih tinggi selain Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan utama. Yang terakhir peganglah kata Ibn Qayyim Rahimahullah yang beliau katakan sebagai alamat kebahagiaan hidup seseorang :

1. Sekiranya diBERI nikmat dia berSYUKUR.
2. Sekiranya diUJI, dia berSABAR.
3. Sekiranya berBUAT DOSA, dia meMOHON AMPUN.

Semoga kita semua tidak mensia-siakan hidup yang berbaki ini.. Ya Allah, kau golongkanlah kami dalam kalangan mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu...=)

Monday, December 10, 2012

dari legend, untuk legends

B3-A9-14/15
UiTM Shah Alam
6 Disember 2012
11.00 pagi

Zaman dulu ada satu pulau...kat pulau tu banyak kambing biri-biri dan dua ekor singa. saya namakan singa A dan singa B. dua-dua ekor singa ni nak jadik raja, manakala yang mengundi pula adalah kambing biri-biri ..pada tahun pertama, singa A berucap, "Jadikkan aku raja, sehari seekor je aku akan makan"...ini berlainan dengan manifesto singa B yang inginkan 2 ekor biri-biri untuk dimakan setiap hari. oleh sebab manifesto singa A lebih menyenangkan pihak biri-biri, singa A diangkat sebagai raja.

pada tahun seterusnya, singa B pula bercakap bahawasanya, kalau dia jadik raja, dia akan makan 2 hari seekor saja biri-biri. tawaran ini lebih menguntungkan biri-biri, maka singa B pula yg diangkat sebagai raja manakala singa A turun takhta.

keadaan ini berlarutan dari tahun ke tahun, yang mana kambing biri-biri dapat menikmati tawaran yang lebih hebat setiap tahun...dan kambing biri biri dapat melihat bahawa, perubahan yang dilakukan dgn kerap setiap tahun lebih banyak membawa kesan positif kepada mereka.
.
.
.
.
.
maka, fikir dan bertindak

Friday, October 19, 2012

futsal labu @ kepong

ASSALAMUALAIKUM



Sabtu ni bersamaan esok hari, sejarah akan tercipta dan sejarah ini lebih power daripada sejarah yang dibangga-banggakan oleh kelab Liverpool. Para penggiat,aktivis dan pecinta bola-sepak dari batch xtrovert-92 akan bersama-sama turun padang, dalam usaha menjulang piala futsal labu buat pertama kalinya. Untuk event kali ini, beberapa orang lagenda tidak dapat bersama-sama berjuang memandangkan urusan mereka di Negara orang asing lebih utama. Namun begitu, nama-nama yang sedang meningkat naik, bakat-bakat muda dan beberapa pemain yang sudah sedia mahsyur dengan kebolehan dan ada antara mereka merupakan komrad pemain-pemain lagenda batch ini sudah siap sedia bagi menghadapi kejohanan ini sejak iklan pertama diumumkan 3bulan lalu. Antara pemain-pemain yang bakal membawa nama batch xtrovert ini adalah:


Nursyarina Ibrahim(Manager Pasukan)
-satu-satunya manager wanita dalam kejohanan kali ini. meminati bola sepak dalam konteks khairul fahmi che mat, aidil zafuan, nazmi faiz dan marlon alex james. Memberikan komitmen yang tinggi dalam pembentukan pasukan dan hal ehwal para pemain. Mempunyai kebolehan menguruskan hal ehwal akaun dengan baik samada akaun kewangan mahupun akaun twitter.



Nizamuddin
-tidak dapat disangkal lagi kebolehan beliau dalam arena bola sepak. Merupakan Individu yang paling disebut-sebut bakal menjadi kapten bagi pasukan futsal ini. Mengikut cerita yang masih lg diragui kebenarannya, beliau hanya mula pandai menyepak bola ketika darjah enam. Merupakan salah seorang drpd team 7-side yang disegani. Pandai berjenaka, dan pandai menghilangkan diri pada waktu malam.


Adib rhaais
-kawan rapat kepada nizamuddin. Kalau, nizamuddin tak jadik kapten, kemungkinan besar lilitan tersebut akan berada di lengan mamat ni. Rajin post kat facebook pasal hal-hal kahwin awal. Mempunyai gaya permainan yang bersahaja tetapi laju. Terkenal dgn gerakan gelecek ala “Shaolin soccer”. Mengikut komen daripada bek kanan pasukan futsal SPM tahun 89, adib ini merupakan pemain yang perlu di-mark sebaik mungkin. Diver yang jarang menjadi.


Aizat Azmi
-mempunyai nama jolokan park Ji sung, namun gaya permainan beliau lebih mirip neymar versi kampung. Merupakan orang penting dalam cabutan undi kumpulan. Skill menggelecek bola beliau sememangnya tidak boleh dinafikan. Mengikut rekod perlawanan petang2 kat padang puteri, beliau pernah menggelecek melepasi bahauddin sekaligus menjaringkan gol. Bukan benda senang untuk melepasi bahau ketika main petang2.


Imraan Azhar
-walcott pada warna kulit dan gaya bermain. Mempunyai susuk tubuh seorang pemain futsal yg berbakat. Sedang mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor juga host dota yang terkemuka. Sedang dilamun cinta. Memandu swift dan berani dalam bergaya. Boleh dikatakan, kebolehan beliau dalam bermain futsal banyak berinspirasikan kepada pasukan kegemarannya iaitu arsenal.


Amir Amali
-orang gila. Banyak mengeluarkan skil-skil yang mengelirukan secara tidak sengaja. Sekilas pandang, mirip kepada Barathrum the spiritbreaker. Pernah dikecam hebat ketika bermain petang2 pada zaman sekolah dahulu kerana corak permainan beliau yang agak agresif. Namun, beliau tetap berpegang pada prinsipnya, “my game, my rule”. Antara pemain yang perlu diberi perhatian kerana corak permainan yang sukar diduga.


Ariff Ashman
-terkenal dgn moto “Laju”. Penyokong kuat skuad Pahang.  Pandai mengaplikasikan ilmu bola keranjang di dalam pengawalan kawasan pertahanan. Sepanjang pengalaman bermain bersama, beliau banyak membuat serangan mengejut tanpa dijangka oleh pihak lawan mahupun pasukan sendiri. Sedang mengejar cita-cita menjadi arkitek yang tidak lupa menghadiri ceramah ustaz zaharudin.



Syazwi Aiman
-laju sedikit dari Ariff Ashman, yang membolehkan beliau digelar speed demon. Speed dan demon itu memang cocok pada beliau. Pemenang beberapa pingat emas dalam acara pecut ketika zaman sekolah. Suka makan kulit dan satu bahagian entah apebende entah name die dalam ayam. Walaupun seorang yang laju, beliau jarang melakukan counter attack disebabkan faktor stamina. Berpewatakan menarik, pandai bermain gitar, kadang-kadang gagap dan peminat kuetiaw kerang penang.



Norakmal Nordin.
-kembar peter schemeichel. Menjalani latihan intensif sebagai goalie sejak tadika lagi, walaupun beliau lebih berminat untuk bermain di posisi sayap kanan. Lebih dikenali dgn jolokan “Magic”. Boleh menangkap bola dalam 45 posisi mengikut rekod terkini. Gemar buat magic samada ketika bermain bola mahupun outing, dan merupakan peminat tegar david blaine. Membenci criss angel kerana merasakan magic beliau tidak jujur.

                                                            
Syafiq Suhaimi.
-berkebolehan tinggi. Jarang berbohong. Taat pesan Ibu bapa dan jiran tetangga.

marilah beramai-ramai datang ke venue pertandingan pada hari esok bagi menyaksikan persembahan penuh epik dan mendebarkan...semoga kemenangan berpihak kepada pasukan yang benar. majulah sukan untuk xtrovert-92



Wednesday, September 12, 2012

malu

ASSALAMUALAIKUM

Kelas pertama semester ke-3 mula isnin yang lepas..tapi macam yang aku dah jangka sebelum mula-mula masuk universiti, lecturer tak masuk kelas…pemandangan yang biasa dalam minggu pertama…tapi aku mengharap keadaan ni tak berlanjutan sampai hujung sem macam yang berlaku semester lepas…

Dan macam semester2 lepas juga, aku sentiasa menyematkan azam yang tebal dalam diri aku…kalau lecturer ajar tak paham, angkat tangan tanye, jangan buat perangai celake malu tak tentu pasal…bapak aku pernah cakap, kalau orang yang bertanya ni, dia bodoh kejap je dalam kelas…yang tak bertanya tu bodoh  tak tahu sampai bila….

Tapi entah apehal aku sendiri tak tahu, aku lebih memilih untuk jadik bodoh tak tahu sampai bila…


*selamat menyambung pelajaran kepada semua, kecuali nizam, adib dan shaarie

Friday, August 31, 2012

Sajak Merdeka.


(Jika raya sinonim dengan lagu, merdeka sinonim dengan sajak. Aku tak paham sejak bila merdeka sinonim dengan mat rempit dan cerita hantu di tv)


Merdeka.
Dipetik daripada seorang pakcik yang bersajak di Kuantan.



Freemason,

Mengapakah engkau ada?

Freemason,

Mengapakah engkau segi tiga?

Hidup ibarat lilin.

Eh silap, itu guru.

Guru ibarat lilin, menerangi pemuda pemudi pasca merdeka.

Pemuda pemudi pasca merdeka ibarat apa?

Mereka bermain gadget, sampai lupa gadget itu freemason.

Mereka hanya tahu tentang segi tiga, dan sedikit sebanyak angka sembilan dan sebelas.

Merdekakah kita?

Kita memang merdeka, tapi merdekakah kita?

Terlalu subjektif bukan?

Perkataan subjektif ini hebat, kalau tidak takkan lah ada tv show bertajuk , “vokal bukan sekadar rupa”?

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!

Hari ini kita sambut merdeka, tahun depan pada hari ini kita sambut jua.

Dan ingatlah, jangan berbicara tentang dunia jika tidak berbicara tentang korupsi.

Dan jangan berbicara tentang kehidupan selepas dunia jika korupsi itu kita pegang.

Dan benarlah kata-kata Haron Nizam.

“ U can love your country without loving your government”.

Salam kemerdekaan.

Sunday, August 26, 2012

suasana hari raya

ASSALAMUALAIKUM

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, ataupun bagi mana2 yang rasa tak berapa berkenan dengan ucapan ni, aku ucapkan taqabbalALLAHu minna wa minkum...

raya ni ikut suka masing-masing...bagi yang suka beraya sampai hari ke 17 syawal, silakan....yang rasa nak raya sehari dua je, juga aku persilakan....jangan pulak pasal engkau beraya 2-3 hari sahaja, orang lain yang nak beraya berhari-hari engkau marahkan...lagipun apa yang aku nampak, orang melayu punya raya ni lebih kepada ziarah menziarahi tutur kata yang sopan saling memaafi, maka ape ade hal nak raya lebih2...

raya ni juga ada fashion masing2...selain berziarah, ada geng yang cenderung menanti orang datang ke rumah...ada juga yang tiap malam keluar sampai 2pagi merayap mencari makanan seperti chicken chop, nasi mamak dan lain2 makanan selain ketupat dan kuih almond london....ini semua bukan satu benda yang salah, bahkan bagus jika dilakukan oleh orang yang tepat, pada waktu yang tepat, dengan cara yang tepat..

oleh itu, aku berharap agar rakan2 semua dapat mendoakan blog ini dipanjangkan umur dan blogger2 nya dimurahkan rezeki, diberikan nikmat kesihatan dan cepat bertemu jodoh...maka begitulah juga yang kami para penulis mendoakan untuk anda semua...

Tuesday, July 3, 2012

ajal

ASSALAMUALAIKUM

pepatah ada menyebut, "malang tidak berbau"...untuk lebih berbunyi keagamaan, kita gunakan pepatah seperti "ajal maut di tangan tuhan"


ini merupakan antara contoh paling real...kau tengok, kau tengok...penat jadik buaya ganas-ganas, last2 mati kene tampar....oleh itu sedarlah rakan2, kalau sudah ajal namanya, muda ke, banyak dosa ke, hatta buaya sekalipun, tetap akan mati...perghh

Thursday, June 28, 2012

messi oh messi

ASSALAMUALAIKUM

possible line-up german vs italy ini malam.


  Manuel Neuer   Gianluigi Buffon
  Jérome Boateng   Ignazio Abate
 Mats Hummels   Andrea Barzagli
  Holger Badstuber   Leonardo Bonucci
  Philipp Lahm   Giorgio Chiellini
  Bastian Schweinsteiger   Andrea Pirlo
  Sami Khedira   Claudio Marchisio
  Marco Reus   Riccardo Montolivo
  Mesut Özil   Daniele De Rossi
  Lukas Podolski   Alessandro Diamanti
  Miroslav Klose   Mario Balotelli

*gua harap takde yang buat perangai kata messi main pagi esok...cukup-cukuplah messi main pagi tadi...penat la die nak main untuk dua negara sekali

Wednesday, June 13, 2012

Budak Jalanan Mengharap Makanan


Aku tahu aku siapa. Dari kecik aku tinggal sorang-sorang, duduk merempat tepi jalan, makan sampah. Macam-macam benda jijik aku buat. Malam-malam aku tidur merata. Asal ada tempat aku tidur. Kadang-kadang bawah jambatan, belakang kedai, asal nampak kotak tu lah tilam aku. Kalau nak makan aku tebalkan muka mintak kat orang. Ada orang bagi, ada orang lempar. Lempar pun aku ambil, asalkan aku dapat makan. Sehingga ke saat ini, sehingga ke saat ini aku masih tak cukup makan. Kurang kasih sayang. Tapi apa yang aku boleh buat? Dengan bercakap macam ni aku boleh dapat makanan percuma? Dengan bercakap macam ni aku boleh dapat kasih sayang?

Tidak. Dan aku tahu perkara tu. Nasib baik, daripada kecil, daripada aku masih mentah dan tak tahu apa-apa, aku dah diajar untuk berdikari. Aku boleh hidup, walaupun orang kata aku tak layak hidup lagi. Kenapa aku dikata sampai sebegitu!? Kenapa!? Di zaman yang mana budak-budak sebaya aku sekolah, aku duduk merempat. Di saat yang lain menimba ilmu, aku sibuk memastikan esok masih ada. Di zaman yang lain sibuk berlari gembira dengan rakan, aku berlari selamatkan diri daripada jadi mangsa along yang keluarga aku berhutang. Teruk sangatkah aku? Kenapa aku yang jadi begini? Kenapa bukan budak-budak yang pergi dan balik sekolah dijemput supir?

Hidup sebagai budak jalanan memang menyusahkan. Malam-malam tilam kotak aku basah. Aku menangis. Tapi siapa dengar. Yang dengar pun budak-budak senasib aku. Apa kami boleh buat? Duduk dengan pihak yang bertanggungjawab? Siapa? Siapa yang pernah datang nak tanya keadaan kami? Sedangkan anak sendiri terkinja-kinja entah ke mana, mahu dijaganya pula kami? Aku pun tak mahu.


Orang marah aku. Tangkap pukul aku kalau aku kantoi curi. Aku bukannya nak macamtu lah bahalol! Aku memang tak belajar, tapi aku boleh beza mana kerja baik mana kerja buruk. Tapi kalau aku tak buat kerja buruk, macam mana hidup aku?? Ada orang boleh jamin aku dapat makan kalau aku tak curi roti kedai tu? Ada orang berani jamin kaki aku sentiasa berlapik kalau aku tak curi selipar masjid? Ada? Siapa?? Kalau duit yang aku ada tu boleh buat aku beli selipar, aku dah beli. Ini untuk makan pun aku mengharap kasihan orang. Dan orang terus menyepak aku tanpa peduli.

Dan sekarang. Aku betul-betul berharap. Aku dengar budak-budak ni dalam kalangan baik-baik. Dan aku dengar diorang nak buat reunion. Aku harap aku dapat datang. Dan aku dapat makan. Budak-budak belajar luar negeri kebanyakannya ada rasanya. Selama ni diorang nak buat, tapi aku dengar cerita ramai takde. Kalau dah ramai ada, eloklah dilajukan. Korang makan, aku makan jugak. Amacam? Tolonglah buat. Dengar cerita pulak dalam bulan puasa. Puasa ke tak puasa aku datang nak makan. Korang boraklah sesame korang. Bulan puasa ok jugak, takdelah aku makan makanan masjid. Walaupun sebenarnya bulan puasa lah rezeki aku mencurah-curah, masjid semua ada makanan. Tapi makan dengan korang lain feeling dia. Lagi-lagi orang yang dah tengok cerita Chow Kit. Apa kaitan?

* cerita hanya rekaan semata-mata. Berdasarkan movie Chow Kit dan telemovie Mendongak Ke Langit, ditokok tambah biar menampakkan reunion itu sangat penting.

Sunday, June 10, 2012

niat


ASSALAMUALAIKUM

Azhar dan rakan-rakan se-batchnya dipanggil ke belakang surau oleh senior2….nampaknya senior memang sudah tidak boleh menahan lagi rasa amarah mereka, hinggakan waktu lepas asar pun jadik waktu nasihat-menasihati..biasanya benda2 macamni jadik lepas isya’ dalam pukul 11-12 malam…

“engkau orang ni pakai celak kenape? Bajet emo? Gothic? Hensem?” senior bernama azuan memulakan pertanyaan. Azuan seorang yang sangat hebat berkata-kata, dan pernah mengajak anwar Ibrahim berdebat beberapa kali ketika masa lapang. Semua diam, tunduk…takut? Curiga? Konfius jawapan mana yang patut diberikan? Semua perasaan tersebut bermain-main dalam kepala otak azhar.

Sekali lagi azuan mengajukan soalan yang sama, tetapi susunan ayatnya ditukar sedikit, sesuai dengan title beliau yang merupakan pemegang markah tertinggi bahasa melayu setiap ujian dari tingkatan 1-hingga tingkatan 5.”kau orang rasa hensem?gothic?emo? pakai celak ni ha?” azhar mengangkat kepala sedikit, menoleh kiri dan kanan….ada yang masih tunduk seperti tadi, ada yang mulut kumat kamit menyambung zikir yang tak sempat habis, dan ada yang tidur kepenatan latihan bola baling.

Selepas 5 minit, azhar mula tak senang duduk…dia rasa bengang kerana dia merupakan salah seorang budak yang mengamalkan pemakaian celak..dia rasa dirinya diperkecilkan oleh para senior tadi, dan demi tidak mahu kalah, dia memikirkan jawapan paling power boleh diberikan supaya senior tadi diam tidak berkata apa-apa lagi. Setelah berfikir secara mendalam,cuba mengaitkan jawapannya dengan buku pqs, psi, dan tazkirah lepas asar yang selalu didengar, dia berdiri dengan beraninya seorang diri, demi membuktikan yang dirinya tidak melakukan apa-apa salah, lalu berkata….
“bang, apa salahnya pakai celak? Kitorang Cuma nak amalkan sunnah? Kan bagus?”
.
.
.
.
.
.
4 tahun sudah berlalu.

Azhar berjalan-jalan di taman bunga bersama kekasih beliau sambil berseluar pendek…. Dan kini, tiada celak di matanya.

Wednesday, May 30, 2012

tidak pernah bosan

ASSALAMUALAIKUM



Hachiko, seekor anjing yang mega setia.fullstop.

Cuma itu ringkasan cerita yang mampu gua buat lepas beberapa minit gua tamat menonton cerita tentang hachiko.

Semua orang tau tentang cerita hachiko ni, baik dari pembacaan, ataupun movie, atau lebih power dua2 sekali…mungkin kalau malo, dia ada tambahan pengalaman iaitu ke shibuya tengok statue hachiko depan mata…gua cakap mungkin.

Kemudian, mungkin ramai yang mula berharap, memasang angan-angan untuk ada pasangan hidup, suami, isteri, kawan, ataupun binatang peliharaan sendiri yang sehebat, se-setia, sepower hachiko.

Tapi…….banyak yang terlepas pandang. Mereka terlalu banyak mengharap untuk punya teman sesempurna itu…..namun lupa akan Prof. Hidesaburo Ueno. Orang  yang bertanggungjawab mencurah kasih sayang kepada hachiko….

“The greatest love story of all time”….ini yang mampu gua katakan tentang kisah hachiko…ya, ia hanya anjing..tapi, cinta dan kesetiaanya, lebih dari manusia.

“Never mind, said Hachiko each day. Here I wait, for my friend who’s late. I will stay, just to walk beside you for one more day.” 
― Jess C. Scott, Skins, Animal Stories 

 *banyak yang mengatakan ini lebih kepada kisah kesetiaan...tapi gua lebih bersetuju tentang kasih sayang...kesetiaan setinggi ini takkan lahir dari kasih sayang taraf cerita drama-drama melayu